And ALLAH is Sufficient as a Guardian
And ALLAH is Sufficient as a Helper
~ Quran 4:45


Wednesday, 15 May 2013

Huge Dilemma!!

Hari ni tak taulah nak mengadu nasib ke, nak mengeluh ke. Hmm, serious tak tahu! Ok, I know saya ni sangatlah irritating, tak upload story tapi dok citer yang tak ye tak bukan kan? But seriously, saya sangat perlukan nasihat dan bantuan anda yang sudah melalui atau sedang melalui zaman college kini. Saya sekarang dalam dilemma yang teramatlah besar. Tak tau macam mana nak buat pilihan. Nak pendekkan cerita macam ni.

Sejak dari sem 1 sampailah sem 3 saya memang dengan Group A sahaja. Memang kitaorang semua stick together. Selepas habis buat projek untuk sem 3, semestinya setiap cerita itu ada dramanya. Chop plus guarantee. Ni bukan cerita dongeng, rasanya semua orang pun laluinya kan? Waktu sem 3 tu, saya dengan ketua kumpulan saya jer waktu itu yang buat kerja, yang lain slack jer. Kita memang dah bagi banyak chance tapi still sama, and to make matter worse, diaorang ni bolehlah pulak screw our presentation. Ok, tak nak citer panjang, so lepas jer habis sem 3, kita semua macam berpisah gitu. Untuk saya, saya bersikap neutral, dengan semua saya bertegur sapa. Saya tetap baik dengan semua and tegur macam biasa. Tapi bila waktu nak buat projek berkumpulan, saya tarik diri dari Group A. Walaupun saya dan ketua Group A tu have very good working chemistry, tapi saya rasa, saya perlu keluar agar saya dapat bekerjasama dengan orang lain pula. I mean, you don't get to choose who you will be working with in your working life kan? Part ni, hadirlah Group B.

Ok, institute saya memang ada banyak budak international. So, Group A dulu, saya bekerja dengan semua local. Tetapi, Group B ni semuanya international. Pada saya, saya boleh bekerja dengan sesiapa sahaja. Saya sebenarnya tahu Group B ni macam menangguk di air keruh. Sebab, once diorang perasan nama saya tak bersama Group A, terus mereka offer saya. Like I said earlier, saya tak ada hal untuk kerja dengan sesiapa. Makanya, untuk sem 4, saya pun buat semua projek dengan mereka. Saya ni bukanlah seorang complainer or what. Saya ada buat satu projek seorang diri, sebab waktu itu sem break dua minggu, semua balik negara mereka. Saya pula tinggal jer sini, so saya terpaksa buat projek itu seorang diri. Nak buat macam mana, deadline first day of school, memang kelam kabutlah saya habiskan. Imagine, kerja berkumpulan saya buat seorang diri. Alhamdullilah, bila kita buat sesuatu tu ikhlas, InsyaAllah, pasti DIA membantu kita. Hasilnya, projek itu dapat A+. Memang mereka tak jangkalah. Lagi pula, memang ada seorang dari kumpulan tu rasa saya macam ambil alih tempat dia. Sebab selalunya yang lain semua dengar cakap dia, then bila saya join mereka, dia rasa tergugat.

Ok, so, korang dah tahu, ada Group A and B kan, sekarang untuk sem 5 ni, saya tersepit di tengah-tengah. Ketua Group A nak saya kembali dalam kumpulan dia. Memang waktu saya nak keluar dari kumpulan tu, dia halang habis-habisan, tapi alasan saya biarlah saya belajar kerja dengan orang lain pula. Then Group B pula, pandai-pandai letak nama saya dalam kumpulan mereka, sebabnya, sejak beberapa minggu ni saya tak berapa sihat so memang ambil MC dok rumah. Pergi sekolah dengan kepala nak pecah pun tak guna. So, diaorang terus buat keputusan tanpa berbincang dengan saya. Sekarang ni, saya pula semakin sakit, tak tahu nak pilih yang mana satu. Saya tak naklah sampai bermasam muka ke apa. Yelah, dah nak grad lagi satu sem, takkan nak buat hal pulak.

So, korang, please, saya perlukan sangat nasihat korang. Group A atau B? Betul-betul dilemma. Nak pergi dengan A nanti B marah, kalau pergi dengan B apa pula kata A? Korang, dengan sinopsis, cerita yang saya telah sedaya upaya pendekkan di atas, mana satu korang rasa saya patut pilih? Tolonglah. Really need your help. :( Oklah korang take care. Adios.
xoxo ♥

PLEASE TOLONG SAYA!!!!!!

No comments:

Post a Comment