And ALLAH is Sufficient as a Guardian
And ALLAH is Sufficient as a Helper
~ Quran 4:45


Friday, 12 April 2013

Ms Egoistic Vs Mr Romantic 11 ♥

Hey lovelies! Lepas chit chat semalam, hari ni, as promised, Ms Egoistic Vs Mr Romantic 11!!! Keep your support going, spread the love and don't forget to share it around!! Much love peeps! 

Bab 11


Aku menilik diriku sekali lagi di hadapan cermin. Dress paras lutut, berlengan panjang, berwarna peach aku padankan dengan solekan nipis cukup untuk aktiviti aku hari ini. Aku mencapai tas tangan lalu keluar dari bilik sambil menjinjit wedges berwarna beige di sebelah tangan. Aku menarik nafas panjang sambil cuba untuk mengukirkan senyuman.

“Dah siap pun anak dara sorang ni. Cepatlah, dik, kita dah lambat ni,” Mummy bersuara dari pintu utama. Aku merenung wajah Kak Yana yang melemparkan pandangan simpati.

Aku menonong menuju ke kereta Haiqal yang menanti. Aktiviti hari ini melibatkan seluruh ahli keluarga, memandangkan Uncle Khairi ingin membuat perbincangan majlis sekaligus menetapkan tarikh untuk segala acara, merisik dan sebagainya. Sepanjang perjalanan aku hanya mendiamkan walaupun beberapa kali Haiqal bertanya tentang itu ini. Kesalkah aku, membuat keputusan hanya kerana sepotong ayat yang diluahkan oleh Mummy? Ayat yang menusuk ke dalam hatiku yang selama ini begitu keras menentang cadangan gila ini, boleh cair dalam sekelip mata. Kuasa Allah, sesungguhnya tidak mampu aku menolak. 
Aku mengeluh perlahan.

“Jangan mengeluh. Aku percaya ada hikmah disebalik segala yang terjadi. Walau apa pun yang terjadi, kau tetap adik aku, dan aku akan lindungi kau. Like I said before, kalau aku mampu gantikan tempat kau, aku sanggup,” kata Haiqal tenang dan airmataku mula mengalir.

“Aku tak tahu, I really don’t know. Kalau ini takdir aku, walau aku lari sampai hujung dunia, pasti masa akan memainkan peranan, dan waktu itu, mampukah aku untuk lari lagi?” aku menyoal perlahan sambil mengesat airmata di pipi.

“Jawapan tak ada pada aku. Walau seberapa practical kita berfikir, soal hati tiada jawapan pada logic. Kau wanita ketiga yang aku sayang selepas ibu yang tak sempat aku jumpa dan Mummy, so your happiness has always been my priority,” ujar Haiqal lagi sambil sebelah tangannya mengusap pipiku.

Aku hanya mendiamkan diri sambil memandang ke luar cermin kereta. Jika inilah namanya pengorbanan, aku akan laksanakan sebaik mungkin. Mungkin benar seperti kata Haiqal, mungkin ada hikmah, jika bukan sekarang, In Sya Allah, di masa hadapan. Aku menarik nafas perlahan. Kau kuat Erika! Kalau selama ini segala macam dugaan yang hadir, kau mampu hadapi, apalah sangat benda kacang macam ni! Aku bagai terdengar bisikan hati kecilku memberi semangat. Yes, I can do this! Semakin galak aku memotivasi diri sendiri. 
Setibanya kami di butik kawan Mummy, kelihatan seluruh ahli keluarga Uncle Khairi sudah berada di situ. Aku hanya bersalaman dan berlaga pipi ala kadar sahaja. Memang dah tak ada mood waktu ni. Macam nak balik jer.

“Best nyer, Kak Erika nak jadi kakak ipar kita kan? Lepas ni we’ll spend more time together,” teruja Auni bersuara yang mengundang senyum di bibir semua kecuali aku.

Aku hanya diam tidak berkutik. Perbincangan di sebuah bilik khas dalam butik bermula. Dari tarikh majlis ke tema sampailah venue segalanya di bawah ke tengah. Aku hanya menekur lantai apatah lagi bila aku dengar suara si mangkuk hanyun itu rancak mengeluarkan idea. Haiqal yang duduk disebelahku meramas lembut tanganku. Aku menarik nafas panjang sebelum mengukirkan segaris senyuman lalu memandang wajahnya agar kerisauannya beransur pergi.

“Mungkin kita boleh tanya Erika, what are her dreams for this wedding? She might have her own opinion?” tiba-tiba kedengaran suara Khairul Arman mencelah.

“Good idea. Erika sayang, you have any specific theme or colours that you might want to incorporate into your wedding?” tanya Auntie Khaty sambil tersenyum kepadaku.

“Well, Erika tak kisah sebenarnya. What I want is just a simple but elegant, something not to extravagant but still appropriate,” aku meluahkan keinginanku.

“Apa kata Erika tengok album ni dulu? Erika boleh pilih then we can discuss about it. Arman pula nak macam mana?” Kak Yana bertanya sambil menghulurkan album tema perkahwinan kepadaku.

“I’ll just go along with what Erika chooses. Arman trust dia untuk buat keputusan,” dia berkata sambil melemparkan senyuman padaku yang kebetulan sedang memandangnya.

Aku kembali menatap album tersebut sambil bertanya kepada Haiqal sedikit sebanyak tentang tema yang mungkin sesuai. Akhirnya setelah hampir dua jam aku menilik album tersebut dan ahli keluarga kami semua sudah siap berbincang tentang tema majlis pertunangan kami, barulah aku membuat keputusan.

“Erika rasa, I might like this Shabby Chic theme. It’s something not too extravagant tapi elegant and simple,” aku mengumumkan pilihanku.

“Aunty agree. Nampak cantik, pandai Erika pilih,” sahut Aunty Khaty.

“Nice, Mummy suka. Arman macam mana?” tanya Mummy padanya.

“I’ll go along with whatever my bride-to-be choose,” tenang Khairul Arman menjawab.

“Ok, great. Untuk korang punya pre-wedding photo, Qal sponsor. Nanti Erika boleh bawa kau pergi studio kita and korang boleh pilih theme,” Haiqal bersuara pada Khairul Arman.

“Really, Qal? You’re so sweet. Tapi aku nak kau handle boleh?” aku memeluk erat lengan sasa Haiqal sambil tersenyum manja. Haiqal menganggukkan kepala sambil mencuit lembut hidungku.

“Tengoklah tu. Dah nak kahwin dah, masih lagi dengan perangai manja tu. Sayang sangatlah tu Abang dia,” Mummy mengusik.

“Siapa tak sayang Abang, kan?” aku menjawab sambil tersengih.

“Sayang Qal jer. Then Abang tak sayang?” Abang Erik juga ingin mengusik. Aku hanya menjeling sambil tersenyum.

Bukan aku tidak perasan pandangan tajam yang dilemparkan oleh Khairul Arman. Well, Daddy dah pun beritahu mereka semua Haiqal juga anak Daddy. Aku cuba untuk tidak menghiraukan pandangan tajam si mangkuk hayun tu dan pura-pura memberi sepenuh perhatian pada perbincangan yang sedang dijalankan. Sesekali aku melentokkan kepala di bahu Haiqal, letih menanti kata putus dari Mummy dan Aunty Khaty, si kembar tu juga rancak memberi idea. Mereka ditugaskan sebagai pengapitku. Rasa sangsi muncul sekali lagi dari lubuk hatiku. Aku bagai berperang dengan diriku sendiri, untuk sebuah pengorbanan. Setelah hampir setengah hari menghabiskan masa, barulah segalanya sudah selesai. Ukuran badan juga sudah siap diambil. Aku menghela nafas lega, kerana memang aku langsung tidak menumpukan perhatian pada perbincangan tadi. Hanya mengangguk atau menggeleng bila perlu, selebihnya, aku lebih sibuk bermain game dalam telefon ataupun berbual dengan Haiqal.

“In Sya Allah, lagi dua minggu kita jumpa lagi lah ye? Hantar rombongan merisik dengan meminang sekali dengan pertunangan mereka,” Uncle Khairi mengakhiri kata sambil berjabat tangan kemudian berpelukan sebentar dengan Daddy.

“Akhirnya, berbesanlah kita Erina, dah lama kita tunggu saat ni kan?” Aunty Khaty pula menambah sewaktu berlaga pipi dengan Mummy. Aku sudah terkaku sebentar. Eh, bila masa pula hari pertunangan aku lagi dua minggu. Tak dengar pun!

“Well, apa kata, Along yang hantar Kak Erika balik? Mungkin, korang boleh berkenalan lebih dekat ke? Lagipun, Along tak ada program hari ni, ” Auni mengusul cadangan. Aku sudah menunjuk isyarat tak nak pada Mummy dan Daddy.

“Errm, terpulang lah pada Erika, Uncle dengan Aunty tak kisah,” Daddy sudah menjawab bagi pihakku.

“Eh, tak payah susah-susahlah, lagipun, tadikan adik datang satu kereta dengan Qal, nanti dia tak ada teman pula,” aku cuba menolak secara halus.

“Qal tak ada problem. Ala, dik, pergi jelah. Arman tak makan oranglah. Dia buat apa-apa kau report kat aku, taulah aku nak buat apa dengan dia,” Haiqal mengusik. Mukaku mula berubah merah padam.

“ Oklah, jom kita balik. Arman jangan bawa Erika keluar lama-lama pula,” Mummy mengingatkan. Dia hanya mengangguk.
Aku menarik lengan Haiqal ke tepi sebelum mencubitnya sekuat hati, “Kau kenapa dik? Sakit tau!” katanya sambil menggosok-gosok lengannya.

“Tak boleh backing aku ke? Aku tak naklah balik dengan dia,” aku merengek perlahan.

“Aku tau, but this is the chance untuk kau bincang dari hati ke hati dengan dia. Kenal diri dia dengan lebih dekat. He may not be the perfect prince charming yang selalu kau angankan, tapi aku tau, he’s the best for you,” Haiqal memujuk lembut.

“Aku tak nak! Kau tau tak, punya terkejut aku dapat tadi, bila Uncle Khairi cakap lagi dua minggu tunang. Biar betul, aku tak dengar pun tadi,” aku merungut lagi smabil membentuk mulut.

“Tulah, tak nak pay attention. Lain kali prihatin sikit. Dah jangan nak buat perangai, kau pergi balik dengan Arman. Bincang apa yang patut, ok?” sambung Haiqal dan kemudian dia mencium lembut dahiku. Aku mengangguk sambil memeluknya erat, meminjam kekuatan.

Aku hanya memaniskan muka menghantar mereka ke kereta masing-masing. Sebaik sahaja tiga buah kereta itu meluncur pergi aku menarik muka. Eii, bencinya dengan mangkuk hayun ni. Boleh pula dia setuju jer dengan idea gila ni! Geramnya! Pintu kereta sebelah pemandu dibukakan untukku, lalu pintu ditutupkan setelah aku masuk ke dalam. Kereta pun meluncur laju membelah jalan raya. Aku mendengus perlahan, kalau ikutkan hati memang aku jerit jer dekat mamat ni. Boleh pulak dia selamba jer, siap tersengih-sengih. Makin terbakar hatiku.

“You know what, tak payahlah you nak marah ke, mengamuk ke. It’s useless, lagi dua minggu, you’ll be my fiancée, cukup enam bulan kita tunang, terus kita kahwin,” Khairul Arman memulakan bicara.

“Suka hati I nak marah ke, nak mengamuk ke, can you just shut up?” aku menghambur kata.

Khairul Arman hanya tertawa sebelum menyambung bicara, “Tak elok cakap dengan bakal suami macam tu tau. Tapi you nampak makin cantik bila marah.”

“Oh please. I’m not at all flattered. Tak payahlah you nak guna ayat zaman tok kaduk tu ye. Tak laku! Perempuan sekarang dah educated, setakat words macam tu, you nak ayat budak sekolah pun tak lepas,” aku membidas katanya sambil menjeling tajam wajahnya. Dia memberhentikan kereta di bahu jalan.

“You ni kenapa stop kereta kat sini?” aku bertanya. Dahlah jalan raya lengang, kalau aku nak lari memang tak lepas lah.

“If words can’t flatter you, maybe some action might help,” dia sudah memandang tepat mataku sambil membuka tali pinggang keselamatan mendekatiku.

“You nak buat apa ni? You tak ada hak pada diri I, back off,” aku berkata tegas apabila tangannya mula mengusap pipiku. Dia mengukir senyuman yang menampakkan lesung pipit di pipi kirinya. Baru aku perasan, jika dia tersenyum lebar, baru lesung pipit itu muncul. Jarak wajahnya pula hanya beberapa inci sahaja dari wajahku. Kalau aku bergerak sedikit, pasti hidung kami bersentuhan.

“Soon, I akan ada hak pada diri you. Masa tu, selangkah pun I tak benarkan you lari dari I,” katanya lalu melekapkan dua jari pada bibirnya kemudian meletakkan dua jari itu dibibirku.

Aku menolak jauh tubuhnya lalu memandang hadapan, “Send me home now, Khairul 
Arman.”

Aku hanya mendiamkan diri sepanjang perjalanan. Rasa marah, geram, berdebar bercampur menjadi satu. Yang pasti, aku tidak tahu mengapa hatiku kini berdegup kencang walaupun ada sekelumit perasaan marah dengan perbuatannya tadi. Sampai sahaja di hadapan rumah, pantas aku keluar dari kereta dan meluru naik ke bilik. Tidak aku hiraukan Mummy dan Daddy yang sedang duduk di taman sambil berbual. Aku menghempaskan tubuh di atas katil sambil menatap siling. Mampukah aku hidup dengannya nanti?

Harap korang enjoy baca bab kali ini! Keep the comments coming in peeps! Perlu tahu apa pandangan anda semua!! Much love! Take care korang! 
xoxo

p/s: Lepas ni, akan start busy balik. Dah start new sem! Doakan saya ok? Final year!! 


  

No comments:

Post a Comment