And ALLAH is Sufficient as a Guardian
And ALLAH is Sufficient as a Helper
~ Quran 4:45


Friday, 27 December 2013

Janji Nak Tuliskan

Hi uolls! Oklah, sebab dah janji nak tuliskan, so tulislah! Huishh, ingatkan nak rest cuti 2 minggu ini, tapi, pening kepala nak habiskan project berkaitan fire ini! Antara assignment terbesar pernah buat sebab ini bukan module yang diajar di sekolah, tapi kena panggil pihak bomba ajar and the worst part, yang akan grade assignment pun bukan dari kalangan lecturer yang kita kenal, tapi pihak bomba itu! Pecah kepala nak dok habiskan project ini. Project ini pula individual, actually bukan tak biasa buat individual, yang berkumpulan pun buat individual. Tahu tak, sakit betul hati kita tau, dah bertungkus lumus kita buat project itu satu malam, then sebab presentation kita dapat B+, sedangkan yang bersenang lenang, cakap lebih-lebih masa presentation dapat A!! Geramnyerrr!!! Memang geram, tapi nak buat apa kan? Kadang kita ni terlalu jujur, sama satu lagi problem, Sya tak pandai nak 'angkat' or dalam bahasa kasarnya bodek lecturer! Eh, tak mainlah, just because kita baik ngan lecturer dia kasi kita A! No self-satisfaction pun buat kerja macam gitu! Tapi, manusia zaman sekarang ini, huish, suka benor angkat lecturer, tup tup, buat kerja tak seberapa dapat A! Benci! Anyways, malas nak cerita lagi panjang, buat sakit hati jer kan?

Anyways, jangan risau, akan update bab terbaru soon okie, lovelies? Memang tak cukup kaki tangan nak buat kerja, sampai kopi dah jadi bestfriend sejati! Bising Mummy, potpet, potpet duk marah kopi tak elok untuk perempuan, dahlah minum tiap hari, pastu 2 cawan lak tu. Apa Mummy kita tak marah? Tadah telinga jerlah. Jawapan standard, 'bukan senang nak belajar sekarang Mummy!' 

Oklah, nak kena pergi sekarang! Sorry sesangat! Lain kali kita tulis lagi ok! Take care all you lovelies! Adios! 
xoxo ♥

Thursday, 19 December 2013

Quick Update!

Hi uolls!! Ok, tau sangat tak update dekat sini! Agak chaotic sedikit beberapa minggu ini. Banyak blog post yang tengah bermain di minda untuk ditulis. But that has to wait, sebabnya iolls tengah sibuk study untuk common test! Habis tension, stress dan segala mak nek yang datang. So, faham-faham jerlah, muka pun hais teruk, especially bila Cik 'J' dah naik! Lagi stress nok! Ini pun semakin stress bila belajar, so nak release tension, buat lah quickie update!

Anyways, memang banyak benda yang nak di blog. Antaranya, my trip to Malacca, hmm, girls talk(yang dah lama sangat tak tulis) lepas itu, InsyaAllah, bab terbaru! Then there'll be a few random rants. Semua bermain di minda saat tengah sibuk dan sepatutnya mentelaah untuk test! Lepas tu, akan ada cuti 2 minggu selepas ini memang akan menjadi agak tidak cukup tangan sebab projek menimbun di bahu! But still, since there's no school, I'll do my best to update here okie?

Lepas itu, apa lagi yer? Hmm, oh yes, tengah sibuk mencari gift untuk my guy best friend yang akan pergi internship dalam kurang dari sebulan dari sekarang. dan kebetulan, 2 minggu sebelum internship, it's his birthday, so macam hadiah 2-in-1 lah! Pening fikirkan nak belikan apa! Ingatkan nak beli perfume, tapi Mummy cakap kalau kita kasi seseorang perfume, ia macam putus persahabatan. So, perfume is definitely out of the list! Tapi, draft untuk card dah siap karang! Sebab, rasanya nak kasi dia nangis ke, oklah, bukanlah nangis macam teruk gila, tapi macam tearing gitu. Macam bila dia baca rasa terharu gitu. Hehs, bertuah punya kawan kan? Lol. Actually, sangat, sangat sedih just thinking that I have less than a month to spend with him, and minus the 2 weeks holidays, memang tinggal 2 minggu jer dengan dia! *sobs* Well, I have to be positive about it, hopefully, persahabatan kita akan kekal. InsyaAllah. So, korang ada idea tak nak belikan apa? Ideas please? But, take note, I don't wanna give him something too intimate, I mean tak naklah kasi wrong idea kan? Besides, he's like a brother to me.

Ok, ok, dah tak ada time nak menceceh dekat sini. Sebabnya, masih banyak lagi yang perlu di ulang kaji sehingga pagi esok. Hmm, dah minum 2 cawan kopi, sekarang ni pun mulut tak henti mengunyah pomegranate. Konon nak makan something healthy! Poyo jer lebih! Oklah, take care all you lovelies out there! Be positive and we'll talk again soon!
xoxo

Tuesday, 3 December 2013

New Background!!

Ok, uolls, Sya tahu, past few days tak dapat access my blog. Hehs, ini sebab budak yang selalu cakap tak cukup masa ini, mentel nak tukar background blog dia sebab dah bosan dengan design yang lama. So, sebab tak dapat nak focus buat benda ini dalam masa sehari, terpaksalah drag beberapa hari. Sorry tak buat notice in advance! Kesibukan masih melanda, tapi sempat nak tuang class starting Friday sebab nak pergi holiday. Bukan pergi jauh pun, Melaka jer. Sepatutnya, tak boleh pergi pun, sebab minggu yang nak tuang class itu, lecturer semua tengah sibuk nak buat revision. Tapi, tak apalah, since lama sangat tak pergi holiday satu family, ku relakan jua. Mummy pun dah mula bising! Nasib ada member yang boleh kawtim.

Anyways, hari ini sangatlah stress. Semalam tak tidur sibuk siapkan assignment last minute. Sepatutnya orang lain kena buat, sekali kita semua kena tipu! :( Hais, nak buat macam mana? Redha, so semalam memang tak tidur sebab siang tadi dah submission dengan presentation. Pulak tu, class pagi! Tak ke haru? Nasib badan kena kerja dengan orang macam gitu. Bukannya susah sangat nak tulis script, Sya memang selalu buat full report, haiss, semalam, dari sepatutnya menghabiskan full report, terpaksa pula melangut buat skrip. Alhamdullilah, semua dah settle siang tadi. Kebetulan, kaki terseliuh, lepas presentation terus balik, sebab tak tahan sakit sangat. Kalau tak memang kena attend class sampai malam.

By the way, mungkin jarang sikit update dalam masa 3 minggu akan datang. Like I said, hectic gila. Dah nak common test, selang dua minggu final exam. Sekarang ini tengah sedih sangat. My best guy friend will be going for his internship, then I ada lagi satu semester! Haish, doa jerlah hari terakhir ambil exam tak nangis! Seriously, dia antara kawan yang paling baik Sya pernah ada! Lelaki pula tu! Well, we went through a lot these past years. Semua benda pahit, manis, susah, senang, we shared it together! But whatever it is, I will still embrace the friendship we had, and dengan izin Allah, persahabatan kami berkekalan. Amin!

Oklah, dah habis menceceh entah apa-apa ni! Nak sambung buat next project. Doakan Sya tak stay up too late again tonight ok? Oh by the way, dah dengar single terbaru Encik Hafiz Hamidun, Jodoh Berdua! Sangat best! Tapi kita tengah tunggu single French beliau! Ok, ok, dah stop, sebelum start fangirling baik berhenti. Karang tak habis pula project yang tergendala itu. Take care lovelies! Jangan ikut perangai Sya, minum 3 cawan kopi satu hari!
xoxo ♥

Wednesday, 27 November 2013

Ms Egoistic Vs Mr Romantic 19

Hi uolls! Ok, tau dah nak dekat sebulan dah tak update chapter terbaru! Sorry memang busy sangat! Anyways, minggu lepas dapat tawaran sambung buat degree, Bachelor in Construction Management (Building), dari salah satu university terkemuka di Australia. Tak taulah nak sambung lagi ke tak! Macam terburu-buru pulak, Sya ada lagi satu sem lagi lepas sem ni habis, dah dapat tawaran. Pening den! Mummy dengan Daddy memang suruh sambung, tapi pada Sya, I have other commitments, responsibilities that I have to look upon. Bukan tak nak sambung, siapa tak nak kan? Just that probably mungkin I just have my own plans. Tapi kita tengoklah macam mana, minta petunjuk dari Allah s.w.t. semoga Sya dapat buat keputusan yang terbaik. Hailah, kalau nak buka mukadimah memang berjela kan? Hehs, nasiblah. Ok, tak nak buang masa lagi. Here goes!

Bab 19

Aku mundar mandir di dalam bilik sambil menarik nafas panjang, cuba menenangkan diriku sendiri. Tenang Erika, tenang! Walau sekuat mana aku cuba untuk psycho otakku ini, memang dah tak terpujuk dah. Rasanya marah aku dah membuak-buak! Macam gunung berapi yang akan meledak bila-bila masa saja! Dia memang nak kena dengan aku! Memang nak kena! Aku menghembus nafas sekali lagi. Kalau dia ada dekat sini, memang aku cekik batang leher dia. Tak kisahlah jadi janda, asalkan hati aku puas. Aku sudah meletup-letupkan jari jemariku. Pintu bilikku terkuak dari luar, pantas aku menoleh. Marahku sudah sampai ke kemuncak apabila memandang wajahnya yang tersengih-sengih. Sengihan di wajah Khairul Arman mati sebaik sahaja memandang wajah merah padam Erika Syakira. Pantas dia menutup pintu bilik dan mengunci dari dalam.

“I need your explanation,” kataku dengan suara yang tertahan-tahan. Kini aku sudah berpeluk tubuh memandangnya yang tenang mengambil tempat di atas sofa.

“Well…I did it for us,” tenang Khairul Arman menjawab.

“Us? You cakap you buat benda ini untuk kita? Untuk kita atau untuk you?” aku sudah hampir terjerit.

“Chillax babe. Apasal marah sangat? Ok, memang I planned to tell you about this yesterday, tapi you mengelak and kebetulan tadi Daddy tanya, so yeah. It happened,” selamba sahaja Khairul Arman menjawab.

“Khairul Arman, you sepatutnya bincang perkara ni dengan I dulu! I tak setuju nak pindah dari sini. I dah planned nak tinggal sini, just like Abang Erik and Qal. You jangan nak make your own decision!” tegasku. Aku mesti pastikan dia dengar cakap aku. I don’t want to lose with him.

“Sayang, apa salahnya kita hidup berdikari?” pujuk Khairul Arman lembut sambil mendekati Erika.

“Oh, jangan guna sayang you tu dekat I! Tak jalan!” aku sudah melangkah ke belakang apabila dia semakin menghampiri. Pantas tangannya menangkap tubuhku lalu mendekatkan tubuh kami.

“Really? Well, you tak cakap pun yang kita tak boleh pindah, so kali ini let me make the decision,” ujar Khairul Arman sambil mendekatkan wajahnya.

“Sebab I tak sangka you sanggup buat macam ni! I really want to stay with my family Arman. Please, tolonglah!” rayuku sambil menggunakan senjataku. Airmata! Jangan perlekehkan airmata, aku pasti dia tewas. Aku mula tersenyum di dalam hati apabila melihat dia yang bagai tersentak melihat airmataku.

“No! This time you have to listen to me! I dah mengalah bab tanggungjawab you pada I, so suka atau tidak, you kena ikut cakap I. Or maybe, you lebih suka kita tinggal sebilik macam ini, sebab itu you tak nak pindah keluar?” tanya Khairul Arman sambil tersenyum nakal.

Kini nafas mereka sudah menjadi satu, hanya mata yang berbicara. Debaran di hati Erika Syakira semakin ganas menghentam dada. Khairul Arman semakin mendekatkan wajahnya bersama senyuman di bibir tatkala melihat Erika Syakira yang tidak menunjukkan sebarang reaksi. Dia membiarkan hidung mereka bersentuhan buat seketika. Tidak semena-mena, Erika Syakira menolak kuat tubuh Khairul Arman hinggakan lelaki itu terundur ke belakang.

“You jangan ambil kesempatan boleh tak?” tengkingku kuat. Aku cuba menstabilkan diriku yang masih dilanda debaran yang maha hebat. Haruman yang digunakan oleh Khairul Arman membuai perasaannya.

“I wasn’t. So, you setuju atau tidak dengan rancangan I?” tanyanya tenang bersama senyuman dibibir.

“Let me think about it first,” ujarku perlahan, sengaja ingin berlengah memberi jawapan.

“Fine! Lepas kita hantar Qal dekat airport, I nak jawapan dari you. If not, we can continue what was unfinished just now,” ugut Khairul Arman yang masih lagi kekal dengan senyuman sinisnya.

Aku mendengus geram. Je vous hais! I hate you! Aku benci kau! Habis segala sumpah seranah bermain di dalam hati. Geram betul aku dengan mangkuk hayun seekor ni! Aku mengeluarkan pakaian yang ingin aku pakai untuk menghantar Qal dan Kak Nur ke KLIA. Dalam aku ke hulu ke hilir bersiap untuk keluar, otakku ligat berfikir akan rancangan yang bakal aku lakukan. Tak boleh jadi, aku tak boleh kalah. Siap kau Khairul Arman!
***********************************************************************************
Kami melambai ke arah pasangan yang kelihatan bahagia itu masuk ke balai pelepasan. Aku pula yang terlebih emosional, seperti mereka tidak akan pulang. I am so going to miss both of you for the next two weeks! Kata-kata itu hanya bergema di dalam hati kecilku. Esok aku harus kembali ke tempat kerja manakala dia pula mungkin akan bercuti selama tiga hari lagi sebelum pulang ke kerja.

“Korang nak pergi mana lepas ni?” tanya Erik Syakir pada Erika Syakira dan Khairul Armann sambil berpandangan dengan isterinya.

Pening dia melihat telatah pengantin baru itu. Tadi sewaktu di rumah, mereka bertengkar seketika, disebabkan kedegilan Erika Syakira yang ingin membawa keretanya sendiri. Nasib baik hanya dia dan Haiqal disitu dan tidak dilihat oleh Mummy dan Daddy, kalau tidak memang haru. Dia berharap sangat agar adiknya itu akan mengalah sedikit, janganlah mereka bergaduh teruk sedangkan inai masih lagi merah dijari. Bukan dia tidak dengar perbalahan di bilik Erika tadi selepas sarapan. Masing-masing keras kepala.

“Errm, baliklah kot. Nak pergi mana lagi? Lagipun esok adik dah kena masuk ofis,” jawabku tenang sambil memandang Abang Erik dan Kak Yana.

“Eh, korang kan baru jer kahwin. Arman tak nak bawa pergi dating ke?” tanya Riyanna pula yang sejak tadi melihat wajah Erika yang kegelisahan. Bukan dia tidak perasan reaksi Erika sewaktu sarapan apabila Daddy terlepas kata mengenai perpindahan mereka.

“Kena tanya orang tulah Bang. Arman tak kisah, tak naklah dia melenting tak tentu pasal,” jawab Khairul Arman selamba sambil menegnakan isterinya.

“Erika, come follow me. Kakak nak cakap sikit dengan Erika,” panggil Riyanna lembut. Dengan malas aku mengikut langkahnya menjauhi Abang Erik dan Khairul Arman.
***********************************************************************
Khairul Arman memandu dengan tenang menuju pulang ke villa milik Dato’ Syariq. Sesekali dia mengerling ke arah Erika Syakira yang leka bermain dengan telefonnya. Langsung tidak mengendahkannya. Bukan dia tidak tahu, gadis itu terpaksa bersetuju untuk berpindah. Masih lagi tergiang-ngiang di telinganya tentang apa yang abang iparnya pesan sebentar tadi.

“Abang harap, Arman sabar layan kerenah Erika. Like what Daddy said in the morning, dia memang jenis yang tak akan mengalah. Dia tak akan menyerah dengan senang. Arman kena pandai ambil hati dia, ikut rentak dia. Memang character dia macam tu, kadang Abang rasa dia tak sepatutnya jadi anak bongsu. Don’t get me wrong, dia memang manja, teramat manja, childish, especially dengan Qal and Daddy. Tapi bila dia berhadapan dengan orang luar, dia adalah antara manusia yang paling tegas and she will ensure orang akan dengar cakap dia,” panjang lebar Erik Syakir bercerita dengan adik iparnya. Khairul Arman hanya tekun mendengar sambil menganggukkan kepalanya sekali sekala.

“One more thing, Arman tak payah berpura-pura dengan Abang, Kak Yana, Qal dan Nur. We know what is going on between the two of you. Tapi, Abang mohon, tolong kekalkan macam gitu in front of our parents. Kesian mereka, I don’t think mereka dapat kesan, but Abang akan sentiasa doakan agar korang berdua akan hidup macam pasangan lain,” sambung Erik Syakir sambil menepuk perlahan bahu adik iparnya yang kelihatan sedikit tersentak.

Bunyi hon dari kereta belakang mengejutkan lamunan Khairul Arman. Isy, sempat pula aku mengelamun masa driving. Sempat dia mengutuk dirinya yang kelam kabut mengawal stereng agar dia masuk kembali ke dalam lanenya.

“Are you dreaming Khairul Arman?” kuat Erika Syakira terjerit.

“Mana ada!” nafi Khairul Arman bersungguh-sungguh.

“You kalau tak boleh drive, biar I yang drive. Kalau you rasa you nak mati cepat, tak payahlah nak bawa I sekali,” marahku lagi.

Khairul Arman hanya mendiamkan diri, cuba untuk mempraktikkan nasihat yang diberikan oleh Abang Erik tadi hinggalah dia membelok masuk ke villa dan memakirkan kereta di belakang kereta Erik Syakir. Erika Syakira pantas melompat turun dan menutup kuat pintu kereta Khairul Arman kemudian masuk ke dalam rumah dengan wajah mencuka.

“Kenapa tu?” tanya Erik Syakir yang melihat kelakuan adiknya sebentar tadi.

Khairul Arman hanya mengangkat bahu, mengelak untuk mengulas dengan lebih lanjut. Mereka beriringan masuk dan melihat Erika Syakira yang sedang duduk di ruang tamu bersama Dato’ Syariq dan Datin Erina.

“Hai, adik abang ni dah kahwin pun masih lagi nak menyelit dengan Mummy dengan Daddy?” usik Erik Syakir pada Erika yang duduk di antara Dato’ Syariq dan Datin Erina.

“Dengkilah tu,” aku menjawab sambil sengaja melentokkan bahu dibahu Daddy.

“Budak manja! Kalah Rayhana,” sengaja Erik Syakir menambah minyak.

“Daddy…” rengekku.

“Dahlah tu Erik. Sekejap jer ni, sekejap lagi dia dah nak pindah rumah baru. Nanti, barulah Erik nak rindu dengan budak manja ni,” kata Dato’ Syariq sambil mencuit hidung anak perempuan kesayangannya.

“La, pindah hari ni ke?” sampuk Riyanna yang sedang mengendong Rayhana lalu mengambil tempat di sofa kosong.

“Pindah hari nilah Kak. Tu hah Arman, tak menyempat nak pindah hari ni,” jawabku sambil beralih tempat duduk bersebelahan Kak Yana kemudian menghulur tangan untuk mendukung si comel itu.

“Bukan tak sabar, tapi, rumah tu dah lama tunggu you,” balas Khairul Arman membela diri.

“Yelah tu!”

“Isy, betullah tu adik. Untung adik, masuk rumah tinggal cuci kaki jer. Semua dah siap. Mummy dah tengok, you will love it!” teruja Datin Erina bercerita.

“Laa, semua dah tengok ke? Adik seorang jerlah belum tengok?” tanyaku sedikit keliru apabila melihat senyuman mereka.

“I bawa family you waktu 70% dah nak siap. Sekarang dah 100% ready,” terang Khairul Arman.

“Tapi adik nak tinggal sini!” aku sudah mencebik.

“Mana boleh! Adik kena ikut suami adik. Ni hah, yang kamu berdua ber-I, ber-you ni kenapa?” tanya Datin Erinayang pelik dengan kelakuan anak dan menantunya. Tak mesra langsung! Seorang ke hulu, seorang lagi ke hilir.

Aku hanya mendiamkan diri, enggan menjawab pertanyaan Mummy.

“Lepas ni, Maasi mesti rindu dekat Rayhana. Confirm rindu!” kataku pada si kecil Elmira Rayhana yang berada dipangkuanku.

“Ada-ada jer adik ni! Rumah adik dengan rumah kita Cuma 10 minit perjalanan,” kata Dato’ Syariq sambil menggelengkan kepala.

Aku hanya memuncung mendengar komen Daddy. Hatiku semakin sebal apabila dia dengan sengaja mengarahku untuk mengemas pakaianku dengan segera kerana kami akan berangkat selepas makan tengah hari. Benci tau macam ni! Boleh pula semua berpihak padanya! Jaga kau mangkuk hayun! Aku menghentakkan kaki sewaktu mendaki tangga tanda protes.
****************************************************************************
Sewaktu aku hampir selesai berkemas, terdengar ketukan dari luar pintu. Terjengul wajah Mummy dan Mak Jah di muka pintu. Aku menzip beg pakaian yang padat itu kemudian duduk di tengah katil, manakala mereka mengambil tempat di birai katil.

“Mummy dengan Mak Jah ada benda sikit nak cakap,” Datin Erina membuka mukadimah untuk berbicara dengan peterinya yang kelihatan sangat sugul.

“Cakaplah. Adik tak makan orang sampai Mummy dan Mak Jah perlu minta izin,” kataku sambil berpura-pura ketawa kecil.

“Mummy tahu, Arman bukan pilihan adik, tapi Mummy harap sangat adik dapat terima Arman seadanya. Mummy minta maaf kerana budi yang pernah dihulur, adik yang terpaksa berkorban, tapi, Mummy yakin dia adalah yang terbaik untuk adik,” panjang lebar Datin Erina berkata. Airmata sudah mula bertakung mendengar kata maaf dari Mummy. Sedaya upaya aku cuba menahan airmata agar tidak jatuh.

“Mak Jah tahu bukan senang untuk adik hadapi semua ini. Tak kenal lama, tup-tup kahwin. Macam zaman Mak Jah,” sambung Mak Jah pula. Adik dah cukup kenal dia Mak Jah! Cukup cukup kenal. Jerit hatiku tanpa mampu mengeluarkan kata hati yang menyimpan segala kesakitan.

“Memang susah kahwin tanpa cinta. Tapi, percayalah ia boleh dipupuk. Mak Jah pun nak tengok adik bahagia dengan Arman, macam Erik dan Qal. Korang semua membesar depan mata Mak Jah, jadi Mak Jah nak tengok semua bahagia,” kata Mak Jah lagi sambil mengelap air mata di hujung mata. Saat ini aku kalah, airmata jatuh bak empangan pecah, tanpa henti, mendengar permintaan kedua wanita yang sangat aku sayangi. Mampukah aku menunaikan permintaan mereka?

“Mummy harap adik kurangkan sedikit ego adik tu, jangan asyik nak menang jer. Sekali sekala mengalah, tak apa. Mengalah bukan semestinya kalah. You need to start with a good attitude, trust, honesty, give and take, to build a solid foundation for your marriage,” nasihat Datin Erina lagi. Kata-kata Mummy sama sahaja seperti apa yang Kak Yana katakan padaku sewaktu dia menarikku jauh untuk berbual seketika.

“Dah, lap airmata tu. Jom kita turun makan, semua dah tunggu dekat bawah,” ajak Mak Jah.

Kedua mereka bergilir memelukku erat lalu mencium lembut dahiku. Aku mengelap airmata yang mengalir di pipiku juga di pipi kedua mereka. Kami kemudian beriringan turun ke ruang makan di mana semua sedang menanti. 

Harap korang enjoy! By the way, kalau kurang update, Sya minta maaf sesangat! Kerja menimbun, tak cukup masa nak habiskan. Tapi InsyaAllah, I'm going for a short trip to Malacca, soon. Tak sabar rasanya! Kalau nak tengok gambar firsthand, follow Instagram ok? Anyways, please continue your support! Take care lovelies!
xoxo ♥

Wednesday, 20 November 2013

Rinduuuuu!!

Hai semua!! Memang rindu sesangat nak menulis kat sini! Rindu sesangat! Minta maaf buat yang menunggu bab yang seterusnya, sorry, memang tak ada masa buat masa ini. Dah dekat nak project submission, tests, haiz, diri sendiri entah dah kemana dah! Stress! Tapi, ini yang perlu ditempuh. Baru ambil Diploma dah stress macam ni, tak tahulah nanti kalau ada peluang nak sambung belajar lagi! Anyways, harapnya, life has been good for all you out there. Thank you so much kerana masih lagi sudi menjengah blog yang berhabuk ini.

Oh by the way, siapa tengok AF2013? Sya, kadang layan, kadang idok. Nasib baik minggu 5 tengok, Shahir ada! Tengok mood, kalau macam ada masa, tengoklah, kalau tak memang kirim salam jer sudah! Hehehe! Tapi haritu finals tengoklah, sebab Mummy ajak temankan. Tengok kat TV jer pung! Frankly speaking, agak kecewalah sikit dengan keputusan. Kita berani cakap pasal keputusan, sebab kita pun undi yer! Orang yang selalu cakap jer, melenting jer kat social network, tapi tak undi buat apa! My undi, kirim dekat Mummy, minta dia undikan. Bijak tak? Tapi tak nak cakaplah I undi siapa, biarlah rahsia! Anyways, kadang-kadang meluatlah juga tengok mereka yang suka suki jer nak hentam bintang-bintang itu semua dekat social network, sometimes they forget, they are just human beings! Tak faham betul!

Anyways, membebel panjang-panjang pun buat apa, keputusan dah pun keluar! Hehs, bukan boleh ditukar pun. Oklah, update dekat sini might take sometime, tapi Instagram memang active. Ingat nak buat Dayre juga, tapi, tunggulah sikit hari lagi bila semua dah settle.

Oh ya, one more thing, mesti semua dah tahukan Shahir Zawawi dah buat comeback! Percaya tak, sanggup beli magazine yang ada cerita dengan poster dia dekat sini, sebab tak menyempat nak tunggu Mummy pergi belikan kat JB! Walaupun harga berkali ganda, tapi ku relakan jua! Hehs, feeling pulak! Well, what I felt that his comeback macam tak banyak usaha yang dijalankan. I don't know, this is just a personal opinion. Kalau tengok dekat Instagram dia pun jarang update, tapi kalau update, hah ambik kau! Sekaligus, 6,7 gambar! Mungkin, he should actually use all this free social media to start promoting himself back. I know from all those comments that I saw from the fans that knew him ever since he started his career claimed, dia pemalu, sopan, etc. Well, mungkin balas comment peminat-peminat yang dah lama tunggu comeback ini apa salahnya kan? Semalam dapat tahu dia gi recording lagu dengan Maulana AF8, bawah naungan Sham Kamikaze kalau tak silap. Siapa yang follow Maulana, akan dapat update! Dah macam reporter dah aku ni! Oh well, Sya akan tetap doakan yang terbaik untuk mereka semua. Since one of my birthday wish to see him performing back on stage dah termakbul! Alhamdullilah!

Well, have to take my leave now! Nak scurry off pergi buat kerja and complete all these things. Take care lovelies. Jangan pula ada yang kecil hati with my writing kat sini. Everything are just personal opinions! Hope to talk you all again soon. Adios!
xoxo ♥

Thursday, 7 November 2013

Girls Talk: Common Criteria In a Man


Lama kan dah tak buat segment Girls Talk! Hmm, kali ini special sangat! Disebabkan kesemua BFFs saya busy tak hengat, perbincangan hangat kami berlangsung hanya di Whatsapp! Sedih :/ (Kata orang tapi diri sendiri macam tak cukup tangan nak siapkan kerja, kalaulah satu hari ada lebih 24 jam…) Aduh! Memang tak ada masa sangat. Sekarang ini pun curi masa sekejap, sambil buat assignment, sambil update. Anyways, kali ini, topic hangat kami adalah mengenai ciri-ciri yang kami inginkan in our men!

1. Not a Smoker!
This is the most common criteria. All of us agree tak nak lelaki yang merokok! So, guys, take note! For me, mungkin sebab saya dibesarkan dalam keluarga yang tidak merokok, so, naturally, saya memang alah dengan asap rokok. Same goes to my girlfriends.

2. Muscular
Ini adalah criteria yang agak tidak dijangka! And, by doing all the calculating and what not, it ranked in 2nd! Alasan yang diberikan adalah, supaya lelaki itu dapat melindungi kita. Logik tak? Hmmm, agak musykil, sebab criteria ini tak ada dalam list saya. :/ Weird tak?

3. Financially Stable
Personally I felt that a guy who has a stable job, income, lebih menjamin masa hadapan. Well, kita bukan nak main pondok-pondok ke kahwin-kahwin kan? Kalau serious, mestilah we will go to the next step kan? Dan, criteria ini teramatlah penting! Well, guys, kif you are not financially stable, awak nak kasi anak dara orang makan apa kan?

4.  Tall
This was quite a common criteria juga! Each of us wants a guy yang lebih tinggi dari kami. Well, logic lah kan, kalau kita lebih tinggi dari lelaki, macam awkward lah pulak kan! Nanti macam *krik krik* Hah, memang tak naklah!

5. Age
Well, among us, hanya seorang sahaja dari BFFs saya, yang boleh menerima lelaki lebih muda dari dia. Yang lain, termasuk saya, meletakkan had umur yang sekurang-kurangnya dalam 3 tahun lebih tua atau lebih.   

Hmm, sebenarnya banyak lagi criteria, tapi kalau nak menulis, memang tak akan habis punya the long list! Well, I believe each of us ada criteria kita sendiri. Memandangkan BFFs saya berbilang kaum, we don’t talk about religion and stuff. Hanya general criteria! Well, if we were to go in depth, definitely, I wanna find someone pious instead of those criteria mentioned above. Tentu-tentu, kita nak dia bimbing kita sekiranya ada jodoh, but we don’t discuss about that. Mostly, the physique and factors yang lebih senang untuk dibincangkan in a multi-racial conversation.


Anyways, girls, hopefully, whatever I shared dekat atas itu bergunalah untuk uolls. Well, pastinya korang meletakkan criteria jugakan dalam mencari your Mr Right? Kalau rasa open minded, and tak kisah nak kongsi criteria korang, dipersilakan! Amat dialu-alukan, manalah tahu kalau criteria awak tak ada dalam list kita, boleh tambah kan? Well, isn’t sharing is caring? Haiz, macam dah nak merapu jer dalam writing. Gotta go! Nak sambung buat assignments! Take care all you lovelies!!! Be yourself & be beautiful. Because beauty comes from the heart, not your appearance! With that, I hearts all of you out there reading here!
xoxo ♥
oxBe 

Thursday, 31 October 2013

Ms Egoistic Vs Mr Romantic 18

Kalau tak curi masa nak post bab seterusnya memang sampai ke sudah tak post. Lama jugak since last update bab terbaru. So, pagi ini update lah. Sambil tengah buat assignment, selitkan sedikit waktu buat korang yang tak jeu menjenguk blog yang tak seberapa ini. Anyways, gonna be very busy, very, very busy, buzzing around like a bee. Semoga Allah s.w.t. permudahkan segalanya. Lagi dua semester jer! Harapnya sentiasa dilundungi dari segala fitnah. InsyaAllah.

Bab 18

Erika Syakira memandang refleksi dirinya di hadapan cermin. Wedding dress yang direka khas untuknya itu memang padan dengan dirinya yang tinggi lampai dan juga menepati tema yang telah dipilih untuk majlis resepsi. Dress berwarna peach yang dilengkapi dengan fabric lace putih di bahagian atas itu sangat menyerlah, kain yang sedikit meleret dan kembang di bawah membuatnya kelihatan bagaikan puteri. Wajahnya sudah dirias, rambut juga sudah didandan kemas, kini dia sedang dikelilingi oleh Azri, jurugambar rasminya untuk majlis resepsi dan videographer yang diupah oleh Khairul Arman. Dilla pula dilantik menjadi jurugambar Kak Nur dan Haiqal. 

“Kak Erika, maintain muka macam tengah mengelamun gitu,” Azri memberi arahan sambil tangannya pantas merakam setiap aksiku.

“Dahlah Azri, dari tadi tak berhenti ambil gambar, penatlah Kak Erika,” Erika Syakira sudah merungut.

“Ala, tak salah pun Kak Erika! Sekali seumur hidup ni,” Haniff, videographer yang sejak semalam tidak henti merakam setiap detik perkahwinan ini, mencelah.

Aku menjenguk muka ke bilik sebelah, Kak Nur juga begitu cantik dengan persalinan dress warna pink dengan selendang yang sudah dililit kemas dikepalanya. Adik iparku juga berada di bilik ini memandangkan mereka ditugaskan sebagai pengapit kami.

“Ok, Kak Erika, Kak Nur, we have to move now. Both pengantin lelaki dah tunggu dekat lobi nak pergi ballroom,” Auni memberitahu setelah dia mendapat panggilan dari Datin Erina.
Erika Syakira melangkah di belakang Kak Nur yang diapit oleh Lisa, sementara aku diapit oleh Auni. Flash camera mula menyilau pandangan mata sebaik sahaja mereka tiba di lobi hotel, pantas mereka diiring memasuki kereta mewah yang sudah menanti. Erika Syakira masuk ke dalam kereta Audi A5 yang dipandu oleh Khairul Arman manakala Nur Suffiyah pula masuk ke dalam kereta yang dipandu oleh Haiqal. Memandangkan kereta itu hanya boleh memuatkan mereka berdua, pengapit dibawa dalam kereta berlainan. Mata Khairul Arman tidak henti dari mengerling wajah isterinya. Ciptaan Allah itu memang sempurna! Tidak jemu pula di pandang ke sisi sebelah kiri.

“Keep your eye on the road, nanti terbabas pula,” selamba Erika Syakira menegur. Tersentak Khairul Arman dibuatnya. Seketika kemudian dia mengukir senyum.

“Ala, ingat nak panggil Bie tadi,” usik Khairul Arman sambil tertawa kecil memandang wajah Erika Syakira yang sudah berubah.

“Kalau you ingat you seorang jer boleh berlakon, I pun boleh ok? And, I tak guna physical touch untuk buat family kita percaya akan lakonan I,” Erika Syakira sengaja memerli.

“Tak salah pun kalau I pegang sikit kan, sayang? Tak dosa pun,” Khairul Arman menjawab selamba kemudian menghentikan keretanya di belakang kereta Haiqal. Mereka menanti seketika sehingga Haiqal dan Nur Suffiyah selamat masuk ke dalam ballroom.

Khairul Arman keluar dari kereta kemudian menuju ke pintu di sebelah tempat penumpang. Dia menghulurkan tangan sambil tersenyum manis. Banyaklah pula kamera yang sedang menghala. Dia membuat isyarat agar Erika Syakira mengukir senyum. Takkan nak keluar dari kereta dengan muka sememeh pula? Mereka beriringan masuk menuju ke dalam ballroom dan tangan Erika tidak pernah lepas dari lengan Khairul Arman. Banyak pula suara mak datin yang mengusik. Sama cantik, sama padan. Selesai sesi menepung tawar, makan beradab dan juga memotong kek, mereka dikehendaki mengambil gambar bersama ahli keluarga dan tetamu yang hadir. Saat itu, mata Erika Syakira bagai ditarik ke satu arah, nyata ada sepasang mata sedang asyik merenung wajahnya. Mereka hanya berpandangan dari kejauhan sebentar kemudian Erika berpaling kembali memberi tumpuan pada Azri yang sibuk ingin merakam gambar mereka.

“Kak Erika, one last shot! Lepas ni, akak nak kena turun dari pelamin, jumpa tetamu,” Auni terpaksa berbisik disebelahnya, memandangkan riuh juga mulut Dilla yang berhampiran dengan mereka mengarah pose untuk Haiqal dan Nur Suffiyah. Erika hanya menganggukkan kepala.

“Trust me on this ok? You ikut jer gerakan I,” bisik Khairul Arman dekat di telinga Erika Syakira sebaik sahaja adiknya beredar memberi ruang untuk mereka bergambar berdua.
Khairul Arman meletakkan tanganku di dadanya kemudian dia melingkarkan tangan di pinggangku. Kini posisi kami berhadapan, aku memandang kamera dan tanpa amaran hidungnya berada di pipi kananku. Terasa hangat hembusan nafasnya menampar pipiku. Aku pula terpana. Pantas aku mengembalikan diriku ke alam reality! Wake up Erika! Kau tak akan jatuh cinta dengan dia. Aku mengingatkan diriku. Tapi kau suka apa yang dia buat kan? Hati kau berlagu riang macam dalam cerita Hindustan yang kau selalu tengok tu! Hailah, cik hati, kau pun nak berpaling tadah ke? Aku mendengus kasar lalu menjengil mata padanya, pantas aku menolak tubuhnya menjauhiku, lupa akan mata yang setia memandang aksi kami.

“Adik, apasal brutal sangat? Dah jom turun, Mummy kata kawan adik nak jumpa,” Erik Syakir yang setia memandang setiap aksi Erika Syakira dan adik iparnya itu hanya menggeleng. Benar sangkaan mereka, Erika hanya berpura-pura!

“Hisy, mana ada! Kan Bie?” Erika Syakira menarik lengan Khairul Arman kemudian memeluknya erat sambil tersenyum. Tetapi senyumannya mati apabila Erik Syakir melemparkan pandangan don’t lie to me! Dia mengeluh kemudian mengikut langkah abangnya.

Erik Syakir membawa kami ke tempat dimana bagai ada sebuah pameran kecil yang menempatkan gambar pre-wedding yang kami ambil juga beberapa keping gambar waktu kami masih kecil. Tak sempat aku jenguk tempat ni tadi, comel juga dia masa kecil dulu! Puji lagi! Ada dua orang tetamu yang sedang membelakangi kami. Aku cuba mengenal pasti, tetapi gagal. Yang jejaka mungkin aku kenal tetapi siapa wanita cantik disebelahnya itu? Lelaki itu memusingkan badannya apabila disapa oleh Erik Syakir. Benarlah mataku tidak berbohong seketika tadi! Dia datang!

“Rayyan! Thanks for coming! I’m so touched,” kataku teruja. Ada sedikit air yang bertakung dimata dengan kehadirannya. Selepas dia meluahkan perasaan padaku, kami tidak berhubung dan aku anggap dia tidak akan hadir.

“Best friend aku kahwin, mesti kena datang. By the way, you look so gorgeous and Arman, you look stunning in that tux,” puji Rayyan kemudian menghalakan pandangannya pada Khairul Arman yang sedang sedaya upaya menahan hati. Selamba badak doctor ni puji bini aku!

“Thanks. Semua Erika pilih sendiri. She wants this to be a special day, so dari sekecil-kecil perkara sampailah ke benda penting dia uruskan sendiri,” jawab Khairul Arman sambil menggengam erat tangan Erika Syakira.

“Tak nak kenalkan ke teman dekat sebelah tu?” tanyaku sambil memandang belakang tubuh wanita yang masih ralit memandang gambar yang dipamerkan disitu.

“Oh, ini adik sepupu aku, Nurul Najiha. Better known as Gina,” Rayyan memperkenalkan dan wanita itu pun berpaling kemudian menghulurkan tangan padaku. Khairul Arman terkedu seketika!

“I macam pernah nampak you before! Your face seem so familiar,” aku berkata sambil menyambut huluran tangannya.

“Adik sepupu aku ni modellah! Mestilah familiar, selalu muka dia keluar magazine fashion. Ini pun dia baru balik dari Paris, ada fashion show dekat sana,” Rayyan menerangkan sambil memeluk bahu Gina.

“Well, congrats, Erika and Khairul Arman. Moga perkahwinan you all berkekalan hingga ke anak cucu,” ucap Gina perlahan sambil memandang tepat wajah Khairul Arman yang kelihatan pucat sedikit.

“Thanks,” jawab Erika Syakira kemudian memandang wajah Khairul Arman silih berganti dengan wanita yang sedang ralit memandang lelaki disebelahnya. Do they know each other? 
Si mangkuk hayun ni pula, macam terkunci pula mulut dia?

Belum sempat aku ingin bertanya Rayyan sudah mencelah, “Errm, we have to make a move. Senang-senang kau call aku, boleh lepak ke?”

Aku hanya menganggukkan kepala kemudian sekali lagi bersalaman dengan wanita yang bernama Gina itu. Macam ada yang tak kena! Malaslah nak ambil tahu. Pantas aku berpaling meninggalkan Khairul Arman dan berjalan menuju ke sebuah meja yang dipenuhi oleh staf di bahagianku. Ucapan tahniah dan usikan dari tetamu yang hadir aku hanya balas dengan senyuman. Mataku mencari kelibatnya, tetapi langsung tidak kelihatan di mana-mana!
***********************************************************************************
Kharissa Auni dan Khalisa Amni menarik tangan Khairul keluar dari ballroom seketika. Kebanyakan tetamu yang hadir sudah pulang, hanya tinggal segelintir sahaja yang ingin menanda tangan guest book yang disediakan. Sebaik sahaja mereka rasa sudah agak jauh dari pandangan orang ramai, pantas mereka melepaskan tangan Khairul Arman.

“Along jangan cakap apa-apa? Biar Auni dengan Lisa jer yang cakap,” pantas Auni memotong sebelum sempat Khairul Arman membuka mulut. Dia sudah bercekak pinggang memandang wajah abangnya. Kalau boleh ditelah abangnya, memang dia sudah telan hidup-hidup!

“What is Gina doing here?” tanya Lisa lebih tenang berbanding Auni.

“How should I know? Dia datang dengan kawan Erika, Dr Rayyan,” jelas Khairul Arman.

“But you were stunned when you saw her! Auni confirmed, Along belum buat a clean break-up dengan dia kan? If you think this is a joke Along, it’s not! I was there and I saw how she looked at you!” tembak Auni tanpa henti.

“Whoa, chill! Erika tak syak apa-apa pun, so I hope she doesn’t hear this from your mouths about Gina!” Khairul Arman memberi amaran sambil memandang wajah adik kembarnya silih berganti.

“Along jangan nak buat pasal! Kalau Auni dapat tahu Along sakitkan hati Kak Erika, I will never ever talk to you!” ugut Auni kemudian berlalu pergi sambil menarik lengan kembarnya. Hisy, adik aku pula yang over! Nasiblah, dia sayang kakak ipar dia lebih dari aku!
***************************************************************************************
Kami tiba di rumah kira-kira jam 2 pagi. Aku sudah keletihan yang teramat, nasib baik balik rumah Daddy, dah tak sabar aku nak landing atas katil. Aku menonong masuk sebaik sahaja kereta Khairul Arman masuk ke dalam garage. Pandailah dia cari jalan sendiri! Aku hanya larat mengukir segaris senyuman bila aku berselisih dengan Abang Erik. Mereka sudah sampai rumah lebih awal, tapi disebabkan mangkuk hayun tu, kami pulang lewat. Nak ambil baju kat rumahlah, nasib baik Mama supporting, lain hari boleh tidur rumah dia!

“Hah, Arman mana? Takkan balik seorang?” Erik Syakir menarik lengan adiknya yang jelas sudah kepenatan.

“Kat belakang. Abang janganlah tarik tangan adik. Orang dah penat ni,” rungutku dengan mata separuh pejam.

“Laa, kita semua ingatkan adik tidur rumah family Arman, rupanya balik pula. Dah pergi sana, tidur jerlah sana. Balik sini buat apa?” Erik Syakir masih lagi mahu menyoal siasat adiknya.

“Baju semua Mummy dah bawa balik, tu yang sehelai sepinggan. Lagipun, Arman memang dah janji hari ni balik sini,” aku menjawab malas. Aduh, macam polis pencen pulok Abang aku ni!

“Dah pergi naik! Abang pergi tengok apa Arman tu buat kat luar, tak masuk lagi! Nanti Abang suruh dia masuk bilik Erika,” kata Erik Syakir lalu menuju ke halaman rumah.

Kata-kata Erik Syakir tadi membuat mata Erika Syakira yang sudah hampir pejam itu terbuntang! Masuk bilik aku? Allah, macam mana boleh lupa ni! Aku kena share satu bilik dengan dia! Walaupun aku dah buat perjanjian dengan dia, tapi mamat tu boleh dipercayai ke? Aku semakin cuak, pantas aku mencicit naik masuk ke dalam bilik dan mengambil baju tidurku kemudian masuk ke dalam bilik air. Aku menghela nafas sebentar sambil bersandar pada pintu bilik air. Hisy, tak pernah aku buat marathon dalam rumah!  

Sebaik sahaja aku selesai membersihkan diri, aku membuka pintu bilik air perlahan-lahan, kemudian, menjenguk ke sekeliling bilik. Hurm, macam line clear! Terjingkit-jingkit aku mengatur langkah, takut pula kena sergah dari belakang. Laa, kat sini rupanya dia! Khairul Arman sudah terlena di atas sofa di satu sudut dalam bilikku dengan pakaian tadi. Hai, nak kejut ke tak? Aku sudah berkira-kira sendirian. Aku duduk di sisi sofa itu sambil memandang wajahnya lama. Alis yang lentik, hidung mancung dan jika dia tersenyum, pasti lesung pipit itu akan nampak. Aku tersedar apabila dia mengiringkan tubuh. Hisy, tak boleh jadi ni! Pantas aku berdiri kemudian menolak bahunya kuat. Terpisat-pisat dia bangun.

“Bangun, pergi mandi dulu,” aku memberi arahan padanya yang sedang menggosok mata sambil bangun dari pembaringan.

Aku ingin segera berlalu dari situ dan meluruskan tubuh. Keletihan sudah menggigit tubuh ini sejak dari tadi lagi. Tetapi, tangannya pantas menghalang aku dari pergi dan aku terduduk dihadapannya kini.

“You nak apa ni? Pergilah mandi,” aku sudah merengus sambil memandangnya yang masih kelihatan mamai. Dia hanya merenungku tanpa bicara, tidak mengendahkan langsung pertanyaanku. Tangannya sudah mengelus jemariku. Aku semakin tidak selesa.

“I ada benda nak cakap dengan you,” Khairul Arman memulakan bicara sambil sebelah tangannya pula mengelus rambutku yang masih basah.

“You pergi mandilah. Esok boleh cerita, I dah penat ni,” aku sudah berdiri di hadapannya.

Kenapa perasaan berdebar sentiasa ada bila dia menyentuhku? Kenapa rasa macam ni? Aku tak akan jatuh cinta dengan dia. Ingat Erika, you’re not going to fall in love with him! Khairul Arman bangun lalu menggeliat sebentar, kemudian memandang wajah isterinya. Bukan senang untuk memikat Erika Syakira, dan usaha perlu ditingkatkan! Dapat isteri yang macam kayu ini, susah sikit. Rasanya, perempuan lain dekat luar tu, berpusu-pusu datang kalau dia hanya tersenyum pada mereka. Tak payah susah-susah! Khairul Arman menapak ke hadapan, kini tiada jarak antara mereka, pantas dia membawa Erika Syakira yang sedang berpeluk tubuh memandangnya ke dalam pelukan. Aku terkedu sebentar dengan tindakan spontannya. Dadaku berdegup kencang seperti baru sahaja selesai membuat marathon. Pantas aku tersedar lalu menolak tubuhnya menjauhiku dan aku melompat ke atas katil. Memang tak boleh tidur aku malam ini dengan kejadian macam gitu!
***********************************************************************************
Pagi itu, selepas solat subuh, pantas aku mengatur langkah menuju ke dapur, seboleh mungkin aku ingin mengelak dari bertemunya. Terperanjat Mak Jah melihat aku yang sudah turun seawal ini.

“Selamat pagi Mak Jah,” sapaku pada Mak Jah yang sedang sibuk mengemas ruang tamu yang dipenuhi dengan hadiah yang masih berbalut kemas. Kini, hanya tinggal Mak Jah sahaja yang membantu Mummy dengan segala kerja rumah, memandangkan Kak Yanti ingin pulang semula ke Indonesia. Aku, Abang Erik dan Qal membesar di hadapan Mak Jah, memandangkan dahulu Mummy dan Daddy sibuk menaikkan syarikat kami. Dia sudah jadi sebahagian dari keluarga kami.

“Selamat pagi. Eh, awal betul pengantin baru bangun,” usik Mak Jah sambil tersengih-sengih.

“Apalah Mak Jah ni, mana ada awal. Mak Jah kan selalu cakap, rezeki tak masuk kalau sambung tidur lepas subuh,” aku mengulang kembali ayat yang seringkali menjengah telinga jika aku ada niat untuk sambung tidur.

“Macam-macamlah adik ni. Dah nak sarapan ke? Mak Jah belum masak lagi, ingatkan sekejap lagi baru nak masak,” Mak Jah bertanya sambil tangannya masih lincah melakukan segala kerja rumah.

“Taklah. Awal sangat nak makan. Tunggu yang lainlah. Lagipun, hari ni, adik tolong Mak Jah masak. Yelah, sejak adik mula kerja, dah tak ada masa adik nak masuk dapur,” sungutku sambil memuncungkan bibir.

“Tulah, kadang tu Mak Jah lupa adik sekarang dah besar. Sekarang dah kahwin dah anak Mak Jah ni,” kata Mak Jah sambil mengusap pipiku. Kasihan Mak Jah, dia hanya sempat bersama dengan suaminya selama 3 bulan sebelum dijemput Ilahi, anak juga tiada.

“Dah jom, kita masak! Adik nak makan apa, Mak Jah masak,” sambungnya sambil menarik lenganku menuju ke arah dapur.

“Apa pun Mak Jah masak adik makan,” aku menjawab sambil membontoti langkahnya lalu melentokkan kepala di bahunya.
************************************************************************************
Aku keluar dari dapur sambil mengangkat teko yang berisi kopi. Aku memandang meja makan yang dipenuhi sarapan yang disiapkan oleh aku dan Mak Jah pagi ini. Rasanya semua sudah siap, hanya menunggu ahli keluargaku turun. Haish, dah hampir pukul 9, tak ada orang bangun ke? Sekali sekala aku menjenguk ke tangga, dengan harapan ada yang sudah terjaga.

“Ya Allah, ini Adik ke bukan?” tanya Datin Erina sambil menggosok mata. Dia dan Dato’ Syariq berpandangan sesama sendiri.

“Apa Mummy ni? Adiklah ni! Duduk dulu, hari ni, adik tolong Mak Jah buat sarapan,” ceritaku bersungguh-sungguh.

“Apa mimpi adik bangun pagi-pagi? Kak Jah, apa kena dengan anak manja kita ni?” tanya Datin Erina lagi. Kali ini pada Mak Jah pula.

“Entahlah Ina, Kak Jah pun terperanjat juga tengok dia turun lepas subuh tadi,” Mak Jah berkata sambil tertawa kecil kemudian berlalu ke dapur.

“Adik nak naik sekejaplah. Nak tukar baju lepas tu nak merajuk. Semua ketawakan adik,” rajukku lalu mendaki tangga.

“Haih, dah kahwin pun Princess Daddy masih nak merajuk juga?” sahut Dato’ Syariq pula. Kata-kata Daddy menghentikan langkahku. Alamak, aku lupa dia ada kat atas! Macam mana ni?

Aku hanya membiarkan pertanyaan Daddy tidak berjawab lalu sambung mendaki tangga menuju ke bilikku. Perlahan-lahan aku memulas tombol pintu lalu menolak daun pintu kemudian menjengukkan kepala. Kedengaran bunyi paip hujan dari tandas. Selamat! Dia tengah mandi. Pantas aku menyelinap masuk dan membuka almari pakaian, lalu memilih baju yang aku ingin sarungkan. Sebaik sahaja aku menutup pintu almari dan berpaling, terperanjat aku melihat dia yang sedang berdiri begitu hampir dibelakangku. Bila masa pula dia keluar dari bilik air?

“Ya Allah, you tak reti nak bawa baju masuk toilet ke?” aku yang masih lagi dalam keadaan terperanjat sempat bertanya apabila melihat dia hanya bertuala dihadapanku kini. Terserlah susuk tubuhnya yang sasa. Aku menelan liur. Naik segan pula aku berdiri dekat sini.

“I dah biasa macam ni dekat rumah. Lagipun…” Khairul Arman tidak meneruskan kata sebaliknya mengambil selangkah ke hadapan sehingga aku terperangkap diantara dirinya dan almari. Peluh halus mula terbit di dahi.  

“You jangan nak macam-macam tau! I menjerit karang,” aku sudah memberi amaran apabila dia sudah mendekatkan wajahnya. Berdebar-debar pula aku dalam keadaan macam ni. Seksilah pula dia tayang dada, dengan rambut yang masih basah. Macho habis! Eh, kau ni cik hati, tak habis-habis berpaling tadah!

 “Jangan potong kalau orang cakap boleh tak? Lagipun, you tak siapkan baju I,” katanya perlahan, dan masih mengekalkan posisi yang sama. Aku dah naik rimas dengan dia tau!

“Move aside! Kalau you dok himpit I macam ni, memanglah tak boleh gerak,” aku sudah menolak dadanya agar menjauhiku.

Ok, fine, memang kena terima satu kenyataan, walaupun aku hampir sama tinggi dengannya, tetapi, tidak boleh dinafikan, aku tak terdaya untuk menolak tubuhnya yang sasa itu. Pantas aku melepaskan diri darinya lalu mengambil beg baju yang dia bawa semalam kemudian memilih sehelai T-shirt dan track bottom untuknya. Dengan cepat aku berlari ke bilik air lalu mengunci pintu. Aku memegang dada yang berdegup kencang. Kenapa aku berdebar sangat ni?
Sebaik sahaja aku selesai bersiap, aku lihat dia sedang duduk di birai. Mungkin menantiku. Aku segera menyikat rambut kemudia berlalu menuju ke pintu. Eh, mamat ni, apasal pula tak ikut? Hisy, nak suruh aku buat red carpet ke?

“You, jomlah turun, breakfast,” aku mempelawa. Sebenarnya takut kena soal dengan Daddy dekat bawah nanti. Khairul Arman hanya buat tidak tahu, masih ralit bermain game di dalam Ipad.

Aku mendekatinya. Mengada betul mamat ni! Aku menarik tangannya, tetapi sedikit pun tidak berganjak. Nak buat apa ni? Dahlah perut aku dok menjerit kelaparan. Aku menarik nafas, kemudian melabuhkan punggung di sebelahnya. Aku melingkarkan tanganku dilengannya dan melentokkan kepala di bahunya.

“You, jom turun,” sengaja aku melunakkan suara. Demi nasi lemak Mak Jah, aku sanggup goda dia. Eh, goda ke ni? Ah, apa-apalah, asal dia ikut aku turun!
Khairul Arman sudah tersenyum sedikit, kemudian bangun lalu menarikku sekali. Pantas aku melepaskan rangkulan, tetapi, kini pinggangku pula menjadi sasarannya. Terpaksalah aku turun tangga dengan dia memeluk pinggangku. Aku lihat semua sudah berada di meja makan. Pasti sedang menunggu kami.

“Abang Erik, Qal dengar tadi ada pengantin baru bangun awal, tolong Mak Jah masak,” Haiqal sudah mengusik sebaik sahaja aku mengambil tempat di meja makan.

“Tulah, tak pernah pula dia nak bangun awal. Selalunya kalau tak ugut nak simbah air sebaldi, memang tak akan bangun punya,” makin galak pula Erik Syakir menyakat. Hisy, boleh pula dorang sakat aku.

“Kalau tak usik orang, tak sah,” aku sudah memuncung sambil memandang Mak Jah yang kebetulan sedang menuangkan fresh orange dalam gelasku.

"Eh, ada orang terasalah! Apa agaknya Arman dah buat sampai Erika Syakira, si ratu tidur boleh terjaga awal pagi?” tanya Haiqal sambil tersengih-sengih. Yang lain hanya ketawa.

“Qal, kau baik diam eh. Kang aku tak jadi kasi cuti aku tu dekat kau baru padan muka. Tak dapat pergi honeymoon,” ugutku pada Haiqal.
Memandangkan banyak projek yang perlu diselesaikan hanya salah seorang dari kami sahaja yang boleh bercuti. Aku dengan rela hati telah menyerahkan cutiku pada Haiqal sebab memang aku tak nak pergi berbulan madu. Bagai orang ngantuk disorong bantal apabila Daddy bertanya akan hal itu, pantas sahaja aku bersetuju, walaupun aku tahu Arman teramat marah dengan keputusan yang aku buat.

“Erik, Qal dahlah tu. Kesian adik tau. Kalau dia tak bangun awal tadi, tak adanya Mak Jah sempat masak nasi lemak ni,” bela Mak Jah sambil tersenyum ke arahku. Sayang Mak Jah! Sempat aku menjelir lidah pada mereka.

“Adik…” panjang rasanya Daddy menyeru namaku. Aku berpaling padanya kemudian tersengih.

“Haih, adik ni. Dah kahwin dah, janganlah buat perangai macam tu lagi,” tegur Dato’ Syariq lembut pada anak perempuannya itu.

“Ala, Daddy, gurau jerlah,” nafiku sambil tertawa kecil.

“Hah, Arman, Daddy cuma nak pesan satu, selalu sabar dengan perangai Erika. Dia ni susah sikit untuk dijangka, tapi, Daddy yakin dia mampu menjadi isteri yang baik, sebagaimana dia menjadi anak yang baik pada Mummy dengan Daddy. Daddy harap Arman jaga dia elok-elok. Dialah racun, dialah penawar untuk kami. Kadang-kadang, manja dia mengalahkan Elmira,” pesan Dato’ Syariq pada menantunya bersungguh-sungguh.
Kata-kata Daddy nyata membuat tubir mataku terasa panas. Aku mengerdipkan mataku beberapa kali aga air jernih itu tidak mengalir. Aku hanya nampak anggukan dari Khairul Arman yang sedang berselera makan disebelahku.

“Dahlah tu Bang oii, you buat semua orang emotional jer pagi ni. I taulah tu anak kesayangan you, tapi ini depan rezeki ni Abang,” tegur Datin Erina dalam nada bergurau sambil menyeka sedikit airmata yang mula bertakung dimata. Yang lain hanya tertawa kecil.

“So, Arman, bila nak beritahu Erika pasal hal itu?” tanya Dato’ Syariq sambil memandang keduanya silih berganti.

Terhenti suapanku sebentar. Aku mengangkat muka memandang wajah Khairul Arman yang bersahaja. Apa sebenarnya yang dia nak beritahu aku? Pasal hal malam tadi yang dia nak cakap ke? Aku mengerutkan dahi. Hisy, apa pula yang mamat ni plan?   

Hope korang enjoy baca bab kali ini, because I definitely enjoyed writing this chapter. Rasa-rasanya saya sendiri memang teruja gila sewaktu menulis kisah mereka setelah berkahwin. Kalau nak tahu apa jadi lepas ini, continue viewing this blog. Sebab saya sendiri tak pasti bila saya dapat curi masa lagi nak upload bab yang seterusnya dengan jadual yang teramatlah hectic. Mana nak kejar deadline, nak hantar assignment, projects lagi! So, take care lovelies! Sayang korang semua! 
xoxo ♥

p/s: Kemunculan Shahir Zawawi kembali dalam industri memang buat ramai anak dara tak lena tidur malam termasuk saya!!! Gelaran baru untuk dia yang mungkin korang boleh jadikan viral adalah #ZacEfronMalaysia. Oh My, gediksss sudah!!! 

Sunday, 27 October 2013

Redha!

Rasanya dah hampir 3 minggu kan tak update. Sorry ler sesangat, memang rindu nak menulis, tapi kekangan waktu dan sebab musabab lain menghalang saya untuk menulis sekerap yang mungkin.
Anyways, lovelies, saya doakan anda semua sihat selalu, bahagia disamping yang tersayang dan sentiasa berada di bawah lindungan-Nya. InsyaAllah. Sama-samalah kita mencari keredhaan Ilahi.
Just a short update. Tak adalah nak tulis panjang-panjang. Sebenarnya tak berapa sihat. Entahlah, tak nak menuduh atau apa, saya hanya berserah jika ini ujian dari Allah swt. Saya redha! Ada orang kata tak ada beza redha dengan pasrah, tapi sebenarnya ada! Orang yang pasrah akan menyerah sahaja, without doing anything to tackle the situation. Orang yang redha akan berserah, bertawakkal, berusaha untuk bangkit kembali walaupun hanya dengan langkah bertatih dan sentiasa percaya Allah tidak akan menguji dia lebih dari apa yang mampu dia hadapi. Doakan saya kuat untuk menghadapi segalanya ok dearest.
To all you out there yang masih menjenguk blog yang berhabuk ini, masih sudi membaca isi kandungan di sini, I really wanna thank you, deep from the bottom of my heart. So lovelies, take care and never give up. See ya soon.
xoxo ♥

Monday, 14 October 2013

Selamat Hari Raya Aidiladha

Assalamualaikum lovelies! Just nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha. Tahun ni, hanya sambutan yang sederhana seperti biasa. Anyways, kita budak bandar, memang tak pernah tengok pun upacara korban :( Bila my bros buat aqiqah pun kita tak buat kat sini, buat dekat Cairo.
Well, memang ramai maklum Hari Raya Aidiladha ini, menceritakan tentang pengorbanan. Ya, mungkin pengorbanan kita tak sehebat pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. & Nabi Ismail a.s. tapi every single one of you have your own story of the sacrifices you made just to see the smile of your loved ones. Semua orang! Ini adalah fakta. In order for you to gain something, you just have to lose something. Opportunity cost! (Those that study Economics will understand)
Anyways, kadangkala mesti akan ada pengorbanan yang tidak dihargai. Tapi tak apa, kita harus lakukan setiap pengorbanan dengan ikhlas, even when they treat you like crap!
Haish, sekarang ni kalau tulis asyik merapu jer! Apapun, hope korang happy dapat balik raya dengan keluarga terchenta. Jangan overeat ok? See you around lovelies! Take care. Sayang korang!
xoxo ♥
P/s: Terkejut semalam Shahir muncul kat AF2013! Gugur jantung guys! Well, sama-samalah kita doakan that he's gonna be back for good!! Rindu nak tengok Shahir perform balik. Tapi, I think he seems to have lost weight kan? Ada sesiapa yang perasan tak?

Wednesday, 9 October 2013

Sorry In Advance

Memang kena minta maaf yang teramat dengan korang, in fact in advance. Takut nanti ada yang ternanti-nanti bab terbaru, sebab InsyaAllah minggu depan dah nak start school dan memang sudah dijangka kesibukan yang bakal melanda, jadi, maaf dipinta terlebih dahulu jika jarang update. Please, pray the best for me. Perjalanan masih lagi jauh, dan ujian tak akan pernah berhenti mendatang selagi kita mampu, doakan untuk kecekalan hati saya, moga diberi kekuatan yang luar biasa. Much appreciated!

This will just be a short update. Tak nak tulis panjang-panjang! Anyways, last Saturday, sempat pergi tengok wayang dengan family. Like one whole family sebab selalunya Mummy tak nak pergi so Daddy akan teman dia, tapi this time, finally after like almost 20 years plus (according to her), Mummy mencipta sejarah dengan memasuki panggung wayang, How cute is that? Anyways, tengok KL Gangster 2, sebab Mummy kata, support filem Malaysia, and memberi sokongan yang jitu(especiaaly after that case). But, definitely, it is totally a different experience watching in the cinemas, the sound effects, music scoring, everything was awesome! So, sementara masih dalam panggung, pi serbu ok? ;)

Ok, dah janji tak nak membebel panjang-panjang! Harap korang semua sihat sentiasa and happy with your loved ones! Sayang korang semua! Jangan lupa untuk teruskan sokongan pada Ms Egoistic Vs Mr Romantic, because frankly speaking, seeing the number of readers in this blog gave me the motivation to continue writing despite the blog being a little quiet since tak ada yang comment but still, saya tahu ada yang masih sudi membaca! From the bottom of my heart, Thank You! So, take care lovelies!
xoxo ♥

p/s: Shahir Zawawi (Shahir AF8) is doing a comeback!!! *fangirling*  Nasib baik handphone tak terlepas dari tangan especially bila dapat tahu he is doing a comeback and buka IG account! Doakan yang terbaik, supaya Che Ahmad will be back for good and continue his journey in the industry. He is definitely a talent that is worth the wait. Dengarnya dia akan membintangi sebuah drama, walaupun Sya busy nanti, tetap akan follow! InsyaAllah!

Sunday, 22 September 2013

Ms Egoistic Vs Mr Romantic 17

Sorry, sorry, sorry!!! Seriously, minta maaf dari hujung rambut ke hujung kaki sebab lama sangat tak update. Kesibukan yang melanda, sebab ambil kesempatan sementara tengah cuti ini buat dua kerja serentak, itu yang setiap kali balik kerja nak buka lappy pun tak larat. Maaf sangat ok! Tak moh cerita panjanglah, upload bab terbaru ok?

Bab 17

Suasana di bilik hotel yang menempatkan aku dan Kak Nur sudah riuh begini. Tidak dapat aku bayangkan bagaimana pula keadaan di ballroom nanti. Malam ini, aku bakal menamatkan zaman gadisku dan memulakan hidup bersama seorang jejaka yang seringkali menyakitkan hatiku. Aku memandang wajahku sendiri di hadapan cermin, jelas kelihatan lingkaran hitam di bawah mata. Semalam, Mummy mengadakan majlis berinai kecil dan juga khatam Al-Quran untuk aku dan Kak Nur. Mak Andam professional yang diupah oleh Mummy sedang menata rias wajah Kak Nur dahulu di bilik sebelah. Aku membuka pintu yang menyambungkan bilikku dan bilik Kak Nur, aku nampak sinar kebahagiaan di wajahnya. Aku mengambil tempat di birai katil sambil tersenyum memandangnya.

“Sorry, boleh tak if you leave me alone with Erika sekejap?” pinta Nur Suffiyah pada semua yang berada di situ. Pantas semua pekerja dari wedding planner itu berlalu menuju ke bilik sebelah.

“Adik, kenapa ni?” tanya Nur Suffiyah sambil duduk bersebelahan dengan bakal adik iparnya itu. Sebenarnya dia tahu apa yang sedang tersirat di hati gadis itu, tetapi sengaja dia ingin Erika Syakira meluahkan rasa.

“I don’t know. Adik rasa macam, it’s a mistake, a big mistake. This marriage, segala-galanya! You know my relationship with him sejak dulu lagi! Tak pernah ngam! How am I going to live with him?” rintihku perlahan sambil melentokkan kepala di bahunya.

“Adik, segalanya kita serahkan pada Allah s.w.t. Kak Yana yakin, Adik dah buat keputusan yang betul. Adik cuba untuk lakukan yang terbaik untuk Mummy dengan Daddy, so, kita tawakkal jer. Yang penting, Adik kena usaha agar bahtera yang bakal Adik layari tak tenggelam. Saling tolak ansur, hormat menghormati and most importantly, trust. InsyaAllah, segala masalah dapat diselesaikan. Jangan nak ikut sangat keras kepala tu. Kalau seorang jadi api, seorang lagi jadi air, bukan minyak. Faham?” sampuk Riyanna dari muka pintu sambil menghampiri Nur Suffiyah dan Erika Syakira. Dia memeluk kedua mereka serentak.

“Dah, cepat siap. Jangan nangis lagi. Kak Yana nak yang terbaik untuk korang berdua,” sambung Riyanna lagi sambil mengesat airmata adik iparnya.

“Ya Allah, tak siap lagi budak berdua ni! La, kenapa nangis?” tiba-tiba terdengar pintu connecting room dibuka dan terjengul pula wajah Datin Erina. Aku memandang wajah Mummy, nyata terserlah sinar kebahagiaan diwajahnya. Sebelum dia sempat menghampiriku, aku sudah berlari mendapatkannya lalu merebahkan diri dalam pelukannya.
***********************************************************************************************
“Aku ingat kau tak nak jemput aku,” ujar Rayyan sambil memandang sepi kad undangan perkahwinan yang aku hulurkan.

“Kau best friend aku, takkan aku tak nak jemput kau,” jawabku sambil tersenyum kecil.

“Kenapa kita lambat bertemu kembali? Kalau tak, mungkin nama aku dekat kad tu,” kata Rayyan sambil tertawa kecil.

Aku terkedu seketika, kemudian pantas aku menenangkan diriku lalu tersenyum ke arahnya, “Apa kau merepek ni?”

“Dah terlambat untuk aku luahkan sekarang. Walau apa pun yang aku cakap sekarang tak akan mengubah keputusan kau,” jawab Rayyan sambil mengacau air di hadapannya.

“What are you trying to say?” tanyaku keliru.

“I…I’ve loved you all this while. Aku kesal tak dapat luahkan perasaan aku pada kau sebelum aku sambung belajar dekat Ireland dulu. Bila aku balik sini, aku jumpa member lama, semua kata kau dah pindah dari rumah lama kau. Aku tak berhenti cari kau, tapi gagal. Aku tak dapat jejak langkah kau. Dua tahun Erika, dua tahun aku tunggu sebelum aku putus asa dan aku minta mak aku carikan calon. Sikap dia, perwatakan dia, menyerupai kau, tapi aku tak dapat nak nafikan dia bukan kau, dan aku tak mungkin mampu untuk mencintai dia sepertimana aku cintakan kau. Aku selalu abaikan dia sampailah dia bosan dan berpaling pada lelaki lain,” terang Rayyan sambil menggengam erat tanganku. Airmataku mengalir deras, nasib baik tempat yang dia pilih agak tersorok dari pandangan orang. Aku rasa terharu sangat, tetapi, apakan dayaku. Keputusan telah dibuat, segala persiapan juga sudah diatur.

“Rayyan, I’m sorry. Keputusan aku muktamad, apa pun jadi, aku akan kahwin dengan Khairul Arman. Aku tak sanggup nak kecewakan parents aku dan aku harap kita kekal sebagai kawan baik,” jawabku sambil menundukkan wajah dan perlahan-lahan melepaskan tanganku dari gengamannya.

“Wanita bila kata macam tu, maknanya, kita tak akan berkawan lagi,” kata Rayyan.

“No! Kau tetap best friend aku, dunia akhirat! Friends forever?” tanyaku sambil menghulurkan jari kelingkingku padanya, sama seperti waktu dahulu, bilamana aku ingin dia berjanji padaku. Dia menghulurkan jarinya dan disitu jari kami bertaut buat seketika. Aku akan sentiasa sayangkan kau Rayyan! Janjiku pada diri sendiri.
************************************************************************************************
“La nok! Awat hang nangis, rosak makeup!” bebel lelaki lembut yang diupah oleh Mummy sebagai mak andam kami.

“Mana ada nangis!” nafiku sambil cuba mengerdipkan mataku beberapa kali agar airmata yang bertakung di tubir mata tidak jatuh.

“Hisy, nak tipu tapi tak pandai! Dah, lap airmata tu, lepas tu dah boleh salin baju. Bakal kakak ipar kau tu dah siap,” arahnya sambil menghulurkan tisu padaku.

Aku memandang cermin. Aku sudah siap dirias, hanya tinggal menyarungkan persalinan yang sedang menunggu. Ya Allah, tabahkan hatiku, bantulah aku mengharungi hari-hari yang mendatang. Aku menarik nafas dalam lalu bangun menuju ke bilik air untuk menyalin pakaian.

“Adik, dah siap belum. Cepat sikit, kereta dah tunggu dekat bawah, nak bawa korang pergi ballroom. Nur pun dah dalam kereta,” jerit Riyanna dari luar pintu.

Pantas aku keluar, dan setelah dibetulkan apa yang kurang aku diiringi oleh Mummy dan Kak Yana turun untuk menaiki kereta. Sebenarnya langkah kami pasti lebih pantas jika tanpa videographer yang ingin merakam setiap dari langkah kami. Idea si mangkuk hayun tulah, nak videographer bagai. Aku senyum pada Dilla yang bertugas sebagai jurugambarku. Pantas aku menaiki kereta bersama Mummy, manakala Kak Yana menemani Kak Nur di sebuah kereta yang lain. Berkali-kali aku alunkan ayat Kursi dan juga beberapa surah lain agar diberi ketenangan hati. Laju kereta itu meluncur menuju ke ballroom. Setibanya di sana, aku nampak ramai juga sanak saudara kami dan juga yang tidak kenali sedang menanti kereta kami. Aku melangkah keluar serentak dengan Kak Nur dan kami pun berpimpinan tangan. Mummy dan Kak Yana mengapit kami masuk. lenguh juga mulutku memaksa senyum. Kami berhenti seketika di hadapan pintu ballroom, sebelum melangkah masuk. Langkah kami menuju ke pelamin kecil yang disediakan diiringi oleh selawat ke atas junjungan Nabi s.a.w.

Sebentar kemudian ketibaan Haiqal dan juga Khairul Arman pula diumumkan oleh pangacara majlis. Aku lihat Daddy yang sedang duduk di platform yang dihias indah, sambil berbual dengan tok kadi. Abang Erik mengiringi Haiqal manakala Khairul Arman diiringi oleh sahabat baiknya. Segalanya mengikut atur cara, Haiqal akan bernikah dahulu kemudian aku. Dengan sekali lafaz, Kak Nur sah menjadi menjadi milik Haiqal. Alhamdullilah! Aku memeluk dan mencium pipinya setelah Mummy dan Kak Yana lakukan perkara yang sama pada Kak Nur yang sedang mengalirkan airmata bahagia. Upacara pembatalan air sembahyang dilakukan setelah Haiqal melakukan solat sunat syukur. Aku memeluk Haiqal dan Kak Nur serentak, kemudian Haiqal mengelap airmataku di hujung mata dengan jarinya.

Aku memejam mata seketika, sambil mata mengerling ke arah platform yang menempatkan dia. Sebentar sahaja lagi, statusku akan bertukar. Aku mengenggam erat tangan Mummy disebelahku. Kini, aku dikelilingi oleh Auni dan Lisa juga Datin Khaty, semakin bertambah debaranku. Aku nampak dengan jelas tangan Daddy dan dia sudah bertaut. Aku menarik nafas dalam. Rasa sedih dan gementar bercampur menjadi satu.

“Aku terima nikahnya, Erika Syakira Syariq Laurent dengan mas kahwinnya RM15,550 tunai,” sahut Khairul Arman jelas.

Airmataku mengalir deras, tetapi apa yang aku pasti, reaksiku bukanlah seperti reaksi Kak Nur sebentar tadi. Hanya airmata yang mengalir tanpa perasaan. Itu aku cukup pasti! Aku kaku di dudukku. Hanya membiarkan Mummy, Kak Yana, Kak Nur, Mama, Lisa dan Auni memeluk dan menciumku. Aku hanya menundukkan wajah, cuba menghentikan tangisanku. Kini, sah aku menjadi miliknya. Setelah dia melakukan solat sunat syukur seperti Haiqal, dia sudah datang menghampiriku. Aku menarik nafas sekali lagi, cuba menghalau rasa sedih dalam diriku, juga rasa gementar yang bercampur. Dia memberi salam dan semua di situ menjawab hampir serentak, aku hanya menjawab di dalam hati.

“Adik, hulurlah tangan tu,” Datin Erina sudah menggesa. Agak lama juga aku membiarkan dia menghulur tangannya padaku.

Sebentuk cincin platinum dan dikelilingi oleh berlian yang telah direka khas dijadikan sebagai mas kahwin, disarungkan di jari manisku. Aku mengambil sebentuk cincin yang juga direka khas dari Mummy lalu menyarungkan dijarinya.

“Salamlah,” arah Datin Khaty pula sambil tersenyum. Pantas aku tunduk menyalaminya yang kini sudah bergelar suamiku. Aku sudah mendongak kembali tetapi ramai pula yang ingin merakam gambar, maka aku terpaksa berada di dalam posisi sebentar tadi. Sebaik sahaja aku mendongak buat kali kedua, bibirnya sudah mencium dahiku lama.

“Sekali you jadi milik I, I tak akan lepaskan you, Erika Syakira. Ini janji I,” sempat dia berbisik di tepi telingaku. Berdegup seketika jantungku. Hisy, apasal hati aku ni berdebar semacam. Wake up Erika! Dia tu kasanova, setakat nak mengayat apa susah sangat. Pantas aku menyedarkan diriku.

Kami bergambar seketika bersama Haiqal dan Kak Nur juga saudara mara yang lain sebelum bersalaman dengan semua tetamu yang hadir di mana aku diperkenalkan kepada sanak saudaranya pula. Kami sudah meninggalkan ballroom tadi, dan kini dia menghantarku pulang ke bilikku. Nasib baiklah malam ini aku tak perlu berkongsi bilik dengannya. Ikut pantang orang tua katanya. Walaupun, aku sudah menghalang dan menegaskan bahawa aku mampu untuk pulang ke bilikku bersendirian, tetapi dia dengan selamba meminta izin dengan Mummy, jadi aku tidak dapat mengelak. Lebih malang, Haiqal tiada untuk membantuku, kerana dia perlu melakukan photoshoot memandangkan majlisnya dirancang agak tergesa-gesa dan mereka tidak sempat membuat pre-wedding photoshoot, jadi mereka terpaksa mengundur diri sebaik sahaja upacara pernikahanku selesai tadi. Aku hanya berjalan disebelahnya sambil tanganku digenggam olehnya. Tidak sesaat pun tanganku dilepaskan. Ada sedikit rasa rimas, pantas aku cuba melepaskan tanganku dari gengamannya tetapi gagal!

“Kenapa ni? Tadi I dah dapat lesen dari Daddy,” gurau Khairul Arman. Aku merengus sambil menjeling.

“Dosa tau jeling-jeling suami. Senyumlah sikit,” pinta Khairul Arman lagi sambil sebelah tangannya mencuit daguku lalu berhenti betul-betul di hadapan bilikku.

“Behave sikit boleh tak? I nak masuk, penatlah! You jangan lupa perjanjian kita, semua ni hanya lakonan sahaja, kita akan berbaik di hadapan family kita,” aku sudah mengingatkannya tentang perjanjian yang aku buat sebulan sebelum kami bernikah. Aku mencari kad access bilik. Lah, tadi ada pada Mummy. Lupa pula nak minta.

“Senyum dulu, baru I bukakan pintu untuk you. Kalau tak kita diri jerlah sini sampai esok. Dan you jangan risau, I rasa kalau pengarah dekat Malaysia ni tengok I berlakon, I boleh kalahkan Aaron Aziz tau,” usik Khairul Arman sambil tersenyum lalu mengeluarkan kad access dari poket baju Melayunya. Kami mengenakan persalinan berwarna off-white.

“Hisy! You jangan buat gila kat sini boleh tak! Kasilah balik kad tu,” aku sudah hampir menjerit. Dia menekup mulutku dengan sebelah tangan kemudian melepaskan jariku lalu memeluk pinggangku menghadapnya. Aku kini sudah terperangkap diantara dirinya dan pintu bilik. Mataku sudah membulat memandang anak matanya yang berwarna hazel. Kami berpandangan buat seketika waktu, aku rasakan seperti masa terhenti buat seketika dan hanya aku dan dia di situ. 

“Ehem!” satu suara dari arah belakang berdehem, pantas pautan dipinggangku dilepaskan. Aku berpaling, rasanya panas wajahku memandang wajah Haiqal dan Kak Nur yang menghampiri kami. Hisy, mesti dorang nampak apa yang jadi tadi.

“Errmm, kau dah habis photoshoot ke?” aku bertanya gugup cuba menutup rasa malu yang bertandang.

“Ha’ah, sempat juga tengok free show. Kau ni bro, relaxlah, tak ke mana larinya adik aku ni,” usik Haiqal pula. Pantas aku merampas kad access dari tangannya lalu masuk ke bilik. Tak tahan telingaku mendengar tawa dua jejaka itu.
***************************************************************************************************
Khairul Arman mundar mandir di dalam bilik hotelnya. Nak ketuk bilik Haiqal di sebelah, takut menganggu, tapi persoalan yang bermain di mindanya kini semakin mengasak fikirannya untuk mengetahui jawapan yang sahih. Kalau nak tanya pada isteri yang baru dinikahinya itu, memang mustahil! Ego tak bertempat, asyik dia sahaja nak menang! Dia teringat kembali sewaktu Erika Syakira datang menemuinya sebulan sebelum majlis mereka.

“I nak you sign contract ni,” tegas Erika Syakira berkata sambil meletakkan satu fail tipis di atas mejanya.

“Bila you sampai? You nak I sign apa ni?” tanya Khairul Arman tenang sambil memandang wajah tunangnya yang sedang berdiri tegak di hadapannya kini. Dah hampir tiga minggu mereka bekerja di dalam bangunan yang sama, tetapi baru sekarang dia menunjuk muka. Kini SyaRina Holdings dan K.A Corporations telah berpindah ke sebuah bangunan baru dan sekarang mereka bekerja di bawah satu bumbung.

“Belajar tinggi-tinggi, tapi document tu pun tak boleh nak baca,” peril Erika Syakira selamba dan masih setia berdiri di hadapan meja Khairul Arman.

“I tak akan buka document itu, selagi you tak duduk. Have a seat first, kita boleh bincang,” Khairul Arman masih lagi bermain tarik tali.

Pantas Erika Syakira melabuhkan punggung di kerusi hadapannya lalu matanya mengisyaratkan agar dia membaca document itu. Perlahan-lahan Khairul Arman membuka fail itu. ‘Wedding Agreement’ Itulah yang tertera pada muka surat pertama fail nipis itu. Makoiii! Hampir 5 mukasurat penuh tertera semua terma dan syarat yang boleh dia lakukan selepas berkahwin dan juga apa yang dilarang. Khairul Arman menahan tawa membaca beberapa syarat yang tertulis. Ada ke patut, dia masukkan juga satu clause yang mereka harus pergi kerja dengan kereta berasingan.

“I nak you baca betul-betul clauses yang ada di dalam. Semua ada dekat situ, I hope you faham,” kata Erika Syakira lagi.

“So, perkahwinan kita hanya lakonan depan family kita dan I tidak dibenarkan untuk sentuh you lepas kahwin? Buat apa kahwin macam tu?” tanya Khairul Arman tidak puas hati.

