And ALLAH is Sufficient as a Guardian
And ALLAH is Sufficient as a Helper
~ Quran 4:45


Saturday, 12 January 2013

Ms Egoistic Vs Mr Romantic 6 (Full)

Hey all!! Ok, I know, I dah lama tak update! Sorry, sorry, sorry! (ala Super Junior!) Hehe! Harap you all semua sihat sentiasa and achieve what you all have planned for this year! By the way Happy 2013, lambat sikit wish! Semakin busy, Insya'allah, April ni dah final year, doakan I succeed ok? Sangat frust sebab Ms Egoistic Vs Mr Romantic tak disiarkan di P2U! :( 
Tapi tak pe, I know Ms Egoistic Vs Mr Romantic has it own readers! Chey, macam confident jer! :P 
So, without much ado, here goes, Ms Egoistic Vs Mr Romantic 6!

Bab 6

‘“ Haiqal..?” Aku hanya kaku di tempatku tatkala melihat dua jejaka itu bersalaman lalu berpelukan sesama sendiri.

“ Bila kau balik?” Haiqal bertanya mesra. Hisy, mamat ni, eksyen macam tak tau, sedangkan tadi penat aku bercerita.

“ Baru sebulan, Mama dengan Papa dah sibuk suruh aku masuk ofis, and this is my first big project in this company. Before this aku cuma assist project yang sedia ada. So, kau kerja dengan SyaRina Holdings la?” Khairul Arman melirik ke arahku. Pantas aku melarikan pandangan ke satu sudut bilik itu. 

“ Yeap, Dato’ Syariq kan sponsor aku belajar kat U.S dulu, so now aku kerja dengan dia. Kenapa tak jadi architect, dulu kita sama-sama satu class, sekarang kau jadi Construction Engineer pulak?” Haiqal pula merisik khabar. Kehadiran Haiqal sebagai anak angkat atau anak susuan tidak diketahui oleh sahabat handai Mummy dan Daddy hanya saudara mara sahaja. Eh, dorang ni tak nak duduk and start meeting ke?

“ Tak lah, aku belajar architecture dulu sebab minat. Tapi, Papa nak sangat aku belajar Construction Engineering, ikut jejak dialah. So, lepas kita graduate aku sambung belajar for another 3 years, then aku kerja kat U.K as an architect for 2 years, and now, I’m back for good,” ujar Khairul Arman sambil mendepakan tangannya.

“ Oh, patutlah, last year budak Malaysian yang sama course dengan kita ada buat reunion, tak nampak kau. Eh, shall we get started?”

“ Sure, let me introduce, this is Tanya, my efficient secretary, she’ll be the one assisting me,” Khairul Arman memperkenalkan Tanya kepada kami sambil berjabat tangan.

“ And, this is my boss’s darling baby, Ms Erika Syakira, Project Manager for this project,” Haiqal pula bersuara sambil memeluk erat bahuku. Saat aku dan dia berjabat tangan, terasa sangat kuat genggamannya. Aku pula terpaksa menarik tanganku apabila Haiqal berdehem kuat. Aku pula menjeling geram. Perbincangan dimulakan dan kami sudah pun bersetuju untuk mulakan Phase 1, selepas mendapat persetujuan dari pihak atasan masing-masing.
********************************************************************************************************
“ So it went well isn’t it?” Haiqal memulakan bicara setelah beberapa ketika mendiamkan diri sewaktu kami di dalam kereta kerana aku sedang sibuk update status di Facebook.

“ Yeah, well for you, not me,” jawabku kasar sambil tangan masih lincah menaip status. ‘Jumpa dengan mangkuk hayun, lagi! Sungguh tak cool!!!’ Itulah status yang aku update.

“ Adik, kalau orang cakap, pay attentionlah! Tak habis-habis renung telefon tu macam nak makan, lepas tu, ketawa lah, sengih lah, macam orang sakit jiwa,” komen Haiqal dengan wajah yang masam.

“ Hisy, oklah, nak apa ni? Eh, jangan lupa hantar aku balik studio dulu, kereta aku kat sana,” aku mengingatkan Haiqal.

“ Baik Cik Puan, ni hah, tadi ok per si Arman tu. Kau jer over kutuk dia, besides dia bukan gatal tau, dia prihatin terhadap wanita,’ Haiqal backing kawan baik dia. Ni yang menyampah kalau dah masuk bab si mangkuk hayun tu. Grr, tak der topic lain ker? Aku pula sudah menarik muncung. Menyampahlah!

