And ALLAH is Sufficient as a Guardian
And ALLAH is Sufficient as a Helper
~ Quran 4:45


Wednesday, 2 January 2013

Miss Egoistic Vs Mr Romantic 5(Full)

Salam semua readers!! Beginning of a new year, let's start afresh. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Semoga tahun ini akan menjadi lebih bermakna buat kita semua, Insya'allah. Doakan lah juga agar Ms Egoistic Vs Mr Romantic will go to the next step! Hehehe!! By the way, saya nak buat blog walking contest sementara ada waktu ni. Just to get to know my readers more. Drop me your blog address in the comment box below or chatbox, then tulis satu entry bertajuk 'Why I Should Win Miss Aiko's Blogwalking Contest?' Blog yang paling creative akan menerima hadiah dari saya!!!! Anyways, wanna make this short and sweet, so here goes, Ms Egoistic Vs Mr Romantic 5(Full)!!! 

Bab 5 

 Aku dan Haiqal jalan beriringan masuk ke dalam restoran Madam Kwan’s di KLCC, untuk makan tengah hari sebelum kami pergi ke K.A Corporations. Setelah memesan makanan, kami berbual kosong mengimbas kembali zaman kanak-kanak kami, dan dia tak henti-henti menyakatku. Sedang kami berbual, aku bagai ternampak kelibat Khairul Arman bersama seorang gadis jelita disisinya. Eh, betullah si mangkuk hayun! Aku hanya memandang dua merpati sejoli yang duduk selang 3 meja dari kami. Mereka asyik berbisik sesama sendiri. Macamlah orang nak dengar sangat apa yang dorang berbualkan! Mataku membulat bila melihat dengan selamba si mangkuk hayun itu mengucup dahi gadis itu. Dah ada girlfriend, tapi, kenapa setuju dengan cadangan gila parents kami? Aku mengerutkan dahi. Jangan- jangan si mangkuk hayun ni ada agenda lain tak? Haih, nasib kau lah labu, melekat gelaran mangkuk hayun itu kat kau.

“ Adik, kau kenapa? Kejap sengih, kejap lagi berkerut, apahal?” Haiqal mengetip jarinya di hadapanku, mematikan lamunanku.

“ Hisy, kau ni kan, tak kacau aku, tak sah kan? Tu, hah, aku tengah tengok sana tu,” aku memuncungkan bibir menunjukkan ke arah si mangkuk hayun dan kekasihnya.

“ Eh, Arman kan tu! Girlfriend dia ke tu?” Haiqal bertanya sambil mengalihkan kepala menghadapku kembali.

“ Hisy, manalah aku tau! Tak payahlah nak ambil tahu pasal dia, makan lagi bagus,” aku sudah menyuap makanan.

“ Erika, kau jangan mengada-ngada eh! Dia tu bakal laki kau, kalau dia rasa nak main-mainkan kau, aku kasi dia rasa aku punya sebijik!” Haiqal sudah mengenggam penumbuk.

“ Qal, jangan gilalah! Bila masa aku cakap aku nak kahwin dengan dia. He gave his agreement, not me. So, tak payah nak kecohlah,” aku sudah buat muka bosan.

“ Kau tengok tu, dia ingat kat oversea ke apa, peluk sana, cium sini! Makin teruk si Arman ni sejak kerja sana,” Haiqal sudah mendengus kasar. Belakang si mangkuk hayun ni 
bolehlah kau cakap macam tu, depan dia, hmmm….

Aku hanya mendiamkan diri sambil fikiranku menerawang jauh. Teringat kembali perbualan lewat malam semalam melalui telefon antara aku dan si mangkuk hayun tu.

“ Hello,” aku menjawab panggilan ‘Unknown’.

“ Hi, sayang! Tak tidur lagi ke?” suara di hujung sana menyapa. Orang gila mana yang panggil aku sayang tengah malam buta ni? Haiqal call ke dari Australia?

“ Is that you, Haiqal?” aku bertanya ragu-ragu. Apasal suara dia lain?

“ Haiqal, lelaki yang you bersekedudukan dekat US tu ke?” sinis si dia bertanya.

“ Well, does it affect you at all if I did cohabit with him?” aku sudah meninggikan suara. Eh, mamat ni, main sembarang tuduh jer. Aku dengan Qal tak boleh kahwin lah bodoh! Ingin saja aku hamburkan kata-kata itu pada si pemanggil tidak bernama itu.

“ Of course, because I’m soon going to be your fiancee! So, mind your words Erika, you suka atau tak, I akan pastikan you jadi milik I!” talian dimatikan dan aku pula terkedu! Khairul Arman! Mana dia dapat nombor aku?
******************************************************************************************************
Jeritan lantang dari meja yang diduduki oleh Khairul Arman dan pasangannya menyentak lamunanku. Eh, perempuan mana pulak yang datang kat meja dorang tu? Wanita tersebut sudah menjerit sambil menunjal-nunjal dada Khairul Arman. Drama apa pulak ni? Aku dan Haiqal berpandangan.

“ Eh, secretary gatal! Kau kenapa hah? Dah tau bos kau ni aku punya, masih lagi kau nak try? Kenapa, dah tak cukup lagi ke lelaki dekat KL ni sampai kau nak kebas boyfriend aku?” jerit wanita berambut merah lantang pada gadis yang mendampingi Khairul Arman.

“ Whoa, chill Gina. I bawa Tanya teman I carikan hadiah untuk you. Ingatkan nak surprise kan you malam nanti, but you came too early baby. Take this thing and put it on tonight, I’ll meet you there ok?” lembut Khairul Arman memujuk wanita yang bernama Gina itu sambil mengusap-usap pipinya. Kalau Gina girlfriend, Tanya secretary cum spare tyre ke? Saat itu mata kami bertembung, aku pantas melarikan anak mata lalu dengan sengaja aku merangkul erat lengan Haiqal dan berlalu dari situ. Tapi, kenapa jantung aku berdegup semacam ni? Erika, remember what he did to you! Jangan terpedaya!

“ Erika, kau kenapa? Macam kena kejar hantu. Kot ye pun nak blah, tak payahlah nak heret aku macam tu sekali. Aku tak sangka si Arman tu hot stuff giler sampai perempuan semua berebut kan dia,” sedikit mencungap Haiqal menutur kata.

“ Ala, macam tu hot stuff, please lah, kau buta ke Qal? Jantan macam tu, hisy, lagi teruk 
dari gigolo! Si Ahmad Despatch kat ofis tu lagi hot stuff, sampai budak receptionist tu dok usha dia,” aku berkata sambil terbayang akan Ahmad, yang bergaya bagai K-pop artis.

“ Hisy, kau ni! Ada kau compare Arman dengan Ahmad! Untung lah kau dik dapat dia,” Haiqal mengusikku sewaktu kami masuk ke dalam kereta Audi R8 milik Haiqal.

“ Kau jangan nak merapu ok? Tak ingin aku nak kahwin dengan mangkuk hayun tu! Jangan nak pandai-pandai buat cerita. Kang, aku yang susah nak jawab dengan Mummy,” pantas aku memberi amaran sambil menjegilkan mata.

“ Ala, kau ni, macam aku tak kenal kau, ego kau tu tinggi melangit! Kalah ego lelaki, aku tak tau lah, kau ni patut jadi lelaki jer, ego menggunung!” selamba Haiqal mengutukku sambil menekan pedal minyak, meluncur keluar dari carpark bangunan KLCC. Aku hanya mendengus kasar. Memang tak akan menang kalau debate dengan Haiqal.
Haiqal memandu dengan tenang menuju ke K.A Corporations. Janganlah terserempak si mangkuk hayun tu kat sana! Hopefully, project yang kami kena handle ni settle cepat, jangan ada delay ke apa. Tanpa sedar, kereta sudah masuk ke dalam parkir dan Haiqal berdehem kuat.

“ Nak aku bukakan kau pintu ke makcik?” Haiqal menyindir. Hisy, mamat ni, irritating tau! Pantas aku melompat keluar dari kereta setelah menyandang handbag Chanel di bahu. Malas nak layan Haiqal! Baru beberapa langkah, dia melaung namaku sekali lagi. Aku berpaling ke arahnya.

“ Kau terlupa pakai blazer!” pantas dia menyarungkan blazer hitam ke tubuhku setelah memastikan keretanya dikunci. Haiqal seorang yang perfectionist! Segalanya haruslah teratur. Satu ayat yang selalu dia ucapkan, ‘First impression counts’!

“ Thanks! Sorry aku terlupa blazer aku kat back seat tadi. Semua documents dah bawa?” aku tersengih sambil mata melilau pada tangannya. Sebuah bag laptop dan drawing plans di kedua tangannya. Aku mengambil drawing plan lalu, mengenggam erat tangannya. Aku sering mengalami nervous breakdown sebelum first meeting.

“ Chill sister! We went through this a lot of times. Besides, they are not our client, but partners. Jangan risaulah. Tangan kau sejuk sangat ni,” Haiqal memberi dorongan padaku. Selama aku bekerja dengan Daddy, jikalau aku diperlukan untuk membuat presentation atau perjumpaan dengan client, pasti Abang Erik atau Haiqal menemaniku. Aku hanya menarik nafas panjang, sewaktu kami sampai di hadapan pejabat K.A Corporations.

“ Good afternoon, we are from SyaRina Holdings, and we have an appointment with your Construction Engineer at 2pm,” ujar Haiqal pada receptionist yang bernama Syirah. Kaya gila, receptionist pun siap ada tanda nama di atas meja.  

“ Encik Haiqal, if I’m not wrong? Errm, bos saya stuck in the jam currently, I’ll bring you to the meeting room first. Follow me,” dia melangkah pantas menuju ke sebuah bilik di satu sudut.

“ Have a seat first, sekejap lagi bos sampai. Kalau you nak set up your laptop, please do so,” sempat dia mengukir senyuman pada Haiqal sebelum berlalu meninggalkan kami. 

“ Wei, tak yah nak usha minah tu sangat. Pergi set up laptop cepat,” aku menyergah Haiqal. Dia pula sudah mendengus geram sambil menjeling padaku. Aku pula meneliti drawing plan sambil menunggu ketibaan si ‘bos’. Haih, apa punya bos, tak boleh jadi role model pada anak buahnya.

Bunyi derapan kaki yang seperti menghampiri bilik mesyuarat mula kedengaran. Don’t panic Erika! Suara yang bertelingkah makin jelas kedengaran saat daun pintu di tolak dari luar. Aku dan Haiqal berdiri bersebelahan, aku pula hanya menunduk, cuba melawan gemuruh. Wangian yang menusuk, membuatkanku mengangkat muka. Macam kenal jer! Saat aku terpandang gerangan di hadapanku kini, aku hampir rebah!  

Don't forget to spread the love people and share it around Fb and Twitter!!! Take care all of you!!! Dan jangan lupa untuk sertai blogwalking contest kays?!! Hearts y'all!
xoxo

Copyright Of Miss Aiko.  

2 comments:

  1. BESSTTT :D Btw, dkt penulisan2u still takde bab 2. Akak try lah lagi hntr bab 2 tu :)

    ReplyDelete
  2. p2u reject kot sebab banyak kali try hantar. hehehe.

    ReplyDelete