“Untuk melunaskan segala budi yang pernah papa you tabur untuk family I, dan membahagiakan kedua belah pihak,” Erika Syakira menjawab bersahaja sambil membelek kukunya.

“Marriage is not a joke Erika! Kalau you rasa perkara ini satu bahan jenaka, I ingatkan you, it’s not a joke!” tegas Khairul Arman menjelaskan sambil melonggarkan tali lehernya. Terasa bahang pula dengan sikap tunangnya.

“You nak marah sangat ni kenapa?” tanya Erika Syakira dengan wajah yang cuak.

“I tak nak sign benda bodoh ni!” Khairul Arman mencampakkan fail itu betul-betul di hadapan Erika Syakira yang masih bersikap selamba walaupun riak wajahnya berubah sikit.

“Jolly well then! I tak akan teragak-agak untuk melarikan diri pada hari perkahwinan nanti! Kalau you nak malu seumur hidup, I can take this contract and leave this place immediately. But remember, selangkah I keluar dari bilik ni, your chance is gone,” Erika Syakira pula mengugut sambil berdiri untuk melangkah keluar. Khairul Arman menghela nafas, bukan dia tidak tahu perangai gila wanita itu, mahunya dia lari di hari pernikahan, memang malu besar.

“Untuk apa contract ini semua, sayang?” lembut Khairul Arman bertanya sambil mendapatkan Erika Syakira. Dia mencapai tangan tunangnya lalu dielus lembut.

“Just sign it will you?” pinta Erika Syakira keras sambil menarik kasar tangannya dari genggaman Khairul Arman. Time macam nilah hati ni nak main lagu Kuch Kuch Hota Hai!

“No! Sebab, I akan pastikan you akan jatuh cinta dekat I lepas kita kahwin! You will fall in love with me endlessly,” janji Khairul Arman lalu menolak jauh kontrak itu. Takkan nak sign? Haram!

“Dalam mimpi jerlah Encik Khairul Arman!” sinis Erika Syakira menjawab sambil menyambut fail yang tidak ditandatangani oleh Khairul Arman. Dia menghentakkan kaki lalu keluar dari bilik yang bagaikan neraka itu!
*************************************************************************************************
Ketukan bertalu-talu dari pintu utama dan connecting door membingitkan telinga Erika Syakira. Isy, kacau betullah. Nak tidur pun tak boleh! Dahlah tadi dia hanya dapat melelapkan mata selepas Subuh, kini lenanya sudah diganggu. Aku menekup telinga dengan bantal lalu menyambung lena.  Ketukan di luar pintu semakin kuat kedengaran, kini kedengaran pula suara yang menjerit. Malas aku nak cam suara siapa! Tiba-tiba ketukan dari pintu utama dan juga dari connecting room berakhir. Aku menarik nafas lega. Hisy, majlis lepas Maghrib nanti, apa salahnya aku nak rest sekejap! Dalam samar-samar aku bagai terdengar pintu bilik dibuka dari luar. Biarlah, mungkin Mummy, kalau tak pun, Kak Yana ataupun Kak Nur! Aku malas untuk mengambil pusing hal remeh seperti ini. Walaupun mataku terpejam, telingaku dapat menangkap gerak geri orang yang memasuki bilikku. Memandangkan aku tidak suara Mummy berleter, aku boleh membuat kesimpulan bukan Mummy yang masuk. Seketika kemudian aku dengar TV dibuka lalu suara komentar bola kedengaran. Eh, lain macam jer! 

Bila masa Kak Yana atau Kak Nur tengok bola? Takkan Qal pula? Aku bingkas bangun dari tempat pembaringan. Pantas aku menjerit kuat!

“You ni kenapa? Gila ke?” tanya Khairul Arman pada Erika Syakira.

“Yang you ceroboh masuk bilik I ni kenapa?” Erika Syakira sudah kelam kabut menutup tubuhnya dengan quilt tebal. Dia menyelak sedikit rambutnya yang menutup wajah lalu memandang tajam wajah Khairul Arman.

“Dah you tak nak bangun! I kesian tengok Mummy dengan kakak ipar kita semua ketuk pintu bertalu-talu, itu yang I minta receptionist bukakan pintu untuk I,” jelas Khairul Arman sambil memandang wajah isterinya. Dia menelan liur melihat wajah Erika Syakira yang bersih dari sebarang makeup. Biarpun tanpa secalit solekan diwajahnya, Erika Syakira tetap kelihatan menarik dimatanya.

“Hisy, tapi tak payahlah sampai nak masuk bilik orang! Baru pukul 8.30, pun nak kecoh! Lagipun, I malas nak turun bawah, majlis malam nantikan, biar jerlah I rest sekejap,” Erika Syakira sudah merungut sambil membentuk mulut.

“Buat mulut macam tu! I cium karang, baru tahu! Sekarang ni, you cepat siap, family kita dah siap tunggu dekat bawah. Kalau you tak nak turun tak apa, I pun suka kita duduk berdua dalam bilik ni,” Khairul Arman sudah mengugut. Giliran Erika Syakira pula menelan liur. Seriau pulak aku dengan mamat ni!

“Iyelah, tapi you keluar, kalau tak I tak nak siap,” Erika Syakira cuba berkompromi. Khairul Arman menggeleng laju. Haih, nasiblah!

Pantas aku bangun dari katil lalu mengambil pakaianku dari almari, tidak lupa ‘adik-adik’! Aniaya kalau tertinggal. Nasib baik semalam aku mengenakan baju tidur bergambar Minnie Mouse, kalau tak memang aku tak bangun dari katil. Aku membersihkan diri sepantas mungkin lalu bersiap seringkas yang boleh. Aku hanya mencalitkan moisturizer dan lip balm lalu keluar dari bilik air. Aku hanya memberi isyarat padanya yang aku sudah siap. Malas betul nak cakap dengan dia. Tapi dia suami kau! Haihlah hati, kenapalah kau kena ingatkan perkara itu. Aku menonong keluar menuju ke lif, meninggalkan dia di belakang.

“Lah, sayang, apasal tinggalkan I?” kuat pula Khairul Arman bertanya. Aku berpaling sambil mengerutkan dahi. Buang tebiat ke panggil aku sayang!

Sebaik sahaja aku nampak kelibat Qal dan Kak Nur yang sedang beriringan dengan Khairul Arman aku pura-pura melemparkan senyuman manis. Kau nak berlakon sangat kan? Kita tengok nanti siapa yang menang! Aku menyambut tangan Khairul Arman yang dihulurkan sebaik sahaja mereka sampai di tempatku menunggu.  

“Morning Qal, Kak Nur!” tegur Erika Syakira ceria. Dia sengaja melentokkan kepalanya pada bahu Khairul Arman sambil sebelah lagi tangan mencengkan erat lengan sasa suaminya.

“Morning Princess! Aku dengar kau tak nak bangun tadi, sampai Arman kena masuk bilik kejutkan kau! Perangai tak ubah-ubah,” sempat Haiqal membebel sambil mereka masuk ke dalam perut lif yang tiba. Walaupun begitu, dia hairan mengapa begitu pantas Erika Syakira boleh bermesra dengan Khairul Arman. Bukan dia tidak nampak semalam, tangisan Erika Syakira selepas akad nikah. Macam orang kena paksa nikah sebab kena tangkap khalwat, dia menangis semalam.

“Janganlah panggil aku Princess lagi. Tu hah, Elmira sekarang Princess,” Erika Syakira memuncung pada Elmira Rayhana yang sedang dikendong oleh Kak Yana sewaktu mereka tiba di restoran hotel. Pihak hotel begitu berbaik hati, memberi sebuah ruang makan khas yang hanya memuatkan keluarga Dato’ Syariq dan Dato’ Khairi.

“Itu Princess Kecik! Kau tetap Princess kitaorang,” jawab Haiqal selamba sambil tersenyum pada isterinya.

“Hah tu dia pengantin baru! Macam berjanji pula mereka turun sama-sama,” tegur Datin Erina dari tempat duduknya. Nur Suffiyah dan Haiqal hanya tersenyum simpul manakala Khairul Arman hanya tersenyum, aku pula tayang muka selamba. Kami mengambil tempat yang masih kosong.

“Mama, tengok, cutenya Along dengan Kak Erika, siap pakai sedondon,” Auni bersuara riang. Aku memandang pakaianku sendiri kemudian memandang pakaian di badan Khairul Arman. Macam mana boleh sama pula ni? Kami mengenakan seluar berwarna khaki dan t-shirt hitam leher V.

“Itulah namanya sehati sejiwa, kan sayang?” jawab Khairul Arman sambil melirik ke arah Erika Syakira disebelahnya. Wajahku mula terasa panas, semua disitu sudah tersengih-sengih. Aku hanya tersenyum simpul kemudian mengalihkan perhatianku pada Elmira Rayhana yang kini berada dalam dukunganku. 

“Morning Princess! Rindu Maasi tak? Selalu tidur dengan Maasi kan,” aku sudah mengagah Elmira Rayhana.

“Rindulah tu! Semalam, dia tercari-cari juga, nasib Abang sempat kidnap bear yang Adik selalu peluk. Kasi dia pegang, hah, terus dia tidur,” Erik Syakir menjelaskan, sambil menyusukan Eijaz Rehan.

“Ala, ciannya Princess Maasi! Tak pe, malam ni, tidur dengan Maasi yer,” aku masih berbual dengan Elmira Rayhana yang sedang memandangku. Mata bundarnya sangat mengasyikkan untuk dipandang. Cepatlah besar, tak sabar rasanya nak jadikan dia mini fashionista!

“Apa pula Elmira tidur dengan Adik? Malam nikan….” Riyanna tidak menghabiskan kata. Aku mengerutkan hidung, kemudian menepuk dahiku perlahan. Macam mana boleh lupa? Malam ini, akan bermulanya, aku berkongsi bilik dengan mangkuk hayun! Cis, seriau pula memikirkan hal itu! Tenang Erika, you made him signed the agreement! Dia memandang wajah Khairul Arman yang sudah tersengih, pantas otaknya mencerna kata untuk mengenakan jejaka itu.

“Bie, you jangan marah tau! I lupalah, selalu Elmira tidur dengan I,” aku berkata dengan manja pada Khairul Arman yang sedang meneguk fresh orange. Tersedak dia sebentar mendengar panggilan yang Erika Syakira gunakan untuk dirinya. Merah wajahnya menahan sakit di kerongkongnya.

“Along! Disgusting tau!” Lisa yang duduk di hadapan Khairul Arman memarahi abangnya dengan wajah berkerut. Cis, buat malu jer, bini baru panggil Bie dah tersedak bagai! Dia merenung wajah kakak iparnya yang sedang tayang wajah selamba tetapi masih leka bermain dengan Elmira Rayhana. Yang lain hanya menggelengkan kepala melihat telatah Khairul Arman.


Datin Erina dan Datin Khaty berpandangan sesama sendiri sambil tersenyum penuh makna. Bagus, ada perkembangan positif. Tak sia-sia semalam mereka membenarkan Khairul Arman menghantar Erika Syakira pulang ke biliknya. Harapnya, akan bertambahlah cucunya nanti. Pinta Datin Erina di dalam hati. Erik Syakir, Riyanna, Haiqal dan Nur Suffiyah pula berpandangan sesama mereka kemudian merenung wajah adik mereka, yang pasti, mereka tahu Erika Syakira hanya berpura-pura. Bukan sehari dua mengenali gadis itu, pasti ada rancangan yang sedang dia aturkan tanpa mereka ketahui!

Harap kprang semua enjoy ok? InsyaAllah, akan lebih kerap update jika ada masa. Tak dapat nak janji, kena tengo jadual. So, teruskan menyokong Ms Egoistic Vs Mr Romantic and follow this blog. By the way, ada satu topic hangat yang bakal siap untuk segment girls talk, so stay tuned! Take care lovelies! 
xoxo ♥