And ALLAH is Sufficient as a Guardian
And ALLAH is Sufficient as a Helper
~ Quran 4:45


Thursday, 24 January 2013

Miss Egoistic vs Mr Romantic 7 (Full)

Salam semua! Macam mana dengan cuti anda sempena Maulidur Rasul? Harap-harapnya anda juga dapat memanfaatkannya sebaik mungkin. :) So, without further ado, Sya mempersembahkan, Miss Egoistic Vs Mr Romantic 7 (Full)! ♥

Bab 7

Michigan, United States, 2006

Aku masuk ke dalam rumah yang Daddy sewa buat aku dan Haiqal sementara kami belajar di U.S.A. Perasaanku bercampur baur sejak aku menjejakkan kaki ke negara empat musim ini. Teruja, gembira, tetapi sedih, kerana terpaksa meninggalkan Mummy dan Daddy buat sementara waktu. Aku seharusnya bersyukur kerana Haiqal sudi  menemaniku untuk melanjutkan pelajaran di sini, walaupun dia mendapat tawaran yang lebih hebat! Aku menghela nafas panjang lalu berjalan mendekati sofa di ruang tamu, manakala Haiqal mengunci pintu setelah mencampakkan luggage yang aku bawa.

“ Aku baru jer sampai tapi aku dah homesick. Qal, help me please?” aku sudah merintih.

“ Erika, get a grip, you can easily fit in here. Trust me!” Haiqal cuba meniupkan kata-kata semangat dalam diriku.

“ How can you be so sure?” aku menyoalnya kembali.

“ Trust me lil sis! I always know better right?” Haiqal sudah duduk di sebelahku sambil memeluk erat bahuku. Aku hanya menganggukkan kepala. Abang Erik sudah dua tahun 
tamat belajar memandangkan dia lompat kelas sewaktu di sekolah menegah. Haiqal pula sudah hampir setahun belajar di sini.

Mataku meliar ke seluruh rumah. Not bad, pandai Haiqal hias rumah. Aku menuju ke satu sudut rumah yang dihiasi dengan bingkai gambar. Terletak elok di tengah-tengah gambar kami sekeluarga, beberapa bingkai gambar yang lain memuatkan gambar Mummy, Daddy dan Abang Erik bersama Haiqal. Kebanyakan bingkai gambar yang lain pula memuatkan gambar aku dan dia. Haiqal sudah bangun dari sofa lalu mengangkat beg pakaianku ke sebuah bilik di sebelah kanan.

“ Come, aku tunjukkan bilik kau,” Haiqal sudah menolak daun pintu bilikku.

“ Nice, pandai kau susun semua barang. Thanks Qal!” aku sudah memeluknya erat.

“ No biggie! Oh yeah, malam ni, hmm, kita dinner luar, be ready by 7 ok?” Aku hanya menganggukkan kepala melihatnya keluar dari bilikku. Aku membuka cermin mataku lalu menghenyakkan tubuh di atas katil. Penatnya!!
******************************************************************************************************
Aku diperkenalkan dengan wanita yang berjaya membuat Haiqal mengaku kalah sewaktu dinner. Elizabeth, anak kelahiran Michigan, bermastautin di KL bersama keluarganya dan mereka berkenalan di university sewaktu diarahkan membuat satu tugasan bersama. Aku memandang mereka berdua yang rancak berbual sementara menunggu pesanan kami tiba. Aku teringat dulu, salah seorang dari rakan kelasku yang tidak henti-henti cuba mendapatkan Haiqal, tetapi setiap salam perkenalan yang dihulurkan dipandang sepi olehnya.  Rupanya, dia berjumpa dengan bidadari hatinya disini.

“ So, Erika, you belajar apa?” Elizabeth bertanya. Biar betul, dia cakap BM!

“ Tak payah nak blur sangat! Eliz dah lama tinggal KL, and dekat KL dia belajar BM! So, nothing to be surprised about young lady.” Haiqal sudah ketawa melihat reaksi mukaku.

“ I’m doing a dual degree,” aku menjawab pendek.

“ Wow, impressive! Tapi both of you impressive, dual degree. I tak pandai sangat, so, I just take Architecture. Your major?”

“ Urban Planning, M.U.P/ Business Administration M.B.A. Hopefully I boleh cope lah. 
Memang takut nak datang sini, but since I dapat offer even before result was out, parents I suruh sambung sini. If you wanna know, Haiqal dapat offer from Stanford University, but since I dapat offer kat sini sebelum dia pilih nak sambung belajar kat mana, he chose here just to accompany me. Sweet, kan?” aku membuka cerita sebaik sahaja makanan tiba.

“ That’s mean Qal! You tak bilang I pun!” Elizabeth sudah menarik muncung.

“ Baby, if I were to be at Stanford, I won’t meet you,” Haiqal memujuk. Elizabeth sudah tersenyum lebar. Aku pula hanya diam sambil menumpukan sepenuh perhatian pada makananku. Sekali sekala aku membetulkan kedudukan cermin mataku.

“ Oh, wow! Who do we have here? Kau date dengan dua minah salih, Qal! Tak padan! Hi, Eliz!” satu suara dari belakang menyapa. Haiqal pula hanya ketawa. Aku tidak nampak wajah gerangan yang menjerit tadi memandangkan dia kini membelakangiku, berhadapan Haiqal dan Elizabeth.

“ Kau ni, aku, setia pada satu jer! Right, dear?” Elizabeth hanya menganggukkan kepalanya.

“ Aku kenalkan, ni Erika Syakira Syariq Laurent. Anak Dato’ Syariq yang sponsor aku belajar kat sini, and Erika, this is Khairul Arman a.k.a Harold!” Haiqal bersuara. Hisy, Haiqal ni, kalau Daddy dengar, kecil hati dia. He loves you just as much as he loves Abang Erik and me! Ada ke bilang orang Daddy sponsor dia belajar! Tak patut!

“ La, aku ingatkan anak mat salih asli, rupanya celup! So, sekarang Haiqal kena babysit youlah kat sini? Kesian, takut sangat agaknya anak dia hilang sampai hantar caregiver belajar sekali kat sini,” pedas Khairul Arman menyindirku.

“ Harold! Tak baik tau, you cakap macam tu! Kesian Erika, tak salah kan kalau Haiqal wants to repay their kindness! Mind your words dude,” marah Elizabeth.

“ Hey, I’m protecting my friend here lady. Kalau you tak suka jangan dengar. Entah apalah yang budak nerd ni dah sogok you sampai you backing dia more than your boyfriend!” Aku bingkas berlari keluar dari restaurant itu dan lari pulang ke rumah yang tidak beberapa jauh dari situ. 

“ Arman, aku minta diri dulu. Erika mesti merajuk, let’s go dear,” Haiqal pantas bersuara sambil meletakkan sekeping not USD 100 di atas meja lalu menarik lengan Elizabeth untuk beredar. Elizabeth pula sempat menghadiahkan sedas jelingan kepada Khairul Arman.
****************************************************************************************************
“ Dahlah dik, jangan nangis lagi. Aku sorry ok? Semua salah aku sebab tak terus terang dengan orang yang aku anak susuan Dato’ Syariq & Datin Erina,” perlahan Haiqal memujukku yang terdampar di atas katilnya.

“ Kau memang sengaja kan? Kau tengok orang cakap kau babysitter aku, Daddy gunakan kau! Kau sukakan macam ni? Mesti Daddy dengan Mummy kecewa,” aku menghambur kata padanya lalu kembali menekup muka pada bantal.

“ I’ve my own reasons Erika! Please, jangan buat aku macam ni. Arman tu memang macam tu. Mulut dia tak ada insurance. Dahlah, mata kau dah bengkak tu. Nasib esok belum masuk university lagi. Dahlah tu,” Haiqal sudah menggoyangkan tubuhku.

“ Yelah, tapi aku tak nak jumpa si gila tu lagi!” aku memberi amaran.

“ Deal! Macam ni lah princess aku,” Haiqal sudah mengusap kepalaku dan aku menukar posisi dari meniarap kini duduk berhadapan dengannya.

“ Qal, asal kau tak bilang aku yang kau dah ada girl kat sini sebelum aku datang?” aku sudah mula mengorek cerita sensasi sambil membetulkan cermin mataku.

“ Kena bilang ke?” Haiqal menyoal bodoh sambil mukanya yang mula memerah dipalingkan ke arah lain.

“ Alololo, cutenya muka dah blushing giler! Hisy, penuh bilik kau dengan gambar korang! Patut tak selalu balik bila cuti, rupanya pergi holiday dengan kekasih hati! Aku report kat Daddy dengan Mummy,” aku menggertak.

“ Ala, busuk, please, janganlah macam ni! Please, aku janji aku cerita kat kau dari A to Z pasal ni! Jangan beritahu dorang please! Aku tak nak Daddy fikir aku saja jer nak habiskan duit dia,” sudah mendayu-dayu suaranya merayu.

“ Hisy, kau ni, apa pulak fikir macam tu. Kau pun anak dorang per! Jangan nak mengutuk diri ok? Hmm, boleh, kau ceritakan everything and aku zip mouth aku, tapi kalau term break kau kena bawa aku pergi holiday!”

“ Baik tuan puteri! Patik menjunjung perintah,” Haiqal mula berlakon.

“ Drama King!!! Start story sekarang!” aku sudah menjelir lidah padanya dan dia pula hanya  ketawa terbahak-bahak.

Mereka berkenalan sewaktu ditugaskan membuat sebuah projek perumahan bersama. Pada mulanya Haiqal cuba menjauhkan diri memandangkan tujuan utama dia kemari adalah untuk mengenggam ijazah dan menjaga kebajikan diriku, tetapi lama kelamaan, cinta yang hadir tak dapat ditepis, dan hingga kini perhubungan mereka bertahan.

“ OMG!! That’s so sweet Qal,” aku sudah berguling diatas katilnya sambil melihat beberapa keping gambar kenangan mereka di beberapa negera yang mereka lawati.

“ Hahaha! Kau tak ada tinggalkan buah hati ke dekat Malaysia? Almaklumlah, aku ni dah lost touch sikit for things that happened back home,” Haiqal sudah memintal rambutku.

“ Hmm, buah hati eh? Mana ada, siapalah nak dekat aku? Tembam macam ni, then nerd with big spectacles! Lelaki zaman sekarang semua nak yang macam Barbie doll,” aku sudah merendahkan suara dan wajah memang aku sengaja sayukan.

“ Apalah, kau ni! I’m sure you’ll find someone that will never care about your looks or figure, kau kena confident,” Haiqal meniupkan kata-kata semangat.

“ Hmm, entahlah. Dulu masa kat Malaysia, lepas kau datang sini, aku selalu kena ejek kat sekolah. Yelah, ketua pengawas a.k.a ‘bodyguard’ dah belayar gi ke sini,” aku sudah memuncungkan bibir.

“ Hisy, budak ni! Kau bilang aku siapa yang bully kau, biar aku balik Malaysia aku sekeh kepala orang tu sebab kacau adik aku,” Haiqal sudah meletupkan jari jemarinya.
Merepek jelah kau ni! Dahlah, aku nak masuk bilik dulu. Nights Qal! Sweet dreams! Aku sayang kau!” aku memeluk erat lehernya lalu keluar dari biliknya. Bertuahnya aku punya Haiqal, dia seperti guardian angel, sentiasa ada disisiku, menyelamatkanku, menceriakan hariku and most importantly, my very own listening ear!    

Guys, teruskan sokongan anda dan seperti yang pernah Sya katakan sebelum ini, saya perlukan anda untuk menjadi lebih interaktif dengan Sya, so Sya tahu kalau korang suka atau tak. Jangan lupa untuk spread the love around on FB and Twitter! Take care uolls!
xoxo ♥

Copyright of Miss Aiko

Wednesday, 23 January 2013

Stressed Out!!!


Salam semua!! Sorry again sebab dah lama sangat tak update! Busy memanjang! Assignment jangan cakaplah, test lagi. Memang nak pecah dah kepala! I need a break, seriously!  Lebih-lebih lagi bila nak buat assignment, especially group! Haiz, memang lemah sendi! Bila kita boleh buat semua benda, orang ambil kesempatan, bila kita tak buat merungut! Hari tu, baru jer submit satu group assignment yang Sya buat sendiri. Nasib badan, nak complain dengan lecturer, kang orang kata kita dengki, tak cakap kita lah pulak yang merana. Sabar jerlah! Harap tak sangkut apa-apa module, and tinggal lagi dua sem jer lagi! Insya'allah! Doakan Sya k? :) 

Wells, mata pun dah tak terangkat dah ni sekarang, semalam tidur lambat, then class pagi. Terpaksa tahan, Mummy kata tak elok tidur waktu petang, so bersengkang matalah. Sya ni dah jadi macam panda pun ada, zombie berjalan pun ada. Sampai adik pun tegur, sebab Sya memang tak biasa makeup, sibuk dia suruh makeup, sebab dia kata dah macam mayat hidup. Atoyaiii! Tapi, Sya tak kisah pun, sejak kempen Going out with Naked Face, memang Sya sokong ler sangat, sebab antara tersenarai antara gadis-gadis yang tak pandai bergaya. Hihi! Oklah, sebenarnya tulis ni pun just to update uolls. Sya tak jadi nak tukar nama hero. So, he will continue to be Khairul Arman. Happy tak? Sya hope korang semua dapat jadi lebih interaktif dengan Sya by giving out comments and follow blog ni, to support Ms Egoistic Vs Mr Romantic. Sebenarnya as a motivation untuk Sya teruskan menulis di sini. Ikutkan hati, macam nak bubarkan jer blog ni, tak terkejar rasanya nak uruskan macam-macam hal. So, peeps, I need to hear from you guys! Sampai kita berjumpa lagi dalam post akan datang! Take care uolls! ♥
xoxo 

p/s: Maafkan andai ada banyak typo yer! Tulis dalam keadaan mamai + kelam kabut! Hihi! Tak larat nak check. Btw, korang tengok Sehangat Asmara tak? Sya tengah follow cerita ni closely! Suka sangat watak Zainal Arief! ;) 

Wednesday, 16 January 2013

Bertapa di Puncak Gunung!

Hey all! Title tak boleh angss!! Hehe! Memang rasanya nak bertapa di gunung, disebabkan, writer's block yang sedang saya alami. Sangat pening memikirkan bila tak ada satu idea yang masuk pun untuk menulis Ms Egoistic Vs Mr Romantic! Sangat sedih! *Sobs* Tapi jangan risau, saya memang sudah sediakan beberapa bab yang akan saya post dari masa ke semasa. Yang ada dalam kepala otak sekarang adalah nak tukar nama hero, Khairul Arman! Fikir balik, sebenarnya nama itu dipilih atas sebab-sebab tertentu dan sangat tak sesuai dengan character yang saya bayangkan. So guys, tolong lah sesangat!!! Currently, idea yang muncul adalah untuk menamakan si hero, Ammar Raqib. Ok tak? Hmm, macam nak bertapa jer atas gunung sekarang menanti idea. 



                                    Agak-agak boleh sampai ke sampai puncak? Hmm...

I have a very special gift to give away to the person yang mampu untuk memberi satu nama yang unique, buat hero saya tu! Escada Island Kiss Perfume!!


It is my favourite scent of all times! Sangat sexy dan lady like! So, I have 1 set to give away, sesiapa yang mencadangkan nama yang lebih unik dan saya suka, akan memenangi hadiah ini. So, guys, I'd like to know your opinions and also suggestions!! ♥  
xoxo

Monday, 14 January 2013

♥ Pengorbanan Seorang Ibu ♥

Pertama sekali, saya betul-betul nak minta maaf sekiranya post kali ini melencong dari Ms Egoistic Vs Mr Romantic. I'm really sorry readers, but I'd really like to share something very important with you guys out there. This will get a little bit emotional, again saya betul-betul minta maaf. :(  Apa yang saya tulis di sini bukan untuk menunjuk-nunjuk jauh sekali riak, tetapi, ia sebagai satu peringatan buat diri saya sendiri dan saya berharap agar ia bermanfaat buat anda semua. 

Have you always have that one person who stay by your side when all the people you know turned their back against you, the one person who will fight for you in any situation, the one comforting you every single time, the one who will be the first you called when you got into any trouble? I do, and that will be my Mummy. Apa jua keadaan, Mummy orang pertama yang tergesa-gesa mendapatkan saya, walau di mana pun saya berada. Sehingga hari ini, saya tak pernah lupa, segala yang telah dia lakukan untuk saya. Izinkan saya untuk melakukan flashback sedikit.;) 


                                                    ♥Mummy & I ♥

2001: Waktu tu, saya baru masuk Primary One, (so, boleh kiralahkan umur saya berapa sekarang! Hehehe!) agak mengejutkan buat saya memandangkan, saya bersekolah tadika di sekolah agama, tapi kemudian disebabkan beberapa perkara, especially academic purposes, saya dihantar ke sekolah biasa. Agak janggal buat saya, sebab masa sekolah tadika, saya ke sekolah dengan jubah and tudung, then bila masuk P1 kena pakai gaun yang panjangnya hanya seinci bawah dari lutut. Bayangkan, perasaan saya masa tu, tapi that wasn't the biggest problem. 
Waktu  PJ, semua murid baik lelaki mahupun perempuan mesti pakai t-shirt and shorts, apalagi waktu tu memang dah menangis tak nak pergi sekolah dengan pakaian macam tu. So, Mummy saya pergi ke sekolah, dan menjelaskan kedudukan saya serta meminta kebenaran untuk membenarkan saya pakai track pants untuk PJ. Tak berapa ingatlah apa jadi, tapi after sometime sekolah pun benarkan. But guess what, waktu tu, tak der satu pun parents yang datang jumpa pengetua sekolah untuk buat sedemikian, tapi Mummy saya lakukan. Hebat kan? After that, permission of wearing track pants to school was allowed dan berderetlah ramai jugalah budak yang start pakai track pants. Imagine setelah berapa lama sekolah tu beroperasi, tak ada satu pun yang masuk ke bilik pengetua minta kebenaran seperti mana yang Mummy lakukan, just for the sake for her daughter's comfort. 

2007: Saya masuk sekolah menegah, waktu tu, saya masih ingat lagi, saya baru masuk sekolah menengah. Saya anak sulung, makanya, Mummy memang excitedlah. Dia bangun pagi and got ready to send me to school. Bayangkan, saya masuk Tingkatan Satu, dia hantar saya sampai sekolah walaupun pada waktu tu saya ada 2 orang adik kecil, seorang baru nak masuk sekolah tadika, tetapi dia tetap nak pastikan dia berada bersama saya. 

2008: Tahun yang paling banyak ujian buat saya. It was stressing and depressing. Macam-macam hal yang terjadi kat sekolah waktu tu, kena bully, kena tuduh mencuri, macam-macam hal! Mummy kerap keluar masuk meeting room jumpa dengan penolong pengetua, to clear things up. Dia pertahankan saya habis-habisan sampai hal itu diketahui oleh kebanyakan guru. Best part, dia sempat berkawan dengan semua guru-guru sekolah saya dan juga dengan pengetua saya, sampai sekarang. Waktu tu, memang saya jadi kepercayaan guru sebab saya masuk di dalam class yang ramai mischievious students, jadi kadang kala banyak guru mengalih perhatian pada saya sampai orang menyampah and buat fitnah. *sobs* 

2011: Saya baru dapat result 'O' levels, macam SPM lah. Saya pun apply lah untuk ambil Diploma. Saya diterima masuk dalam salah satu intituisi yang memang dikenali, tetapi, saya pulak yang tak minat dengan jurusan yang ditawarkan. 3D Animation & Arts. Memang frust sangat sebab tak dapat first choice, so masa tu, Mummy heret saya ke hulu, ke hilir, pergi dari satu instituisi ke satu instituisi untuk memohon agar saya dapat masuk ke salah satu jurusan yang saya minat sebab result bukan teruk. Dia sanggup suruh Daddy ambil cuti temankan kami, memang jelajah habis lah. Tapi, disebabkan tak ada kekosongan, saya diletakkan ke waiting list. Memang dah putus harapan dah, sampailah saya ditawarkan masuk ke instituisi saya sekarang. Diploma in Strategic Facilities Management. Mummy mulanya mulut pot pet pot pet, sebab dia kata tak ada langsung unsur-unsur keperempuanan, disebabkan saya diperlukan untuk bekerja dalam Construction Site. Tapi, saya minat lah pulok, maka dia bersetuju juga dengan keputusan saya. Hari mendaftar/orientation, Mummy hantar saya ke sekolah baru saya. Walaupun pada waktu tu memang malu sebab budak lain tak der pun mak atau ayah yang iring, saya selambakan muka jer, because I know she did this just so I will never feel that I'm alone. 

2012: Krisis di instituisi berlaku. Saya balik rumah malam tu sebab kelas sampai malam,  menangis-nangis pasal perkara tu. ( Malas nak cerita, tapi hal sekolah lah) Mummy orang pertama tenangkan saya, siap buatkan cekodok pisang malam-malam to cheer me up. * Touched walaupun tengah sedih sakan* Tau apa dia buat, dia curi-curi ambil handphone saya and ambil no telefon salah seorang rakan saya yang dia kenal and tanya macam-macam. Macam Private Investigator. Habis satu cerita hingga satu cerita dikoreknya. Kawan saya tu pulak jujur, habis semua dia ceritakan. Memang terharu sangat waktu tu, tengok dia sanggup go to that extent. 
Lepas kejadian tu, memang saya pukul study habislah, tak nak kecewakan both my parents, sampailah saya ditawarkan Sponsorship. Mula-mula tak nak terima sebab ingat nak belajar sekerat jalan after that incident, tapi dengan pujukan both my parents sampai sekaranglah saya masih belajar. Insya'allah, April ni, saya masuk tahun akhir. Doakan kejayaan saya k? 

See, kadang kala kita selalu terlepas pandang siapa yang selalu bersusah payah untuk kita. Because I myself did it. Saya lupa siapa yang teruja untuk setiap education transition dalam hidup saya, siapa yang akan pertahankan saya dalam apa jua keadaan. Saya selalu tanya Mummy kenapa dia selalu susah sangat nak benarkan saya ke san ke mari tanpa dia. Jawapan yang standard, dia pun dididik sedemikian. Saya seorang yang independent, disebabkan ada adik-adik yang masih kecil, so, saya memang try to stand on my own feet. Sometimes bila Mummy call tanya saya balik pukul berapa, jawapan saya tak tahu, bukan sebab apa, tapi kadang lecturer mencekik darah suka extend class lah ataupun buat make up class mendadak. Memang geramlah, sebab kadang tu dah tercakap balik dalam pukul 5 petang tapi drag sampai malam. Then, mak kita risau and fikir yang bukan-bukan sebab anak dia tak balik lagi. Missed call berpuluh, SMS, Whatsapp tak terkira. Bila fikir balik, kenapa dia perlu sibukkan diri pasal hal remeh class pukul berapa, balik pukul berapa, dah makan ke belum, tapi itulah yang yang kebanyakan ibu risaukan sebaik sahaja anak dia keluar dari rumah. Kalau dia ada sepulah anak, kalau boleh dia nak belahkan diri dia 10 agar dia dapat ikut setiap langkah anak mereka dan sentiasa ada di sisi mereka dalam apa jua keadaan.

Hari ni bukan Hari Ibu atau hari istimewa but still I wanna thank my Mummy for everything she did for me. Every single thing, terutama sekali sebab Mummy adalah orang pertama yang memupuk minat membaca dalam diri saya. Mummy akan layankan kerenah saya dalm kedai buku berjam-jam, ke hulu ke hilir dari satu kedai buku ke satu kedai buku yang lain untuk cari novel yang saya nak. Disebabkan dia saya minat membaca dan terhasillah karya Ms Egoistic Vs Mr Romantic. Mummy, I love you! I really do! ♥ Thank you for every single thing that you did for me! ♥ 

Saturday, 12 January 2013

Ms Egoistic Vs Mr Romantic 6 (Full)

Hey all!! Ok, I know, I dah lama tak update! Sorry, sorry, sorry! (ala Super Junior!) Hehe! Harap you all semua sihat sentiasa and achieve what you all have planned for this year! By the way Happy 2013, lambat sikit wish! Semakin busy, Insya'allah, April ni dah final year, doakan I succeed ok? Sangat frust sebab Ms Egoistic Vs Mr Romantic tak disiarkan di P2U! :( 
Tapi tak pe, I know Ms Egoistic Vs Mr Romantic has it own readers! Chey, macam confident jer! :P 
So, without much ado, here goes, Ms Egoistic Vs Mr Romantic 6!

Bab 6

‘“ Haiqal..?” Aku hanya kaku di tempatku tatkala melihat dua jejaka itu bersalaman lalu berpelukan sesama sendiri.

“ Bila kau balik?” Haiqal bertanya mesra. Hisy, mamat ni, eksyen macam tak tau, sedangkan tadi penat aku bercerita.

“ Baru sebulan, Mama dengan Papa dah sibuk suruh aku masuk ofis, and this is my first big project in this company. Before this aku cuma assist project yang sedia ada. So, kau kerja dengan SyaRina Holdings la?” Khairul Arman melirik ke arahku. Pantas aku melarikan pandangan ke satu sudut bilik itu. 

“ Yeap, Dato’ Syariq kan sponsor aku belajar kat U.S dulu, so now aku kerja dengan dia. Kenapa tak jadi architect, dulu kita sama-sama satu class, sekarang kau jadi Construction Engineer pulak?” Haiqal pula merisik khabar. Kehadiran Haiqal sebagai anak angkat atau anak susuan tidak diketahui oleh sahabat handai Mummy dan Daddy hanya saudara mara sahaja. Eh, dorang ni tak nak duduk and start meeting ke?

“ Tak lah, aku belajar architecture dulu sebab minat. Tapi, Papa nak sangat aku belajar Construction Engineering, ikut jejak dialah. So, lepas kita graduate aku sambung belajar for another 3 years, then aku kerja kat U.K as an architect for 2 years, and now, I’m back for good,” ujar Khairul Arman sambil mendepakan tangannya.

“ Oh, patutlah, last year budak Malaysian yang sama course dengan kita ada buat reunion, tak nampak kau. Eh, shall we get started?”

“ Sure, let me introduce, this is Tanya, my efficient secretary, she’ll be the one assisting me,” Khairul Arman memperkenalkan Tanya kepada kami sambil berjabat tangan.

“ And, this is my boss’s darling baby, Ms Erika Syakira, Project Manager for this project,” Haiqal pula bersuara sambil memeluk erat bahuku. Saat aku dan dia berjabat tangan, terasa sangat kuat genggamannya. Aku pula terpaksa menarik tanganku apabila Haiqal berdehem kuat. Aku pula menjeling geram. Perbincangan dimulakan dan kami sudah pun bersetuju untuk mulakan Phase 1, selepas mendapat persetujuan dari pihak atasan masing-masing.
********************************************************************************************************
“ So it went well isn’t it?” Haiqal memulakan bicara setelah beberapa ketika mendiamkan diri sewaktu kami di dalam kereta kerana aku sedang sibuk update status di Facebook.

“ Yeah, well for you, not me,” jawabku kasar sambil tangan masih lincah menaip status. ‘Jumpa dengan mangkuk hayun, lagi! Sungguh tak cool!!!’ Itulah status yang aku update.

“ Adik, kalau orang cakap, pay attentionlah! Tak habis-habis renung telefon tu macam nak makan, lepas tu, ketawa lah, sengih lah, macam orang sakit jiwa,” komen Haiqal dengan wajah yang masam.

“ Hisy, oklah, nak apa ni? Eh, jangan lupa hantar aku balik studio dulu, kereta aku kat sana,” aku mengingatkan Haiqal.

“ Baik Cik Puan, ni hah, tadi ok per si Arman tu. Kau jer over kutuk dia, besides dia bukan gatal tau, dia prihatin terhadap wanita,’ Haiqal backing kawan baik dia. Ni yang menyampah kalau dah masuk bab si mangkuk hayun tu. Grr, tak der topic lain ker? Aku pula sudah menarik muncung. Menyampahlah!

“ Kau stop cakap pasal dia boleh tak? Aku tak ingin lah lelaki macam dia. Aku ni bukan tak laku, tapi belum jumpa Mr Right jer. Aku kan nak macam lelaki macam Hafiz Hamidun,” aku sudah meluahkan angan-anganku.

“ Hisy, anak mat salih ni! Berangan jer, orang tu pandang kau sebelah mata pun tak nak tau,” Haiqal sudah mengejekku sambil ketawa berdekah-dekah. Eh, aku cakap betul apa? Dah tentu aku minat sangat kat Hafiz Hamidun, so tak salah aku pasang angan-angan nak lelaki yang ada ciri-ciri macam dia.

“ Hello, aku punya sukalah. I’m the scriptwriter, character and director for my own dreams! Kau jangan sibuk,” aku sudah berpaling untuk keluar dari kereta setelah menjelir lidah padanya yang masih lagi gelakkan aku.

“ Wei, jumpa kat rumah! Aku shadow kau dari belakang, kau drive depan,” sempat Haiqal memesan sebelum aku menutup pintu keretanya. Itulah Haiqal, kadangkala, dia over protective. Actually most of the time! Keprihatinan dia melebihi Abang Erik sendiri. Maka kerana itu, Mummy lebih mempercayai dia bersama denganku berbanding Abang Erik, tapi, aku tetap sayang mereka berdua.
************************************************************************************************
Kami tiba di rumah selepas waktu Maghrib, nasib tadi dah singgah surau dalam perjalanan pulang. Memang tension kalau drive time nak balik kerja, hampir setiap jalan jammed! Aku menutup pintu kereta Audi R8 milikku. Daddy menghadiahkan kereta yang sama pada aku dan Haiqal, yang berlainan hanya warna. Seperti yang selalu yang Daddy katakan, dia ingin berlaku adil terhadap semua anak-anaknya, termasuk Haiqal. Aku beriringan masuk ke rumah bersama Haiqal dan kelihatan Daddy, Mummy, Abang Erik dan Kak Yana sedang bersiap sedia untuk dinner.

“ Erika, Qal, mari makan dulu,” laung Dato’ Syariq dari dining area. Cepat sahaja aku melangkah ke sana, diikuti Haiqal dari belakang. Kami bersalaman seketika sebelum aku melabuhkan punggung di tempat biasa, berhadapan dengan Mummy, bersebelahan Haiqal. Pembantu rumah kami, Yanti, mengambil semua barang dari aku dan Haiqal untuk diletakkan di dalam bilik.

“ So, how was the meeting just now Qal?” Dato’ Syariq bertanya.

“ Errm, it went fine Daddy. Alhamdullilah, I just need your authorization to get the project started and we can go straight to Phase 1,” Haiqal membalas setelah menelan makanan.

“ Good, so how about you Erika?” Dato’ Syariq memandang ke arah anak perempuan tunggalnya.

“ Well, a very good plan that you and Uncle Khairi have arranged. I should have predicted this,” selamba tetapi sinis aku menjawab. Memang aku pasti, ini rancangan mereka. Haiqal sudah menendang kakiku di bawah meja.

“ Hahaha, baguslah kalau adik faham apa yang kami semua rancangkan. If it’s for the good, why would I reject?” seluruh meja sudah ketawa dengan kata-kata Dato’ Syariq. Mukaku pula sudah terasa panas.

“ See, adik dah tahu dah! Memang ni semua plan korang,” aku meluahkan ketidakpuasaan hatiku bersama muncung sedepa dan dengan pantas aku menghabiskan suapan terakhir sebelum mencuci tangan dan naik ke bilik. Benci gila!!

Kalaulah, dorang semua tahu apa pernah terjadi antara aku dengan si mangkuk hayun tu, chop plus guarantee dorang reject si Khairul Arman tu! Haiqal pula macam sokong jer apa yang mereka rancang, but he’s the only person I can rely on, if I want to destroy their ‘wonderful’ idea! Aku mengatup pintu bilik lalu merebahkan diri di atas katil. Haish, penatnya!!! Bertambah penat bila aku tengok muka dia. Saat aku ingin melelapkan mata, terdengar ketukan dari luar. Siapa pula ni? Biarlah, kalau urgent mesti dia rempuh jer, aku bukan jenis yang kunci pintu.

“ Can I come in?” lembut Haiqal bertanya setelah membuka sedikit pintu dan menjengukkan kepalanya.

“ Hmm, macam tak biasa pulak! Nak masuk tu, masuk jer lah,” aku sudah duduk tegak di atas katil. Haiqal mendekatiku dan melabuhkan punggung bersebelahan denganku.

“ Erika, aku tau kau marah. Janganlah macam ni,” perlahan Haiqal memulakan bicara sambil mengelus-elus rambutku yang semula jadi perang.

“ Aku bukan marah, tapi kau sepatutnya tahu kenapa aku against semua ni! You were there all along, kau tau segala yang terjadi, but now, why are you doing this to me?” aku sudah mengongoi kesedihan sambil meletakkan wajahku didadanya.

“ Hey, shush. Aku faham, tapi, Erika, let’s face the reality. Kalau Dato’ Khairi tak tolong Daddy, kita semua tak akan dapat hidup mewah macam ni. Everything happens for a reason Erika. Maybe, we don’t see it today, but in the future, who knows. Ini semua ketentuan Allah s.w.t., kau kena belajar terima qada’ dan qadar. Walau apa pun yang terjadi, aku akan sentiasa ada untuk kau. One thing you need to know baby, aku cuma ada satu adik, which is you, and aku sayang kau, dunia akhirat,” sebak Haiqal menuturkan kata dan memeluk erat Erika Syakira.

“ I know! Aku tau, kau sayang aku, tapi kenapa aku yang dipilih untuk pengorbanan sebesar ni? Why me?” tangisanku semakin lebat. Segala kesedihan aku hamburkan dibahunya.

“ Erika, kalau aku mampu untuk gantikan diri aku, I’d have done it long ago! Long, long ago. Tanpa Daddy, Mummy, Abang Erik and kau, I won’t be where I am currently. I’m willing to sacrifice anything, tapi kau yang dipilih, aku cuma mampu untuk berada di sisi kau, when you need me,” ujar Haiqal sambil mengelap airmataku.

“ Aku tak boleh nak janji apa-apa, but Qal, you’ll help me, won’t you?” aku merenung dalam anak matanya. Dia hanya menganggukkan kepala dan kemudian mencim ubun-ubunku lama sebelum berlalu keluar dari bilikku setelah berpesan agar ake membersihkan diriku. Aku baring kembali di ats katil kembali setelah membersihkan diri dan solat Isyak. Aku merenung gambar aku dan Haiqal sewaktu kami bercuti di Orlando, Florida semasa cuti semester, di meja tepi katilku. Bagai terimbas kembali segala kenangan sewaktu aku belajar di U.S dahulu.
******************************************************************************************************
Khairul Arman ligat menari di lantai tari di Zouk bersama Gina. Gina yang mengenakan dress tube berwarna merah darah pula semakin lincah lalu merangkul erat leher Khairul Arman. Dia mendekatkan wajahnya lalu mereka bercumbuan seketika di lantai tari.

“ Happy Birthday, love,” perlahan Khairul Arman berbisik di telinga Gina sambil menariknya lebih dekat setelah puas dia menjelajah bibir wanita seksi itu.

“ Thanks dear! I tau I selalu jealous dengan you, I accuse you keluar dengan perempuan lain, but the fact was that you were just trying to make me happy! I minta maaf ok, sayang?” penuh mengharap Gina merenung dalam anak mata berwarna hazel itu.

“ Forgotten! Next time jangan buat lagi! Now, enjoy yourself tonight. I nak you jadi the most happiest girl malam ni! You continue, I nak pergi duduk sekejap,” Khairul Arman melepaskan pelukannya lalu beredar dari lantai tari menuju ke suatu sudut.

Erika Syakira! Nama itu masih terpahat kukuh di ingatan. Bagai terbayang kemesraan bakal tunangnya bersama Haiqal, teman baiknya sewaktu di US dahulu. Sejak di US mereka berdua bagai tidak boleh dipisahkan dan kini, ke hulu hilir mereka berdua. Macam belangkas! Khairul Arman meneguk segelas Coke dengan rakusnya. Kalau dulu di US, pergi clubbing, apa saja yang dia tak teguk, kini di Malaysia, dia harus berhati-hati memandangkan Dato’ Khairi bukan calang-calang orang. Mahunya, paparazzi tangkap gambarnya, haru! Amaran Dato’ Khairi masih melekat kukuh di minda. Gina menghampirinya lalu menariknya menuju ke lantai tari sekali lagi. Arghh, lantaklah apa nak jadi malam ni! Semua salah Erika Syakira!!!

Please guys and gals, drop your comments below or at the chatbox at the side! I really wanna know what you think of this novel so far!! Waiting much for your comments!! Spread the love aites people! 
xoxo

Copyright Of Nursyazwani Sani 

Wednesday, 2 January 2013

Miss Egoistic Vs Mr Romantic 5(Full)

Salam semua readers!! Beginning of a new year, let's start afresh. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Semoga tahun ini akan menjadi lebih bermakna buat kita semua, Insya'allah. Doakan lah juga agar Ms Egoistic Vs Mr Romantic will go to the next step! Hehehe!! By the way, saya nak buat blog walking contest sementara ada waktu ni. Just to get to know my readers more. Drop me your blog address in the comment box below or chatbox, then tulis satu entry bertajuk 'Why I Should Win Miss Aiko's Blogwalking Contest?' Blog yang paling creative akan menerima hadiah dari saya!!!! Anyways, wanna make this short and sweet, so here goes, Ms Egoistic Vs Mr Romantic 5(Full)!!! 

Bab 5 

 Aku dan Haiqal jalan beriringan masuk ke dalam restoran Madam Kwan’s di KLCC, untuk makan tengah hari sebelum kami pergi ke K.A Corporations. Setelah memesan makanan, kami berbual kosong mengimbas kembali zaman kanak-kanak kami, dan dia tak henti-henti menyakatku. Sedang kami berbual, aku bagai ternampak kelibat Khairul Arman bersama seorang gadis jelita disisinya. Eh, betullah si mangkuk hayun! Aku hanya memandang dua merpati sejoli yang duduk selang 3 meja dari kami. Mereka asyik berbisik sesama sendiri. Macamlah orang nak dengar sangat apa yang dorang berbualkan! Mataku membulat bila melihat dengan selamba si mangkuk hayun itu mengucup dahi gadis itu. Dah ada girlfriend, tapi, kenapa setuju dengan cadangan gila parents kami? Aku mengerutkan dahi. Jangan- jangan si mangkuk hayun ni ada agenda lain tak? Haih, nasib kau lah labu, melekat gelaran mangkuk hayun itu kat kau.

“ Adik, kau kenapa? Kejap sengih, kejap lagi berkerut, apahal?” Haiqal mengetip jarinya di hadapanku, mematikan lamunanku.

“ Hisy, kau ni kan, tak kacau aku, tak sah kan? Tu, hah, aku tengah tengok sana tu,” aku memuncungkan bibir menunjukkan ke arah si mangkuk hayun dan kekasihnya.

“ Eh, Arman kan tu! Girlfriend dia ke tu?” Haiqal bertanya sambil mengalihkan kepala menghadapku kembali.

“ Hisy, manalah aku tau! Tak payahlah nak ambil tahu pasal dia, makan lagi bagus,” aku sudah menyuap makanan.

“ Erika, kau jangan mengada-ngada eh! Dia tu bakal laki kau, kalau dia rasa nak main-mainkan kau, aku kasi dia rasa aku punya sebijik!” Haiqal sudah mengenggam penumbuk.

“ Qal, jangan gilalah! Bila masa aku cakap aku nak kahwin dengan dia. He gave his agreement, not me. So, tak payah nak kecohlah,” aku sudah buat muka bosan.

“ Kau tengok tu, dia ingat kat oversea ke apa, peluk sana, cium sini! Makin teruk si Arman ni sejak kerja sana,” Haiqal sudah mendengus kasar. Belakang si mangkuk hayun ni 
bolehlah kau cakap macam tu, depan dia, hmmm….

Aku hanya mendiamkan diri sambil fikiranku menerawang jauh. Teringat kembali perbualan lewat malam semalam melalui telefon antara aku dan si mangkuk hayun tu.

“ Hello,” aku menjawab panggilan ‘Unknown’.

“ Hi, sayang! Tak tidur lagi ke?” suara di hujung sana menyapa. Orang gila mana yang panggil aku sayang tengah malam buta ni? Haiqal call ke dari Australia?

“ Is that you, Haiqal?” aku bertanya ragu-ragu. Apasal suara dia lain?

“ Haiqal, lelaki yang you bersekedudukan dekat US tu ke?” sinis si dia bertanya.

“ Well, does it affect you at all if I did cohabit with him?” aku sudah meninggikan suara. Eh, mamat ni, main sembarang tuduh jer. Aku dengan Qal tak boleh kahwin lah bodoh! Ingin saja aku hamburkan kata-kata itu pada si pemanggil tidak bernama itu.

“ Of course, because I’m soon going to be your fiancee! So, mind your words Erika, you suka atau tak, I akan pastikan you jadi milik I!” talian dimatikan dan aku pula terkedu! Khairul Arman! Mana dia dapat nombor aku?
******************************************************************************************************
Jeritan lantang dari meja yang diduduki oleh Khairul Arman dan pasangannya menyentak lamunanku. Eh, perempuan mana pulak yang datang kat meja dorang tu? Wanita tersebut sudah menjerit sambil menunjal-nunjal dada Khairul Arman. Drama apa pulak ni? Aku dan Haiqal berpandangan.

“ Eh, secretary gatal! Kau kenapa hah? Dah tau bos kau ni aku punya, masih lagi kau nak try? Kenapa, dah tak cukup lagi ke lelaki dekat KL ni sampai kau nak kebas boyfriend aku?” jerit wanita berambut merah lantang pada gadis yang mendampingi Khairul Arman.

“ Whoa, chill Gina. I bawa Tanya teman I carikan hadiah untuk you. Ingatkan nak surprise kan you malam nanti, but you came too early baby. Take this thing and put it on tonight, I’ll meet you there ok?” lembut Khairul Arman memujuk wanita yang bernama Gina itu sambil mengusap-usap pipinya. Kalau Gina girlfriend, Tanya secretary cum spare tyre ke? Saat itu mata kami bertembung, aku pantas melarikan anak mata lalu dengan sengaja aku merangkul erat lengan Haiqal dan berlalu dari situ. Tapi, kenapa jantung aku berdegup semacam ni? Erika, remember what he did to you! Jangan terpedaya!

“ Erika, kau kenapa? Macam kena kejar hantu. Kot ye pun nak blah, tak payahlah nak heret aku macam tu sekali. Aku tak sangka si Arman tu hot stuff giler sampai perempuan semua berebut kan dia,” sedikit mencungap Haiqal menutur kata.

“ Ala, macam tu hot stuff, please lah, kau buta ke Qal? Jantan macam tu, hisy, lagi teruk 
dari gigolo! Si Ahmad Despatch kat ofis tu lagi hot stuff, sampai budak receptionist tu dok usha dia,” aku berkata sambil terbayang akan Ahmad, yang bergaya bagai K-pop artis.

“ Hisy, kau ni! Ada kau compare Arman dengan Ahmad! Untung lah kau dik dapat dia,” Haiqal mengusikku sewaktu kami masuk ke dalam kereta Audi R8 milik Haiqal.

“ Kau jangan nak merapu ok? Tak ingin aku nak kahwin dengan mangkuk hayun tu! Jangan nak pandai-pandai buat cerita. Kang, aku yang susah nak jawab dengan Mummy,” pantas aku memberi amaran sambil menjegilkan mata.

“ Ala, kau ni, macam aku tak kenal kau, ego kau tu tinggi melangit! Kalah ego lelaki, aku tak tau lah, kau ni patut jadi lelaki jer, ego menggunung!” selamba Haiqal mengutukku sambil menekan pedal minyak, meluncur keluar dari carpark bangunan KLCC. Aku hanya mendengus kasar. Memang tak akan menang kalau debate dengan Haiqal.
Haiqal memandu dengan tenang menuju ke K.A Corporations. Janganlah terserempak si mangkuk hayun tu kat sana! Hopefully, project yang kami kena handle ni settle cepat, jangan ada delay ke apa. Tanpa sedar, kereta sudah masuk ke dalam parkir dan Haiqal berdehem kuat.

“ Nak aku bukakan kau pintu ke makcik?” Haiqal menyindir. Hisy, mamat ni, irritating tau! Pantas aku melompat keluar dari kereta setelah menyandang handbag Chanel di bahu. Malas nak layan Haiqal! Baru beberapa langkah, dia melaung namaku sekali lagi. Aku berpaling ke arahnya.

“ Kau terlupa pakai blazer!” pantas dia menyarungkan blazer hitam ke tubuhku setelah memastikan keretanya dikunci. Haiqal seorang yang perfectionist! Segalanya haruslah teratur. Satu ayat yang selalu dia ucapkan, ‘First impression counts’!

“ Thanks! Sorry aku terlupa blazer aku kat back seat tadi. Semua documents dah bawa?” aku tersengih sambil mata melilau pada tangannya. Sebuah bag laptop dan drawing plans di kedua tangannya. Aku mengambil drawing plan lalu, mengenggam erat tangannya. Aku sering mengalami nervous breakdown sebelum first meeting.

“ Chill sister! We went through this a lot of times. Besides, they are not our client, but partners. Jangan risaulah. Tangan kau sejuk sangat ni,” Haiqal memberi dorongan padaku. Selama aku bekerja dengan Daddy, jikalau aku diperlukan untuk membuat presentation atau perjumpaan dengan client, pasti Abang Erik atau Haiqal menemaniku. Aku hanya menarik nafas panjang, sewaktu kami sampai di hadapan pejabat K.A Corporations.

“ Good afternoon, we are from SyaRina Holdings, and we have an appointment with your Construction Engineer at 2pm,” ujar Haiqal pada receptionist yang bernama Syirah. Kaya gila, receptionist pun siap ada tanda nama di atas meja.  

“ Encik Haiqal, if I’m not wrong? Errm, bos saya stuck in the jam currently, I’ll bring you to the meeting room first. Follow me,” dia melangkah pantas menuju ke sebuah bilik di satu sudut.

“ Have a seat first, sekejap lagi bos sampai. Kalau you nak set up your laptop, please do so,” sempat dia mengukir senyuman pada Haiqal sebelum berlalu meninggalkan kami. 

“ Wei, tak yah nak usha minah tu sangat. Pergi set up laptop cepat,” aku menyergah Haiqal. Dia pula sudah mendengus geram sambil menjeling padaku. Aku pula meneliti drawing plan sambil menunggu ketibaan si ‘bos’. Haih, apa punya bos, tak boleh jadi role model pada anak buahnya.

Bunyi derapan kaki yang seperti menghampiri bilik mesyuarat mula kedengaran. Don’t panic Erika! Suara yang bertelingkah makin jelas kedengaran saat daun pintu di tolak dari luar. Aku dan Haiqal berdiri bersebelahan, aku pula hanya menunduk, cuba melawan gemuruh. Wangian yang menusuk, membuatkanku mengangkat muka. Macam kenal jer! Saat aku terpandang gerangan di hadapanku kini, aku hampir rebah!  

Don't forget to spread the love people and share it around Fb and Twitter!!! Take care all of you!!! Dan jangan lupa untuk sertai blogwalking contest kays?!! Hearts y'all!
xoxo

Copyright Of Miss Aiko.