“ Kau stop cakap pasal dia boleh tak? Aku tak ingin lah lelaki macam dia. Aku ni bukan tak laku, tapi belum jumpa Mr Right jer. Aku kan nak macam lelaki macam Hafiz Hamidun,” aku sudah meluahkan angan-anganku.

“ Hisy, anak mat salih ni! Berangan jer, orang tu pandang kau sebelah mata pun tak nak tau,” Haiqal sudah mengejekku sambil ketawa berdekah-dekah. Eh, aku cakap betul apa? Dah tentu aku minat sangat kat Hafiz Hamidun, so tak salah aku pasang angan-angan nak lelaki yang ada ciri-ciri macam dia.

“ Hello, aku punya sukalah. I’m the scriptwriter, character and director for my own dreams! Kau jangan sibuk,” aku sudah berpaling untuk keluar dari kereta setelah menjelir lidah padanya yang masih lagi gelakkan aku.

“ Wei, jumpa kat rumah! Aku shadow kau dari belakang, kau drive depan,” sempat Haiqal memesan sebelum aku menutup pintu keretanya. Itulah Haiqal, kadangkala, dia over protective. Actually most of the time! Keprihatinan dia melebihi Abang Erik sendiri. Maka kerana itu, Mummy lebih mempercayai dia bersama denganku berbanding Abang Erik, tapi, aku tetap sayang mereka berdua.
************************************************************************************************
Kami tiba di rumah selepas waktu Maghrib, nasib tadi dah singgah surau dalam perjalanan pulang. Memang tension kalau drive time nak balik kerja, hampir setiap jalan jammed! Aku menutup pintu kereta Audi R8 milikku. Daddy menghadiahkan kereta yang sama pada aku dan Haiqal, yang berlainan hanya warna. Seperti yang selalu yang Daddy katakan, dia ingin berlaku adil terhadap semua anak-anaknya, termasuk Haiqal. Aku beriringan masuk ke rumah bersama Haiqal dan kelihatan Daddy, Mummy, Abang Erik dan Kak Yana sedang bersiap sedia untuk dinner.

“ Erika, Qal, mari makan dulu,” laung Dato’ Syariq dari dining area. Cepat sahaja aku melangkah ke sana, diikuti Haiqal dari belakang. Kami bersalaman seketika sebelum aku melabuhkan punggung di tempat biasa, berhadapan dengan Mummy, bersebelahan Haiqal. Pembantu rumah kami, Yanti, mengambil semua barang dari aku dan Haiqal untuk diletakkan di dalam bilik.

“ So, how was the meeting just now Qal?” Dato’ Syariq bertanya.

“ Errm, it went fine Daddy. Alhamdullilah, I just need your authorization to get the project started and we can go straight to Phase 1,” Haiqal membalas setelah menelan makanan.

“ Good, so how about you Erika?” Dato’ Syariq memandang ke arah anak perempuan tunggalnya.

“ Well, a very good plan that you and Uncle Khairi have arranged. I should have predicted this,” selamba tetapi sinis aku menjawab. Memang aku pasti, ini rancangan mereka. Haiqal sudah menendang kakiku di bawah meja.

“ Hahaha, baguslah kalau adik faham apa yang kami semua rancangkan. If it’s for the good, why would I reject?” seluruh meja sudah ketawa dengan kata-kata Dato’ Syariq. Mukaku pula sudah terasa panas.

“ See, adik dah tahu dah! Memang ni semua plan korang,” aku meluahkan ketidakpuasaan hatiku bersama muncung sedepa dan dengan pantas aku menghabiskan suapan terakhir sebelum mencuci tangan dan naik ke bilik. Benci gila!!

Kalaulah, dorang semua tahu apa pernah terjadi antara aku dengan si mangkuk hayun tu, chop plus guarantee dorang reject si Khairul Arman tu! Haiqal pula macam sokong jer apa yang mereka rancang, but he’s the only person I can rely on, if I want to destroy their ‘wonderful’ idea! Aku mengatup pintu bilik lalu merebahkan diri di atas katil. Haish, penatnya!!! Bertambah penat bila aku tengok muka dia. Saat aku ingin melelapkan mata, terdengar ketukan dari luar. Siapa pula ni? Biarlah, kalau urgent mesti dia rempuh jer, aku bukan jenis yang kunci pintu.

“ Can I come in?” lembut Haiqal bertanya setelah membuka sedikit pintu dan menjengukkan kepalanya.

“ Hmm, macam tak biasa pulak! Nak masuk tu, masuk jer lah,” aku sudah duduk tegak di atas katil. Haiqal mendekatiku dan melabuhkan punggung bersebelahan denganku.

“ Erika, aku tau kau marah. Janganlah macam ni,” perlahan Haiqal memulakan bicara sambil mengelus-elus rambutku yang semula jadi perang.

“ Aku bukan marah, tapi kau sepatutnya tahu kenapa aku against semua ni! You were there all along, kau tau segala yang terjadi, but now, why are you doing this to me?” aku sudah mengongoi kesedihan sambil meletakkan wajahku didadanya.

“ Hey, shush. Aku faham, tapi, Erika, let’s face the reality. Kalau Dato’ Khairi tak tolong Daddy, kita semua tak akan dapat hidup mewah macam ni. Everything happens for a reason Erika. Maybe, we don’t see it today, but in the future, who knows. Ini semua ketentuan Allah s.w.t., kau kena belajar terima qada’ dan qadar. Walau apa pun yang terjadi, aku akan sentiasa ada untuk kau. One thing you need to know baby, aku cuma ada satu adik, which is you, and aku sayang kau, dunia akhirat,” sebak Haiqal menuturkan kata dan memeluk erat Erika Syakira.

“ I know! Aku tau, kau sayang aku, tapi kenapa aku yang dipilih untuk pengorbanan sebesar ni? Why me?” tangisanku semakin lebat. Segala kesedihan aku hamburkan dibahunya.

“ Erika, kalau aku mampu untuk gantikan diri aku, I’d have done it long ago! Long, long ago. Tanpa Daddy, Mummy, Abang Erik and kau, I won’t be where I am currently. I’m willing to sacrifice anything, tapi kau yang dipilih, aku cuma mampu untuk berada di sisi kau, when you need me,” ujar Haiqal sambil mengelap airmataku.

“ Aku tak boleh nak janji apa-apa, but Qal, you’ll help me, won’t you?” aku merenung dalam anak matanya. Dia hanya menganggukkan kepala dan kemudian mencim ubun-ubunku lama sebelum berlalu keluar dari bilikku setelah berpesan agar ake membersihkan diriku. Aku baring kembali di ats katil kembali setelah membersihkan diri dan solat Isyak. Aku merenung gambar aku dan Haiqal sewaktu kami bercuti di Orlando, Florida semasa cuti semester, di meja tepi katilku. Bagai terimbas kembali segala kenangan sewaktu aku belajar di U.S dahulu.
******************************************************************************************************
Khairul Arman ligat menari di lantai tari di Zouk bersama Gina. Gina yang mengenakan dress tube berwarna merah darah pula semakin lincah lalu merangkul erat leher Khairul Arman. Dia mendekatkan wajahnya lalu mereka bercumbuan seketika di lantai tari.

“ Happy Birthday, love,” perlahan Khairul Arman berbisik di telinga Gina sambil menariknya lebih dekat setelah puas dia menjelajah bibir wanita seksi itu.

“ Thanks dear! I tau I selalu jealous dengan you, I accuse you keluar dengan perempuan lain, but the fact was that you were just trying to make me happy! I minta maaf ok, sayang?” penuh mengharap Gina merenung dalam anak mata berwarna hazel itu.

“ Forgotten! Next time jangan buat lagi! Now, enjoy yourself tonight. I nak you jadi the most happiest girl malam ni! You continue, I nak pergi duduk sekejap,” Khairul Arman melepaskan pelukannya lalu beredar dari lantai tari menuju ke suatu sudut.

Erika Syakira! Nama itu masih terpahat kukuh di ingatan. Bagai terbayang kemesraan bakal tunangnya bersama Haiqal, teman baiknya sewaktu di US dahulu. Sejak di US mereka berdua bagai tidak boleh dipisahkan dan kini, ke hulu hilir mereka berdua. Macam belangkas! Khairul Arman meneguk segelas Coke dengan rakusnya. Kalau dulu di US, pergi clubbing, apa saja yang dia tak teguk, kini di Malaysia, dia harus berhati-hati memandangkan Dato’ Khairi bukan calang-calang orang. Mahunya, paparazzi tangkap gambarnya, haru! Amaran Dato’ Khairi masih melekat kukuh di minda. Gina menghampirinya lalu menariknya menuju ke lantai tari sekali lagi. Arghh, lantaklah apa nak jadi malam ni! Semua salah Erika Syakira!!!

Please guys and gals, drop your comments below or at the chatbox at the side! I really wanna know what you think of this novel so far!! Waiting much for your comments!! Spread the love aites people! 
xoxo

Copyright Of Nursyazwani Sani 

1 comment: