And ALLAH is Sufficient as a Guardian
And ALLAH is Sufficient as a Helper
~ Quran 4:45


Saturday, 25 May 2013

Room Makeover In-The-Making!

Hi uolls!! Ok, alasan yang masih sama busy!! Sangat busy, lagi dua minggu nak test, pastu baru cuti dua minggu. Pulak tu, lepas project kitchen makeover haritu, sekarang gediks pulak nak buat room makeover, walaupun rasanya tak cukup 24 jam sehari. Tapi, tak guna ID lah. Koyak poket I, kalau guna khidmat ID juga. Buat sendiri jer, tukar cat, tukar furniture, tambah barang. Hurm, tak nak citer dululah, nanti dah siap, buat satu entry khas kat sini.

Sekarang masih lagi dalam process pilih cat bilik. Asyik argue dengan Hanna jer nak pilih colour apa. Almaklumlah, kita kongsi bilik, tu yang susah, takleh sesuka hati buat decision, mesti jugak tanya pendapat dia. Hurm, sambil sibuk dengan sekolah, memang sekarang asyik dok tengok kat internet Deko bersama Eric lah, Martha Stewart, macam-macam lagilah nak dapat inspiration punya pasal. Sambil mata baca nota, telinga dok dengar macam mana nak design bilik. Satu benda jer yang kita dah decide, nak bilik colour pastel, tapi belum pilih nak warna apa. Target nak habiskan room makeover ni, sebelum Raya. Harapnya sempatlah. Sekarang ni ada masa sikit jer, cabut terus pergi Ikea, dok tengok furniture apa nak letak dalam bilik.


Naik juling jugak tengok the wide range of colours by ICI Dulux. Pening sangat nak pilih, promoter tu ada jugak suggest, pergi customize. Wah, macam best gitu, tapi, tengoklah dulu macam mana budget. Ni pun, guna savings yang dikumpul waktu kerja part time. Oklah, korang, gotta go! Kalau ada idea nak kasi, drop your comments please. Perlu sangat, sebab target nak siap sebelum raya. Estimated, paling lambat, first week puasa. Oklah, korang, take care! Adios!
xoxo ♥

Tuesday, 21 May 2013

Ms Egoistic Vs Mr Romantic 12

Hi korangzzzz!!! Hari ni, upload bab 12 pulaklah! Tahu, saya dah hutang bab ni lama sangat. Sorry ok? By the way, sesiapa yang selalu baca blog and mengikuti industri artis ni mesti tahu cerita hangat pasal seorang artis yang gaduh dengan ibu dia. No need to mention names, but I'm sure you guys knew about it. In my opinion, sebelum korang sebelahkan mana-mana pihak, just be sure not to poke around too much. And, saya dapati dalam video kat Youtube and interviews from Melodi, hmmm, pakar psychology yang belajar pasal body language, you might be pro in this, sebab dari pergerakan tubuh, selalunya ia tidak menipu. Your mouth might lie, but your body language, never lie. Ini kerana, otak anda menerima isyarat yang anda berbohong, tapi yang keluar dari mulut lain, makanya, ia akan terserlah melalui mimik muka dan pergerakan tubuh. Walaupun saya tak belajar psychology, tapi saya pernah ambil course singkat untuk membaca body language dan juga facial expression orang. Apa pun, kita hanya mampu mendoakan yang terbaik agar segalanya selesai dengan segera. Oklah, terpanjang pulak komen pasal isu ni. Anyways, have fun reading!!

Bab 12

Tarikh sudah ditetapkan. Nak menyesal pun tiada guna. Apalagi yang perlu aku lakukan? Enam bulan dari sekarang, aku akan digelar Mrs Khairul Arman instead of Miss Erika Syakira. Cincin yang baru sahaja disarungkan di jari manis, aku pandang seketika. Berlian yang berkilauan itu tidak mampu mengubah perasaanku terhadapnya. Pantas aku menarik ia keluar lalu menyimpannya di dalam laci meja solek. Biarlah kalau ini mampu menebus kembali budi yang pernah dihulurkan, aku redha. Mungkin, inilah waktunya untuk aku membalas bakti Mummy dan Daddy yang sudah susah payah membesarkanku.
Masih aku ingat lagi senyuman Mummy yang tidak lekang dari bibir tengah hari tadi sewaktu majlis pertunanganku sedang dijalankan. Aku sudah berjanji pada diriku sendiri untuk tidak menghapuskan senyuman itu. Pintu bilikku diketuk dari luar dan terjengul wajah Abang Erik.

“Boleh Abang masuk?” tanya Abang Erik dari muka pintu.

“Hmmm, masuk jelah bang,” aku yang masih membelakanginya menjawab sambil mengesat airmata di pipi.

“Adik, you can talk to me. You knew that, right? Ever since the day you first met Arman, we seem to drift from each other. Kat office Abang tau, adik cuba elak jumpa Abang. Then, you come home late, duduk kat office, till I hardly see you. Pagi, adik orang pertama keluar, and the cycle went on. We used to be very close, Kak Yana pun pelik, adik tak keluar shopping dengan dia, you didn’t talk to my baby for a long time. Mesti your nephew rindu kat adik, sebab dia makin aktif tau dalam perut Kak Yana,” Abang Erik memulakan bicara setelah mengambil tempat disebelahku di birai katil.

“What else is there to talk about, Abang? Adik tak pernah sangka, this would happened. Bukan adik nak mengelak jumpa Abang or Kak Yana, cukuplah Haiqal seorang yang menunjukkan simpati kat adik. Kalau Abang and Kak Yana pun buat macam tu, mana adik nak dapat kekuatan? The sympathy of Haiqal alone is more than enough to make me breakdown, apatah lagi kalau both of you were to be the same,” aku merintih akhirnya sambil menyembamkan wajah di dada Abang Erik.

“Hey, jangan macam ni. Abang dah fikir, biarlah kalau Mummy marah, Daddy kecewa, kita semua malu, asalkan adik happy. Sebab kebahagiaan adik, will always be my happiness too. So, Abang rasa kalau adik betul-betul bantah dengan rancangan ini, I will arrange for you to be somewhere else for now. Macam adik missing gitu,” cadang Abang Erik sambil mengusap perlahan kepalaku.

“Adik belum gila lagi nak terima cadangan Abang tu! I know you’re trying to help, tapi dengan kecewakan Mummy, malukan semua orang, I doubt so. Tak apalah bang, biar adik balas budi Uncle Khairi tu,” tegas aku bersuara sambil memandang tepat ke dalam anak matanya. Abang Erik hanya mengangguk sebelum melepaskanku dari dakapannya lalu keluar dari bilikku.
***************************************************************************************************
Aku merebahkan diriku seketika. Sehari suntuk aku berteleku di dalam bilik sewaktu majlis pertunangan dijalankan. Penat aku dipaksa senyum untuk lensa kamera Dilla, memandangkan aku menggunakan khidmat syarikatku sendiri. Walaupun hanya saudara rapat dan jiran tetangga yang hadir, Mummy tetap memastikan majlis ini meriah. Sedang  aku hampir hanyut dalam lena, telefonku berbunyi nyaring di tepi telinga. Tanpa melihat gerangan yang menelefon, aku terus menjawab panggilan itu.

“Hi, fiancée!” ceria suara di hujung sana bersuara. Aku terkedu seketika. Kenapalah dia call?

“Hi. How can I help you, Mr Khairul Arman?” sinis aku bertanya. Memang tak akan berbaik punya aku dan dia.

“Kalau nak minta tolong baru boleh call you eh?” pertanyaanku dijawab dengan soalan juga. Sejak kejadian dia menghantarku pulang, langsung aku tidak bertemu dengannya. Walaupun untuk urusan rasmi, aku hanya menghantar pembantu yang ditugaskan sebagai assistantku sahaja.

“Tak adalah juga. You called me, just to say hi fiancée?” aku menyindir.

“What’s with the sarcasm? Saja nak dengar suara you. Yelah, orang tu tak sudi nak jumpa I, hal penting pun hantar assistant jer, call office P.A. you mesti cakap, Cik Erika meeting, Cik Erika keluar jumpa supplier, bla, bla bla, I’m sure you got her to screen your calls?” soal Khairul Arman sambil tertawa kecil.

“I tak nak diganggu. Besides, I memang busy. Nak handle EriQal Photoraphy, kerja kat office yang bertimbun, layan orang yang tak berhenti call office, tak dapat office, call handphone, tak dapat contact handphone, call Mummy I kat rumah, macam tak ada kerja lain. Lupa pulak, bos lah katakan, I ni masih makan gaji,” semakin sinis aku mengenakannya.

Kedengaran dia ketawa terbahak-bahak dihujung talian, sebelum menyambung bicara,“You’re so funny, sayang. I ingatkan, you tak tau I call, but why are you avoiding me? We are gonna be married soon, kita patut bincang as an adult pasal ni. Takkan dah kahwin nanti, kita masih nak bergaduh macam ni? I’m not getting any younger nak bergaduh ni semua,” Khairul Arman mula berlembut.

“I’m glad you sedar diri you tu dah tua. Tapi I lebih selesa kita macam ni,” aku membantah walupun hatiku sudah bergetar semacam saat dia memanggilku sayang.

“Well, sayang, I tau sekarang pun memang waktu you masuk tidur. Saja call you sebelum tidur, jadi I adalah suara terakhir yang you akan dengar. Goodnight sayang. Sweet dreams, mimpikan I ok,” ucap Khairul Arman sebelum aku mematikan talian. Hatiku sudah bermain irama yang aku sendiri tidak dapat tafsirkan. Aku memejamkan mata rapat. Erika, you are never this fragile. Berapa banyak godaan selama ini kau mampu tepis? Aku cuba untuk menepis suara yang hadir dari hati lalu segera memejamkan mata. Harapnya aku mampu lena hingga esok.
******************************************************************************************************
Aku menuruni anak tangga dan semua ahli keluargaku sudah berada di meja makan. Briefcase aku letakkan di sebuah kerusi kosong bersebelahan tempat ku duduk. Aku menyapu jem pada roti bakar yang terhidang tanpa menghiraukan mata yang memandang diriku. Lama kelamaan aku semakin tidak selesa. Aku memandang diriku dari atas ke bawah. Ada yang tak kena ke?

“Kenapa semua pandang adik macam tu?” aku bertanya pelik sambil memandang mereka satu persatu.

“You aren’t wearing your ring lady. Where is it?” tegas Mummy bertanya. Alamak. Macam mana boleh lupa nak sarung balik tadi. Aku sudah menayang sengih.

“Errm, ada kat dalam bilik. Well, adik tak nak pakai pergi kerja, sebab kadang-kadang kena masuk site, nanti hilang, naya,” aku mereka alasan.

“Abang cakap adik dah tak payah pergi site lagi. Kan dah janji gantikan dengan assistant adik jer?” Mummy bertanya pada Daddy. 

“Seems that you haven’t been reading the memo I sent, am I right?” Daddy menyoalku pula.

“Tak sempat nak baca. Besides, it’s only a ring Mummy. Chill lah,” aku cuba menjernihkan keadaan.

“Masuk bilik, pergi ambil cincin and put it on. Comprendre?(Understand?)” tanya Mummy tegas.

Oui, Je le ferai plus tard. (Ye, nanti saya buat)” aku menjawab acuh tak acuh.

“Sekarang Erika!” suara Mummy sudah naik satu decibel lebih tinggi. Pantas aku bangun lari ke bilik untuk mengambil cincin tersebut. 

Sengaja aku sarungkan ia di hadapan Mummy yang mula mengukir senyuman lebar. Aku menarik nafas panjang sambil melihat cincin yang kononnya direka khas untukku itu tidak langsung menarik perhatianku apatah lagi membeli jiwaku. Ternyata, dia silap jika dia fikir dia mampu untuk membuatku tunduk dengan perancangan ini, hanya dengan sebentuk cincin.   

Ok korang, harap korang enjoy bab kali ni!! Please, continue your support, and spread the love! Sayang korang semua!!! Take care! ♥
xoxo 

Wednesday, 15 May 2013

Huge Dilemma!!

Hari ni tak taulah nak mengadu nasib ke, nak mengeluh ke. Hmm, serious tak tahu! Ok, I know saya ni sangatlah irritating, tak upload story tapi dok citer yang tak ye tak bukan kan? But seriously, saya sangat perlukan nasihat dan bantuan anda yang sudah melalui atau sedang melalui zaman college kini. Saya sekarang dalam dilemma yang teramatlah besar. Tak tau macam mana nak buat pilihan. Nak pendekkan cerita macam ni.

Sejak dari sem 1 sampailah sem 3 saya memang dengan Group A sahaja. Memang kitaorang semua stick together. Selepas habis buat projek untuk sem 3, semestinya setiap cerita itu ada dramanya. Chop plus guarantee. Ni bukan cerita dongeng, rasanya semua orang pun laluinya kan? Waktu sem 3 tu, saya dengan ketua kumpulan saya jer waktu itu yang buat kerja, yang lain slack jer. Kita memang dah bagi banyak chance tapi still sama, and to make matter worse, diaorang ni bolehlah pulak screw our presentation. Ok, tak nak citer panjang, so lepas jer habis sem 3, kita semua macam berpisah gitu. Untuk saya, saya bersikap neutral, dengan semua saya bertegur sapa. Saya tetap baik dengan semua and tegur macam biasa. Tapi bila waktu nak buat projek berkumpulan, saya tarik diri dari Group A. Walaupun saya dan ketua Group A tu have very good working chemistry, tapi saya rasa, saya perlu keluar agar saya dapat bekerjasama dengan orang lain pula. I mean, you don't get to choose who you will be working with in your working life kan? Part ni, hadirlah Group B.

Ok, institute saya memang ada banyak budak international. So, Group A dulu, saya bekerja dengan semua local. Tetapi, Group B ni semuanya international. Pada saya, saya boleh bekerja dengan sesiapa sahaja. Saya sebenarnya tahu Group B ni macam menangguk di air keruh. Sebab, once diorang perasan nama saya tak bersama Group A, terus mereka offer saya. Like I said earlier, saya tak ada hal untuk kerja dengan sesiapa. Makanya, untuk sem 4, saya pun buat semua projek dengan mereka. Saya ni bukanlah seorang complainer or what. Saya ada buat satu projek seorang diri, sebab waktu itu sem break dua minggu, semua balik negara mereka. Saya pula tinggal jer sini, so saya terpaksa buat projek itu seorang diri. Nak buat macam mana, deadline first day of school, memang kelam kabutlah saya habiskan. Imagine, kerja berkumpulan saya buat seorang diri. Alhamdullilah, bila kita buat sesuatu tu ikhlas, InsyaAllah, pasti DIA membantu kita. Hasilnya, projek itu dapat A+. Memang mereka tak jangkalah. Lagi pula, memang ada seorang dari kumpulan tu rasa saya macam ambil alih tempat dia. Sebab selalunya yang lain semua dengar cakap dia, then bila saya join mereka, dia rasa tergugat.

Ok, so, korang dah tahu, ada Group A and B kan, sekarang untuk sem 5 ni, saya tersepit di tengah-tengah. Ketua Group A nak saya kembali dalam kumpulan dia. Memang waktu saya nak keluar dari kumpulan tu, dia halang habis-habisan, tapi alasan saya biarlah saya belajar kerja dengan orang lain pula. Then Group B pula, pandai-pandai letak nama saya dalam kumpulan mereka, sebabnya, sejak beberapa minggu ni saya tak berapa sihat so memang ambil MC dok rumah. Pergi sekolah dengan kepala nak pecah pun tak guna. So, diaorang terus buat keputusan tanpa berbincang dengan saya. Sekarang ni, saya pula semakin sakit, tak tahu nak pilih yang mana satu. Saya tak naklah sampai bermasam muka ke apa. Yelah, dah nak grad lagi satu sem, takkan nak buat hal pulak.

So, korang, please, saya perlukan sangat nasihat korang. Group A atau B? Betul-betul dilemma. Nak pergi dengan A nanti B marah, kalau pergi dengan B apa pula kata A? Korang, dengan sinopsis, cerita yang saya telah sedaya upaya pendekkan di atas, mana satu korang rasa saya patut pilih? Tolonglah. Really need your help. :( Oklah korang take care. Adios.
xoxo ♥

PLEASE TOLONG SAYA!!!!!!

Sunday, 12 May 2013

Selamat Hari Ibu! ♥♥♥

Selamat Hari Ibu saya ucapkan buat para ibu di seluruh dunia! Terutama sekali buat Mummy tercinta, Romini Binte Simin. ♥ Tidak kira apa jua panggilannya, Ibu, Mak, Mama, Ummi, Mummy dan sebagainya, anda tetap seorang ibu. Tempatmu tidak akan dapat diganti!

Untuk saya, Mummy adalah segalanya! She's my life, my world! Beliau adalah 'angel' yang diberikan oleh Allah s.w.t untuk saya, menjadi nadi dalam hidup saya dalam apa jua keadaan saya. No matter what situation I'm in, my downfall, my hard times, every single time, she will just be there.  She who accept all my flaws with an open heart and always so forgiving. Walaupun, ada ketika dia tidak dapat membantu menyelesaikan masalah, dia tetap disisi saya memberi sokongan padu, meniupkan kata semangat, cracking silly jokes, apa saja yang mampu dia lakukan hanya untuk melihat senyuman saya kembali. Dia seperti lilin yang membakar dirinya sendiri untuk melihat saya dan adik-adik bahagia. Walaupun Mummy sibuk dengan kerja, menguruskan hal rumah tangga, dia tak pernah abaikan kami. Saya pasti, ibu anda juga begini. Because, that's the nature of every single mother.

Mummyku, peminat setia Remy Ishak!!

Mummy adalah bestfriend pertama saya. Orang pertama yang saya akan minta pendapat walaupun untuk sekecil-kecil perkara. Sebabnya, dia akan jadi orang yang pertama mengkritik saya if I were to buy something that doesn't match me. Ada beberapa kali sejak kononnya dah jadi young teens, pergi shopping sendiri atau dengan kawan atau beli online, balik rumah tunjukkan Mummy apa yang saya beli, dialah orang pertama yang akan beri frank opinion tanpa selindung atau tapis. Lol. Sejak dari tu, memang serik, because I knew she knew what's best for me.

Anyways, to show my gratitude towards her for raising me for 18+ years (eceh, tetap nak maintain muda, sedangkan dah nak masuk 19), saya, Daddy dan adik-adik buatkan kitchen makeover untuknya. Kena share cost dengan Daddy sebab kita masih belajar, kerja pun part time. :( Tukar kitchen cabinet, semua serba baru, just for her. Even pilih her favourite colour for it. Sekarang ni dah separuh siap, tinggal nak buat singki and some other things. InsyaAllah, it'll be ready by this Thursday kalau mengikut kata ID yang kita hire.


Apapun, tak payah benda mahal untuk hadiahkan untuk ibu anda, just a simple wish. Sebenarnya, everyday should be a Mother's Day. Bukan hanya pada tarikh ini. Kita semua patut berterima kasih pada ibu kita setiap hari kerana sanggup mengandungkan kita selama 9 bulan 10 hari, menanggung kesakitan yang teramat sewaktu kita membesar dalam rahim mereka, dan setelah kita lahir, dia bukan saja ibu, tetapi dialah nurse yang merawat kita bila kita sakit, dialah chef yang memasak untuk kita sepanjang kita tinggal dengannya, dia juga alarm clock yang mengejutkan kita setiap hari untuk solat Subuh, semua adalah dia. Jadi sentiasalah kita berterima kasih dengannya. Mummy, you are indeed a supermom! I love you, Mummy!! ♥♥♥