And ALLAH is Sufficient as a Guardian
And ALLAH is Sufficient as a Helper
~ Quran 4:45


Wednesday, 31 October 2012

Stressful Day = Indulge Comfort Food

Hi semua!! Hari ini merupakan hari yang paling stress yang pernah saya alami! :'( Sebenarnya, sejak semalam lagi saya bertahan, tetapi hari ini, dengan beban kerja yang berlambak, assignment yang mencurah-curah masuk, serta beberapa class test yang bakal saya hadapi dalam masa beberapa minggu sahaja lagi menambahkan tekanan. So, dalam fikiran memang nak sangat makan comfort food. Semalam buat pertama kalinya, saya menuju ke stesen minyak terdekat (sebab 7-11 dah tak der) and this was what I bought!
Magnum Chocolate Truffle!!!
                                     
          First time try flavour ni, coz, selalunya saya beli Almond! Sampai dua saya indulge! 

Itu kisah semalam yang tak sempat saya update, hari ini, saya cuti memandangkan institute saya ada Graduation Day, so, kami semua diberi holiday! Disebabkan beberapa perkara yang terjadi,  saya menghabiskan banyak waktu di dapur untuk menyediakan comfort food(s) saya. 

                                                          No 1, dihatiku!

Custard yang memang MARVELOUS!! Terima kasih Mummy sebab sabar ajar buat custard sebelum ini! 

No 2, favouriteku! 

PAVLOVA!!!! Siapa suka??! 

Believe it or not? Saya seorang yang gemar memasak, jadi, saat-saat saya stress, masuk dapur, selongkar fridge dan masak apa sahaja yang terlintas di minda. Biasanya saya buat pavlova, saya hanya menggunakan starwberries and kiwi coz, blueberries are always out of stock! Tetapi, saya sangat bernasib baik hari ini, bukan sahaja stock available, tapi offer yang memang tak boleh didapati di mana-mana! Makanya, setelah habis saya taburkan di atas pavlova, memang sekejap sahaja balance yang tinggal dikerjakan oleh adik-adik! Hehe! Janagn jadi macam saya ok? Melantak tak ingat dunia sedangkan tengah berdiet sakan! :P Dietlah sangat! *Afdlin Shauki Style* So people, share with me your comfort food, and maybe one day, saya juga mampu cuba buat! Esok, semakin stress dibuatnya memandangkan class dari pagi sehinggalah malam! So, take care all of you and continue your support for Ms Egoistic vs Mr Romantic!! 
xoxo

p/s: Masih menanti, bilalah P2U nak siarkan bab kedua dan ketiga? Dah lebih seminggu dihantar :( Antara salah satu sebab yang membuatkan saya stress!  




Monday, 29 October 2012

Monday Blues!!

Selamat Pagi semua readers yang dikasihi! Wherever you are, be safe always ok? Anyways, saya nak thank semua readers, especially those yang follow blog ni and the silent readers, you rock people!!! Saya faham anda semua dah tak sabar untuk bab yang seterusnya, apa yang boleh saya katakan, we all have to wait. Kita sama-sama tunggu untuk ia disiarkan di P2U ok? Saya akan update sneak peek bab yang seterusnya as soon as P2U upload bab kedua. Continue your endless support untuk Ms Egoistic vs Mr Romantic di P2U! Saya telah meletakkan 110% effort untuk cerita ini, so please, jangan sia-siakan effort saya. I appreciate each and everyone of you that took the effort to read it and actually came to this blog, which I created specially just for all of you! Saya amat berharap yang anda sudi untuk jadi my loyal reader and of course, please spread the words and saya tak ada halangan if you all nak share cerita/blog ini di FB and Twitter! 

Speaking of Monday Blues! Siapa ada problem to start your day on Mondays?? *angkat tangan* Saya adalah salah seorang dari mereka yang merasakan hari Isnin, adalah hari malas buat saya. Kadangkala saya skipped class to have a little bit more rest, which is not very good! So, usually saya overcome Monday Blues ini by giving myself a little treat, since saya ulang alik dari rumah ke sekolah, dalam perjalanan saya akan beli a nice breakfast untuk cheer myself up dengan harapan Monday Blues tidak akan merosakkan hari saya. Share your Monday blues with me and how you overcome it, because if you voice out, saya dapat mengenali semua readers saya dengan lebih dekat lagi and we get to share tips with one another! When you visit my blog, please, drop a comment or message at the chatbox! Saya mengalu-alukan setiap cadangan, kritikan or apa-apa saja. Ini akan membantu saya untuk tingkatkan mutu karya saya. just like I mentioned in my previous update, saya ingin anda semua menjadi sebahagian dari Ms Egoistic vs Mr Romantic. Keep the comments coming in! Jangan lupa, share with me bagaimana anda semua overcome your Monday Blues ,and insya'allah, I'll meet all of you in my next update! Have a nice day peeps! 
xoxo

Friday, 26 October 2012

Selamat Hari Raya Aidiladha!!

Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua pembaca blog Miss Aiko!! Marilah kita sama-sama renungkan makna pengorbanan dalam diri kita semua. Kepada yang balik kampung, enjoy yourselves aites. :) Saya tak der kampung dan hanya menyambut secara sederhana. *sobs* Ok, saya harap anda semua akan berikan sokongan yang padu buat saya, orang yang baru belajar untuk menulis. Spread the love and share it around FB and Twitter. Saya juga dah add 'Follow me' link, so, ringankan tangan untuk 'follow' saya yer ;)

I really want this story be a part of all of you! Yes, YOU! Jadi, jikalau anda punya idea yang menarik, jangan segan-segan untuk comment atau drop a message di chatbox. Saya akan sedaya upaya selitkan idea anda dalam Ms Egoistic vs Mr Romantic. Contohnya, jika anda mahu plot, character atau apa saja, just leave a comment. Insya'allah, saya akan sentiasa update blog ini setiap hari, atau sekerap yang mungkin. Buat masa ni, saya sudah punya beberapa bab yang sedang menunggu untuk di publish di penulisan2u.my. Seperti yang pernah saya beritahu, di sini saya akan update sneak peek, untuk bab yang seterusnya setelah ia disiarkan di penulisan2u.my, dan jika anda semua ingin mengenali siapa saya dengan lebih dekat atau update harian saya, drop a comment or message di chatbox di sebelah kanan blog ini. Jika permintaan tinggi, saya akan kenalkan diri saya sedikit demi sedikit. Ok?

Akhir kata, take care all readers out there! Hearts you all!! Jangan lupa untuk spread the word kepada kawan-kawan, saudara mara, dan semua yang minat membaca. Mari kita sama-sama terapkan minat membaca dalm diri kita!! Share this blog and Ms Egoistic vs Mr Romantic around FB dan Twitter! Hati-hati dalam perjalanan pulang dari kampung yer! :) Moga kita bertemu kembali dalam update yang seterusnya!
xoxo

Thursday, 25 October 2012

Ms Egoistic vs Mr Romantic 2 (Sneak Peek)

First of all, a big shoutout to all readers of Ms Egoistic vs Mr Romantic 1 @ penulisan2u.my!! Terima kasih yang tak terhingga kepada semua yang membaca!! Appreciate it peeps! Continue the support for upcoming chapters!! Saya akan cuba update seberapa kerap yang saya boleh, terutama sekali sneak peek untuk bab yang seterusnya!! So, check this blog out ok?! :) Bab kedua sudah dihantar, so let's be patient and wait. Di sini, saya sertakan sekali sneak peek untuk bab 2! Enjoy guys!! 

Aku terpana! Dalam banyak-banyak manusia, lelaki ini yang aku bertemu kembali. Kerana dialah, segalanya musnah, kerana dia, aku sering pandang sepi semua salam perkenalan yang dihulurkan oleh mana-mana jejaka. Ya Allah, kenapa KAU pertemukan aku dengan dia? Aku memejam mata rapat lalu tanganku mencengkam erat lengan Abang yang berdiri disebelahku.

“ Erika, mesti dah kenal dengan Auntie Khaty, Uncle Khairi, Lisa and Auni kan?” Daddy membuka mukadimah sebaik sahaja melihat aku hanya tercegat di sebelah Abang Erik sambil menghantar isyarat mata agar aku bersalaman dengan kedua teman karib Mummy dan Daddy.
Setelah bersalaman dan berlaga-laga pipi dengan Auntie Khaty dan anak-anak kembarnya aku hanya duduk diam di kerusi bersebelahan Abang Erik dan berhadapan dia. Benci betul nak mengadap muka dia. Tak pernah aku tahu anak Auntie Khaty si malaun ni! Lisa dengan Auni, anak kembar Auntie Khaty dan Uncle Khairi tak pernah pun cerita yang mereka ada abang, si mangkuk hayun ni. Aku tenggelam dalam duniaku sendiri apabila mereka semua sibuk bercerita. Yang wanita semua tidak lekang bercerita tentang fesyen dan gosip artis manakala yang lelaki bercerita berkisar dengan bisnes sementara menanti pesanan makanan sampai. Aduh, bosan betul!! Dalam berkhayal tu terasa ada tangan mencuit pinggangku. Rupa-rupanya Abang Erik!

Thanks for reading! Check out for the full chapter at penulisan2u.my!
Jangan lupa drop comments di chatbox ye!! 
xoxo