And ALLAH is Sufficient as a Guardian
And ALLAH is Sufficient as a Helper
~ Quran 4:45


Sunday, 28 July 2013

Speechless Saturday!!!

Title terpaksa letak Saturday sebab berlaku semalam, tapi baru dapat tulis hari ini! So, what made me speechless yesterday? Hmm, kalau ada baca entri yang sebelumnya, saya ada tulis pasal nak gi Angsana kan? Ada salah info sikit, I thought it was his road tour, tapi sebenarnya program Astro. 

Need I say more?!

So, I pergi Angsana semalam sebab nak pergi jumpa dengan empunya diri Hafiz Hamidun. Yelah, peminat setia sejak 2006, maknanya masa saya umur 12 tahun! Percaya tak? Sekarang ni, dah nak masuk 19 years old! So, semalam balik jer dari kerja, Daddy pun fetch and terus pecut redah jam masuk JB. Sanggup? Mestilah! Since kita masuk awal, sampai JB pun baru masuk waktu Zohor, lepas solat jer, biasalah, naik patah kaki teman Mummy pergi shopping jelajah pusing satu Angsana! Sambil itu, merisik khabar lah dekat kedai CD, minta single Zikir Terapi Diri 2, tapi penjual tu kata dah sold out! Naik tingkat 3 pula, pergi kedai buku Badan tapi dorang kata stok belum sampai! Putus asa dah! Putus asa! Serious! So, dalam dah tak ada mood itu, tetap juga teman Mummy pergi shopping. Shopping barang raya sikit, dalam masa yang sama saya tukang menilai worth it ke tidak nak beli. 

Fast forward cerita, sampailah pukul 8 malam, event was supposed to start at 8, but there was a delay, so lambat sikit start, around 8.30. Sebenarnya, tak ada detail lengkap, about where was it held. Then, I serkap jarang jer, ingatkan event kat tingkat 2, yang selalu ada stage besar tu. Sekali kat atas ada comedians, nampaklah Azlee Senario, then mata tinjau kat tingkat satu yang ada stage juga, rupa-rupanya, Encik HH dah ada kat situ. Terkocoh-kocohlah gi sana! Chey, cerita macam lari marathon gitukan? Padahal turun escalator jer! Lol. 

Semua yang ada disitu dijamu dengan alunan zikir dari ZTD1. MasyaAllah, tak tergambar perasaan masa tu! Nak describe sini pun macam susah. Sambil mendengar tu, dalam hati tak henti-henti doa, dapat beli ZTD2. My bro, Syakir aka Fatfat sempat naik atas stage, jawab Q&A! 





Alhamdullilah, Allah itu Maha Mengetahui, DIA tahu yang saya ikhlas pergi sana sebab nak sangat beli. Nak dijadikan cerita, lepas habis event, Mummy & I pun approach, mulanya setakat bergambar, and I minta autograph untuk satu single Kasih Pada-Mu Koleksi Istimewa. Then kita move away from the crowd, tiba-tiba ada idea bernas dari Mummy, suruh order jer straight dengan Mr HH, so, kita approach lagi, this time round minta sign pula dengan phone cover. Ingat I jer, dengan Mummy sekali minta! Dalam tengah sign tu, Mummy pun usulkanlah cadangan, minta dua keping, one for me, another one for her!

Time ni, macam lega sikit kot, like ada harapan, sebab boleh order and get autograph sekali, tapi tak dapat on that day. Mr HH, was friendly, humble, very humble I shall stress on that & always smiling. Dia minta kita tunggu sekejap coz there were few others yang nak bergambar and ada penjual kat situ yang nak beri hadiah. Tetiba jer lepas dia terima hadiah, he came back to us with two of the CDs! Allahuakbar, waktu itu, rasa macam nak pitam. Saya anggap macam early birthday present jugaklah! (Early sangat, almost 2 months earlier!) Waktu nak bergambar dah menggeletar! Tak senonoh betul kan? So, it was a very speechless day for. Lepas dah balik itu pun, sampai tersengih sorang-sorang! However, dalam perjalanan balik tu juga on ZTD2! I tell you, korang tak akan menyesal kalau beli! Worth every single cent you spent on it!!




Actually kalau bergambar saya tak berapa suka sangat diri belah kanan sebab, my face angle kalau pandang depan straight to the camera atau senget sikit jer macam kat atas ni, memang tembam sangat! But, I feel gambar kat atas tu, macam kurang sikit, in fact boleh nampak cheekbone! Tak caya cuba tengok gambar lain, where I stand on the right. Rahsianya, dah almost 13 days makan Royal Slim Lishuo Magic! Ala, ubat yang pelakon Enot pun tengah makan tu! Ubat ini bukan boleh makan sembarangan. I sendiri makan pun ada mentor! Memang nak sangat trylah, sebab my mentor berjaya kurangkan berat badan from 142kg, then bila jumpa dia macam tak percaya, she lost half of her! So, InsyaAllah, tengah usaha untuk mengurangkan berat badan secepat yang mungkin! Lagi 7 days, nak kena check weight kurang ke tak. Ni nanti, kita cerita dalam entri lain ok! Take care lovelies! 
xoxo ♥



Thursday, 25 July 2013

Girls Talk: How To Know A Guy is Sincere With You?

Haah!!! Topic yang sangat hangat and of course mesti ramai yang nak tahu kan? Soalan ini selalu ditanya. Sebab? Sebabnya, kadangkala, kita sebagai ladies usually emotions lebih memainkan peranan jika nak dibandingkan dengan rationale dikala ingin buat keputusan. Tapi tak salah kalau kita guna instinct!
 
1. Respect
Lelaki yang ikhlas dengan korang mestilah ada satu ciri yang sangat crucial - R.E.S.P.E.C.T! Yes, dia perlu ada sikap menghormati! Respect your rights, your principles, your beliefs & most importantly YOU! Ini semua aspek yang perlu kita ambil perhatian sewaktu menilai. Kalau dia hormat kita, dia akan respect hak kita. So, if you date a guy & he's being touchy or disrespectful, then you absolutely know the answer! It's either you dump him or the vice versa will happen after he had enough!
 
2. Minta izin
Lelaki yang ikhlas & gentleman, bukan mentelman yer! Dia akan kenalkan diri dia dengan parents kita tanpa disuruh & minta izin untuk bawa kita keluar. Kalau korang date dengan lelaki yang sedaya upaya mintak rahsiakan your relationship from your parents, siblings. Sila berhati-hati! You will never know what he's up to. Kalau dia minta izin dengan parents kita, sekurang-kurangnya parents kita tak risau dengan siapa kita keluar dan sebagainya. Faham sangat dengan situasi sebegini! ;)
 
3. Accept your flaws
Secara jujurnya, setiap dari kita pasti akan ada kekuatan & kelemahan. Jika dia ikhlas, it's either he accept your flaws or complete your imperfections. Selalunya, ladies lebih terbuka dalam menerima kekurangan lelaki (this is a fact guys! Please don't take it too personal!)  Tapi, lelaki ni, always wants us to be perfect. Come on, ini realiti, bukan fantasi! You can't get the best of everything! Jadi, kalau
dia mampu terima diri korang dengan seadanya, you have the answer!
 
4. Advices you
Haah! Ini susah sikit nak dapat zaman sekarang! Lelaki yang akan tegur kita bila kita pakai seksi, ataupun selalu tegur kalau kita melengahkan solat. Lelaki seperti ini boleh dikatakan, hmm, maybe working towards extinction. Kalau dia selalu nasihatkan kita untuk berubah menjadi lebih baik, sama-sama guide & dia pun ubah diri dia, I tell you don't ever let this kind of guy go!
 
These are some of the points yang saya & my group of girlfriends discuss tempoh hari. Segala yang diatas bukanlah ditulis melalui statistics or whatsoever. Tapi, hanya perbincangan or coffee talk antara my gilrfriends & I! Saja suka-suka dan salah seorang dari mereka cadangkan I write it here! If you found a guy like this, sila marry him! Lol. Eh, jangan depend sangat on these, ikut instinct, buat solat istikharah, InsyaAllah mungkin dapat lelaki yang ikhlas mencintai kita kerana Allah s.w.t.
By the way kalau korang suka this segment of Girls Talk, leave a comment below & uolls boleh cadangkan nak saya tulis tentang topic apa and I will have another coffee talk with my girlfriends lagi & share our views here. Also, mungkin segment Girls Talk ini akan saya bawa lebih jauh and we can have a live chat together! So, tolong saya by leaving your thoughts in the comment box below! Sayang korangzzxc!
Take care lovelies! Till next time! Talk again soon!
Xoxo ♥

Friday, 19 July 2013

Ms Egoistic Vs Mr Romantic 14

Hey guys! Macam mana dengan puasa korang semua? Harapnya semua berjalan dengan lancar. Fasting in a city is so much different. Sebab itu, kalau saya dapat peluang balik ke JB, memang tak pernah sia-siakan. Drive sikit ada bazaar Ramadhan, sedangkan kat sini, susah betul nak ada bazaar Ramadhan, hanya di tempat-tempat tertentu. Walaubagaimanapun, saya sentiasa bersyukur. Bersyukur dengan segala nikmat yang Allah s.w.t. berikan, dan sentiasa melindungi saya dalam apa jua keadaan, kerana saya percaya, jika kita rasakan yang diri kita menghadapi kesusahan, pasti ada orang lain yang hidup dalam keadaan yang lebih susah ataupun memudaratkan. Ok, tak nak buang masa, presenting Ms Egoistic Vs Mr Romantic 14!

Bab 14

“Adik, air ketuban Kak Yana dah pecah!” Abang Erik memberitahuku kelam-kabut.

“Hah?! Abang diri sini lagi buat apa? Jom, kita pergi hospital,” aku sudah menarik lengannya menuruni anak tangga.

“Dengan baju tidur? Adik tukar baju dulu, Abang bawa Kak Yana masuk kereta. Adik drive, boleh? Abang macam dah lemah lutut ni,” pinta Abang Erik lagi.

“Yelah, Abang jangan panik. Tarik nafas, hembus. Tarik lagi, hembus! Ok, dah pergi bawa Kak Yana masuk kereta. Beg yang haritu adik dengan Mummy tolong siapkan tu, jangan lupa bawa,” pesanku pada Abang Erik yang sudah mencicit lari menuju ke biliknya.

Pantas aku sarungkan jeans dan t-shirt dengan cardigan. Aku merapikan rambut lalu pantas bergerak menuju ke kereta Abang Erik yang sudah menanti. Tanpa menunggu lama, aku menekan pedal minyak menuju ke Gleneagles Hospital Kuala Lumpur, sambil sekali sekala mataku memandang cermin untuk melihat keadaan Kak Yana di belakang. 
Aku lihat Kak Yana lebih relaks berbanding Abang Erik. Walaupun perlahan, telingaku menangkap dia sedang berzikir. Ya Allah, KAU permudahkan segala urusan dan KAU berikan kekuatan buat kakakku yang sangat aku sayangi.

“Adik, cepatlah sikit bawa kereta,” Abang Erik sudah bersuara. Aku nampak peluh halus di dahinya. Rasional Erika, dia tengah panik tu!

“Abang, I’m going at almost 180km/hr. Sabarlah, nasib baik tak ada traffic, tu depan tu hospital,” aku memuncungkan bibir menunjukkan lebih kurang 500 meter lagi kami akan sampai.

Kak Yana segera dibawa oleh petugas masuk ke bilik bersalin. Aku menunggu sendirian dengan sabar diluar, sementara Abang Erik menemani Kak Yana di dalam. Aku meraba poket jeans, nama Haiqal aku cari lalu aku menghantar pesanan ringkas padanya untuk memaklumkan pada Mummy dan Daddy. Haiqal confirm tidur mati! Aku menuju ke bangku yang disediakan sambil berdoa tanpa henti. Ya Allah, selamatkan Kak Yana dan anak saudaraku. Penat duduk, aku mundar mandir pula. Sesekali kepalaku menjenguk ke bilik yang pintunya ditutup. Tak pula aku dengar jerit pekik dari dalam.

“Erika!” satu suara memanggil. Siapalah pula ni? Dah nak masuk tiga pagi, dekat hospital pula. Janganlah aku nampak benda yang paranormal!

“Erika, kau tak kenal aku?” tanya seorang lelaki yang memakai kot putih yang sedang berdiri dihadapanku, mungkin doktor yang bertugas di sini. Aku mengamati wajah dihadapanku.

“Rayyan?” aku bertanya ragu-ragu.

“Ingat pun! How are you? Dengar cerita lepas SPM terus kau fly pergi U.S, then terus lost contact,” Rayyan memulakan bicara selepas kami berjabat tangan seketika.

“Fine, thank you! Cakap orang, yang kau tu lesap pergi Ireland, tak bilang aku pun,” aku memulangkan paku buah keras padanya.

“Well, tak sempat. Aku dapat offer last minute, terus aku daftar. Sekarang aku Paedritician kat sini. Kau buat apa kat sini?” dia bertanya.

“Kakak ipar aku ada kat dalam. Tak tahulah aku macam mana. Abang aku pula tak keluar-keluar dari tadi,” aku berkata risau.

“Siapa nama kakak ipar kau? Sebab kat dalam rasanya cuma ada dua patient yang tengah nak bersalin,” Rayyan menjelaskan.

“Riyanna,” pendek aku menjawab.

“Doctor, you are needed inside immediately,” seorang jururawat memanggilnya dari pintu yang tertutup rapat sejak tadi. 

“I’ve got to go. Kau jangan risau sangat, InsyaAllah, it’ll be a good news,” ujarnya penuh misteri lalu masuk ke bilik tersebut.

Sebentar kemudian Abang Erik keluar dengan wajah sayu. Aku segera mendapatkan Abang Erik yang bagai sedang menahan tangis. Wajahnya suram, aku terkedu. Ya Allah, jangan ada perkara buruk yang terjadi. Aku tahu, lama Abang Erik menunggu saat ini. Setelah hampir 4 tahun berkahwin baru dia diberi rezeki.

“How’s my nephew?” tanyaku tidak sabar.

“Adik, kita kena buat persiapan,” Abang Erik memulakan bicara. Aku pula sudah tidak sedap hati. Apa dah jadi ni?

“Persiapan apa? Abang, apa dah jadi?” aku sudah menggoncang bahunya sambil bertanya risau.

“Another set of all the things we bought! Abang dapat twins, but it’s a pair. Abang dapat a son and a daughter at the same time,” Abang Erik memberitahuku dengan gembira.

Wajahnya bercahaya, senyuman tidak lekang dari bibirnya. Alhamdullilah! Sengaja tau Abang Erik buat suspens. Sebentar kemudian Kak Yana dibawa keluar bersama dua bayi yang dibalut dengan kain berwarna pink dan seorang lagi berwarna biru. Aku tersenyum melihat wajah Kak Yana yang keletihan tetapi tetap tersenyum. Terpancar seri ibu diwajahnya. Aku pulang ke rumah dengan Abang Erik sebelum waktu subuh apabila semua urusan pendaftaran selesai. Aku memandu perlahan melepasi kabus pagi sambil menikmati keindahan di waktu pagi. Sesampainya sahaja kami di rumah, pintu rumah terbuka luas, aku nampak Mummy mundar mandir di ruang tamu. Aku masuk ke garaj dan belum sempat aku mematikan enjin kereta Mummy sudah meluru membuka pintu tempat penumpang. Hampir terjatuh Abang Erik, kerana dia tidur sambil bersandar di pintu, nasib baik pakai tali pinggang keledar.

“Ya Allah, Mummy awat kalut sangat ni?” kan dah keluar loghat yang aku selalu dengar rakan-rakanku di university dahulu selalu bercakap.

“Macam mana dengan Yana? Cucu Mummy ok tak?” tak menyempat Mummy menyembur soalan pada kami tanpa mempedulikan soalanku.

“Kita kena buat preparation Mummy,” aku menjawab sambil menundukkan wajah, aku sayukan suara untuk lakanon yang lebih real. Sebenarnya macam nak ketawa pun ada tapi aku tahan sambil memberi isyarat mata pada Abang Erik. Dia mengenyitkan mata seketika padaku.

“Erik, apa dah jadi?” kali ini Daddy pula bertanya, tetapi lebih tenang berbanding Mummy yang sudah menggoncangkan tubuh Abang Erik seperti mana aku lakukan tadi.
Aku cuba menahan tawa sedaya upaya tetapi akhirnya terlepas juga. “Adik, you spoil it!”

“Sorrylah Abang, tak tahan tengok muka gabra Mummy,” aku sudah bantai gelak disitu.

“Mummy, kita kena buat persediaan untuk seorang lagi ahli baru! Erik dapat twins! Sepasang,” dia mengumumkan sambil memeluk erat Mummy dan Daddy.
Aku memandang dengan gembira. Haiqal datang dan mereka berpelukan seketika juga, 

“Congrats, bro!”

“Tapi, kenapa masa scan dulu, tak dapat detect?” tanya Mummy kehairanan.

“Dahlah tu Ina. Jangan dipertikaikan keajaiban Allah s.w.t. Dah jom masuk! Hari ni papa kasi semua cuti,” aku sudah memuncung.

“Ala, tak aci! Adik kena jumpa mangkuk, eh, Arman, pasal finalized drawing plan,” aku sudah memuncung.

“Aci kat India!” Haiqal sudah menyakatku.

“Daddy!” aku sudah merengek manja.

“Oklah, adik tak payah masuk ofis, tapi jumpa Arman dulu, then cuti. Esok adik cuti lagi.”

“Yay! Sayang Daddy!” aku sudah memeluk Daddy lalu berlari naik ke bilik.

“Appointment pukul berapa?” laung Daddy saat aku sampai di tengah anak tangga.

“Pukul 10 pagi. Errm, Mummy nanti kejut adik dalam pukul 8.30 boleh? Nak tidur sekejap, lagipun adik tengah A.B.C” aku berpesan.
******************************************************************************************************
Kelam kabut aku masuk ke bangunan K.A. Corporations. Aku melihat jam di tangan, 10.15 pagi. Mesti aku kena sindir dengan si mangkuk hayun tu. Semakin pantas aku mengatur langkah agar cepat sampai. Agak tercungap-cungap aku dibuatnya sesampainya aku di meja receptionist. Makaii, ni office ke tempat opera cina, muka sebijik macam pelakon opera cina.

“Hai, morning, I, wakil dari SyaRina Holdings. I ada appointment dengan Mr Khairul Arman,” aku memaklumkan pada receptionist bermekap tebal di hadapanku.

“Sekejap, I check dengan secretary bos sekejap,” wanita itu segera berpaling lalu membuat panggilan telefon.

“Miss Erika, bos suruh you tunggu, sebab appointment you was supposed to be at 10a.m. tapi sekarang he’s in a middle of a meeting sebab, he thought you’re not coming. Come, I bawa you pergi bilik bos,” terang Tanya, setelah sepuluh minit aku menanti di ruang lobi.

“Miss Tanya, I’m sure you ada waiting room? I lebih selesa tunggu dekat situ, as compared in his room,” aku mengikuti langkahnya masuk ke dalam lif sambil tanganku cuba mengimbangi drawing plan dan beg laptop dalam satu tangan

“Ini arahan bos. I cuma terima and jalankan arahan yang diberi,” ujar Tanya sambil tersenyum ke arahku lalu menolak pintu bilik yang tertera nama Khairul Arman di depannya.

“You nak coffee or tea?” tanyanya lagi. Aku hanya menggeleng sambil melabuhkan punggung di sofa.

Aku memerhati sekeliling ruang bilik kerjanya. Citarasanya ternyata memang tinggi, lihat sahaja seluruh biliknya, berkonsep zen dan aku pasti, perabot yang terletak di bilik ini tentunya diimpot dari luar negara. Aku melihat jam sekali lagi, hampir jam 11. Manalah mamat ni? Aku bangun sambil mengambil segala barang yang aku bawa lalu menuju ke pintu.

“Ouch!” tanpa aku sedari pintu itu juga ditolak dari luar dan melanggar aku yang berada di belakang. Habis berterabur segala drawing plan di atas lantai, nasib baik beg laptop aku tidak jatuh. Pantas aku menunduk untuk mengutip barangku.

“Opps, sorry! Ya Allah, you buat apa kat belakang pintu?” tanya Khairul Arman yang juga sedang mencangkung untuk membantu aku mengutip drawing plan yang terlepas dari tanganku.

“I was about to leave! Yang you rempuh masuk tu kenapa?” aku bertanya, tidak mahu kalah.

“Mana I tahu, you kat belakang pintu ni, lain kali kasilah signal ke apa,” Khairul Arman menjawab.

“You ingat nak kasi signal macam kereta nak tukar lane ke?” aku membidas sambil merenung tajam wajahnya yang begitu hampir denganku, pantas aku bangkit untuk berdiri.

“Dahlah, I tak nak gaduh dengan you. Memang tak akan menang. So, you nak re-schedule or just go on?” tanya Khairul Arman.

“Since you dah ada kat sini, just go on. Besides, tak kuasa I nak datang sini lagi just for this meeting,” aku menjawab kasar.

Aku mula membentangkan drawing plan yang telah aku, Haiqal dan Suffiyah lukis secara terperinci padanya. Kadangkala dahinya seperti berkerut, adakala pula dia hanya mengangguk. Aku juga membuka laptop untuk menunjukkan lakaran 3D yang telah aku buat, agar dia mampu melihat dengan lebih jelas reka bentuk keseluruhan projek ini setelah ia selesai.

“So, Mr Khairul Arman, any objections?” aku bertanya sambil memandang wajahnya. Dia yang masih ralit melihat lakaran 3D di laptopku segera mengangkat muka.

“Well, I think it’s impressive but…”

“But what? You nak reject ke?” pantas aku memintas sebelum dia habis berbicara.

“Can you let me finish my sentence? I have to seek approval dari my dad dulu, tengok apa dia cakap,” dia menghabiskan ayatnya yang potong sebentar tadi.

“Pasal tu, Daddy I dah discuss dengan Dato’ Khairi and he says it’s fine. Cuma, Dato’ nak I present kat you pula,” aku menerangkan.

“Well, it’s set then. I can say I’m satisfied with the drawings and of course your presentation,” katanya sambil mula berjalan mendekatiku.

Dia melonggarkan tali lehernya lalu meletakkan ia di tempat khas menggantung kot kemudian membuka tiga butang atas kemejanya mendedahkan dada bidangnya lengan bajunya juga disinsing hingga ke paras siku. Janganlah si mangkuk hayun ni buat yang bukan-bukan. Sempat aku berdoa dalam hati. Pantas aku mengemas segala barang-barangku. Kalau boleh aku mahu segera meninggalkan pejabatnya yang cukup melemaskanku. Satu sebab lagi adalah aku sudah tidak sabar untuk bertemu dengan anak-anak saudaraku. Dalam tidak sedar Khairul Arman sudah berdiri rapat di belakangku. Kalau aku bergerak sedikit pastinya aku berada dalam pelukannya.

“Boleh tak you behave? Please step aside, I’m taking my leave,” pintaku perlahan tetapi tegas.

“Kalau I tak nak behave? We are engaged, nak takut apa?” nakal dia menjawab. Aku dapat rasakan dia sedang memandang belakang tubuhku.

“Pertunangan tak memberi you lesen untuk buat sesuka hati you. Anything can happened, mungkin I akan batalkan majlis perkahwinan, atau I jumpa lelaki lain and lari ikut dia atau…”

Belum sempat aku menghabiskan kata, Khairul Arman membalikkan tubuhku agar berhadapan dengannya. Wajahnya mula memerah, nafasnya kasar menampar wajahku. Aku terkedu seketika. Pantas aku menolak tubuhnya menjauhiku lalu mengangkat segala barangku dan segera menuju ke pintu.

“We need to talk,” pendek dia berkata.

“Nak cakap apa lagi? I dah setuju dengan perkahwinan ini, what else is there to talk about?” aku berpaling kembali ke arahnya.

“Mummy call I semalam. Dia suruh kita bincang how are we going to lead our marriage,” tenang dia menjawab sambil duduk santai di sofa.

“You jangan nak mengada panggil Mummy eh. Belum masanya lagi. Well frankly speaking, I tak ready for this marriage. Kalau boleh I nak tangguhkan dulu,” akuiku jujur.

“Be ready! I tak akan tangguhkan perkahwinan ini, full stop!” keras dia menjawab. Isy, mangkuk hayun ada mood swing ke apa, sekejap cakap lembut, sekejap kasar.

“Perkahwinan ni tak akan ditangguhkan Encik Khairul Arman! Sebab walau macam mana I merayu atau menangis air mata darah sekali pun, keputusan kedua parents I muktamad, and I’m living with this fact that in less than 4 month time, I’ll have to live with a complete stranger,” lantang aku menjawab. Rasanya, staff dia kat luar boleh dengar kata-kataku ini.

Sekali lagi dia menghampiriku, lalu menyentuh lembut pipiku, “Kita akan sama-sama belajar untuk hidup bersama. I tak akan paksa you untuk buat apa yang you tak nak, I akan terima segala kelebihan you, kekurangan you, dan I harap you pun begitu. I have a lot of flaws dan I harap kita akan saling melengkapi satu sama lain.”

Aku bagai kehilangan kata dengan tutur katanya yang begitu lembut menampar gedegang telingaku, “Are we going to stay here forever? I tak kisah, tapi Abang Erik cakap you dah janj nak pergi hospital kan? Kita pergi sama ok, tadi I dah janji dengan Abang Erik, I’ll drop by.”

“Well, what can I say you dah janji dengan Abang Erik, but kita naik kereta asing-asing. I tak nak tinggalkan kereta I kat sini,” aku menjelaskan lalu segera keluar dari bilik itu.
Aku memandu dengan perasaan yang berkecamuk. Lebih menambahkan kekusutan kepalaku kini, kereta Khairul Arman betul-betul di belakangku, dan dari cermin pandang belakang, aku nampak dia sering melihatku. Aku membelok memasuki carpark yang tersedia di hospital tersebut. Pantas aku mematikan enjin lalu mengeluarkan hamper yang sempat aku beli pagi tadi. Aku nampak dia juga mengeluarkan sebuah hamper dan sejambak bunga dari keretanya dan kami beriringan masuk ke dalam.

“Assalamualaikum,” aku memberi salam sewaktu masuk ke dalam executive suite yang menempatkan Kak Yana. Riuh rendah bilik itu dengan tawa dan sekali sekala tangisan si kecil. Aku bersalaman dengan semua di situ sebelum menghampiri Kak Yana dan mencium pipinya lalu meletakkan hamper di atas meja.

“Waalaikumsalam, dah sampai pun merpati dua sejoli ni. Ingat terlupa dah, janji nak jumpa kat sini,” Datin Erina mengusik sewaktu Khairul Arman menyalami tangannya. Aku yang sudah melabuhkan punggung di sebelah Kak Yana hanya menjeling.

“Congrats, Abang Erik, and of course, you hot mama!” Khairul Arman mengucap tahniah.

“Mummy, nak dukung baby,” aku sudah bangun lalu mendekati Mummy yang sedang mendukung baby girl.

“Adik ni reti ke tidak?” Datin Erina bertanya.

“Isy, Mummy nikan! Retilah, dulu adik kan temankan Kak Yana pergi course nak handle baby,” aku menjawab sambil memuncung sedikit.

“Yelah,” dengan berhati-hati bayi bertukar tangan.

Aku melihat wajah putih kemerahan yang sedang enak tidur. Perfect combination of Abang Erik and Kak Yana. Aku menyentuh hidung mancung bayi tersebut. Subhanallah, indahnya ciptaan-Mu. Tanpa aku sedari Khairul Arman sedang berdiri hampir dengan diriku, sama-sama menilik wajah si kecil.

“Hah! Dah ada tokoh tu korang. So, kahwin nanti, cepat-cepat dapat baby juga. Lain tau rasa timang anak saudara dengan timang anak sendiri,” usik Haiqal yang dari hujung bilik sambil ketawa. Aku menolak sedikit tubuh Khairul Arman lalu aku menjauhinya. Dia hanya tersengih-sengih dengan usikan itu, manakala yang lain sudah ketawa besar. Aku membentuk mulut lalu menjeling tajam Haiqal.

“Kau jangan nak banyak cakap, diri sendiri tak kahwin lagi cakap orang. Mummy, haritu kan Qal cakap nak suruh Mummy carikan calon, dia nak buat majlis sekali dengan adik,” aku mengenakannya kembali sambil menghulurkan bayi itu kepada Daddy.

“Ya ke Qal? Alhamdullilah, termakbul juga doa Mummy,” Datin Erina sudah tersenyum senang. Aku pula sudah mengekek mentertawakan Haiqal. Tulah, kenakan aku lagi.

“Eh, Mummy jangan dengar cakap adik tu. Merepek jer dia. Adik, janganlah kenakan aku macam ni,” Haiqal sudah merayu. Wajahnya mula cuak. Aku hanya ketawa.

“Assalamualaikum,” satu suara dari pintu memberi.  Hampir serentak kami semua membalas.

“Rayyan! Kau buat apa kat sini?” aku menyoalnya.

“Eh, kenal ke?” Abang Erik bertanya.

“Kenallah! Kawan adik time sekolah dulu. Mummy, Daddy, Qal, this is Rayyan, Dr Rayyan. Ingat tak kawan adik masa sekolah dulu? Abang kenal ke?” aku memperkenalkan sambil Rayyan bersalaman dengan mereka semua.

“Apa pulak tak kenal. He’s the one taking care of your nephew and niece,” Erik Syakir menerangkan.

“Apa khabar Dato’,Datin? Actually, I dah off duty. Here’s a little something for you,” Rayyan menghulurkan sebuah hamper pada Abang Erik sambil tersenyum.

“Tak payahlah panggil Dato’, panggil jer, Uncle denagn Auntie,” mesra sekali Dato’ Syariq meminta.

Khairul Arman berdehem kuat. “Oh, lupa nak kenalkan! This is Khairul Arman and Arman, this is Dr Rayyan,” sengaja aku tekankan perkataan doktor itu sewaktu mereka berjabat tangan.

“Abang kau juga ke? Bukan kau ada dua abang jer ke?” tanya Rayyan padaku. Aku menangkap jelingan tajam Mummy dan wajah tegang si mangkuk hayun itu.

“Errmm, actually, he’s my fiancĂ©,” teragak-agak aku memberitahu.

“La, bukan nak bilang dah tunang. Tengok ni anak bertuah Aunty dengan Uncle, saya ni best friend dia pun bukannya tau nak jemput. Apa punya kawan,” gurau Rayyan setelah membisu selama beberapa saat.

“Dah lost contact. Nak buat macam mana? Yang aku ada pun email kau jer, tu pun aku tak sure masih active ke tak,” aku membela diri sambil menumbuk perlahan bahunya.

“Kau ni kan masih ganas macam dulu, tapi dah tak debab lagi lah,” usik Rayyan lagi.

“Kau panggil aku debab?! Kau tu tembam,” aku membalas sambil tertawa.

“Eh, dahlah. Gaduh dengan kau sampai esok pun tak habis. Aunty, Uncle, saya minta diri dulu. Dah janji nak keluar dengan kawan,” Rayyan meminta diri.

“Kawan ke dating? Hmm, jomlah aku hantar kau keluar,” aku keluar menghantarnya keluar hingga kami dalam 50m jauh dari pintu bilik Kak Yana.

“Dude, sorry tau. Serious, kalau aku tau kau masih active pakai email tu aku dah contact kau,” serba salah aku mengatur bicara.

“Hey, babe, kau ni kenapa? Aku tak marahlah, cuma kecewa jer kot, tak dapat nak tackle kau,” gurau Rayyan lagi.

“Kau ni aku serious lah!” aku sudah menepuk bahunya sekali lagi.

“Aku pun serious! Dah aku nak kena gerak ni. This is my card, kau take care ok,” katanya lalu menepuk pipiku perlahan dan berlalu pergi.

Aku menyimpan kadnya di dalam tas tangan lalu berpaling untuk kembali ke bilik Kak Yana. Khairul Arman sedang berdiri tidak jauh dari situ. Aku terkaku seketika tetapi hanya menayang wajah selamba. Dengarkah dia perbualan antara aku dan Rayyan? Aku cuba membaca riak wajahnya tetapi gagal! 

Harap korang semua enjoy baca bab kali ini! Till next time peeps! Take care! ♥ Much love! 
xoxo

p/s: Mesti korang tahu cerita hangat yang sedang diperkatakan pasal pelakon yang kahwin dua. Sama-samalah kita doakan agar isteri pertamanya diberikan kekuatan, ketabahan dan semangat yang gitu untuk mengharungi hari-harinya. Sangat menyayat hati sewaktu saya membaca puisi nukilan hatinya siang tadi. :'( 

pp/s: InsyaAllah, jika tiada aral yang melintang, pada 27hb nanti saya akan turun padang di Plaza Angsana untuk menghadiri tour Zikir Terapi Diri 2 by Hafiz Hamidun. Tak sabar nak beli Vol 2 sebab yang Vol 1 bukan sahaja beli album, siap DVD sekali, yang ada visual tu! 

Monday, 15 July 2013

Seindah Ramadhan


Seperti yang saya tulis dalam the previous entry, pasal nak pergi Bazaar Seindah Ramadhan anjuran TV3 & TV9. Hah, memang betul-betul pergi redah! Kitaorang sampai Angsana agak awal, so memang tak berapa jam lagi, parking pun dapat dekat. Alhamdullilah! Sambil tunggu pukul dua, sempat jenjalan, beli barang sikit. Lepas zohor, terus pergi bazaar, memang dah ramai orang. So, kita pun terjingkit-jingkit, terjenguk-jenguk, kot ada gerangan artis dah sampai, tapi belum lagi. So, mingle around, tengok-tengok, camwhore. Biasalah! ;) 


Time ni, orang semua tengah distracted dengan soalan yang diajukan oleh emcee, sebab artis stuck dalam jam. Ok, faham. Mummy dengan Daddy sempat jawab soalan, dapat dua goodies bag! So, buat apa lagi, ambil banyak lagi gambar. Actually, yang banyak ambilkan gambar mestilah unofficial photographerku, Mummy terchenta. Hihihi! 

♥ Daddy & Mummy!!! ♥


Yang ni, ambil sendiri ok! Yeyy, dah tinggi dari Mummy! 


Not long later, artis pun sampai, memang ramai giler yang menyerbu once dorang pergi ke booth. Paling teruk dikeremuni, of courselah Mr Hot- Adi Putra. Jangan cakap orang lain, saya dengan Mummy pun pergi kejar! Security dok iring, orang nak ambil gambar pun kena marah! :( Sedih giler!!! So, kita dok kejar, dengan harapan dapatlah bergambar tapi hampeh! Tapi, takper, sebab dapat near shot! Jadilah dari tak ada! 

                       
Mr Hot agihkan bubur lambuk guys! 

Kita pun dapat, satu dari Adi Putra, lagi satu dari Zoey Rahman! Gurau dengan Mummy, tak payah makan, kita preserve jer bubur ni! Lepas itu, masuk display cabinet! Lol! Bila Hanna dengar, habis dia bantai gelak satu Angsana, sampai rasanya kalau dia boleh guling kat situ, dia guling! 

Ahhhh!! Fangirling!!!

Ok, time dapat ambil gambar dengan Zoey, memang menggeletar tangan! Sumpah! Yelah, kita biasa tengok dalam TV jer! Waktu nampak dia, macam ok jer, sekali, bila berhadapan, I was stumped! Kelu punya pasal sampai dia cakap Hai, pun tak terjawab! Agaknya dia fikir, 'Bisu ke budak ni!?' Lol! Dahlah, kena tolak dengan orang belakang, tapi still sempat jugak ambil gambar ni! 

                             
 Eh, ingatkan kita jer fangirl! Mummy pun sama! 


Dan lagi! Yang ni, sumpah nak tergelak! Aiman was extremely tall! Gila punya tinggi, sampai bila nak ambil gambar dengan Mummy, and Mummy tak tahu macam mana nak match height dia tolong betulkan camera! Hahaha! Terus terbantut niat nak ambil gambar dengan dia, takperlah! Malu wey! 

Sempat beli barang yang dijual kat san. Dah namanya bazaar amal, bukan setakat jumpa artis! So, harapnya those yang pergi pun ada beli barang yang dijual. Kita tak stay sampai habis, lepas Mummy beli kuih-muih dekat booth Demi Dia, terus kita chow! Sebab nak pergi bazaar Ramadhan dekat Perling! Ada gerai favourite ikan bakar! Sedap gileerrr! Tu, cerita post lain ok! 

Hari ini, citer pasal ni jerlah ok? InsyaAllah, nanti upload bab seterusnya! Take care lovelies! Much love! ♥
xoxo


Saturday, 13 July 2013

CONFESSION! CONFESSION! CONFESSION!!

Assalamua'laikum semua! Salam subuh, selamat menjalani ibadah puasa buat semua muslimin dan muslimat walau di mana jua anda berada. Alhamdullilah, buat masa ini, saya dapat menarik nafas lega kerana masalah yang saya hadapi sudah menemui penyelesaiannya. Sesungguhnya, doa itu adalah senjata orang mukmin. Anyways, tak nak ulas lebih-lebih pagi ini. Hurm, saya ada mendapat cadangan dari seseorang untuk saya menulis serba sedikit tentang diri saya. So, let's get started!


  1. Sejak kecil, saya memang ada satu bad habit, saya suka gigit kuku. Walaupun, saya taklah makan kuku, tapi, saya sebenarnya takut dengan nail clipper. Nak dijadikan cerita, Mummy atau Daddy selalunya akan memotong kuku kami pada hari Jumaat, so sebab takut dengan nail clipper, saya pun just bite my nails. Kalau nervous pun saya macam nak gigit tapi tak buatlah, depan orang ramaikan! Dulu Mummy pernah tanya kenapa saya gigit kuku? Jawapan saya, 'I don't want you to waste money on nail clippers!' Lol!
  2. Saya seorang yang gila kasut! Seriously, Mummy sampai fed up dengan saya, kadang tu, belum pakai kasut ni, dah beli kasut baru. Kalau nak tahu, lebih dari separuh tempat rak kasut tu, semua kasut saya. Dari, sneakers to pump shoes, Mary Jane shoes, wedges, heels. Macam-macam rupa, macam-macam bentuk. Family saya semua memang berkaki besar, tapi saya sedikit bernasib baik, sebab saiz kasit saya adalah saiz yang terakhir, atau orang kata saiz paling besar dekat kedai kasut biasa. Saiz 9! Besar kan? Tapi, adik saya tak muat kasut saya, sebab saiz dia lebih besar, jadi memang kasut adalah satu benda yang saya tak perlu share. Hihihi!
  3. Saya juga seorang yang sangat sensitive! Katalah, tengah tengok drama ke, cerekarama ke,(yang sedihlah) confirm menangis. Nanti mesti jadi bahan dalam family, semua pakat gelakkan saya. Part ni, memang malu yang teramatlah. Kata budak lasak, sekali tengok drama nangis! >.<
Oklah, hari ini, share yang ni jer dulu ok? Malulah nak cerita lebih-lebih! Anyways, pada mereka orang JB, jangan lupa turun bazaar Seindah Ramadhan pada hari ini, dari 2ptg-7mlm! Saja jer promote, sebab saya pun nak turun gak! Tengok-tengok apa yang dijual, sambil itu, kalau ada yang berkenan beli sebab, saya pun nak merebut peluang membeli sambil beramal! So, kalau terserempak tu, tegur jerlah ok? 

Monday, 8 July 2013

Ms Egoistic Vs Mr Romantic 13

Salam buat semua readers yang setia membaca walaupun tak update. First thing first, nak ucapkan jutaan terima kasih buat mereka yang sudi hantar email and PM dekat FB bertanyakan keadaan diri ini dan juga pada mereka yang mendoakan yang baik-baik untuk saya. Thank you so much. Much appreciated. Walaupun segalanya belum selesai, but life has to go on. Dalam setiap ujian itu pasti ada hikmahnya. Saya redha. Anyways, nak congratulate my cousin yang selamat melahirkan seorang baby girl on the 24th of June 2013, which officially meant anak buah saya yang pertama. Welcome to the family, Aryana Malaika. InsyaAllah ada masa kita share photos sini, haritu waktu pergi lawat baby, tak dapat dukung pun, coz tengah flu. Tak naklah jangkit dekat baby. Sibuk jenjalan dari satu mall ke satu mall sebab nak cari hamper, in the end, buat custom made punya. Senang jer, korang pilih barang yang korang berkenan, then dorang akan tolong kita buatkan hamper. Ok, tak nak sembang lelama. Jangan lupa share Ms Egoistic Vs Mr Romantic ok?

Bab 13
Aku mendengus geram kerana terpaksa menyarungkan dress labuh dengan potongan sweetheart di dada untuk pre-wedding photoshoot. Memang menyeksakan! Mulanya memang aku tak nak pergi sebab plan last minute, lepas tu, boleh pulak si mangkuk hayun tu ugut aku nak nak pergi buat shoot dekat Paris. No, thanks! Jangan harap aku nak pergi mana-mana dengan dia! Sudah dua bulan berlalu sejak hari pertunangan kami, dan selama dua bulan inilah aku kerap dihantui dengan panggilan telefon dan sms darinya. Bunga coklat, jangan cakaplah, dah tak terkira berapa banyak aku sedekahkan kat budak-budak kat office aku tu. Aku menarik muka panjang tanda protes. Wajahku masih lagi dirias oleh Hanan sementara menanti Azri dan Dilla menyiapkan set. Manalah pula Haiqal ni? Janji nak jumpa kat sini. Aku mengerling seketika ke arah Khairul Arman yang sedang sibuk berbicara dengan sesorang melalui telefon sejak tadi. Kalau busy sangat, sibuk pergi plan untuk photoshoot ni buat apa? Ingat aku pun banyak free time ke macam dia? Aku mendengus sekali lagi.

“Kak Erika ni kenapa? Relax lah. Takkan Kak Erika nak buat muka cemberut macam ni depan kamera? Senyum lah sikit, tension tau Hanan tengok. Nak makeup pun tak boleh concentrate,” Hanan cuba membuat lawak.

Aku hanya mengukir senyuman nipis buat seketika, “Kalau Hanan tension, Kak Erika ni tak taulah, nak pecah dah kepala ni. Kat rumah macam tu, kat sini macam ni. Pening kepala, kerja kat ofis nak kena settle lagi.”

“Biasalah tu Kak Erika, nak kahwin ni bukan senang. Tapi, Hanan tabik dengan Kak Erika, walaupun modern, open-minded, career driven, bab jodoh family arrange. Sweet sangat! Dulu Hanan kahwin pun pilih sendiri,” Hanan mula membuka cerita.

“Awak tu gatal, sebab tu umur baru 20 tahun dah kahwin. Tapi, kalau lelaki tu baik, tak ada sebabkan parents Hanan nak tolak. Anak Hanan sekarang dah berapa tahun?” aku menyoal tentang anak tunggalnya.

“Dah nak masuk setahun enam bulan. Makin lasak, sekarang ni pun mak Hanan yang jagakan buat sementara waktu. Nanti dah masuk dua tahun, Hanan ingat nak hantar childcare jer. Kalau Hanan nak tanya something, Kak Erika marah tak?” takut-takut Hanan bertanya. Aku memandangnya dari pantulan cermin memandangkan dia sedang mendandan rambutku pula, lalu menggeleng.

“Kak Erika yang cantik lagi vogue ni tak pernah ada boyfriend ke? Yelah, mana tau, dulu Kak Erika pernah frust ke, then dah give up dengan lelaki terus suruh Datin carikan,” Hanan menyoal lagi.

“Tak pernah. Kawan lelaki ramai, tapi kalau nak ada relationship tu memang tak pernah. Hanan sendiri nampak macam mana punya protective Qal tu. Kalau ada orang nak try tackle, tiba-tiba jer dia muncul. Macam tahu-tahu jer,” aku menjawab sambil tertawa kecil bila teringatkan kenangan itu. Bukan sekali dua terjadi, malahan sampai tak terkira.

“Abang Qal memang protective. Tapi macam mana Kak Erika boleh terima family arrangement ni?”

“Hmm, panjang sangat nak cerita. Anggap je macam sebuah pengorbanan yang Kak Erika buat demi sebuah perjanjian antara dua pasang sahabat. Senang! Mula-mula memang Kak Erika tak agree, then satu malam tu, Kak Erika tersentuh sangat dengan kata-kata Mummy Kak Erika and I made the decision right there and then. Kak Erika ada buat solat istikharah, tapi tak dapat pentunjuk apa-apa pun. Entahlah Hanan, Kak Erika sendiri tak tahu nak buat apa lagi. I just hope I didn’t make a wrong decision,” aku menjawab perlahan. Air mula bertakung di kelopak mata, pantas aku kerdipkan mata agar ia tidak jatuh dan merosakkan solekan Hanan.

“Hanan doakan Kak Erika bahagia dunia akhirat. InsyaAllah. Wanita sebaik Kak Erika, tak layak untuk disakiti. By the way, janganlah kita sedih-sedih, nanti affect mood Kak Erika pula kat set. Kak Erika tau, hari tu, kita cover satu couple photoshoot. Muda lagi, ingat nak kahwin, rupanya ambil couple photo. Muda tu satu hal, boleh pulak dia request nak buat K-Pop theme, tergelak kitaorang sekejap. Tak cukup tanganlah kita buat research. Nasib si Dilla tu pun, minat K-Pop,” Hanan bercerita sambil ketawa. Aku pula sudah mengekek geli hati. Macam-macam kerenah client.

“Tulah, budak sekarang. Entah apalah yang dia nampak kat mamat mata sepet tu. Pelik Kak Erika tengok. Kalau Hindustan tu lainlah,” ujarku sambil terkenang wajah-wajah hero kegemaranku.

“Kak Erika pun layan Hindustan ke? Eh, samalah kita! Hanan kalau dah tengok Hindustan, memang satu kerja tak siap. Suami Hanan pun kadang-kadang bising tengok Hanan berjaga sampai lewat malam nak tengok Hindustan punya pasal!”

“Tulah, bilik Kak Erika tu penuh gambar Hrithik Roshan! Ada sekali tu, Mummy Kak Erika ugut nak buang semua barang Kak Erika sebab degil leka sangat tengok Hindustan. Ni pun, dia dah mula bising, sibuk suruh turunkan semua poster yang Kak Erika tampal kat dalam bilik.”

“Tu mesti Kak Erika, nanti bakal husband Kak Erika marah. Tapi, Hanan tengok tunang Kak Erika tu ok. Handsome, tinggi, sasa pulak tu. Muka dia memang ada character nakal sikit, mungkin cheeky, tapi bukan jenis bad boy,” Hanan memberi komen.

“Aik, sejak bila jadi pakar tilik muka orang ni?” aku bertanya.

“Betul! Dia mesti romantic, Kak Erika tengok gaya dia, hai, cair sekejap. Kalau muka macam tu, sepuluh kali kena paksa kahwin pun Hanan sanggup,” gedik dia meluahkan kata. Aku mencubit lengannya sambil ketawa. Macam-macam budak ni. Dah jadi mak orang pun perangai macam budak-budak.

“Kak Erika, set dah siap. Boleh masuk sekarang,” Azri berdiri di muka pintu menantiku untuk dibawa ke bilik sebelah. Dengan dress kembang lagi meleret disertakan dengan stiletto yang aku pakai, memang sukar untuk aku berjalan sendiri.
Aku bangun dari duduk lalu berjalan menghampiri Azri dan menyambut tangannya, “Abang Qal dah sampai?”

“Belum, dia kata jumpa kat outdoor set lepas ni. Sebab dia kena turun site sekejap, ada hal,” Azri menerangkan sambil berhati-hati memimpinku menuju ke bilik studio.

Aku hanya menganggukkan kepala sambil melangkah perlahan sambil berpegang kejap pada lengan Azri. Tak pernah seumur hidup pakai stiletto setinggi ni. Macam nak jatuh pun ada. Sebaik sahaja aku masuk, aku lihat studio itu sudah bertukar wajah, nampak simple, tetapi, classy, ditambah dengan hiasan bunga ros segar, memang cantik. Aku pandang wajah Khairul Arman yang tidak lepas dari memandang tanganku yang berada pada lengan Azri. Kenapa dengan mamat ni? Azri pula aku lihat sudah seperti tidak selesa dengan pandangan yang diberikan oleh Khairul Arman. Aku pula semakin galak buat muka tak tahu sambil cuba menahan tawa. Lantaklah, dia nak fikir apa, ada aku kisah! Dia merenung wajahku tajam dan aku membalas pandangannya tanpa gentar.

“Dah siap pun Kak Erika! Lawanya, macam princess,” Dilla cuba menyelamatkan keadaan  sambil matanya membuat isyarat pada Azri agar membawa aku menuju ke arah Khairul Arman. Aku hanya berdiri kaku bersebelahannya.

“Boleh tahan jealous juga tunang Kak Erika tu eh! Sampaikan dengan si Azri tu pun dia nak cemburu,” bisik Dilla padaku sambil tertawa perlahan sewaktu dia menghulurkan sejambak bunga padaku.

“Jangan nak merepek! Dia dah ambil single shot ke belum?” Dilla hanya mengangguk.
Aku mula mengayakan pose seperti mana yang Dilla mahukan. Solekan pada wajahku pula perlu dibaiki setelah beberapa shot diambil memandangkan aku kerap berpeluh disebabkan bahang lampu chandelier yang dipasang juga dengan aksi spontan si mangkuk hayun itu yang bagai sengaja mengambil kesempatan.

“Kak Erika, I need you to focus. Kalau Abang Qal tengok gambar-gambar ni, memang dia marah nanti, out of 20 shot yang Dilla ambil ni, cuma lima jer boleh pakai, lain semua tak boleh,” Dilla mula membebel.

“Ya ke? Meh, Kak Erika tengok,” aku berjalan ke arahnya yang sedang meneliti gambar dalam laptop. Hisy, masak aku kalau Qal tengok gambar ni. Memang tak ada quality.

“Dah start all over again. Tapi, Kak Erika nak buat single shot dulu. Lepas Kak Erika dah habis, baru kita redo shot ni” aku memberi arahan.

“Yes, boss! Tapi maybe kita kena rush, dah janji nak jumpa Abang Qal, remember?” Azri mengingatkanku. Aku mengangkat ibu jariku bagi menjawab pertanyaannya memandangkan Hanan sedang sibuk membetulkan solekan diwajahku.
**************************************************************************************************
Aku dan Haiqal masuk ke dalam rumah dengan wajah lesu. Aku mencampakkan kasut di rak kasut tanpa menyusun memandangkan keletihan telah menguasai diri. Aku merebahkan diri di atas sofa bersebelahan Qal sambil menghela nafas panjang. Aku melentokkan kepala di bahu Haiqal lalu perlahan-lahan membuka mata yang sejak tadi terpejam.

“Tolonglah jangan buat kerja gila macam ni lagi,” aku berkata lemah sambil merenung wajahnya dalam-dalam.

“It’s once in a lifetime thing adik. Kahwin ni bukannya an annual thing, jadi aku nak this be a memorable one for you,” Haiqal menjawab sambil mencuit hidungku perlahan.

“Hah! Dah balik pun dua beradik ni. So, macam mana dengan photoshoot tadi, best?” tanya Datin Erina yang tiba-tiba sahaja muncul bersama Dato’ Syariq.

“Ok,” sepatah aku menjawab.

“Ok jer? Qal, mana gambar tu semua?” tanya Datin Erina lagi. Kali ini lebih mendesak.

“Mummy, sabarlah. Gambar semua nak kena masuk editing room dulu. Budak-budak tu janji, lepas habis wedding nanti dorang hantar sekali dua album, wedding dengan pre-wedding. Qal nak tanya ni, Mummy nak berapa copy? Tanya adik, dia jawab tanya Mummy,” Haiqal membetulkan duduk lalu memandang wajah Datin Erina silih berganti Dato’ Syariq.

“Hmmm, satu untuk family Aunty Khaty, satu untuk rumah kita, satu untuk dekat wedding nanti, lagi satu untuk adik letak kat rumah dia,” Datin Erina mula mengira.

“What? Rumah adik? Siapa cakap adik nak pindah?” aku sudah duduk tegak.

“Yelah, takkan adik nak tinggal sini pula? Maybe Arman ada plan lain ke?” Abang Erik pula muncul sambil memimpin tangan Kak Yana untuk duduk sekali bersama kami. Takut pula aku tengok perut Kak Yana yang besar dari biasa. Katanya, bila-bila masa saja lagi Kak Yana boleh bersalin.

“Entah! Belum bincang lagi pasal benda ni,” aku menjawab acuh tak acuh.

“Adik jangan main-main. Lagi 4 bulan jer kot majlis korang. Bila nak bincang?” Datin Erina mula meleteri anak bongsunya yang hanya mengambil sambil lewa tentang perkahwinannya.

“Dahlah tu Ina. Awak jangan serabutkan sangat kepala awak dengan hal budak berdua ni. Taulah mereka nak uruskan, nanti dorang ok jer, awak pula yang sakit,” Dato’ Syariq bersuara apabila melihat isterinya lebih kalut berbanding dengan puterinya.

“Yes, I promise to get things sorted out. Sekarang adik nak naik atas, mandi and rehat. I’m shagged,” aku meminta diri.

“Dah solat ke belum ni, adik?” Dato’ Syariq mengutarakan soalan.

“A.B.C!” pendek aku menjawab tanpa menoleh ke belakang.

Aku membersihkan diri lalu merebahkan badan sambil berguling-guling di atas katil. Aku memandang poster Hrithik Roshan yang berada di dinding. Hai, aku nak Hindustan, dapat pula si mangkuk hayun tu. Hmm, badan memang dah sama, all buffed up, tinggi sikit jer dari aku dan alis matanya itu sangat menggoda. Hesy! Macam mana pula aku boleh terbayang dan terpuji dia pulak ni? Oh, tidak! Erika Syakira get back to reality! Kau benci dia! Tapi, tadi hati kau berdebar hebatkan waktu photoshoot tadi? Satu suara pula membangkang. Aucun! Tak! No! Fikiranku melayang jauh sewaktu outdoor photoshoot tadi.
***************************************************************************************************
Kami tiba di Perdana Botanical Garden hampir setengah jam lambat. Haiqal sedang bersandar pada keretanya dengan mengenakan kaca mata jenama Ray Bans yang aku hadiahkan untuknya sewaktu aku pergi bercuti. Nasib baik aku sudah tidak mengenakan dress yang merimaskan itu lagi, kali ini pakaian kami lebih kasual. Aku melompat keluar dari kereta lalu segera mendapatkan Haiqal.

“Sorry, lambat! Jangan salahkan dorang, aku yang salah,” aku sudah berdiri di hadapan Haiqal yang berlagak kayu sambil membuat muka comel.

“Abang Qal, sorrylah. Tak sengaja! Errm, lighting rosak, tu yang delay sekejap,” Dilla pula mereka alasan.

“Betul Abang Qal, janji tak buat lagi,” Hanan sudah mengangkat tangan seperti berikrar.

“Yelah, tak boleh Abang nak marah lama-lama,” Haiqal sudah mencubit pipiku lalu menuju ke arah Azri yang sedang memunggah alatan keluar dari kereta. Dahiku sudah berkerut menahan kesakitan. Aku lari mengejar langkahnya lalu menepuk lengannya kuat. Geram tau, nanti pipi aku berbekas siapa nak jawab.

Kami menuju ke lokasi yang telah dirancang oleh Azri untuk memulakan aktiviti. Aku mengenakan kaca mata hitam sambil beriringan jalan dengan Dilla dan Hanan. Aku memandang sekilas ke arah Khairul Arman yang mengenakan kemeja putih lengan panjang yang disinsing hingga ke lengan dipadankan dengan seluar slack hitam, dia juga mengenakan kaca mata hitam dari jenama yang sama dengan Haiqal. Aku pula mengenakan dress paras lutut berwarna krim yang diperbuat dari kain lace.

“Dilla, boleh tak kalau pakai specs, panaslah,” aku bertanya.

“Hmm, since tengah panas ni. Bolehlah, tapi kalau tempat teduh, tak payah pakai eh. Errm, Abang Arman pun kena pakai tau,” Dilla menjawab.

“Thanks, nak shoot sini ke?” aku menunjukkan tempat.

“Yup, diri situ. Abang Arman, Dilla trust Abang nak buat pose apa, just like dalam studio tadi,” Dilla mula memberi arahan. Haiqal pula hanya memerhati sambil mengangkat ibu jari padaku. Aku membalas dengan menjelir lidah padanya.

“Co-orporate with me dear. You nak buat hal depan Qal juga ke?” Khairul Arman berbisik perlahan ditelingaku sambil berdiri dekat di belakangku. Aku menjarakkan diri sedikit sambil merenung tajam wajahnya melalui kaca mata hitamku.

“You jangan nak buat pasal, boleh tak?” aku sudah tidak tentu arah apabila dia memeluk erat pinggangku dari belakang.

“Nice one! Kalau coorporate macam ni, cepatlah kita habis kerja,” Dilla memuji.
Khairul Arman semakin galak menggayakan aksi dan mengawal gerakan tubuhku agar mengikut rentaknya. Aku pula bagai dipukau hingga tidak sedar yang kami sudah beberapa kali bertukar lokasi. Akhir sekali kami bergambar di hadapan waterfall, saat matahari hampir terbenam. Kami berdiri berpandangan dan dia mengambil tanganku lalu meletakkan didadanya, lalu dia melingkarkan tangannya pada pinggangku lalu mendekatkan wajah. Aku dapat merasakan hembusan nafasnya yang menampar wajahku. Aku memejamkan mata rapat-rapat.

“What are you trying to do?” bisikku kasar sambil melurutkan tanganku dari dadanya.

“Hey, relaxlah dear! Just go along with me. Trust me, I takkan buat apa-apa, lagipun Qal dekat situ. I belum gila untuk buat tak senonoh kat adik kesayangannya ni,” Khairul Arman menjawab perlahan lalu membetulkan kembali posisi tanganku.
Khairul Arman kembali mendekatkan dirinya dan aku pula semakin cuba menjauh tetapi tangannya kejap memeluk pinggangku. Wajahku mula terasa bahang. Aku memandang anak matanya dan dia mendekatkan wajahnya sehingga hidung kami bersentuhan. Jantungku sudah berdegup tidak sekata. Aku menelan liur. Kesat!

“Perfecto!” jerit Dilla lalu mengejutkan kami yang hanyut dalam pandangan masing-masing. Aku hampir terjatuh tetapi diselamatkan oleh pelukan kemas Khairul Arman di pinggangku.

Aku menjarakkan diriku jauh darinya lalu menundukkan wajah. Macam mana aku boleh tenung dia macam tu? Aku beredar menuju ke arah mereka meninggalkan Khairul Arman bersendirian di situ. Perasaan malu mula menguasai diri, ditambah dengan usikan Haiqal, Dilla, Hanan dan Azri, akhirnya aku hanya mendiamkan diri. Sedari tadi, dia memandang tajam wajahku dan aku pula sudah tidak keruan.

Ketukan bertalu-talu dari luar kamar mengejutkan lamunanku, habis melayang segala peristiwa siang tadi yang bermain bagai rakaman di kepalaku. Dengan malas aku bangun sambil mataku mengerling ke arah jam di dinding. 2 pagi! Kenapalah pula ni? Aku membuka pintu dan melihat Abang Erik sedang tercungap-cungap di hadapanku. 

Harap korang enjoy bab kali ini!!! Sayang korang semua! Muackzzz!