And ALLAH is Sufficient as a Guardian
And ALLAH is Sufficient as a Helper
~ Quran 4:45


Sunday, 31 March 2013

Short Getaway!! ♥♥

Hey lovelies!! How have you all been? Currently, my family & I dekat JB celebrating my parents advanced 20th anniversary. Sebelum datang JB, Mummy dapat tahu ada Jom Heboh, so memang dia naklah sangat pergi. Makanya, Daddy dengan rela hati meredah jugak jam. Dahlah jam, boleh pulak ditutupnya jalan nak masuk Angsana tu. Jalan blocked satu hal, yang buat kitaorang bengang, parking dekat dengan Angsana pun dikepong. Hadoii!! Terpaksalah park jauh sikit and menapak sampai sana. Mummy pulak dapat info Amar Asyraf ada, hah semangatlah ko dia meredah orang ramai0ramai tu. Tapi punyalah kecewa, dari satu booth ke satu booth kitaorang cari Amar tak jumpa. Sedih! :( Sebenarnya, Mummy masih nak cari lagi, tapi my bros dah merengek pasal weather yang teramat panas, hah terus masuk Angsana. Ambil aircon! Hehehe! Walaupun, tak dapat jumpa Amar, sempat Mummy dok beli barang. Banyak jugak barang yang sempat dia borong. 



From top left hand corner, My Mum & I, My Dad & I
Bottom left hand corner My Sis & I, My 3rd Bro & I

Dah letih baliklah. My sis pulak sibuk dok ajak pi tengok wayang. Sebab nak pergi yang dekat jer, adn TGV Bukit Indah tak tayangkan Gila-Gila Remaja 2, so kitaorang pun pergi tengok Ah Boys to Men II, sebab the boys nak tengok sambungan dari part I. Tapi kalau nak tengok, mesti dah kena watch part I kalau tak, tak faham storyline. Mengekek ketawa tengok part kelakar, sempat nangis masa part touching. Meleleh airmata! Pulak tu cerita almost dua jam, and cuma satu showtime kul 7.20pm, hah terlepas nak tengok Fear Factor. Frust tak dapat tengok Captain Hairul Azreen! :'( But anyways, congrats Team Daz-Rul, memang saya suppot team dorang! Anyways, will update more, Insya'Allah. So stay tuned ok? By the way, kalau nak update lagi cepat, follow my Instagram, miss_novella. Take care korang. Keep on supporting Ms Egoistic Vs Mr Romantic. Walaupun pi holiday, lappy tak rengang. Yelah, kadang ilham tu datang tanpa diduga. ;)
xoxo

Saturday, 23 March 2013

Pening!!

Hey lovelies!! Saya sekarang tengah pening kepala yang teramat. Kepala dah berserabut gilerr tak tahu nak belikan hadiah apa for my parents 20th anniversary. Dulu dah bagi couple watch, sekarang ni pening sangat. Salah satu sebabnya, I'd really wanna buy something yang dorang suka. Yelah, kalau korang dapat hadiah yang korang tak berapa nak suka, mesti tak pakai, or terbiar jer kan? Cheyy, cakap pasal diri sendiri lettew! Hehehe! Bestie cadangkan beli perfume, tapi dulu Mummy pernah pesan, kalau nak kasi orang hadiah, jangan beli perfume, nanti hubungan tak kekal. Bestie pun sebenarnya sekarang tengah holiday dekat London, memang seronok lah sesangat kalau nak kirim barang dari sana. Tapi apa yeh? My sis pula cadangkan beli couple tee. Hisy, macam tak kena pula! Yelah, dah tentu this is their Platinum Anniversary, mesti nak beli hadiah special. Ada juga risik-risik kat Mummy, dia hint suruh belanja makan. Biasalah, parents, dorang tak pernah demand hadiah mahal-mahal. Cukup sekadar mengingati, dan ucapan. Itulah ibu bapa. Tak pernah merengek dengan anak-anak walaupun dia nak sangat benda tu. Haish, serabut sangat! 

By the way, saya dah plan a short getaway for us. Hmm, kalau nak tahu, wait for the next entry, tapi mungkin lambat coz my parents punya majlis dulu buat 4 hari berturut-turut. Nikah hari Khamis, adat istiadat yang lain spread between the next three days. Grand kan? Sebab yang utama, my mum anak tunggal, so arwah mak(panggilan untuk arwah nenek saya) and atok memang nak sangat buat majlis yang meriah untuk anak tunggal mereka. Anyways, korang, kasilah idea please!! I really need your help! Boleh kasi idea dekat comment box kat bawah k. Much Love. Take care korang! ♥
xoxo

P/s: Malam ni tak sabar nak tengok Fear Factor Selebriti Malaysia. Siapalah yang masuk final nanti? Korang support team mana? 

Tuesday, 19 March 2013

Ms Egoistic Vs Mr Romantic 10 ♥

Hey lovelies! Saya tahu lama tak update, but I've been bus sikit lately! By the way, this blog have been quite hambar, so maybe saya nak stop tulis and well fokus on my final year. Insyaallah, tengoklah macam mana. Kalau rasanya saya ada kudrat untuk sentiasa update blog ini, saya akan lakukan. By the way, here goes Ms Egoistic Vs Mr  Romantic 10!

Bab 10 


Khairul Arman terjingkit-jingkit masuk ke dalam rumah yang gelap. Fuhh, line clear! Semua dah tidur punya. Dia berjalan sesenyap yang mungkin menuju ke anak tangga apabila dengan tidak semena-mena habis terang benderang seluruh ruang tamu. Alamak, kantoi! Perlahan-lahan Khairul Arman berpaling dan terlihat kelibat Dato’ Khairi dengan Datin Khaty sambil berpeluk tubuh. Habislah aku kali ni! Dia hanya tersengih-sengih melihat wajah serius kedua mereka.

“Along dari mana?” tegas nada suara Dato’ Khairi kedengaran memenuhi ruang tamu.

“Errm, Papa, errm…”

“Pergi mana Khai??! Answer me!” semakin tinggi suara Dato’ Khairi. Kalau dah panggil Khai, memang dah marah habis dah tu.

“Clubbing dengan kawan-kawan Along,” pantas Khairul Arman menjawab akibat terkejut.

