And ALLAH is Sufficient as a Guardian
And ALLAH is Sufficient as a Helper
~ Quran 4:45


Wednesday, 21 November 2012

Save Gaza!!!



Salam readers! Saya ingin memberitahu yang saya sekarang tengah busy sesangat, sebab banyak sangat test & assignment yang perlu saya dahulukan, so jangan marah kalau saya tak update Ms Egoistic Vs Mr Romantic. Saya akan cuba sedaya upaya saya untuk sentiasa update blog ni dan publish bab terbaru secepat mungkin. So, harap uolls tunggu dengan sabar ok? Setiap pandangan, kritikan dan komen-komen anda saya telah mengambil kira. Terima kasih banyak atas segala komen tersebut :) Terharu sangat! Saya masih dalam proses pembelajaran maka saya harap anda semua dapat membantu saya. 

Ok, straight to what I wanna talk about in this entry. Saya mengikuti setiap maklumat terkini tentang Gaza (walaupun busy yang terlampau). Saya harap anda semua dapat mendoakan kesejahteraan saudara-saudara seIslam kita di sana. Doakan agar Gaza terselamat dari cengkaman Israel lakhnatullah! Sayu saya melihat gambar yang di share oleh teman-teman FB saya. Kanak-kanak, Wanita, Warga Emas menjadi mangsa kekejaman zionis! Subahanallah! Yang lelaki keluar berperang, berjihad demi Islam. Maka walau di mana kita berada, sama-samalah kita ingat akan mereka, sentiasa bersyukur dengan nikmat yang kita kecapi kerana pada malam hari, waktu kami semua tidur dengan pulas, mereka di sana diserang. Di saat kita punya rezeki di hadapan mata, mereka sedang mencari apa sahaja makanan yang boleh dimakan untuk meneruskan kehidupan. Di sini, kita punya ibu bapa yang berkorban apa saja untuk kita, anak kecil disana sedang meratap pemergian si bapa yang terkorban sewaktu perang. Marilah kita sama-sama mendoakan kesejahteraan, keselamatan dan kebebasan buat mereka. Insya'allah! 
xoxo 

We can all do it!! PRAY FOR GAZA!!!! PRAY FOR GAZA!!! PRAY FOR GAZA!!!!
  

Ms Egoistic Vs Mr Romantic 2 (Full)

Salam semua! Saya telah memikirkan semasak-masaknya dan memandangkan telah lama anda semua menanti, maka, entri kali ini saya sertakan Ms Egoistic Vs Mr Romantic 2 Full!! Harap anda semua enjoy membaca karya saya dan teruskan sokongan anda buat Ms Egoistic Vs Mr Romantic!! Spread the words around ok? Hearts ya'll loads!!! 

Bab 2


Aku terpana! Dalam banyak-banyak manusia, lelaki ini yang aku bertemu kembali. Kerana dialah, segalanya musnah, kerana dia, aku sering pandang sepi semua salam perkenalan yang dihulurkan oleh mana-mana jejaka. Ya Allah, kenapa KAU pertemukan aku dengan dia? Aku memejam mata rapat lalu tanganku mencengkam erat lengan Abang yang berdiri disebelahku.

 Erika, mesti dah kenal dengan Auntie Khaty, Uncle Khairi, Lisa and Auni kan?” Daddy membuka mukadimah sebaik sahaja melihat aku hanya tercegat di sebelah Abang Erik sambil menghantar isyarat mata agar aku bersalaman dengan kedua teman karib Mummy dan Daddy.

Setelah bersalaman dan berlaga-laga pipi dengan Auntie Khaty dan anak-anak kembarnya aku hanya duduk diam di kerusi bersebelahan Abang Erik dan berhadapan dia. Benci betul nak mengadap muka dia. Tak pernah aku tahu anak Auntie Khaty si malaun ni! Lisa dengan Auni, anak kembar Auntie Khaty dan Uncle Khairi tak pernah pun cerita yang mereka ada abang, si mangkuk hayun ni. Aku tenggelam dalam duniaku sendiri apabila mereka semua sibuk bercerita. Yang wanita semua tidak lekang bercerita tentang fesyen dan gosip artis manakala yang lelaki bercerita berkisar dengan bisnes sementara menanti pesanan makanan sampai. Aduh, bosan betul!! Dalam berkhayal tu terasa ada tangan mencuit pinggangku. Rupa-rupanya Abang Erik!

“ What?” aku berbisik di telinganya.

“ Speak up la. Uncle tanya tu, how’s work?”

Aku segera berpaling sambil senyum yang memang sah dibuat-buat sebelum memulakan bicara, “ Alhamdullilah Uncle. So far so good. Besides, Abang Erik and Daddy banyak ajar Erika selok-belok business.”

“ Good to hear that! Uncle dengar Erika buka photography studio. Betul ke?” Dato’ Khairi bertanya lagi.

“ Ha’ah, Auntie pun ada dengar cerita jugak. Tanya Mummy kamu, dia cakap tanya Erika sendiri,” Datin Khadijah a.ka. Khaty pula menyampuk. Kini seluruh meja makan senyap ingin menumpukan perhatian dengan apa yang bakal aku perkatakan.

Aku meneguk liur sedikit, aduh macam mana nak cakap ni? Takkan nak bilang aku share dengan Haikal. “ Ehem…errm, baru nak bertapak Auntie, Uncle. Erika share dengan boyfriend Erika and currently memang banyak job kita dapat tapi kena pilih la, sebab both of us ada career sendiri kan.”

“ Boyfriend?!” tinggi suara Datin Khaty memenuhi ruang meja kami. Abang Erik pula sudah menendang kakiku di bawah meja. Tak cukup dengan itu, tangannya sudah mencubit pehaku. Sakit gila! Aku menjeling sekilas muka Abang.

“ Kawan lelaki Erika, boyfriend lah kan. Alah, Auntie pernah jumpa dialah. Muhammad Haiqal, yang kerja architect tu, yang Auntie berkenan sangat nak buat menantu tu,” aku mengingatkannya.

“ Laa, Abang Qal ke Kak Erika?” pantas Auni menyampuk setelah pelayan menghantar semua pesanan kami.

“ Hmm, dialah tu. Abang Qal, crush lama Auni tu,” aku mengusik Kharissa Auni anak bongsu Datin Khaty.

Semua yang ada di meja ketawa melihat wajah Auni yang berubah kemerah-merahan dan aku lihat Mummy dan Daddy saling berpandangan sambil melepaskan helaan lega. Aku pula cuba untuk memaniskan wajah meskipun si dia yang rancak berbual dengan Abang Erik itu tidak pernah lepas memandang wajahku dan sesekali melepaskan sedas senyuman menggoda. Eeww, nak termuntah aku. Akhirnya, aku meminta diri ke tandas kerana rimas dengan mata si buaya darat itu.

Lama aku memandang cermin. Dress paras lutut berwarna hitam dipadankan dengan cropped cardigan putih sangat sesuai ditubuhku. Wajahku yang jarang disolek juga telah didandan oleh professional. Kata Abang Erik, agar aku kelihatan lebih istimewa malam ini. Macam-macam. Kalau aku tahu, dinner ini hanya untuk menyambut kepulangan anak teruna Datin Khaty, baik aku duduk rumah layan movies, dari menyakitkan hati terkenang kisah lalu. Hisy, Mummy mesti bising aku tak pulang ke meja lagi. Aku mula berjalan keluar dari tandas.

“ Erika Syakira Syariq Laurent!”

p/s: Tolong spread the words around ok? Thanks for your support!! Hmm, saya akan update sneak peek bab 3 selepas saya mendapat 20 followers! So, start folowing this blog and I'll continue to post my story here! Take care peeps!
xoxo

Wednesday, 14 November 2012

Salam Maal Hijrah!

Assalamua'laikum semua! Salam sejahtera! Salam Maal Hijrah saya ucapkan buat semua Muslimin & Muslimat yang mengikuti blog saya. Marilah kita membuat azam baru sempena Tahun Baru Islam! Sebab kebiasaannya, dalam konsep zaman sekarang, orang hanya buat azam masa New Year jer! :( Kalau bukan kita, umat Islam yang menyebarkan dan mempertahankan agama kita, siapa lagi? Betul tak? Saya sedih sangat, sebab orang Melayu-Islam hari ini lebih tahu bila Halloween lah, Christmas lah, tapi Hari Maal Hijrah mereka tak tahu. Sangat menyayat hati bila difikirkan. Saya tak kata salah untuk anda tahu akan perayaan atau sambutan yang biasanya dilakukan oleh westerners, tapi kita harus ingat juga tentang hari-hari penting dalam Kalendar Islam juga. 

Hmm, azam saya sempena Maal Hijrah ni:
1) Untuk menjaga waktu solat saya, disebabkan waktu kelas yang berlainan setiap hari, selalunya saya terpaksa qada' solat saya ataupun kelam kabut solat Zohor beberapa minit sebelum waktu Asar masuk. 

2) Saya ingin menjadi seorang muslimah yang solehah. 

3) Hmm, rasanya, saya capai kedua azam yang telah saya tetapkan di atas dulu barulah saya aim nak buat azam baru. Hehe! 

Apa-apa pun, marilah kita sama-sama membuka lembaran baru sempena Maal Hijrah dan menjadikan hari ini lebih baik dari semalam dan hari esok lebih baik dari hari ini. Marilah kita tingkatkan amal dan taqwa dengan umur yang diberi oleh Allah s.w.t. Amin. 

Anda boleh kongsi bersama saya apa azam anda sempena Maal Hijrah kali ini, dan mungkin akan dapat dicontohi oleh yang lain. Insya'allah. 

p/s: Hmm, dah lebih 3 minggu saya hantar bab 2 & 3 tapi tak siarkan lagi! Sesiapa yang rasa saya patut publish di sini, comment di bawah ataupun di chat box k? 
xoxo