And ALLAH is Sufficient as a Guardian
And ALLAH is Sufficient as a Helper
~ Quran 4:45


Wednesday, 21 November 2012

Ms Egoistic Vs Mr Romantic 2 (Full)

Salam semua! Saya telah memikirkan semasak-masaknya dan memandangkan telah lama anda semua menanti, maka, entri kali ini saya sertakan Ms Egoistic Vs Mr Romantic 2 Full!! Harap anda semua enjoy membaca karya saya dan teruskan sokongan anda buat Ms Egoistic Vs Mr Romantic!! Spread the words around ok? Hearts ya'll loads!!! 

Bab 2


Aku terpana! Dalam banyak-banyak manusia, lelaki ini yang aku bertemu kembali. Kerana dialah, segalanya musnah, kerana dia, aku sering pandang sepi semua salam perkenalan yang dihulurkan oleh mana-mana jejaka. Ya Allah, kenapa KAU pertemukan aku dengan dia? Aku memejam mata rapat lalu tanganku mencengkam erat lengan Abang yang berdiri disebelahku.

 Erika, mesti dah kenal dengan Auntie Khaty, Uncle Khairi, Lisa and Auni kan?” Daddy membuka mukadimah sebaik sahaja melihat aku hanya tercegat di sebelah Abang Erik sambil menghantar isyarat mata agar aku bersalaman dengan kedua teman karib Mummy dan Daddy.

Setelah bersalaman dan berlaga-laga pipi dengan Auntie Khaty dan anak-anak kembarnya aku hanya duduk diam di kerusi bersebelahan Abang Erik dan berhadapan dia. Benci betul nak mengadap muka dia. Tak pernah aku tahu anak Auntie Khaty si malaun ni! Lisa dengan Auni, anak kembar Auntie Khaty dan Uncle Khairi tak pernah pun cerita yang mereka ada abang, si mangkuk hayun ni. Aku tenggelam dalam duniaku sendiri apabila mereka semua sibuk bercerita. Yang wanita semua tidak lekang bercerita tentang fesyen dan gosip artis manakala yang lelaki bercerita berkisar dengan bisnes sementara menanti pesanan makanan sampai. Aduh, bosan betul!! Dalam berkhayal tu terasa ada tangan mencuit pinggangku. Rupa-rupanya Abang Erik!

“ What?” aku berbisik di telinganya.

“ Speak up la. Uncle tanya tu, how’s work?”

Aku segera berpaling sambil senyum yang memang sah dibuat-buat sebelum memulakan bicara, “ Alhamdullilah Uncle. So far so good. Besides, Abang Erik and Daddy banyak ajar Erika selok-belok business.”

“ Good to hear that! Uncle dengar Erika buka photography studio. Betul ke?” Dato’ Khairi bertanya lagi.

“ Ha’ah, Auntie pun ada dengar cerita jugak. Tanya Mummy kamu, dia cakap tanya Erika sendiri,” Datin Khadijah a.ka. Khaty pula menyampuk. Kini seluruh meja makan senyap ingin menumpukan perhatian dengan apa yang bakal aku perkatakan.

Aku meneguk liur sedikit, aduh macam mana nak cakap ni? Takkan nak bilang aku share dengan Haikal. “ Ehem…errm, baru nak bertapak Auntie, Uncle. Erika share dengan boyfriend Erika and currently memang banyak job kita dapat tapi kena pilih la, sebab both of us ada career sendiri kan.”

“ Boyfriend?!” tinggi suara Datin Khaty memenuhi ruang meja kami. Abang Erik pula sudah menendang kakiku di bawah meja. Tak cukup dengan itu, tangannya sudah mencubit pehaku. Sakit gila! Aku menjeling sekilas muka Abang.

“ Kawan lelaki Erika, boyfriend lah kan. Alah, Auntie pernah jumpa dialah. Muhammad Haiqal, yang kerja architect tu, yang Auntie berkenan sangat nak buat menantu tu,” aku mengingatkannya.

“ Laa, Abang Qal ke Kak Erika?” pantas Auni menyampuk setelah pelayan menghantar semua pesanan kami.

“ Hmm, dialah tu. Abang Qal, crush lama Auni tu,” aku mengusik Kharissa Auni anak bongsu Datin Khaty.

Semua yang ada di meja ketawa melihat wajah Auni yang berubah kemerah-merahan dan aku lihat Mummy dan Daddy saling berpandangan sambil melepaskan helaan lega. Aku pula cuba untuk memaniskan wajah meskipun si dia yang rancak berbual dengan Abang Erik itu tidak pernah lepas memandang wajahku dan sesekali melepaskan sedas senyuman menggoda. Eeww, nak termuntah aku. Akhirnya, aku meminta diri ke tandas kerana rimas dengan mata si buaya darat itu.

Lama aku memandang cermin. Dress paras lutut berwarna hitam dipadankan dengan cropped cardigan putih sangat sesuai ditubuhku. Wajahku yang jarang disolek juga telah didandan oleh professional. Kata Abang Erik, agar aku kelihatan lebih istimewa malam ini. Macam-macam. Kalau aku tahu, dinner ini hanya untuk menyambut kepulangan anak teruna Datin Khaty, baik aku duduk rumah layan movies, dari menyakitkan hati terkenang kisah lalu. Hisy, Mummy mesti bising aku tak pulang ke meja lagi. Aku mula berjalan keluar dari tandas.

“ Erika Syakira Syariq Laurent!”

p/s: Tolong spread the words around ok? Thanks for your support!! Hmm, saya akan update sneak peek bab 3 selepas saya mendapat 20 followers! So, start folowing this blog and I'll continue to post my story here! Take care peeps!
xoxo

3 comments: