And ALLAH is Sufficient as a Guardian
And ALLAH is Sufficient as a Helper
~ Quran 4:45


Sunday, 2 December 2012

Ms Egoistic Vs Mr Romantic 3 (Sneak Peek)

A quickie update for all of you out there!! Been very busy! Sorry lama tak update. So, gonna make it short and sweet. Here you go, Ms Egoistic Vs Mr Romantic 3 (Sneak Peek)!!!

Bab 3


Aku menghentakkan kaki sebaik sahaja kami masuk ke dalam rumah. Tak kira, malam ni perhitungan mesti dibuat. Aku menarik nafas panjang sambil menunggu Mummy, Daddy, Abang Erik dan Kak Yana yang duduk di hadapanku. Hisy,ikut hatilah kan, memang aku pancung dorang ni satu-satu. Aku tengah marah boleh pulak dorang lengah-lengah. Tenang Erika, tenang! Jangan pasal tak boleh kawal perasaan habis semua elaun bulanan kena tarik! Sumpah serik! Aku menghela nafas dengan kasar sekali lagi.

“ What was that for?” tidak menyempat aku menyembur mereka tetapi masih dengan nada terkawal. Almaklumlah, aku ni anak bongsu, mana boleh tak hormat mereka semua.

“ Adik, chill! Ok, we admit, it’s our mistake. But, what you did just now was insane! Malu Daddy dengan Dato’ Khairi tadi. Adik, tolonglah, dengar cakap Daddy dengan Mummy, just for once!” lembut Dato’ Syariq memujuk. Aiseyman, ni yang cair ni! Tidak dapat dinafikan aku lebih manja dengan Daddy berbanding Mummy.

“ Give me one concrete reason! Just one! Kenapa mesti adik terima lamaran Khairul Arman?” aku pasti, mereka tidak mampu memberi aku satu alasan munasabah.

“ Sit and I’ll tell you everything about it. Selama ni, Daddy tak pernah cerita, maybe it’s time for you to know. Daddy dah ceritakan hal ni kat Abang Erik, so Erik, bawa Yana masuk, dah lewat dah ni. Kesian penat menantu Daddy, satu hari plan itu, ini. Thanks Yana!”

“ Baiklah, Daddy, Mummy goodnight and no problem lah! Setakat nak bantu adik sendiri apa salahnya. Dulu Yana, pun selalu jugak match make kawan-kawan kitaorang masa belajar dulu,” nakal Erik Syakir mengusik Riyanna. Sempat aku menangkap jelingan manja Kak Yana dan kelihatan Abang menggosok-gosok lengannya yang dicubit oleh Kak Yana. 

Saya akan update full version bila saya tak berapa busy ok? Hearts ya'll deep deep! Take care all readers! Much love and continue your support for Ms Egoistic Vs Mr Romantic!! <3 
xoxo

2 comments: