Khairul Arman
melangkah penuh gaya masuk ke pejabat. Semua kakitangan yang berselisih
dengannya disapa. Hampir semua staf di K.A Corporations faham sangat fiil anak
bujang Dato’ Khairi yang pandai mengayat, terutama sekali wanita berdahi licin.
Dasar playboy! Wajahnya yang tampan, badan yang tegap, hidung mancung, mata
yang bundar berwarna hazel, walaupun berkulit sawo matang, Khairul Arman
termasuk dalam eligible bachelor list! Memang pakej lengkap! Hampir semua anak
dara yang bekerja di dalam syarikat itu tidak lepas menganyam angan untuk
mendampinginya.
“ Good
Morning, Tanya,” Khairul Arman menyapa setiausahanya mesra bersama senyuman
yang menampakkan lesung pipit sambil mengenyit sedikit matanya.
“ Errm… Good
Morning bos,” Tanya menjawab manja bersama liuk lentok menggoda setelah
kelam-kabut menyimpan lipstick dan bedak compact di dalam laci meja. Tanya
membetulkan blausnya yang sendat dan menarik sedikit mini skirt yang
dipakainya, dia mengekori langkah Khairul Arman menuju ke biliknya.
“ So, boss, you ada appointment dengan Encik
Haiqal from SyaRina Holdings at 2p.m., regarding the new project yang Dato’
minta you handle and Cik Gina called to remind you about her birthday party at Zouk
Club tonight, I guess that’s it,” dalam satu nafas Tanya memberitahu jadualnya.
“ Damn! I
lupalah Tanya. Hmm, can you do me a favour dear?” bersama sedas senyuman
menggoda Khairul Arman memandang tepat wajah yang ternanti-nanti di hadapannya
lalu menggamitnya.
“
Anything for you,” Tanya sudah menghampiri Khairul Arman sambil tangannya kini
menjalar ke dada bidang jejaka itu manakala tangan Khairul Arman sudah memeluk
erat pinggang Tanya yang ramping.
“
I need you to accompany me to get a gift for her during lunch time later if you
don’t mind,” lembut dia berbisik di telinga Tanya sambil tangannya kini makin
ligat menjalar di belakang badan Tanya.
“
Boleh, tapi upahlah,” rengek Tanya manja, kini tangannya sudah bermain-main
dengan rambut Khairul Arman.
Khairul
Arman menghadiahkan kucupan di pipi Tanya, “ This first. Nanti I belikan benda
lain ok?”
*********************************************************************************************************
Aku
masuk ke dalam EriQal Photography studio lalu menuju ke bilik editing. Aku
melihat Muhammad Haiqal yang sedang ralit mengedit gambar pelanggan kami. Hari
ini aku mengambil cuti separuh hari, kerana aku terpaksa menguruskan hal di
photography studio, memandangkan Haiqal telah memaklumkan hal ini padaku pagi
tadi. Haiqal juga bekerja di SyaRina Holdings, sebagai Head Architect, dan
walaupun bekerja dalam bangunan yang sama kami jarang bertemu memandangkan aku diletakkan
di bahagian kewangan sebagai CFO dan juga Project Manager sementara waktu untuk
projek terbaru yang bakal di ketuai oleh Haiqal. Lepas ni baru best, satu
projek dengan Haiqal. Malasnya, nak masuk pejabat lepas lunch nanti, kejap lagi
call Miya, harap-harap tak ada appointment penting.
“
Hey Qal,” aku menyapa Muhammad Haiqal sambil memeluk erat lehernya dari
belakang. Sudah dua minggu tidak bertemu memandangkan dia outstation di
Australia. Pada pandangan orang, mungkin perangaiku itu keterlaluan dan tidak
menjaga batas tetapi, Mummy adalah ibu susuan Haiqal, kerana teman baik Mummy
sewaktu di Perancis, ibu Haiqal meninggal dunia sewaktu melahirkan Haiqal yang
lahir enam bulan awal dariku. Sejak itu, Haiqal tinggal bersama kami dan aku
membesar bersamanya.
“
Babe, bila sampai?” Muhammad Haiqal pusing menghadap wajah Pan Asian yang
berdiri di hadapannya kini, lalu mendakap Erika Syakira yang tinggi lampai.
“
Baru jer, kau mana nak perasaan aku dah sampai. Sibuk dengan hal kau jer,” aku
sudah melepaskan rangkulannya lalu membentuk mulut.
“
Alolo, tak payah nak eksyen cute kat sini. Kau tu semalam, macam nak rak aku
call, tak jawab pun! Eh, senyap sikitlah, Dilla ada kat dalam studio tu. Ada
client hari ini, ambil gambar studio pre-wedding,” Muhammad Haiqal menerangkan.
Dilla, merupakan salah seorang photographer yang kami ambil untuk bekerja dan
juga Manager yang menguruskan semua hal EriQal Photography. Haiqal pula rakan
kongsiku dan juga Chief Editor, dan aku pula Outdoor Photographer.
“
Ni aku nak cerita kat kau lah ni apa jadi semalam. I’m so frustrated!” dengan
mimik muka aku memulakan cerita. Terbayang kembali segala yang terjadi semalam.
****************************************************************************************************
“
Erika Syakira Syariq Laurent!!!” satu suara dari belakang melaung namaku kuat.
Aku yang baru sahaja keluar dari tandas hampir terjatuh akibat terkejut. Suara
macam kenal jer. Argh, buaya darat!!! Aku berpusing menghadap makhluk yang
tidak ingin aku jumpa lagi sambil mengukir senyuman sinis.
“
What can I do to help you Mr Khairul Arman?” aku berkata dengan nada yang teramat
sarkastik.
“
Hey, what’s with the sarcasm? Hmm..” tanyanya tenang bersama senyuman yang
dirasakan mampu menggodaku. Hello, setakat senyum macam tu, budak despatch kat
ofis tu berkali ganda handsome kalau senyum macam gitu. Aku hanya mendengus dan
ingin meneruskan langkah masuk ke dalam restoran, tetapi lenganku ditarik oleh
Khairul Arman dan kini aku berada dalam dakapannya.
“
Khairul Arman! What are you trying to do, huh? Let me go, or else I’ll scream,”
aku mengugutnya. Sesak nafasku berada dalam keadaan yang sangat rapat
dengannya. Hidungku menangkap wangian Cool Water Davidoff for Men yang
digunakannya. Aku dapat merasakan desah nafasnya yang menampar wajahku. Banyak
mata sudah memandang ke arah kami, bagai sedang melakonkan drama.
“
Do it if you dare! I’m trying to help you Erika. I tak naklah you pengsan bila
you masuk dalam nanti and honey, you look totally different,” Khairul Arman
mencabarku.
“
You tak ada hak untuk panggil I honey and people change Mr Khairul Arman,
termasuk I! Dan kalau I pengsan pun, I tak akan minta tolong you untuk cempung
I!” aku melepaskan diri dari rangkulannya yang kejap.
“
Erika, untuk pengetahuan you, tonight is more than celebrating my return to
Malaysia, and since you don’t need my help, I harap you bersedia dengan segala
kemungkinan yang bakal terjadi saat you jejakkan kaki masuk ke dalam sana. So,
I have to get back in there. See you inside, sayang,” Khairul Arman mengusap
pipiku yang sudah tercegat di situ bagai patung cendana. Otakku bagai tidak
dapat berfungsi dengan betul. Aku hanya melihat sahaja dia melangkah pergi. Erika,
tenang! He’s pulling your legs! Aku menarik nafas panjang lalu mengatur
langkah.
Saat
aku tiba di meja, semua mata beralih padaku dan segala perbualan terhenti. Aku
pula sudah menilik diri dari atas ke bawah. Ada yang tak kena ke? Aku mengambil
tempat di sebelah Abang Erik, dan yang peliknya, si mangkuk hayun itu, tidak
ada di tempatnya. Eh, tadikan dia dah masuk?
“
Erika, Auntie harap Erika tak terkejut dengan apa yang Auntie nak sampaikan.
Auntie, nak lamar Erika jadi menantu Auntie, isteri buat Khairul Arman. Arman
dah beri persetujuan dia, Auntie harap Erika pun tak ada objection?” Datin
Khaty berkata. Aku pula sudah memegang kejap tangan Abang Erik di sebelahku.
Kerja gila!
“
Auntie, Uncle, Mummy, Daddy, Erika perlukan masa untuk fikirkan hal ini. I
cannot make a decision. Erika..”
“
But, Erika, you’ve promised to get to know him right? Ingat janji Erika pada
kami semua semalam,” Dato’ Syariq bersuara keras.
“
Uncle, it’s okay, jangan paksa Erika. I’m willing to wait. Erika, I akan tunggu
you buat keputusan, dan I harap you dapat berikan satu jawapan yang positif,”
entah dari mana si mangkuk hayun tu datang mencelah bersama sejambang bunga ros
putih di tangan yang dihulurkan kepadaku.
*****************************************************************************************************
“So,
sekarang kau nak buat apa?” Muhammad Haiqal bertanya dengan kerutan di dahi.
“
Well, mungkin terima. Lagipun, Mummy dengan Daddy dah janji dengan family Dato’
Khairi. But, I don’t know Qal. I really don’t know. Aku mati akal. Semalam
lepas dinner, Daddy told me everything, Mummy pula dah menangis. Aku tersepit
Qal,” aku sudah tersedu dibahunya.
“
Erika, aku faham, sebenarnya, Daddy pernah cerita kat aku dulu. Before, kita
pergi belajar kat U.S. So, is this the same Khairul Arman?”
“
Kau tahu, bukan nak bilang aku! Kurang asam betul! And, yes!! Memang si mangkuk
hayun yang satu kelas dengan kau dulu,” aku menepuk kuat bahunya.
“
Dah Daddy cakap secret, aku pun pegang pada janji. Dah, jangan nak merajuk, ni
aku belikan kau kat Australia,” Muhammad Haiqal menghulurkan sebuah bungkusan.
Dengan pantas aku membuka balutan hadiah itu. Wah! Taylor Swift Wonderstruck
Perfume!! Aku sudah menjerit keriangan lalu memeluk erat Muhammad Haiqal.
“
Thanks!! Ni yang buat aku sayang gila kat kau,” aku terjerit di telinganya. Dia
hanya menggelengkan kepala.
“
Dah, pergi buat kerja. Kejap lagi nak masuk office, nanti Daddy bising,”
Muhammad Haiqal sudah berpaling untuk menyambung tugasnya yang tergendala.
“
Eh, kau baru touchdown kan? Bukan nak balik rumah dulu, terus masuk studio,
then nak pergi office pulak?” aku sudah membebel.
“
Hari ni kan ada meeting dengan wakil dari K.A Corporation. Kau jangan bilang
kau terlupa, and jangan nak mengada-ngada tuang kerja eh! Lagipun, itu kan
syarikat bakal bapak mertua kau, don’t give bad impression Erika!!” Haiqal
sudah membebel. Haish, tak boleh jadi ni, pak cik ni kalau dah membebel, kalah
Mummy!
“
What?!! Then, meeting dengn Uncle Khairi la? Ala, Qal, kau pergi je la!
Please,” aku sudah meleretkan suara agar dia terpujuk dengan rayuanku.
“
Erika Syakira, don’t do that! Aku takkan termakan dengan pujukan kau tu! We are
both going to down to K.A Corporation. Kau nak takut apa, tak jumpa dengan
Uncle Khairi la, meeting dengan anak buah dia jer kot. Bawa baju office ke tak
ni?” Haiqal bertanya, sambil matanya melirik pakaianku dari atas ke bawah. Aku
hanya mengenakan Polo T-shirt putih, dengan seluar jeans.
Aku
hanya menjawab dengan anggukan. Baru ingat nak cuti lagi! Dengan kepala aku
yang tak berapa nak betul ni pasal hal semalam, hari ni meeting pasal projek
penting pulak. Pagi tadi, Mummy dah lancar mogok suara. Susah lah macam ni!
Share the love lovelies!! Hearts ya'll!!! <3
xoxo
Copyright of Miss Aiko.
BESTTTTTT + AWESOMEEEEE :D
ReplyDeletesmbng lgi.. ♥
ReplyDelete