“Oh, clubbing! Sampai bila Along nak buat perangai macam ni, hah? Sampai bila?”  giliran Datin Khaty pula terjerit mengenangkan perangai anak terunanya.

“Along…I’m sorry,” kesal Khairul Arman meluahkan kata.

“Sorry? Sebelum buat tak nak fikir, Khai keluar usung entah perempuan mana, balik dah pagi-pagi buta. Jangan ingat Mama tak tau apa yang Khai buat kat luar sana. Makin kami diam, makin menjadi pulak perangai Khai,” membuak-buak api kemarahan Datin Khaty.

“Khai ingat sikit, Khai ada 2 adik perempuan. With your attitude, macam mana nak bagi contoh yang baik kat adik-adik? Khai bukan budak kecil lagi yang perlu Papa ingatkan tentang hal ni, you are very grown up young man. Bukannya Papa dengan Mama tak ajar Khai hal agama, you should know very well! Papa beri Khai didikan agama yang cukup sebelum hantar Khai pergi overseas, tapi bila Khai pergi sana, habis hanyut terus. Sampai kami takut nak hantar Lisa & Auni, tak nak mereka ikut jejak kamu,” sayu Dato’ Khairi berkata sambil mengesat sedikit hujung mata yang berair.

“Pa, Ma, I’m sorry, I know I’ve gone too far. I just want to release tension lepas penat bekerja seharian. Memang cara Khai salah, Khai mengaku, but give me a chance to change to a better person,” perlahan Khairul Arman memohon.

“Sampai bila Along nak buat macam ni? Papa malu dengan family Uncle Syariq, dengan Allah s.w.t., Papa dah gagal untuk mendidik Khai dengan baik. Fikirkan Khai, kalau Khai teruskan dengan perangai macam ni, macam mana nak bimbing anak isteri Khai nanti? Tengok Dato’ Syariq, walaupun dia tu mualaf, tapi cara dia didik anak-anak dia, cara dia kendalikan bisnes, segalanya mengikut syariat Islam. Walaupun Erika tu belum lagi bertudung, tapi pernah tak Khai tengok cara dia bawa diri dia, pergaulan dia, dia sangat menjaga batas dia,” panjang lebar Dato’ Khairi berhujah. Chey, Papa tak tau si Erika tu dulu co-habit dengan kawan aku sendiri. Macamlah baik sangat!

“What I can say, Along akan cuba berubah.”

“Jangan cuba, but prove it! Mama nak Khai yang baru, yang lebih baik! Mama rasa Erika tu teragak-agak nak terima lamaran dari Khai sebab dia tahu macam mana perangai Khai. Like what Datin Erina says, Erika selalu cakap dia perlukan seorang lelaki yang mampu untuk bimbing dia ke jalan yang benar, biar tak berharta, biar tak ada rupa, asal ada agama! Itu yang Erika titik beratkan selama ni. Baru beberapa hari yang lepas kawan Mama dari persatuan tu merisik pasal Erika pada Auntie Erina, anak dia tu bukan calang-calang orang, Peguam Syarie. A very successful one I can say,” sengaja Datin Khaty membakar hati Khairul Arman. Bukan dia tak tahu dalam diam, anak terunanya itu sayang akan Erika Syakira sebenarnya.

“What, biar betul Mama? Hisy, tak percayalah Along. Bukan ke Erika tu straight pergi U.S.  lepas SPM? Mana sempat dia nak kenal-kenal dengan lawyer tu,” rungut Khairul Arman.

“Memang Erika tak kenal, tapi, Mak budak tu memang berkenan sangat nak ambil Erika jadi menantu. So, sekarang Khai dah ada pesaing,” makin galak Datin Khaty bercerita. Hisy, tak boleh jadi ni, aku kena rebut Erika, sebelum lelaki lain dapat.

“Dahlah Ma, Pa, Khai dah penat! Esok ada meeting dengan client. Kita sambung lain kali,” Khairul Arman memutuskan lalu dengan pantas naik ke bilik.
****************************************************************************************************
“Morning Along, awal bangun? Tak penat ke semalam kena ceramah dengan Papa dengan Mama?” usik Kharissa Auni sambil tersengih-sengih pada Khairul Arman yang baru turun untuk bersarapan.

Khairul Arman menjeling tajam wajah adiknya yang bermulut laser itu. Jika hendak buat perbandingan antara Kharissa Auni dan Khalisa Amni, Lisa lebih pendiam, mungkin sebab itu dia memilih jurusan Business Management berbanding Auni yang lebih loudspoken memilih bidang perundangan sebagai kerjaya.

“Mana Auni tau? Tak tidur ke malam semalam?” kasar Khairul Arman membalas.

“Isy, Auni layan cerita Korea semalam, tu yang terdengar Along kena brainwash,” jawab Kharissa Auni dengan selamba sambil tergelak kuat.

“Shut up! Don’t spoil my mood ok! Along tak der masa nak layan nonsense Auni. Lisa sayang, are you ok? Senyap jer Along tengok,” Khairul Arman mengalihkan perhatian pada Khalisa Amni.

“Ok. Along, Lisa dapat offer dari Regents Holdings, jadi MD for their company lepas graduate, tapi Papa tak benarkan,” perlahan Khalisa Amni memulakan bicara.

“Jangan nak mengada Lisa, buat apa company Papa yang besar tu Lisa tak nak manage, tapi nak makan gaji kat tempat lain,” Datin Khaty mencelah sambil menuruni anak tangga bersama Dato’ Khairi.

“Well, lil sis, I’ll have to agree with Mama about this. Kenapa Lisa pilih Business Management? Sebab nak tolong Along dengan Papa bangunkan syarikat kita together 
kan?” pujuk Khairul Arman.

“Lisa, cuma nak experience kerja kat luar. Tak nak lah masuk, terus dapat post besar sebab Lisa anak Dato’ Khairi,” luah Khalisa Amni akhirnya.

“Kalau itu yang Lisa runsingkan, memang tak perlu. Papa tak ada istilah pilih kasih in running the business. Lisa tetap akan bermula dari bawah, just like Along,” Dato’ Khairi meyakinkan anak perempuannya.

“Really? Ok, fine, Lisa reject offer dari Regents Holding tu sekejap lagi,” Khalisa Amni mula ceria. Khairul Arman hanya tersenyum memandang adiknya.

“Lisa dah plan her route, Auni pula macam mana?” Khairul Arman bertanya.

“Well, I already received an offer from the top law firm in Malaysia, Zahir Aidan & Partners,” Kharissa Auni membuka cerita.

“Auni tak beritahu Mama dengan Papa pun?” Datih Khaty bertanya sambil mengerutkan dahi.

“Saja, nak surprisekan korang. Lagipun, maybe Auni nak reject offer tu, sebab Auni ingat nak kerja dengan Papa, jadi Law Advisor Papa,” jelas Auni.

“Actually, I’ve got no objection, tapi Papa rasa ada baiknya kalau Auni accept offer tu, for experience sake. Our company doesn’t specialize in lawsuits, so I leave you to make your decision,” Dato’ Khairi memberi pandangan.

“Hah! Bagus jugalah tu kalau si laser ni tak kerja satu bumbung dengan kita. Boleh nanar telinga Along nak layan celoteh dia,” usik Khairul Arman sambil mencubit pipi Kharissa Auni yang sudah memuncung.

"Dahlah, Long, jangan sakat adik tu lagi. Nak jadi suami orang dah tak lama lagi,” Datin Khaty mencelah.

“What?! Kak Erika dah accept lamaran Along ke, Mama?” becok Auni bertanya, Khairul Arman pula mula mengangkat muka memandang mamanya.

“Tak lah juga. Tapi Auntie Erina cakap, dia jamin akan Erika terima, cuma maybe it takes time and kalau dia tak jumpa orang lain lah,” Datin Khaty menerangkan. Yang lain hanya mengangguk tanda faham dan Khairul Arman dengan pantas menghabiskan makanannya.

“Along kena mulakan misi menawan hati Kak Erika mulai sekarang! Jangan asyik nak cari gaduh jer!” Auni memberi idea.

Khairul Arman hanya mendiamkan diri buat seketika sebelum meminta diri dan bersalaman dengan kedua ibu bapanya. Kusut pula fikirannya bila teringat kata-kata mamanya semalam. Macam mana kalau lawyer tu nak try nasib dia? Tak boleh jadi ni! Dia mengetuk stereng kereta hingga bergegar sedikit kereta itu dibuatnya. Khairul Arman membelokkan kereta menuju ke bangunan pejabatnya lalu memarkir di tempat yang telah disediakan. Dia meraup mukanya sebelum keluar dari kereta. Kaki dihayun laju menuju ke bilik pejabat dan tidak menegur langsung staf yang mengucap selamat padanya, tidak seperti selalunya.

“Tanya, I tak nak diganggu hari ni. Screen all calls first, pass the line if it’s from SyaRina Holdings and my mum and please cancel all my appointments untuk hari ni. Yang lain-lain tu, you pandai-pandailah jawab. Kepala I tengah serabut ni, so kalau boleh I tak nak diganggu,” sekali nafas dia memberi arahan pada setiausahanya sambil melangkah masuk ke biliknya.

Dia menghela nafas panjang sambil merenung bingkai gambar yang diletakkan potret Erika Syarika yang dia lukis sendiri. Memang diakui, dia nakal dahulu, tetapi setiap yang dilakukan hanya untuk menarik perhatian Erika Syakira, biarpun kata-katanya sering menyakitkan hati gadis itu. Masa nampaknya banyak memainkan peranan dalam merubah Erika Syakira, bukan sahaja dari segi penampilan dirinya, tetapi sikapnya. Jika dahulu, waktu dicemuh, dia hanya balas dengan sindiran ataupun tangisan, kini kata-kata gadis itu cukup menyakitkan hatinya. Adakah ini balasan bagi setiap perbuatannya?
*****************************************************************************************************
Aku meletakkan pen di tempat asalnya kembali sambil menutup fail di atas meja. Apa yang tak kena dengan aku hari ni? Semua benda yang aku buat, seperti tidak menjadi. Tanganku menolak fail ke tepi lalu aku dekatkan laptop, tanganku mula lincah mencari file yang menyimpan gambar yang aku ambil bersama Haiqal tempoh hari. Kata Dilla, sekejap lagi mereka ingin menghantar album gambar untuk kami simpan. Macam-macam budak bertiga tu. Aku tersenyum sendirian sambil melihat slideshow yang aku pasang di laptop. 

Kalau Haiqal bukan abang susuanku, pasti aku akan memilihnya sebagai teman hidup. Tawarkan sahaja pada mana-mana gadis, pasti tiada yang akan menolak untuk mendampinginya. Kepalaku semakin serabut bila Mummy semakin mendesak jawapan dariku. Bukan aku tidak melakukan solat istikharah, tetapi belum ada jawapan yang pasti. Segalanya masih kabur. Lelah aku memikirkan semua ini! Dengan projek yang baru sahaja bermula, ditambah pula dengan hal seperti ini, boleh gila aku jadinya. Aku bersandar malas pada kerusi lalu memejamkan mata sambil mengeluh. Ingin saja aku kata pada Mummy terpulang padanya, tetapi, aku bakal pertaruhkan masa hadapanku. Apa yang patut aku lakukan? Ketukan dari luar mengejutkan aku dari lamunan dan daun pintu pun ditolak setelah aku memberi kebenaran masuk.

“Cik Erika, you must be expecting them?” tanya Miya sambil menunjukkan pada Dilla, Hanan dan Azri yang sedang menunggu di luar pejabat.

“Oh, yes, yes. Please let them in and prepare for me 3 glasses of fresh orange and the cupcakes yang I beli tadi please,” aku memberi arahan pada setiausahaku yang hanya mengangguk sebelum keluar dari bilikku.

“Wah, canggihlah office Kak Erika!” ayat pertama yang keluar dari mulut Dilla.

“Biasa jerlah. Bukan Kak Erika punya pun, Daddy Kak Erika yang punya,” gurauku sambil melabuhkan punggung di sofa.

“Ala, Dato’ kan Daddy Kak Erika, nanti bila dia nak bersara, mesti kasi Kak Erika,” sambung Dilla setelah Miya menghantar pesananku.

“ Insya’allah. Jemput minumlah air biasa jer. Hah, mana album tu, tak sabar pulak Kak Erika nak tengok,” aku bertanya tidak sabar.
"Hisy, sabarlah sikit Kak Erika, tunggu Abang Haiqal datang sini dulu. Dia cakap dia datang sini,” Hanan pula bersuara. Sambil menanti kedatangan Haiqal kami berbual tentang hal-hal EriQal Photography sekejap.

“Guys, sorry! Tadi Abang ada discussion dengan my assistant sekejap,” Haiqal meluru masuk lalu duduk di sebelahku di sofa dalam keadaan tercungap-cungap. Buat marathon sekejaplah ni.

“Tak pe, kita pun baru jer sampai,” Azri berkata sambil bersalaman dengan Haiqal.

“So, mana album tu? Mesti meletup kan? Benda yang Abang minta korang buat tu dah siap ke? Tak bawa sekali?” bertalu-talu Haiqal melontar soalan.

“Chill lah Abang Haiqal. Benda tu sampai kejap lagi. Nak letak mana benda tu?” Dilla bertanya sambil memandang ruang bilikku. Aku pula sudah mengerutkan dahi sambil memandang mereka berempat silih berganti. Did I miss anything?

“Chopp! Korang cerita pasal apa ni?” pantas aku bertanya.

“Secret. Nanti kau tahu juga,” Haiqal sudah tersengih-sengih sambil memberi isyarat mata pada mereka agar tidak membuka mulut.

Sementara mataku ralit melihat gambar dalam album itu yang nampak sangat real, seperti kami dilamun cinta membuat aku yakin, selepas ini, pastinya EriQal Photography akan berkembang dengan lebih jauh lagi. Sebentar kemudian, billiku dipenuhi dengan beberapa lelaki bertubuh tegap yang menggantung dua frame besar di dinding bilikku berhadapan dengan mejaku. Selama ini hanya satu sudut yang aku gunakan untuk meletak gambar keluarga kami, kini bertambah lagi dua yang aku tidak tahu gambar apa pula kerana bingkai itu ditutupi dengan sehelai kain.

“Ok, adik, close your eyes, aku kira sampai tiga baru kau buka,” Haiqal memberi arahan dan aku hanya menurut.

“Satu……….dua……..ti….ga!! Surprise!” Haiqal menjerit sebaik sahaja aku membuka mata. Azri dan Hanan menarik kain yang menutupi bingakai gambar itu.

“Lawanya!! I love it! Thanks korang,” aku memeluk Dilla dan Hanan serentak, kemudian Haiqal. Kalau Azri tu perempuan mesti aku dah peluk dia juga. Sebuah bingkai memuatkan gambarku seorang diri mengenakan gaun dari tema Marie Antoinette manakala bingkai satu lagi pula gambar Haiqal dan aku di atas yatch bertemankan matahari terbenam.

“Marketing strategy! Kalau ada client masuk kau boleh promo. Bilik aku pun ada, tapi lain gambarlah,” Haiqal menerangkan.

Aku tersenyum senang. Ternyata Haiqal benar-benar faham akan citarasaku tidak jemu aku memandang gambar itu. Ia bagai memberikan seri dalam bilikku yang selama ini hanya biasa-biasa sahaja. Harapnya, gambar yang baru diletakkan di pejabatku dapat memberi aura baru untuk aku bekerja.
******************************************************************************************************
“Apa dia Mummy? Fitting baju apalah pulak ni? Tak bincang dengan adik pun? Kenapa tiba-tiba pulak?” bertalu-talu soalan aku ajukan bila Mummy memberitahuku esok aku perlu mengikutnya ke butik rakan karibnya untuk fitting baju.

“Untuk majlis pertunangan adiklah. Takkan untuk majlis kahwin Qal pulak kan?” Datin Erina menjawab sambil menyindir Haiqal yang sudah tersedak-sedak.

“Hisy, Mummy ni, nak sindir Qal pun, janganlah time Qal tengah minum air,” Haiqal merungut sambil meletakkan cawannya di atas meja kopi.

“Dah Qal tu asyik mengelak jer bila Mummy tanya soal kahwin! Sampai menjangkit kat adik ni hah,” Datin Erina membebel lagi.

“Dahlah Mummy. You bising pun bukan budak berdua ni kisah pun. Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Tak gitu Qal, adik?” Dato’ Syariq mencelah sambil melabuhkan punggung disebelah isterinya.

“Mummy, adik tak terima pun lamaran tu. Macam mana pulak nak ada majlis pertunangan?” aku sudah membentuk mulut tanda protes.

“Mummy nak prepare awal jer tu. Kot terbuka pintu hati adik cakap ok, kan dah senang. Semua dah ready, tak der lah kita semua terkejar-kejar,” Kak Yana pula bersuara sambil mengusap perutnya yang semakin membesar.

“Tapi Kak, adik tak pernah ready pun, dan tak akan. Adik kan dah cakap, adik tak suka Khairul Arman tu,” aku sudah merungut.

“Tapi adik dah janji kan?” Dato’ Syariq pula bersuara. Aku mengeluh kuat.
Telefonku bergetar, sengaja aku menggunakan silent mode di rumah. Aku pandang sekilas skrin dan tersenyum kecil. Pantas aku membawa diri menuju ke bilik sebelum menjawab panggilan tersebut. Aku cuba untuk tidak mempedulikan pandangan yang dilemparkan oleh ahli keluargaku, terutama sekali Mummy.

“Siapa yang call adik tu?” tanya Datin Erina sambil melempar pandang pada Haiqal.

“Entah, manalah Qal tahu Mummy,” Haiqal menjawab sambil menjongketkan bahu.

“Don’t lie! Ke hulu, ke hilir Qal dengan adik, takkan tak tahu?” Datin Erina semakin mendesak.

“Ya Allah, Mummy. Takkan Qal nak tipu Mummy? Kalau Qal tau, Qal dah inform Mummy. Lagipun Qal masih pegang amanah Mummy. Qal tak pernah putus asa pujuk dia untuk terima Arman, takkan Mummy tak percaya Qal?” Haiqal bertanya sayu.
“Sorrylah sayang. Mummy tengok adik macam happy jer dapat call tu. Qal tolonglah pujuk dia, cubalah korek rahsia hati dia,” Datin Erina memujuk perlahan.

“Insya’allah Mummy. Tapi, adik pun perlu her own space,” Haiqal menjawab.

“Dahlah tu Mummy. You ni pun desak Qal pun tak guna. Biarlah adik tu, kesian dia. Abang cuma nak adik happy, bahagia. Tak apalah kalau adik tak nak terima lamaran tu,” Dato’ Syariq cuba meredakan keadaan.

“Abang, kita ni manusia, berpegang pada janji. Masa kita susah, boleh kita janji itu ini, sekarang dah senang, boleh pulak kita nak buat derk jer,” bantah Datin Erina.

“Abang tahu, tapi kebahagiaan adik adalah keutamaan sekarang,” pintas Dato’ Syariq.

“Mummy, Daddy, if this arrangement mampu untuk membahagiakan semua pihak, dan kita tak perlu rasa terhutang budi dengan keluarga Uncle Khairi lagi, adik terima,” aku memberi persetujuan sambil berdiri di tangga hujung tangga dengan linangan airmata.

Mummy menghampiriku sambil membawaku ke dalam pelukan. Dahiku dicium lembut dengan mata berkaca. Jika inilah takdir hidupku, siapalah aku untuk menentang. Andai ini akan membawa kebahagiaan untuk semua pihak, biarlah aku telan kepahitan ini seorang diri. 

Hope korang semua enjoy bab kali ini! Drop your opinions below in the comment box ok! Harap dapat dengar pendapat korang semua!! Jangan lupa untuk share ok! Take care! ♥
xoxo

Friday, 15 March 2013

Sayang Biar Berpada


Hi lovelies! Sorry lama tak update. ): Anyways, hari ni nak share sikit some tips for you ladies out there on how to start over. Yes, start over a broken relationship! Saya sure sangat setiap gadis pernah melalui fasa ini and I know the feeling girls, it wasn't easy. So, today, I'll share some tips agar perasaan ini tidak memberi kesan yang begitu mendalam sehingga menganggu aktiviti harian kita. 

1. Let it out!
Apa yang saya maksudkan, luahkan. Luahkan segala-galanya. Personally, this is a therapy yang saya baca dalam satu buku motivasi yang saya baca. Ambil sehelai kertas, atau bagi korang yang menyimpan diary, write it out. Tulis segala kekecewaan yang korang alami di situ. Buat mereka yang ada bakat menyanyi, dipersilakan, nyanyi semua lagu-lagu jiwang yang korang tahu. Cara ini adalah sangat berkesan, sebab ia akan memberi satu kepuasan. 

2. Hapuskan segala-galanya yang membuat anda teringat akan si dia.
Korang boleh menderma segala yang pernah  diterima dari si dia kepada yang memerlukan atau just send it to some organizations yang mengambil barangan terpakai. Jangan tipu wahai gadis di sana, korang pasti menerima hadiah seperti teddy bear, soft toys, keychains, etc dari si dia. Pastinya, saat korang ingin memulakan hidup baru, inilah adalah fasa yang paling sukar dan juga paling menyakitkan. Saat ini, jika nak menangis, luahkan segalanya dan berjanji pada diri sendiri, this will be my last cry for him. 

3. Tukar persekitaran anda
Well, ladies, saya pasti korang berbicara dengan si dia saban malam setiap hari. Kajian telah membuktikan hampir 93% couple akan berbual sebelum tidur dan persekitaran yang perlu di ubah adalah bilik tidur. Change girls. Tukar alas cadar, quilt dan sebagainya kepada yang baru. Tambahkan aromatherapy agar ia memberi korang sedikit ketenangan sewaktu korang gelisah kerana tiada lagi rutin harian yang akan korang lakukan. Pastikan, perubahan ini lebih ceria dari yang sebelumnya. 

4. Deleting Photos
Ini juga adalah antara fasa yang sukar untuk dilakukan. Waktu ini korang akan melihat kembali gambar yang dirakam dalam waktu bersama, indeed it is difficult kerana setiap gambar ada memori tersendiri dan saat ini you brain will be functioning like a recorder, di mana setiap detik akan di rewind and your memories will played. Kuatkan tekad that korang mampu hidup tanpa dia, so delete everything, baik dalam h/p or Fb or Twitter. Ini dapat membantu korang untuk kembali berdiri.

5. Berdoa
Setelah anda melakukan segala ini, turn to Allah. HE knows best! Mungkin kita lalai sewaktu bersama si dia. Kita terlebih mencintainya dari PENCIPTA kita, maka kembali pada-NYA. Bermunajat supaya dipermudahkan segala urusan dan dihapuskan segala kekecewaan yagar anda teguh menghadapi hari yang mendatang. Sentiasa yakin, setiap perancangan Allah s.w.t. adalah terbaik. Maka, jangan berputus asa. 

Ini adalah di antara tips yang mampu Sya share dengan korang, so girls that is going through this hard phase, I understand the feeling. Totally understand! Sebenarnya, ada banyak lagi tapi jika ada permintaan, write it in the comment box, I might share more! Kepada yang masih di dalam sebuah hubungan tu, well girls, one advise, sayang dia berpada, you won't get hurt that much. So, girls/guys, write your thoughts down and maybe share dengan Sya apa yang korang lakukan to start over! Creative ones, might win a prize from me! ♥♥♥
xoxo


Monday, 4 March 2013

Ms Egoistic Vs Mr Romantic 9 ♥

Hey Lovelies!! How have you been? Well, Sya tak nak cakap panjang, but here goes, Ms Egoistic Vs Mr Romantic 9! Enjoy!!!

Bab 9


Aku mengetuk daun pintu yang tertera nama Muhammad Haiqal, Head Of Architect. Aku melangkah masuk ke dalam ruang pejabatnya setelah mendapat kebenaran. Haiqal sedang tunduk, leka melukis pelan. Sejak sebulan yang lalu setelah Phase 1 untuk projek usaha sama antara K.A Corporations & SyaRina Holdings bermula , kami semakin sibuk hingga terpaksa melepaskan segala urusan pentadbiran EriQal Photography kepada Dilla buat sementara waktu. Mataku melilau ke ruang pejabatnya, simple and sleek.

“ Qal!” aku memanggil.

“ Nak apa?” dia bertanya acuh tak acuh.

“ Kata nak lunch tadi?” aku menyoalnya.

“ Ya Allah, lupa pulak, sekejap, aku habiskan design ni. Sikit jer, lagipun lagi 2 minggu nak present kat Daddy and Uncle Khairi. Tak nak disappoint dorang,” Haiqal berkata perlahan sambil tangannya ligat melukis. Pintu bilik diketuk dari luar. Aku memberi arahan masuk.

“ Daddy, masuk bilik anak sendiri pun nak kena ketuk ke?” aku bertanya setelah melihat wajah Daddy di muka pintu.

“ Adik buat apa kat sini? Kacau Qal eh?”

“ Mana ada! Nak pergi lunch tapi Qal ada sikit jer lagi kerja nak siapkan,” aku menafikan.

“ Baguslah dua-dua kat sini…” belum habis Daddy menghabiskan bicaranya aku memintas.

“ Kenapa Daddy, jangan cakap nak forward deadline, banyak belum siap lagi ni!”

“ Isy, tak lah. Let me introduce to you, Nur Suffiyah, our new architect who will assist Haiqal in this new project. By the way, this is my daughter,” Dato’ Syariq memperkenalkan seorang wanita bertudung yang berada di muka pintu.

Aku mengangkat muka, terkejut bukan kepalang aku dibuatnya. Wajah wanita tersebut amatlah bersih, dan bagaikan bercahaya. Tapi sepasang matanya bagai pernah aku lihat sebelum ini. Macam bidadari dari kayangan, kalau aku yang perempuan ni dah puji dia melambung apatah lagi lelaki.

Aku menghulurkan tangan untuk bersalaman, “ Erika Syakira, CFO cum Project Manager for this project.”

“ Nur Suffiyah,” dia menjawab sambil tersenyum manis. Suara macam familiar, even her smile seems so familiar.

“ Maaf tanya, you dulu belajar kat mana eh? Macam pernah jumpa,” aku bertanya.

“ University of Mich…..ermm, Melbourne,” gugup dia menjawab. Tak per, aku boleh buat background check bila free.  Aku berpaling ke arah Haiqal. Dia masih di posisi yang sama tunduk menghadap kerjanya. Aku berdehem sedikit.

“  Eh, Daddy, bila samp…?” tidak habis dia menutur kata, matanya terpaku melihat Nur Suffiyah.

“ Ehem…Mana nak perasankan Daddy masuk. Let me introduce to you Nur Suffiyah, our new architect. This is my second son, Muhammad Haiqal. Dia akan assist Qal dalam projek ni,” Dato’ Syariq mengusik. Aku lihat keduanya bagai terpaku memandang satu sama lain. Lain macam jer ni!

Aku pura-pura batuk kecil untuk menyedarkan kedua insan yang bagaikan sedang berbicara dalam diam, hanya mata mereka menceritakan segalanya. Mataku bertembung dengan Daddy yang sedang tersenyum melihat Nur Suffiyah dan Haiqal yang tersipu malu.

“ Erika lunch dengan Daddy & Mummy jer lah hari ni. Let Qal and Suffiyah get to know each other since they are going to work together,” Dato’ Syariq memberi cadangan.

“ Hah…errrm, Qal dah janji dengan Erika nak pergi studio after lunch. Kan kita dah take half day?” Haiqal mengingatkan.

“ Tak pe lah Qal, aku lunch dengan Daddy dengan Mummy, kau gi ngan Cik Suffiyah. Lepas lunch send her back to the office then kau meet aku kat studio,” aku mengatur plan, sambil tersengih memandang Haiqal.

“ Are you ok with it Cik Suffiyah?” tanya Haiqal ragu-ragu. Nur Suffiyah terkedu seketika dan kemudian hanya mengangguk.

“ Great! Let’s go Daddy, nanti Mummy tunggu lama. Qal, behave yourself ok? Anak dara orang tu tau,” aku mengingatkan sambil keluar dari pejabat. Haiqal hanya ketawa kecil mendengar usikanku.
******************************************************************************************************
Aku memandu dengan kelajuan sederhana membelah jalan raya yang sedikit lengang menuju ke studio. Aku harapkan makan tengah hari tadi macam biasa, tetapi kata-kata Mummy membantutkan seleraku dan kini terngiang-ngiang pula di telingaku. Ya Allah, 
tabahkanlah hatiku.

“ Erika dah fikirkan pasal hal Erika dengan Arman?” serius Mummy bertanya sementara menanti makanan tiba. Kalau Mummy dah panggil Erika mesti serius.

“ Mummy, I still need some time. Besides, kalau dia sincere, he’ll make an effort to meet me and discuss or anything. Ni tak der, senyap jer! Takkan adik nak terhegeh-hegeh pulak?” aku membidas dengan suara yang dikawal. 

“ Mummy tak kira, suka tak suka, Mummy nak kasi persetujuan dekat Datin Khaty. Malu tau Mummy, adik buat macam ni. Dah sebulan lebih dah adik, takkan nak diam macam tu jer. Adik tak kesiankan Mummy dengan Daddy ke?” sayu Datin Erina bertanya.

“ Please, Mummy don’t do that. Mummy suka buat adik rasa serba salah. Daddy, m'aider à sortir d'ici! (Daddy, help me out here!)” aku merayu.

“ Sayang, dahlah tu. Takkan you nak pressure Erika. I’m sure she’ll make the right decision. Je fais confiance à ma fille. (I trust my daughter)” Dato’ Syariq cuba menenangkan suasana.
****************************************************************************************************

Bunyi hon dari belakang menyentakkan lamunanku. Hisy, tak sabar betul! Rileks la! Aku membelokkan kereta masuk ke lorong menuju ke studio. Aik, cepat betul Haiqal sampai. Aku kasi can pergi dating, dia boleh pulak sampai sini sebelum aku. Aku kunci pintu kereta lalu masuk ke dalam. Hari ini bolehlah settlekan apa yang patut, memandangkan tak ada client. Aku lihat Haiqal sedang berbincang dengan Dilla dan beberapa pekerja kami yang lain dalam meeting room. Pantas aku mengatur langkah ke sana.

“ Sorry guys, lambat,” aku memohon maaf.

“ Tak pelah Kak Erika, kita pun baru mula, Abang Haiqal pun baru sampai,” Dilla menerangkan.

“ Oh, so apa yang penting sangat sampai Dilla tak boleh nak handle?” aku bertanya memandangkan kami ke sini kerana panggilan telefon yang kami terima darinya semalam.

“ Tak penting sangat, tapi kalau Kak Erika boleh agree jer dengan apa yang kita nak cadangkan macam Abang Haiqal, it will be good,” Azri menyahut pula.

“ Agree to what?” aku bertanya sambil mengangkat sebelah kening ala Ziana Zain.

“ Kak Erika, tengok eh, for pre-wedding photos kita ada around 45 themes, so far client semua tempah familiar themes. Tak pernah nak try something different, sebab dorang nak tengok sample. So, kita suggest ingatkan nak buat this 5 least chosen themes untuk sample, baru gempak,” Dilla menerangkan.

“ Hmm, ok. I don’t have anything against it. Dilla, benda ni kan boleh cakap dalam telefon.”

“ Ada satu lagi perkara yang Kak Erika kena agree,” takut-takut Taufik bersuara.

“ Apa dia?” aku bertanya sambil mengerutkan dahi.

“ Kita nak Kak Erika dengan Abang Haiqal jadi model. In this way, boleh cut cost,” suara Hanan pula kedengaran.

“ What? Tak naklah! Pasal cost jangan risau, Kak Erika keluarkan belanja,” aku menolak idea mereka. Gila aku nak jadi model!

“ Ala, boleh lah. Muka Kak Erika ada commercial value. Boleh jual punya. Please lah! Abang Haiqal dah agree tu,” rayu Dilla sungguh-sungguh. Aku masih menggelengkan kepala.

“ Adik, agree jer lah. If it’s for the good apa salahnya? At least it will make us more known to people,” Haiqal pula memujuk.

“ Please Kak Erika! Tolong lah, kitaorang jamin, lepas ni, business mesti boom!” yakin Azri berkata.

“ Fine! Tapi, what’s the theme?” akhirnya aku mengalah. Mereka semua tersenyum lega.

“ Fairytale, Marie Antoinette. Shabby Chic, On The Yacht & Campus Days. Fairytale dengan Marie Antoinette boleh ambil kat studio, yang lain tu some studio, some outdoor. Kalau boleh, sekarang jugak kita start,” Dilla menerangkan.

“ Korang ni tak menyempat la! Mana ada costume,” aku cuba mengelak.

“ Tadaa!!” Hanan tiba bersama beberapa pasang baju. Memang well-planned budak-
budak ni.

Sekejapan aku sudah ditarik menuju ke dressing room untuk bersiap manakala Haiqal yang sudah siap mula mengambil solo shoot. Tema pertama yang kami lakukan adalah fairytale. Rimas aku mengenakan dress ala Belle dalam cerita Beauty & The Beast. Bagi tema fairytale, aku dipaksa menyalin beberapa persalinan antaranya sebagai Cinderella dan Sleeping Beauty, make up pula ditukar setiap kali baju ditukar.

“ Kak Erika, pandang mata Abang Haiqal tu dalam-dalam. Macam betul in love,” arah Dilla. Aku mendengus geram, tapi cepat memandang dalam anak mata Haiqal seperti yang dikehendaki.

“ Ok, good! Kak Erika letak tangan kanan around his neck then tangan kiri kat dada. Abang Haiqal peluk pinggang Kak Erika, kita ambil shot ni masa dorang tengah dance,” Dilla semakin galak mengarah. Aku dan Haiqal terpaksa juga melakukannya.

“ Great! Kak Erika gi tukar jadi Cinderella pulak, kita tukar background set.” Azri mengarah pula sambil tangannya ligat membuat kerja. Aku mengeluh.

“ Hanan, penatlah Kak Erika macam ni. Tukar baju, tukar make up, shoot lagi. Tadi tu jer adalah dalam 30 pose kena shot,” aku sudah merungut pada Hanan yang tangkas bermain dengan warna untuk menyolek wajahku.

“ Ala, Kak Erika, sekali sekala. Besides, dalam Kak Erika tengah photoshoot sekarang, bolehlah Kak Erika fikir nak theme mana untuk pre-wedding photoshoot Kak Erika nanti. Oopps!” Hanan sudah menampar-nampar mulutnya yang sudah terlepas cakap.

“ Mana Hanan tahu pasal ni?” aku bertanya serius sambil memandang tepat ke arahnya melalui cermin.

“ Errm, sorry lah Kak Erika, kita terdengar hari tu, masa Kak Erika tengah berbual dengan Abang Haiqal,” takut-takut Hanan menjawab. Aku menghela nafas kasar. Ni yang aku takk suka.

“ Tak pelah Hanan. Just don’t spread the words around,” aku memberi amaran. Dia pantas mengangguk sambil melakukan aksi menzip mulut.

“ Kak Erika dah ready?” tanya Azri sambil menjengukkan muka.

Aku mengangguk pantas lalu mengikut langkahnya. Aku dikehendaki posing sendirian dahulu. Tak pernah buat benda gila macam ni. Mulut Dilla sibuk mengarahkan agar aku lebih menggunakan ekspressi muka dan body language. Aku dikehendaki nampak seperti kehilangan dalam sebuah ballroom, dan kemudian Prince Charming tiba dan mengajakku menari. Penat aku dipaksa senyum sepanjang masa.

“ Ok, Kak Erika, act macam lari. Tanggalkan sebelah kasut, Azri, kau kasi Abang Haiqal kasut tu, perfect. Abang Haiqal, buat muka gabra, Kak Erika diri depan sikit then turn back sikit, tak nampak Abang Haiqal tak per, just the illusion macam Kak Erika tengah lari and nampak Abang Haiqal tengah kejar Kak Erika,” Dilla mengarah untuk shot seterusnya.

“ Dah ke belum ni Dilla? Rimaslah,” aku sudah tidak betah dalam dress Cinderella itu.

“ Last one. Pakai balik kasut tu, face to face dengan Abang Haiqal, dekat sikit lagi. Ok, then Abang Haiqal, hulur dua belah tangan and Kak Erika letak tangan kat atas tangan Abang Haiqal.”
******************************************************************************************************

Huh! Penat, letih! Itu jer yang mampu aku cakap. Setengah hari di pejabat dan selainnya buat photoshoot memang memenatkan. Nasib baik sempat habis 3 theme, tinggal 2 outdoor theme jer lagi. Tu sambung lain hari, sebab gambar tu semua mereka nak edit, lepas tu nak letak seluruh studio.  Aku hanya minta soft copy supaya aku boleh edit mana yang aku berkenan dan letak dalam bilik atau office. Tadi lepas solat Isyak berjemaah sekeluarga aku terus masuk ke bilik. Memang dah tak boleh nak buka dah mata ni. Pintu bilikku diketuk. Hai, baru nak tidur!

“ Adik, nak tidur ke?” Haiqal menjengukkan wajah.

“ Hmm, penat sangat ni,” aku yang terduduk di atas katil mula menggosok tengkuk yang lenguh.

“ Tak pelah kalau macam tu, ingat nak cerita pasal lunch tadi,” Haiqal sudah menutupi pintu bilikku.

“ Eh, a’ah lah! Lupa pulak nak tanya pasal lunch date kau! Come here, ceciter sikit kat aku,” aku sudah kembali segar.

“ Tadi dah ngantuk sangat,” Haiqal memerli sambil menapak masuk. Aku menarik teddy 
bear sebesar diriku ke dalam pelukan.

“ Ala, cerita hot ni! Rugi kalau tak tau,” aku mengusik sambil mengenyitkan mata. Haiqal menarik hidungku sedikit sambil duduk disebelahku lalu memulakan cerita.

“ So, Nur Suffiyah, baru graduate ke?” Haiqal memulakan bicara.

“ Errm, tak juga. I sebenarnya tangguh study for a few years sekejap. Family matters,” Nur 
Suffiyah menjawab sambil meletakkan minuman di atas meja.

“ Well, you seem so familiar. Have we met before?” Haiqal memandang dalam anak mata berwarna hazel itu.

“ Errmm..hurrmmm, ish, tak derlah, tapi memang ramai orang selalu cakap macam tu dekat saya,” gugup Nur Suffiyah menjawab sambil bermain dengan jari.

“ Well, I takkan pressure lebih-lebih kalau you tak nak cerita. But, just be careful dengan adik I, she’s very inquisitive,” gurau Haiqal.

“ Erika tak pernah berubah,” perlahan Nur Suffiyah menutur kata.

“ Sorry, apa you cakap tadi?” tanya Haiqal kerana takut salah dengar. Sure, kita pernah kenal sebelum ni.

“ Oh, KL dah banyak berubah,” Nur Suffiyah membetulkan kata.

“ Manusia pun berubah, inikan pula Negara yang sedang maju,” Haiqal berkata lalu menjemput Nur Suffiyah makan sambil mata tidak lepas memandang wajah yang meingatkannya pada seseorang.
*****************************************************************************************************

“ So, memang dia tak confess apa-apalah,” aku bertanya.

“ Nope! Tapi, aku macam ragu sangat, dia kata dia belajar kat Australia, tapi bila aku tanya what’s interesting there, dia kata tak banyak yang menarik pun untuk diceritakan. Then aku ceritalah pasal Ann Arbor, pasal Michigan, she knows almost everything there. Bila dia dah terlepas cakap tu, dia kata kawan dia pun ada pernah belajar kat Michigan dulu, so dorang pernah tukar-tuka cerita,” panjang Haiqal bercerita.

“ Hmmm, pelikkan! Tapi, muka dia ada iras, Kak Eliz. Oops!” Aku pandang wajah Haiqal yang sudah berubah riak. Ish, apasal gatal sangat mulut aku ni.

“ Tak pelah dik, tapi memang betul apa kau cakap. Maybe aku nak buat background check,” perlahan Haiqal menjawab sambil mengukir senyuman tawar.

“ Apa cer dengan P.I. yang kau hire hari tu? Senyap juga ke?” aku bertanya takut-takut sambil menggosok belakang badannya.

“ Sama juga macam P.I. lain cakap, tak dapat track. Dia macam hilang from this earth. Yelah, kalau dia dah meninggal, sekurang-kurangnya, adalah kubur dia kan? Tapi, ni macam dia dissolve in thin air. Entahlah dik, aku selalu doakan yang terbaik jer untuk dia,” pasrah Haiqal berkata dengan tidak menyebut namanya. Aku tahu dia masih lagi kecewa. Hingga ke hari ini Haiqal sering bangun sepertiga malam bermunajat kepada Allah s.w.t. agar dipertemukan kembali dengan Kak Eliz walaupun hanya untuk seketika.

“ Aku pun sama. Hopefully Kak Eliz selamat, walau di mana pun dia berada. Insya’allah. Tapi kan Qal, Nur Suffiyah pun aku tengok macam ok jer? Mana tahu dia dapat rawat hati kau yang terluka tu,” aku memberi idea yang dari tadi hinggap di mindaku.  

“ Aku serahkan segalanya pada Allah s.w.t. jer. Kau tu yang patut fikir pasal diri sendiri, tadi sebelum aku masuk sini aku terdengar Mummy dah bising dengan Daddy pasal kau dengan Arman. Sampai bila kau nak biar jer hal ni? Kau dah buat solat istikharah ke belum?” laju Haiqal menukar topic. Aku mendengus kasar. Dua kali hari ini aku kena brainwash pasal si mangkuk hayun tu. Tak puas hati betul!

“ Belum, tapi tak sengaja. Aku kunci jam nak bangun malam tapi tidur mati. Penat sangatlah. Lagipun aku tak nak fikir dah, bukan kau tak kenal Mummy, hitam keputusan dia, hitamlah kalau pink, pinklah jawabnya! Tak ada talian hayat,” aku cuba bergurau.

“ Kau tak nak kenal dia dengan lebih dekat ke? Aku tau kau dah kenal sangat dengan dia time kat U.S. but give him a chance. Mungkin dia dah berubah. Yelah, aku tengok kau pun makin renggang dengan Lisa dan Auni. Dulu tu selalulah juga korang shopping bertiga, tak pun midnight movie together. Akulah tukang driver kau,” Haiqal mengulang kembali waktu aku rapat dengan adik kembar Khairul Arman,

“ Dahlah Qal! Aku serahkan segalanya pada Allah s.w.t. jer,” aku berkata sambil mengenyit sebelah mata mengusik Haiqal yang menggunakan ayat serupa tadi.
Haiqal hanya ketawa kuat sambil keluar dari bilikku. Kenal-kenal? Tak payahlah, rasanya, sewaktu aku belajar di U.S. dah cukup untuk aku kenal siapa Khairul Arman yang sebenar! 

Sya harap korang semua suka dengan bab ni! Sya sedang cuba menghabiskan menulis sehingga bab yang terakhir. In Sya Allah. Doakan Sya ok? Spread the words and don't forget to share it!! ♥
xoxo