And ALLAH is Sufficient as a Guardian
And ALLAH is Sufficient as a Helper
~ Quran 4:45


Monday, 24 December 2012

Ms Egoistic Vs Mr Romantic 4 (Full)

Salam buat semua readers!!! Minta maaf sesangat sebab lama tak update. :/ Alhamdullilah, selesai sudah test & exam sekarang hanya perlu tumpukan perhatian pada projek pula. Makanya, saya akan dapat update blog ini dengan lebih kerap! :) So, lovelies, continue your support for Ms Egoistic Vs Mr Romantic and it will motivate me to write more!!! Spread the love around, share it around FB, Twitter etc!! Here's Ms Egoistic Vs Mr Romantic 4 (Full)!


Khairul Arman melangkah penuh gaya masuk ke pejabat. Semua kakitangan yang berselisih dengannya disapa. Hampir semua staf di K.A Corporations faham sangat fiil anak bujang Dato’ Khairi yang pandai mengayat, terutama sekali wanita berdahi licin. Dasar playboy! Wajahnya yang tampan, badan yang tegap, hidung mancung, mata yang bundar berwarna hazel, walaupun berkulit sawo matang, Khairul Arman termasuk dalam eligible bachelor list! Memang pakej lengkap! Hampir semua anak dara yang bekerja di dalam syarikat itu tidak lepas menganyam angan untuk mendampinginya.

“ Good Morning, Tanya,” Khairul Arman menyapa setiausahanya mesra bersama senyuman yang menampakkan lesung pipit sambil mengenyit sedikit matanya.

“ Errm… Good Morning bos,” Tanya menjawab manja bersama liuk lentok menggoda setelah kelam-kabut menyimpan lipstick dan bedak compact di dalam laci meja. Tanya membetulkan blausnya yang sendat dan menarik sedikit mini skirt yang dipakainya, dia mengekori langkah Khairul Arman menuju ke biliknya.

 “ So, boss, you ada appointment dengan Encik Haiqal from SyaRina Holdings at 2p.m., regarding the new project yang Dato’ minta you handle and Cik Gina called to remind you about her birthday party at Zouk Club tonight, I guess that’s it,” dalam satu nafas Tanya memberitahu jadualnya.

“ Damn! I lupalah Tanya. Hmm, can you do me a favour dear?” bersama sedas senyuman menggoda Khairul Arman memandang tepat wajah yang ternanti-nanti di hadapannya lalu menggamitnya.
“ Anything for you,” Tanya sudah menghampiri Khairul Arman sambil tangannya kini menjalar ke dada bidang jejaka itu manakala tangan Khairul Arman sudah memeluk erat pinggang Tanya yang ramping.
“ I need you to accompany me to get a gift for her during lunch time later if you don’t mind,” lembut dia berbisik di telinga Tanya sambil tangannya kini makin ligat menjalar di belakang badan Tanya.
“ Boleh, tapi upahlah,” rengek Tanya manja, kini tangannya sudah bermain-main dengan rambut Khairul Arman.
Khairul Arman menghadiahkan kucupan di pipi Tanya, “ This first. Nanti I belikan benda lain ok?”
*********************************************************************************************************
Aku masuk ke dalam EriQal Photography studio lalu menuju ke bilik editing. Aku melihat Muhammad Haiqal yang sedang ralit mengedit gambar pelanggan kami. Hari ini aku mengambil cuti separuh hari, kerana aku terpaksa menguruskan hal di photography studio, memandangkan Haiqal telah memaklumkan hal ini padaku pagi tadi. Haiqal juga bekerja di SyaRina Holdings, sebagai Head Architect, dan walaupun bekerja dalam bangunan yang sama kami jarang bertemu memandangkan aku diletakkan di bahagian kewangan sebagai CFO dan juga Project Manager sementara waktu untuk projek terbaru yang bakal di ketuai oleh Haiqal. Lepas ni baru best, satu projek dengan Haiqal. Malasnya, nak masuk pejabat lepas lunch nanti, kejap lagi call Miya, harap-harap tak ada appointment penting.
“ Hey Qal,” aku menyapa Muhammad Haiqal sambil memeluk erat lehernya dari belakang. Sudah dua minggu tidak bertemu memandangkan dia outstation di Australia. Pada pandangan orang, mungkin perangaiku itu keterlaluan dan tidak menjaga batas tetapi, Mummy adalah ibu susuan Haiqal, kerana teman baik Mummy sewaktu di Perancis, ibu Haiqal meninggal dunia sewaktu melahirkan Haiqal yang lahir enam bulan awal dariku. Sejak itu, Haiqal tinggal bersama kami dan aku membesar bersamanya.
“ Babe, bila sampai?” Muhammad Haiqal pusing menghadap wajah Pan Asian yang berdiri di hadapannya kini, lalu mendakap Erika Syakira yang tinggi lampai.
“ Baru jer, kau mana nak perasaan aku dah sampai. Sibuk dengan hal kau jer,” aku sudah melepaskan rangkulannya lalu membentuk mulut.
“ Alolo, tak payah nak eksyen cute kat sini. Kau tu semalam, macam nak rak aku call, tak jawab pun! Eh, senyap sikitlah, Dilla ada kat dalam studio tu. Ada client hari ini, ambil gambar studio pre-wedding,” Muhammad Haiqal menerangkan. Dilla, merupakan salah seorang photographer yang kami ambil untuk bekerja dan juga Manager yang menguruskan semua hal EriQal Photography. Haiqal pula rakan kongsiku dan juga Chief Editor, dan aku pula Outdoor Photographer.
“ Ni aku nak cerita kat kau lah ni apa jadi semalam. I’m so frustrated!” dengan mimik muka aku memulakan cerita. Terbayang kembali segala yang terjadi semalam.
****************************************************************************************************
“ Erika Syakira Syariq Laurent!!!” satu suara dari belakang melaung namaku kuat. Aku yang baru sahaja keluar dari tandas hampir terjatuh akibat terkejut. Suara macam kenal jer. Argh, buaya darat!!! Aku berpusing menghadap makhluk yang tidak ingin aku jumpa lagi sambil mengukir senyuman sinis.
“ What can I do to help you Mr Khairul Arman?” aku berkata dengan nada yang teramat sarkastik.
“ Hey, what’s with the sarcasm? Hmm..” tanyanya tenang bersama senyuman yang dirasakan mampu menggodaku. Hello, setakat senyum macam tu, budak despatch kat ofis tu berkali ganda handsome kalau senyum macam gitu. Aku hanya mendengus dan ingin meneruskan langkah masuk ke dalam restoran, tetapi lenganku ditarik oleh Khairul Arman dan kini aku berada dalam dakapannya.
“ Khairul Arman! What are you trying to do, huh? Let me go, or else I’ll scream,” aku mengugutnya. Sesak nafasku berada dalam keadaan yang sangat rapat dengannya. Hidungku menangkap wangian Cool Water Davidoff for Men yang digunakannya. Aku dapat merasakan desah nafasnya yang menampar wajahku. Banyak mata sudah memandang ke arah kami, bagai sedang melakonkan drama.  
“ Do it if you dare! I’m trying to help you Erika. I tak naklah you pengsan bila you masuk dalam nanti and honey, you look totally different,” Khairul Arman mencabarku.
“ You tak ada hak untuk panggil I honey and people change Mr Khairul Arman, termasuk I! Dan kalau I pengsan pun, I tak akan minta tolong you untuk cempung I!” aku melepaskan diri dari rangkulannya yang kejap.
“ Erika, untuk pengetahuan you, tonight is more than celebrating my return to Malaysia, and since you don’t need my help, I harap you bersedia dengan segala kemungkinan yang bakal terjadi saat you jejakkan kaki masuk ke dalam sana. So, I have to get back in there. See you inside, sayang,” Khairul Arman mengusap pipiku yang sudah tercegat di situ bagai patung cendana. Otakku bagai tidak dapat berfungsi dengan betul. Aku hanya melihat sahaja dia melangkah pergi. Erika, tenang! He’s pulling your legs! Aku menarik nafas panjang lalu mengatur langkah.
Saat aku tiba di meja, semua mata beralih padaku dan segala perbualan terhenti. Aku pula sudah menilik diri dari atas ke bawah. Ada yang tak kena ke? Aku mengambil tempat di sebelah Abang Erik, dan yang peliknya, si mangkuk hayun itu, tidak ada di tempatnya. Eh, tadikan dia dah masuk?
“ Erika, Auntie harap Erika tak terkejut dengan apa yang Auntie nak sampaikan. Auntie, nak lamar Erika jadi menantu Auntie, isteri buat Khairul Arman. Arman dah beri persetujuan dia, Auntie harap Erika pun tak ada objection?” Datin Khaty berkata. Aku pula sudah memegang kejap tangan Abang Erik di sebelahku. Kerja gila!
“ Auntie, Uncle, Mummy, Daddy, Erika perlukan masa untuk fikirkan hal ini. I cannot make a decision. Erika..”
“ But, Erika, you’ve promised to get to know him right? Ingat janji Erika pada kami semua semalam,” Dato’ Syariq bersuara keras.
“ Uncle, it’s okay, jangan paksa Erika. I’m willing to wait. Erika, I akan tunggu you buat keputusan, dan I harap you dapat berikan satu jawapan yang positif,” entah dari mana si mangkuk hayun tu datang mencelah bersama sejambang bunga ros putih di tangan yang dihulurkan kepadaku.
*****************************************************************************************************
“So, sekarang kau nak buat apa?” Muhammad Haiqal bertanya dengan kerutan di dahi.
“ Well, mungkin terima. Lagipun, Mummy dengan Daddy dah janji dengan family Dato’ Khairi. But, I don’t know Qal. I really don’t know. Aku mati akal. Semalam lepas dinner, Daddy told me everything, Mummy pula dah menangis. Aku tersepit Qal,” aku sudah tersedu dibahunya.
“ Erika, aku faham, sebenarnya, Daddy pernah cerita kat aku dulu. Before, kita pergi belajar kat U.S. So, is this the same Khairul Arman?”
“ Kau tahu, bukan nak bilang aku! Kurang asam betul! And, yes!! Memang si mangkuk hayun yang satu kelas dengan kau dulu,” aku menepuk kuat bahunya.
“ Dah Daddy cakap secret, aku pun pegang pada janji. Dah, jangan nak merajuk, ni aku belikan kau kat Australia,” Muhammad Haiqal menghulurkan sebuah bungkusan. Dengan pantas aku membuka balutan hadiah itu. Wah! Taylor Swift Wonderstruck Perfume!! Aku sudah menjerit keriangan lalu memeluk erat Muhammad Haiqal.
“ Thanks!! Ni yang buat aku sayang gila kat kau,” aku terjerit di telinganya. Dia hanya menggelengkan kepala.
“ Dah, pergi buat kerja. Kejap lagi nak masuk office, nanti Daddy bising,” Muhammad Haiqal sudah berpaling untuk menyambung tugasnya yang tergendala.
“ Eh, kau baru touchdown kan? Bukan nak balik rumah dulu, terus masuk studio, then nak pergi office pulak?” aku sudah membebel.
“ Hari ni kan ada meeting dengan wakil dari K.A Corporation. Kau jangan bilang kau terlupa, and jangan nak mengada-ngada tuang kerja eh! Lagipun, itu kan syarikat bakal bapak mertua kau, don’t give bad impression Erika!!” Haiqal sudah membebel. Haish, tak boleh jadi ni, pak cik ni kalau dah membebel, kalah Mummy!
“ What?!! Then, meeting dengn Uncle Khairi la? Ala, Qal, kau pergi je la! Please,” aku sudah meleretkan suara agar dia terpujuk dengan rayuanku.
“ Erika Syakira, don’t do that! Aku takkan termakan dengan pujukan kau tu! We are both going to down to K.A Corporation. Kau nak takut apa, tak jumpa dengan Uncle Khairi la, meeting dengan anak buah dia jer kot. Bawa baju office ke tak ni?” Haiqal bertanya, sambil matanya melirik pakaianku dari atas ke bawah. Aku hanya mengenakan Polo T-shirt putih, dengan seluar jeans.
Aku hanya menjawab dengan anggukan. Baru ingat nak cuti lagi! Dengan kepala aku yang tak berapa nak betul ni pasal hal semalam, hari ni meeting pasal projek penting pulak. Pagi tadi, Mummy dah lancar mogok suara. Susah lah macam ni!

Share the love lovelies!! Hearts ya'll!!! <3
xoxo

Copyright of Miss Aiko.






Thursday, 13 December 2012

Ms Egoistic Vs Mr Romantic 3 (Full)

Bab 3


Aku menghentakkan kaki sebaik sahaja kami masuk ke dalam rumah. Tak kira, malam ni perhitungan mesti dibuat. Aku menarik nafas panjang sambil menunggu Mummy, Daddy, Abang Erik dan Kak Yana yang duduk di hadapanku. Hisy,ikut hatilah kan, memang aku pancung dorang ni satu-satu. Aku tengah marah boleh pulak dorang lengah-lengah. Tenang Erika, tenang! Jangan pasal tak boleh kawal perasaan habis semua elaun bulanan kena tarik! Sumpah serik! Aku menghela nafas dengan kasar sekali lagi.

“ What was that for?” tidak menyempat aku menyembur mereka tetapi masih dengan nada terkawal. Almaklumlah, aku ni anak bongsu, mana boleh tak hormat mereka semua.

“ Adik, chill! Ok, we admit, it’s our mistake. But, what you did just now was insane! Malu Daddy dengan Dato’ Khairi tadi. Adik, tolonglah, dengar cakap Daddy dengan Mummy, just for once!” lembut Dato’ Syariq memujuk. Aiseyman, ni yang cair ni! Tidak dapat dinafikan aku lebih manja dengan Daddy berbanding Mummy.

“ Give me one concrete reason! Just one! Kenapa mesti adik terima lamaran Khairul Arman?” aku pasti, mereka tidak mampu memberi aku satu alasan munasabah.

“ Sit and I’ll tell you everything about it. Selama ni, Daddy tak pernah cerita, maybe it’s time for you to know. Daddy dah ceritakan hal ni kat Abang Erik, so Erik, bawa Yana masuk, dah lewat dah ni. Kesian penat menantu Daddy, satu hari plan itu, ini. Thanks Yana!”

“ Baiklah, Daddy, Mummy goodnight and no problem lah! Setakat nak bantu adik sendiri apa salahnya. Dulu Yana, pun selalu jugak match make kawan-kawan kitaorang masa belajar dulu,” nakal Erik Syakir mengusik Riyanna. Sempat aku menangkap jelingan manja Kak Yana dan kelihatan Abang menggosok-gosok lengannya yang dicubit oleh Kak Yana.

“ Erika, Kakak dengan Abang have always support you. We are open-minded. Selama ni, apa jer adik nak buat kita mesti ikhtiar untuk adik. But, please, Kakak merayu, lepas adik dengar penjelasan Daddy, adik fikirkan, ok?” sayu Kak Yana bersuara. Hujung matanya yang basah aku pandang sekilas. Aku mendengus kecil, setelah mereka hilang dari pandangan. 

“ Back to you Erika, semua yang Mummy dan Daddy buat bersebab. You were just born at that point of time, Abang pula baru masuk tiga tahun. Both of us were still living in France. Erika, tahu kan  Mummy dengan Daddy kahwin masa kita belajar?” tanya Dato’ Syariq  perlahan dan Mummy pula aku lihat sedang menyeka airmata di pipi. Aik, Mummy, cerita belum start, dah meleleh airmata. Aku hanya mengangguk sedikit.

“ Waktu Erika lahir, family Daddy dapat tahu Daddy convert and kahwin dengan Mummy senyap-senyap. All of them were furious with me, sampaikan Abang Erik pun tak ingin mereka pandang, sedangkan Daddy berharap sangat yang mereka akan maafkan Daddy bila lihat Erik. But it was just a dream. Sampai akhir hayat parents Daddy, mereka tak pernah maafkan Daddy, and that has been my deepest regret in my whole life. We flew back to Malaysia lepas Mummy habis belajar. When Mummy came back with two kids and a husband, arwah nenek dengan atuk marah sangat. Mummy dibuang keluarga. We got nowhere to go. Lost and all. Duit simpanan pun makin kurang. But we went through all those hardship and Allah s.w.t. hantar seorang hambaNya untuk bantu kita. Dato’ Khairi, kawan Daddy waktu sama-sama belajar, beri Daddy modal untuk mulakan perniagaan. Masa tu, Mummy dan Daddy bekerja keras untuk bangunkan SyaRina Holdings. Kami tinggalkan Erik, Erika dan Haiqal dalam jagaan pengasuh. Perit sangat hidup waktu tu, tapi Alhamdullilah berkat kesabaran Mummy dan Daddy, sekarang SyaRina Holdings mampu berdiri megah. Tetapi tanpa pertolongan dari Dato’ Khairi kita tak akan dapat miliki segala yang kita ada hari ini. Selepas Daddy berjaya, barulah arwah nenek dan atuk maafkan Mummy dan terima Daddy. Sayangnya, kami bersatu semula hanya sekejap sebelum mereka dijemput Ilahi,” kini airmataku pula mengalir, Mummy pula sudah sekotak tisu dia gunakan dan Daddy pula aku lihat menyeka hujung matanya.

“ Erika, sayang, tolonglah, sekali ini jer Daddy dengan Mummy merayu. Terima lah sayang. Kita terhutang budi sangat dengan Dato’ Khairi. Walaupun, syarikat kita dah maju dan kita mampu ganti balik modal yang pernah diberi, mereka tak nak terima. Jadi, kami dah janji yang kita akan rapatkan persahabatan ini dan menjadi sebuah keluarga dengan menyatukan salah seorang anak kami. Kalau Mummy ada ramai anak, tentu Mummy tak pilih Erika. Takkan Mummy nak jodohkan Erik dengan anak kembar mereka pula. Sedangkan waktu itu, Erik dengan Arman dah masuk sekolah menegah. Tolonglah, sayang,” rayu Datin Erina pula dengan airmata yang mencurah-curah. Ni yang lemah ni! Atoyaii! Masak aku! Takkan nak cerita kat Mummy dengan Daddy sejarah silam aku dan dia. Susahnya kalau dah terhutang budi ni! Erika, think straight!

“ Let me give this matter a thorough thinking. Nanti, Erika buat solat istikharah. Insya’allah, Erika akan berikan jawapannya bila Erika dah ready. Erika naik bilik dulu. Goodnight Mummy, Daddy,” aku meminta diri setelah mengucup tangan serta pipi mereka.   
Sewaktu aku mendaki anak tangga menuju ke bilik masih kedengaran Mummy dan Daddy berbisik sesama sendiri. Hmm, mengendap pun cun jugak ni!

“ Dear, will she accept it?” lemah Datin Erina bertanya.

“ Ne vous inquiétez pas ma chérie, je suis sûr qu'elle va prendre la bonne decision, (Jangan risau sayang, saya pasti dia akan buat keputusan yang tepat)” tutur Dato’ Syariq perlahan. Aku lihat Mummy hanya mengangguk lalu menyandarkan kepalanya di dada Daddy. Haiz, cakap French la pulok Mummy dengan Daddy ni. Kalau simple French aku faham lah, tapi kalau dah siap dengan accent dan panjang memang sepatah haram aku tak faham. Dari percakapan mereka pun, aku hanya menangkap beberapa patah perkataan sahaja.

Aku masuk ke dalam kamar dan membersihkan diri. Penatnya, esok nak kerja lagi. Aku menghempas tubuh ke atas katil yang empuk. Apa aku nak buat ni? Aku mengiring ke kiri menghadap meja tepi katil pula. Samsung Galaxy SIII yang Daddy hadiahkan aku capai. Makaiii, 25 missed call, 5 messages and 30 Whatsapp messages! Semuanya dari Haikal. Apa mamat ni nak? Tak pe, esok call dia kat office. Saat mataku hampir pejam, telefonku berdering. Siapa kacau aku ni? Unknown?! 

Harap anda semua terhibur and please, continue your support and spread the love!!! Selepas 21 December, Insya'allah saya akan lebih kerap update memandangkan cuti dah start!! So, keep a lookout on this site and spread the love. Share it around Facebook and Twitter alright!! Hearts ya'll!! Take care lovelies!!
xoxo

Sunday, 2 December 2012

Ms Egoistic Vs Mr Romantic 3 (Sneak Peek)

A quickie update for all of you out there!! Been very busy! Sorry lama tak update. So, gonna make it short and sweet. Here you go, Ms Egoistic Vs Mr Romantic 3 (Sneak Peek)!!!

Bab 3


Aku menghentakkan kaki sebaik sahaja kami masuk ke dalam rumah. Tak kira, malam ni perhitungan mesti dibuat. Aku menarik nafas panjang sambil menunggu Mummy, Daddy, Abang Erik dan Kak Yana yang duduk di hadapanku. Hisy,ikut hatilah kan, memang aku pancung dorang ni satu-satu. Aku tengah marah boleh pulak dorang lengah-lengah. Tenang Erika, tenang! Jangan pasal tak boleh kawal perasaan habis semua elaun bulanan kena tarik! Sumpah serik! Aku menghela nafas dengan kasar sekali lagi.

“ What was that for?” tidak menyempat aku menyembur mereka tetapi masih dengan nada terkawal. Almaklumlah, aku ni anak bongsu, mana boleh tak hormat mereka semua.

“ Adik, chill! Ok, we admit, it’s our mistake. But, what you did just now was insane! Malu Daddy dengan Dato’ Khairi tadi. Adik, tolonglah, dengar cakap Daddy dengan Mummy, just for once!” lembut Dato’ Syariq memujuk. Aiseyman, ni yang cair ni! Tidak dapat dinafikan aku lebih manja dengan Daddy berbanding Mummy.

“ Give me one concrete reason! Just one! Kenapa mesti adik terima lamaran Khairul Arman?” aku pasti, mereka tidak mampu memberi aku satu alasan munasabah.

“ Sit and I’ll tell you everything about it. Selama ni, Daddy tak pernah cerita, maybe it’s time for you to know. Daddy dah ceritakan hal ni kat Abang Erik, so Erik, bawa Yana masuk, dah lewat dah ni. Kesian penat menantu Daddy, satu hari plan itu, ini. Thanks Yana!”

“ Baiklah, Daddy, Mummy goodnight and no problem lah! Setakat nak bantu adik sendiri apa salahnya. Dulu Yana, pun selalu jugak match make kawan-kawan kitaorang masa belajar dulu,” nakal Erik Syakir mengusik Riyanna. Sempat aku menangkap jelingan manja Kak Yana dan kelihatan Abang menggosok-gosok lengannya yang dicubit oleh Kak Yana. 

Saya akan update full version bila saya tak berapa busy ok? Hearts ya'll deep deep! Take care all readers! Much love and continue your support for Ms Egoistic Vs Mr Romantic!! <3 
xoxo

Wednesday, 21 November 2012

Save Gaza!!!



Salam readers! Saya ingin memberitahu yang saya sekarang tengah busy sesangat, sebab banyak sangat test & assignment yang perlu saya dahulukan, so jangan marah kalau saya tak update Ms Egoistic Vs Mr Romantic. Saya akan cuba sedaya upaya saya untuk sentiasa update blog ni dan publish bab terbaru secepat mungkin. So, harap uolls tunggu dengan sabar ok? Setiap pandangan, kritikan dan komen-komen anda saya telah mengambil kira. Terima kasih banyak atas segala komen tersebut :) Terharu sangat! Saya masih dalam proses pembelajaran maka saya harap anda semua dapat membantu saya. 

Ok, straight to what I wanna talk about in this entry. Saya mengikuti setiap maklumat terkini tentang Gaza (walaupun busy yang terlampau). Saya harap anda semua dapat mendoakan kesejahteraan saudara-saudara seIslam kita di sana. Doakan agar Gaza terselamat dari cengkaman Israel lakhnatullah! Sayu saya melihat gambar yang di share oleh teman-teman FB saya. Kanak-kanak, Wanita, Warga Emas menjadi mangsa kekejaman zionis! Subahanallah! Yang lelaki keluar berperang, berjihad demi Islam. Maka walau di mana kita berada, sama-samalah kita ingat akan mereka, sentiasa bersyukur dengan nikmat yang kita kecapi kerana pada malam hari, waktu kami semua tidur dengan pulas, mereka di sana diserang. Di saat kita punya rezeki di hadapan mata, mereka sedang mencari apa sahaja makanan yang boleh dimakan untuk meneruskan kehidupan. Di sini, kita punya ibu bapa yang berkorban apa saja untuk kita, anak kecil disana sedang meratap pemergian si bapa yang terkorban sewaktu perang. Marilah kita sama-sama mendoakan kesejahteraan, keselamatan dan kebebasan buat mereka. Insya'allah! 
xoxo 

We can all do it!! PRAY FOR GAZA!!!! PRAY FOR GAZA!!! PRAY FOR GAZA!!!!
  

Ms Egoistic Vs Mr Romantic 2 (Full)

Salam semua! Saya telah memikirkan semasak-masaknya dan memandangkan telah lama anda semua menanti, maka, entri kali ini saya sertakan Ms Egoistic Vs Mr Romantic 2 Full!! Harap anda semua enjoy membaca karya saya dan teruskan sokongan anda buat Ms Egoistic Vs Mr Romantic!! Spread the words around ok? Hearts ya'll loads!!! 

Bab 2


Aku terpana! Dalam banyak-banyak manusia, lelaki ini yang aku bertemu kembali. Kerana dialah, segalanya musnah, kerana dia, aku sering pandang sepi semua salam perkenalan yang dihulurkan oleh mana-mana jejaka. Ya Allah, kenapa KAU pertemukan aku dengan dia? Aku memejam mata rapat lalu tanganku mencengkam erat lengan Abang yang berdiri disebelahku.

 Erika, mesti dah kenal dengan Auntie Khaty, Uncle Khairi, Lisa and Auni kan?” Daddy membuka mukadimah sebaik sahaja melihat aku hanya tercegat di sebelah Abang Erik sambil menghantar isyarat mata agar aku bersalaman dengan kedua teman karib Mummy dan Daddy.

Setelah bersalaman dan berlaga-laga pipi dengan Auntie Khaty dan anak-anak kembarnya aku hanya duduk diam di kerusi bersebelahan Abang Erik dan berhadapan dia. Benci betul nak mengadap muka dia. Tak pernah aku tahu anak Auntie Khaty si malaun ni! Lisa dengan Auni, anak kembar Auntie Khaty dan Uncle Khairi tak pernah pun cerita yang mereka ada abang, si mangkuk hayun ni. Aku tenggelam dalam duniaku sendiri apabila mereka semua sibuk bercerita. Yang wanita semua tidak lekang bercerita tentang fesyen dan gosip artis manakala yang lelaki bercerita berkisar dengan bisnes sementara menanti pesanan makanan sampai. Aduh, bosan betul!! Dalam berkhayal tu terasa ada tangan mencuit pinggangku. Rupa-rupanya Abang Erik!

“ What?” aku berbisik di telinganya.

“ Speak up la. Uncle tanya tu, how’s work?”

Aku segera berpaling sambil senyum yang memang sah dibuat-buat sebelum memulakan bicara, “ Alhamdullilah Uncle. So far so good. Besides, Abang Erik and Daddy banyak ajar Erika selok-belok business.”

“ Good to hear that! Uncle dengar Erika buka photography studio. Betul ke?” Dato’ Khairi bertanya lagi.

“ Ha’ah, Auntie pun ada dengar cerita jugak. Tanya Mummy kamu, dia cakap tanya Erika sendiri,” Datin Khadijah a.ka. Khaty pula menyampuk. Kini seluruh meja makan senyap ingin menumpukan perhatian dengan apa yang bakal aku perkatakan.

Aku meneguk liur sedikit, aduh macam mana nak cakap ni? Takkan nak bilang aku share dengan Haikal. “ Ehem…errm, baru nak bertapak Auntie, Uncle. Erika share dengan boyfriend Erika and currently memang banyak job kita dapat tapi kena pilih la, sebab both of us ada career sendiri kan.”

“ Boyfriend?!” tinggi suara Datin Khaty memenuhi ruang meja kami. Abang Erik pula sudah menendang kakiku di bawah meja. Tak cukup dengan itu, tangannya sudah mencubit pehaku. Sakit gila! Aku menjeling sekilas muka Abang.

“ Kawan lelaki Erika, boyfriend lah kan. Alah, Auntie pernah jumpa dialah. Muhammad Haiqal, yang kerja architect tu, yang Auntie berkenan sangat nak buat menantu tu,” aku mengingatkannya.

“ Laa, Abang Qal ke Kak Erika?” pantas Auni menyampuk setelah pelayan menghantar semua pesanan kami.

“ Hmm, dialah tu. Abang Qal, crush lama Auni tu,” aku mengusik Kharissa Auni anak bongsu Datin Khaty.

Semua yang ada di meja ketawa melihat wajah Auni yang berubah kemerah-merahan dan aku lihat Mummy dan Daddy saling berpandangan sambil melepaskan helaan lega. Aku pula cuba untuk memaniskan wajah meskipun si dia yang rancak berbual dengan Abang Erik itu tidak pernah lepas memandang wajahku dan sesekali melepaskan sedas senyuman menggoda. Eeww, nak termuntah aku. Akhirnya, aku meminta diri ke tandas kerana rimas dengan mata si buaya darat itu.

Lama aku memandang cermin. Dress paras lutut berwarna hitam dipadankan dengan cropped cardigan putih sangat sesuai ditubuhku. Wajahku yang jarang disolek juga telah didandan oleh professional. Kata Abang Erik, agar aku kelihatan lebih istimewa malam ini. Macam-macam. Kalau aku tahu, dinner ini hanya untuk menyambut kepulangan anak teruna Datin Khaty, baik aku duduk rumah layan movies, dari menyakitkan hati terkenang kisah lalu. Hisy, Mummy mesti bising aku tak pulang ke meja lagi. Aku mula berjalan keluar dari tandas.

“ Erika Syakira Syariq Laurent!”

p/s: Tolong spread the words around ok? Thanks for your support!! Hmm, saya akan update sneak peek bab 3 selepas saya mendapat 20 followers! So, start folowing this blog and I'll continue to post my story here! Take care peeps!
xoxo

Wednesday, 14 November 2012

Salam Maal Hijrah!

Assalamua'laikum semua! Salam sejahtera! Salam Maal Hijrah saya ucapkan buat semua Muslimin & Muslimat yang mengikuti blog saya. Marilah kita membuat azam baru sempena Tahun Baru Islam! Sebab kebiasaannya, dalam konsep zaman sekarang, orang hanya buat azam masa New Year jer! :( Kalau bukan kita, umat Islam yang menyebarkan dan mempertahankan agama kita, siapa lagi? Betul tak? Saya sedih sangat, sebab orang Melayu-Islam hari ini lebih tahu bila Halloween lah, Christmas lah, tapi Hari Maal Hijrah mereka tak tahu. Sangat menyayat hati bila difikirkan. Saya tak kata salah untuk anda tahu akan perayaan atau sambutan yang biasanya dilakukan oleh westerners, tapi kita harus ingat juga tentang hari-hari penting dalam Kalendar Islam juga. 

Hmm, azam saya sempena Maal Hijrah ni:
1) Untuk menjaga waktu solat saya, disebabkan waktu kelas yang berlainan setiap hari, selalunya saya terpaksa qada' solat saya ataupun kelam kabut solat Zohor beberapa minit sebelum waktu Asar masuk. 

2) Saya ingin menjadi seorang muslimah yang solehah. 

3) Hmm, rasanya, saya capai kedua azam yang telah saya tetapkan di atas dulu barulah saya aim nak buat azam baru. Hehe! 

Apa-apa pun, marilah kita sama-sama membuka lembaran baru sempena Maal Hijrah dan menjadikan hari ini lebih baik dari semalam dan hari esok lebih baik dari hari ini. Marilah kita tingkatkan amal dan taqwa dengan umur yang diberi oleh Allah s.w.t. Amin. 

Anda boleh kongsi bersama saya apa azam anda sempena Maal Hijrah kali ini, dan mungkin akan dapat dicontohi oleh yang lain. Insya'allah. 

p/s: Hmm, dah lebih 3 minggu saya hantar bab 2 & 3 tapi tak siarkan lagi! Sesiapa yang rasa saya patut publish di sini, comment di bawah ataupun di chat box k? 
xoxo

Wednesday, 31 October 2012

Stressful Day = Indulge Comfort Food

Hi semua!! Hari ini merupakan hari yang paling stress yang pernah saya alami! :'( Sebenarnya, sejak semalam lagi saya bertahan, tetapi hari ini, dengan beban kerja yang berlambak, assignment yang mencurah-curah masuk, serta beberapa class test yang bakal saya hadapi dalam masa beberapa minggu sahaja lagi menambahkan tekanan. So, dalam fikiran memang nak sangat makan comfort food. Semalam buat pertama kalinya, saya menuju ke stesen minyak terdekat (sebab 7-11 dah tak der) and this was what I bought!
Magnum Chocolate Truffle!!!
                                     
          First time try flavour ni, coz, selalunya saya beli Almond! Sampai dua saya indulge! 

Itu kisah semalam yang tak sempat saya update, hari ini, saya cuti memandangkan institute saya ada Graduation Day, so, kami semua diberi holiday! Disebabkan beberapa perkara yang terjadi,  saya menghabiskan banyak waktu di dapur untuk menyediakan comfort food(s) saya. 

                                                          No 1, dihatiku!

Custard yang memang MARVELOUS!! Terima kasih Mummy sebab sabar ajar buat custard sebelum ini! 

No 2, favouriteku! 

PAVLOVA!!!! Siapa suka??! 

Believe it or not? Saya seorang yang gemar memasak, jadi, saat-saat saya stress, masuk dapur, selongkar fridge dan masak apa sahaja yang terlintas di minda. Biasanya saya buat pavlova, saya hanya menggunakan starwberries and kiwi coz, blueberries are always out of stock! Tetapi, saya sangat bernasib baik hari ini, bukan sahaja stock available, tapi offer yang memang tak boleh didapati di mana-mana! Makanya, setelah habis saya taburkan di atas pavlova, memang sekejap sahaja balance yang tinggal dikerjakan oleh adik-adik! Hehe! Janagn jadi macam saya ok? Melantak tak ingat dunia sedangkan tengah berdiet sakan! :P Dietlah sangat! *Afdlin Shauki Style* So people, share with me your comfort food, and maybe one day, saya juga mampu cuba buat! Esok, semakin stress dibuatnya memandangkan class dari pagi sehinggalah malam! So, take care all of you and continue your support for Ms Egoistic vs Mr Romantic!! 
xoxo

p/s: Masih menanti, bilalah P2U nak siarkan bab kedua dan ketiga? Dah lebih seminggu dihantar :( Antara salah satu sebab yang membuatkan saya stress!  




Monday, 29 October 2012

Monday Blues!!

Selamat Pagi semua readers yang dikasihi! Wherever you are, be safe always ok? Anyways, saya nak thank semua readers, especially those yang follow blog ni and the silent readers, you rock people!!! Saya faham anda semua dah tak sabar untuk bab yang seterusnya, apa yang boleh saya katakan, we all have to wait. Kita sama-sama tunggu untuk ia disiarkan di P2U ok? Saya akan update sneak peek bab yang seterusnya as soon as P2U upload bab kedua. Continue your endless support untuk Ms Egoistic vs Mr Romantic di P2U! Saya telah meletakkan 110% effort untuk cerita ini, so please, jangan sia-siakan effort saya. I appreciate each and everyone of you that took the effort to read it and actually came to this blog, which I created specially just for all of you! Saya amat berharap yang anda sudi untuk jadi my loyal reader and of course, please spread the words and saya tak ada halangan if you all nak share cerita/blog ini di FB and Twitter! 

Speaking of Monday Blues! Siapa ada problem to start your day on Mondays?? *angkat tangan* Saya adalah salah seorang dari mereka yang merasakan hari Isnin, adalah hari malas buat saya. Kadangkala saya skipped class to have a little bit more rest, which is not very good! So, usually saya overcome Monday Blues ini by giving myself a little treat, since saya ulang alik dari rumah ke sekolah, dalam perjalanan saya akan beli a nice breakfast untuk cheer myself up dengan harapan Monday Blues tidak akan merosakkan hari saya. Share your Monday blues with me and how you overcome it, because if you voice out, saya dapat mengenali semua readers saya dengan lebih dekat lagi and we get to share tips with one another! When you visit my blog, please, drop a comment or message at the chatbox! Saya mengalu-alukan setiap cadangan, kritikan or apa-apa saja. Ini akan membantu saya untuk tingkatkan mutu karya saya. just like I mentioned in my previous update, saya ingin anda semua menjadi sebahagian dari Ms Egoistic vs Mr Romantic. Keep the comments coming in! Jangan lupa, share with me bagaimana anda semua overcome your Monday Blues ,and insya'allah, I'll meet all of you in my next update! Have a nice day peeps! 
xoxo

Friday, 26 October 2012

Selamat Hari Raya Aidiladha!!

Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua pembaca blog Miss Aiko!! Marilah kita sama-sama renungkan makna pengorbanan dalam diri kita semua. Kepada yang balik kampung, enjoy yourselves aites. :) Saya tak der kampung dan hanya menyambut secara sederhana. *sobs* Ok, saya harap anda semua akan berikan sokongan yang padu buat saya, orang yang baru belajar untuk menulis. Spread the love and share it around FB and Twitter. Saya juga dah add 'Follow me' link, so, ringankan tangan untuk 'follow' saya yer ;)

I really want this story be a part of all of you! Yes, YOU! Jadi, jikalau anda punya idea yang menarik, jangan segan-segan untuk comment atau drop a message di chatbox. Saya akan sedaya upaya selitkan idea anda dalam Ms Egoistic vs Mr Romantic. Contohnya, jika anda mahu plot, character atau apa saja, just leave a comment. Insya'allah, saya akan sentiasa update blog ini setiap hari, atau sekerap yang mungkin. Buat masa ni, saya sudah punya beberapa bab yang sedang menunggu untuk di publish di penulisan2u.my. Seperti yang pernah saya beritahu, di sini saya akan update sneak peek, untuk bab yang seterusnya setelah ia disiarkan di penulisan2u.my, dan jika anda semua ingin mengenali siapa saya dengan lebih dekat atau update harian saya, drop a comment or message di chatbox di sebelah kanan blog ini. Jika permintaan tinggi, saya akan kenalkan diri saya sedikit demi sedikit. Ok?

Akhir kata, take care all readers out there! Hearts you all!! Jangan lupa untuk spread the word kepada kawan-kawan, saudara mara, dan semua yang minat membaca. Mari kita sama-sama terapkan minat membaca dalm diri kita!! Share this blog and Ms Egoistic vs Mr Romantic around FB dan Twitter! Hati-hati dalam perjalanan pulang dari kampung yer! :) Moga kita bertemu kembali dalam update yang seterusnya!
xoxo

Thursday, 25 October 2012

Ms Egoistic vs Mr Romantic 2 (Sneak Peek)

First of all, a big shoutout to all readers of Ms Egoistic vs Mr Romantic 1 @ penulisan2u.my!! Terima kasih yang tak terhingga kepada semua yang membaca!! Appreciate it peeps! Continue the support for upcoming chapters!! Saya akan cuba update seberapa kerap yang saya boleh, terutama sekali sneak peek untuk bab yang seterusnya!! So, check this blog out ok?! :) Bab kedua sudah dihantar, so let's be patient and wait. Di sini, saya sertakan sekali sneak peek untuk bab 2! Enjoy guys!! 

Aku terpana! Dalam banyak-banyak manusia, lelaki ini yang aku bertemu kembali. Kerana dialah, segalanya musnah, kerana dia, aku sering pandang sepi semua salam perkenalan yang dihulurkan oleh mana-mana jejaka. Ya Allah, kenapa KAU pertemukan aku dengan dia? Aku memejam mata rapat lalu tanganku mencengkam erat lengan Abang yang berdiri disebelahku.

“ Erika, mesti dah kenal dengan Auntie Khaty, Uncle Khairi, Lisa and Auni kan?” Daddy membuka mukadimah sebaik sahaja melihat aku hanya tercegat di sebelah Abang Erik sambil menghantar isyarat mata agar aku bersalaman dengan kedua teman karib Mummy dan Daddy.
Setelah bersalaman dan berlaga-laga pipi dengan Auntie Khaty dan anak-anak kembarnya aku hanya duduk diam di kerusi bersebelahan Abang Erik dan berhadapan dia. Benci betul nak mengadap muka dia. Tak pernah aku tahu anak Auntie Khaty si malaun ni! Lisa dengan Auni, anak kembar Auntie Khaty dan Uncle Khairi tak pernah pun cerita yang mereka ada abang, si mangkuk hayun ni. Aku tenggelam dalam duniaku sendiri apabila mereka semua sibuk bercerita. Yang wanita semua tidak lekang bercerita tentang fesyen dan gosip artis manakala yang lelaki bercerita berkisar dengan bisnes sementara menanti pesanan makanan sampai. Aduh, bosan betul!! Dalam berkhayal tu terasa ada tangan mencuit pinggangku. Rupa-rupanya Abang Erik!

Thanks for reading! Check out for the full chapter at penulisan2u.my!
Jangan lupa drop comments di chatbox ye!! 
xoxo