And ALLAH is Sufficient as a Guardian
And ALLAH is Sufficient as a Helper
~ Quran 4:45


Thursday, 24 January 2013

Miss Egoistic vs Mr Romantic 7 (Full)

Salam semua! Macam mana dengan cuti anda sempena Maulidur Rasul? Harap-harapnya anda juga dapat memanfaatkannya sebaik mungkin. :) So, without further ado, Sya mempersembahkan, Miss Egoistic Vs Mr Romantic 7 (Full)! ♥

Bab 7

Michigan, United States, 2006

Aku masuk ke dalam rumah yang Daddy sewa buat aku dan Haiqal sementara kami belajar di U.S.A. Perasaanku bercampur baur sejak aku menjejakkan kaki ke negara empat musim ini. Teruja, gembira, tetapi sedih, kerana terpaksa meninggalkan Mummy dan Daddy buat sementara waktu. Aku seharusnya bersyukur kerana Haiqal sudi  menemaniku untuk melanjutkan pelajaran di sini, walaupun dia mendapat tawaran yang lebih hebat! Aku menghela nafas panjang lalu berjalan mendekati sofa di ruang tamu, manakala Haiqal mengunci pintu setelah mencampakkan luggage yang aku bawa.

“ Aku baru jer sampai tapi aku dah homesick. Qal, help me please?” aku sudah merintih.

“ Erika, get a grip, you can easily fit in here. Trust me!” Haiqal cuba meniupkan kata-kata semangat dalam diriku.

“ How can you be so sure?” aku menyoalnya kembali.

“ Trust me lil sis! I always know better right?” Haiqal sudah duduk di sebelahku sambil memeluk erat bahuku. Aku hanya menganggukkan kepala. Abang Erik sudah dua tahun 
tamat belajar memandangkan dia lompat kelas sewaktu di sekolah menegah. Haiqal pula sudah hampir setahun belajar di sini.

Mataku meliar ke seluruh rumah. Not bad, pandai Haiqal hias rumah. Aku menuju ke satu sudut rumah yang dihiasi dengan bingkai gambar. Terletak elok di tengah-tengah gambar kami sekeluarga, beberapa bingkai gambar yang lain memuatkan gambar Mummy, Daddy dan Abang Erik bersama Haiqal. Kebanyakan bingkai gambar yang lain pula memuatkan gambar aku dan dia. Haiqal sudah bangun dari sofa lalu mengangkat beg pakaianku ke sebuah bilik di sebelah kanan.

“ Come, aku tunjukkan bilik kau,” Haiqal sudah menolak daun pintu bilikku.

“ Nice, pandai kau susun semua barang. Thanks Qal!” aku sudah memeluknya erat.

“ No biggie! Oh yeah, malam ni, hmm, kita dinner luar, be ready by 7 ok?” Aku hanya menganggukkan kepala melihatnya keluar dari bilikku. Aku membuka cermin mataku lalu menghenyakkan tubuh di atas katil. Penatnya!!
******************************************************************************************************
Aku diperkenalkan dengan wanita yang berjaya membuat Haiqal mengaku kalah sewaktu dinner. Elizabeth, anak kelahiran Michigan, bermastautin di KL bersama keluarganya dan mereka berkenalan di university sewaktu diarahkan membuat satu tugasan bersama. Aku memandang mereka berdua yang rancak berbual sementara menunggu pesanan kami tiba. Aku teringat dulu, salah seorang dari rakan kelasku yang tidak henti-henti cuba mendapatkan Haiqal, tetapi setiap salam perkenalan yang dihulurkan dipandang sepi olehnya.  Rupanya, dia berjumpa dengan bidadari hatinya disini.

“ So, Erika, you belajar apa?” Elizabeth bertanya. Biar betul, dia cakap BM!

“ Tak payah nak blur sangat! Eliz dah lama tinggal KL, and dekat KL dia belajar BM! So, nothing to be surprised about young lady.” Haiqal sudah ketawa melihat reaksi mukaku.

“ I’m doing a dual degree,” aku menjawab pendek.

“ Wow, impressive! Tapi both of you impressive, dual degree. I tak pandai sangat, so, I just take Architecture. Your major?”

“ Urban Planning, M.U.P/ Business Administration M.B.A. Hopefully I boleh cope lah. 
Memang takut nak datang sini, but since I dapat offer even before result was out, parents I suruh sambung sini. If you wanna know, Haiqal dapat offer from Stanford University, but since I dapat offer kat sini sebelum dia pilih nak sambung belajar kat mana, he chose here just to accompany me. Sweet, kan?” aku membuka cerita sebaik sahaja makanan tiba.

“ That’s mean Qal! You tak bilang I pun!” Elizabeth sudah menarik muncung.

“ Baby, if I were to be at Stanford, I won’t meet you,” Haiqal memujuk. Elizabeth sudah tersenyum lebar. Aku pula hanya diam sambil menumpukan sepenuh perhatian pada makananku. Sekali sekala aku membetulkan kedudukan cermin mataku.

“ Oh, wow! Who do we have here? Kau date dengan dua minah salih, Qal! Tak padan! Hi, Eliz!” satu suara dari belakang menyapa. Haiqal pula hanya ketawa. Aku tidak nampak wajah gerangan yang menjerit tadi memandangkan dia kini membelakangiku, berhadapan Haiqal dan Elizabeth.

“ Kau ni, aku, setia pada satu jer! Right, dear?” Elizabeth hanya menganggukkan kepalanya.

“ Aku kenalkan, ni Erika Syakira Syariq Laurent. Anak Dato’ Syariq yang sponsor aku belajar kat sini, and Erika, this is Khairul Arman a.k.a Harold!” Haiqal bersuara. Hisy, Haiqal ni, kalau Daddy dengar, kecil hati dia. He loves you just as much as he loves Abang Erik and me! Ada ke bilang orang Daddy sponsor dia belajar! Tak patut!

“ La, aku ingatkan anak mat salih asli, rupanya celup! So, sekarang Haiqal kena babysit youlah kat sini? Kesian, takut sangat agaknya anak dia hilang sampai hantar caregiver belajar sekali kat sini,” pedas Khairul Arman menyindirku.

“ Harold! Tak baik tau, you cakap macam tu! Kesian Erika, tak salah kan kalau Haiqal wants to repay their kindness! Mind your words dude,” marah Elizabeth.

“ Hey, I’m protecting my friend here lady. Kalau you tak suka jangan dengar. Entah apalah yang budak nerd ni dah sogok you sampai you backing dia more than your boyfriend!” Aku bingkas berlari keluar dari restaurant itu dan lari pulang ke rumah yang tidak beberapa jauh dari situ. 

“ Arman, aku minta diri dulu. Erika mesti merajuk, let’s go dear,” Haiqal pantas bersuara sambil meletakkan sekeping not USD 100 di atas meja lalu menarik lengan Elizabeth untuk beredar. Elizabeth pula sempat menghadiahkan sedas jelingan kepada Khairul Arman.
****************************************************************************************************
“ Dahlah dik, jangan nangis lagi. Aku sorry ok? Semua salah aku sebab tak terus terang dengan orang yang aku anak susuan Dato’ Syariq & Datin Erina,” perlahan Haiqal memujukku yang terdampar di atas katilnya.

“ Kau memang sengaja kan? Kau tengok orang cakap kau babysitter aku, Daddy gunakan kau! Kau sukakan macam ni? Mesti Daddy dengan Mummy kecewa,” aku menghambur kata padanya lalu kembali menekup muka pada bantal.

“ I’ve my own reasons Erika! Please, jangan buat aku macam ni. Arman tu memang macam tu. Mulut dia tak ada insurance. Dahlah, mata kau dah bengkak tu. Nasib esok belum masuk university lagi. Dahlah tu,” Haiqal sudah menggoyangkan tubuhku.

“ Yelah, tapi aku tak nak jumpa si gila tu lagi!” aku memberi amaran.

“ Deal! Macam ni lah princess aku,” Haiqal sudah mengusap kepalaku dan aku menukar posisi dari meniarap kini duduk berhadapan dengannya.

“ Qal, asal kau tak bilang aku yang kau dah ada girl kat sini sebelum aku datang?” aku sudah mula mengorek cerita sensasi sambil membetulkan cermin mataku.

“ Kena bilang ke?” Haiqal menyoal bodoh sambil mukanya yang mula memerah dipalingkan ke arah lain.

“ Alololo, cutenya muka dah blushing giler! Hisy, penuh bilik kau dengan gambar korang! Patut tak selalu balik bila cuti, rupanya pergi holiday dengan kekasih hati! Aku report kat Daddy dengan Mummy,” aku menggertak.

“ Ala, busuk, please, janganlah macam ni! Please, aku janji aku cerita kat kau dari A to Z pasal ni! Jangan beritahu dorang please! Aku tak nak Daddy fikir aku saja jer nak habiskan duit dia,” sudah mendayu-dayu suaranya merayu.

“ Hisy, kau ni, apa pulak fikir macam tu. Kau pun anak dorang per! Jangan nak mengutuk diri ok? Hmm, boleh, kau ceritakan everything and aku zip mouth aku, tapi kalau term break kau kena bawa aku pergi holiday!”

“ Baik tuan puteri! Patik menjunjung perintah,” Haiqal mula berlakon.

“ Drama King!!! Start story sekarang!” aku sudah menjelir lidah padanya dan dia pula hanya  ketawa terbahak-bahak.

Mereka berkenalan sewaktu ditugaskan membuat sebuah projek perumahan bersama. Pada mulanya Haiqal cuba menjauhkan diri memandangkan tujuan utama dia kemari adalah untuk mengenggam ijazah dan menjaga kebajikan diriku, tetapi lama kelamaan, cinta yang hadir tak dapat ditepis, dan hingga kini perhubungan mereka bertahan.

“ OMG!! That’s so sweet Qal,” aku sudah berguling diatas katilnya sambil melihat beberapa keping gambar kenangan mereka di beberapa negera yang mereka lawati.

“ Hahaha! Kau tak ada tinggalkan buah hati ke dekat Malaysia? Almaklumlah, aku ni dah lost touch sikit for things that happened back home,” Haiqal sudah memintal rambutku.

“ Hmm, buah hati eh? Mana ada, siapalah nak dekat aku? Tembam macam ni, then nerd with big spectacles! Lelaki zaman sekarang semua nak yang macam Barbie doll,” aku sudah merendahkan suara dan wajah memang aku sengaja sayukan.

“ Apalah, kau ni! I’m sure you’ll find someone that will never care about your looks or figure, kau kena confident,” Haiqal meniupkan kata-kata semangat.

“ Hmm, entahlah. Dulu masa kat Malaysia, lepas kau datang sini, aku selalu kena ejek kat sekolah. Yelah, ketua pengawas a.k.a ‘bodyguard’ dah belayar gi ke sini,” aku sudah memuncungkan bibir.

“ Hisy, budak ni! Kau bilang aku siapa yang bully kau, biar aku balik Malaysia aku sekeh kepala orang tu sebab kacau adik aku,” Haiqal sudah meletupkan jari jemarinya.
Merepek jelah kau ni! Dahlah, aku nak masuk bilik dulu. Nights Qal! Sweet dreams! Aku sayang kau!” aku memeluk erat lehernya lalu keluar dari biliknya. Bertuahnya aku punya Haiqal, dia seperti guardian angel, sentiasa ada disisiku, menyelamatkanku, menceriakan hariku and most importantly, my very own listening ear!    

Guys, teruskan sokongan anda dan seperti yang pernah Sya katakan sebelum ini, saya perlukan anda untuk menjadi lebih interaktif dengan Sya, so Sya tahu kalau korang suka atau tak. Jangan lupa untuk spread the love around on FB and Twitter! Take care uolls!
xoxo ♥

Copyright of Miss Aiko

5 comments: