And ALLAH is Sufficient as a Guardian
And ALLAH is Sufficient as a Helper
~ Quran 4:45


Thursday, 25 October 2012

Ms Egoistic vs Mr Romantic 2 (Sneak Peek)

First of all, a big shoutout to all readers of Ms Egoistic vs Mr Romantic 1 @ penulisan2u.my!! Terima kasih yang tak terhingga kepada semua yang membaca!! Appreciate it peeps! Continue the support for upcoming chapters!! Saya akan cuba update seberapa kerap yang saya boleh, terutama sekali sneak peek untuk bab yang seterusnya!! So, check this blog out ok?! :) Bab kedua sudah dihantar, so let's be patient and wait. Di sini, saya sertakan sekali sneak peek untuk bab 2! Enjoy guys!! 

Aku terpana! Dalam banyak-banyak manusia, lelaki ini yang aku bertemu kembali. Kerana dialah, segalanya musnah, kerana dia, aku sering pandang sepi semua salam perkenalan yang dihulurkan oleh mana-mana jejaka. Ya Allah, kenapa KAU pertemukan aku dengan dia? Aku memejam mata rapat lalu tanganku mencengkam erat lengan Abang yang berdiri disebelahku.

“ Erika, mesti dah kenal dengan Auntie Khaty, Uncle Khairi, Lisa and Auni kan?” Daddy membuka mukadimah sebaik sahaja melihat aku hanya tercegat di sebelah Abang Erik sambil menghantar isyarat mata agar aku bersalaman dengan kedua teman karib Mummy dan Daddy.
Setelah bersalaman dan berlaga-laga pipi dengan Auntie Khaty dan anak-anak kembarnya aku hanya duduk diam di kerusi bersebelahan Abang Erik dan berhadapan dia. Benci betul nak mengadap muka dia. Tak pernah aku tahu anak Auntie Khaty si malaun ni! Lisa dengan Auni, anak kembar Auntie Khaty dan Uncle Khairi tak pernah pun cerita yang mereka ada abang, si mangkuk hayun ni. Aku tenggelam dalam duniaku sendiri apabila mereka semua sibuk bercerita. Yang wanita semua tidak lekang bercerita tentang fesyen dan gosip artis manakala yang lelaki bercerita berkisar dengan bisnes sementara menanti pesanan makanan sampai. Aduh, bosan betul!! Dalam berkhayal tu terasa ada tangan mencuit pinggangku. Rupa-rupanya Abang Erik!

Thanks for reading! Check out for the full chapter at penulisan2u.my!
Jangan lupa drop comments di chatbox ye!! 
xoxo

8 comments:

  1. Salam, arrrrrr, best gila gila gila.. writer nk tnya nvl nih akn hbis dkt blog ka atau nvl ni akn dibukukan?
    writer bbuh la bab trbaru kat blog senang skit nk bca.. haha
    writer konflik dia jgan la jhat2 tau.. hehe
    jgan mrah writer itu cma pndapat sya ja.. hehe
    sbb mls dah bca crita yg jhat2 sbb ksian kat heroin dia.. haha, klau bleh upload dkt blog tau..

    ReplyDelete
  2. @Ruunna Qizbal: Wasalam, terimakasih byk2 for your support!! Saya tak pasti lagi ke mana arah karya saya, buat masa ini. Di sini saya akan update sneak peek bab yang seterusnya setelah ia disiarkan di penulisan2u.my dan juga insya'allah sedikit update tentang aktiviti harian saya atau kejadian menarik. Saya juga amat mengalu-alukan pandangan semua pembaca saya. Jadi jangan segan2 untuk comment atau leave a message di chatbox di sebelah kanan blog ini. Share pada kawan2 ok? Really Appreciate your support!!
    xoxo

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Salam perkenalan! Saya dah add 'follow' link, jadi sudi2 follow ok? Thanks for your support!!
      xoxo

      Delete
  4. Agak-agaklah kan.. Bila n3 seterusnya keluar di P2U? Tak sabar nak baca. Best giler n3 pertama tu.. :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak pasti bila ia akan disiarkan di P2U. Tapi saya sudah mengahantar bab 2 dan 3. So, sama-sama kita tunggu k? Spread the word around and hopefully bila permintaan tinggi ia akan mendapat perhatian dan disiarkan dengan segera! :) Thanks for your support and sudi jadi org pertama yang 'follow' blog saya!!
      xoxo

      Delete
  5. slm writer best la.. bile lg nk smbg... x sabaq la... post kt blog je la... p2u lmbt la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam, thanks dyaNZa! Buat masa ni, saya telah memberi commitment saya di P2U, so continue the support there and check this blog out untuk daily updates dari saya dan juga sneak peek! Spread the word around and hare it around FB and Twitter!
      xoxo

      Delete