And ALLAH is Sufficient as a Guardian
And ALLAH is Sufficient as a Helper
~ Quran 4:45


Tuesday, 2 July 2013

Rabbi Yassir Wala Tua'ssir Ya Karim

Rabbi Yassir Wala Tua'ssir Ya Karim

Saya tahu lama dah tak update sampai tempat ini dah bersawang. Sepuluh jari kuhulur memohon kemaafan. Kesibukan yang tidak terhingga, tidak termasuk segala macam masalah yang timbul. Apalah kehidupan tanpa cabaran? Tak akan teguh iman tanpa ujian. Sesungguhnya, saya mengharapkan doa kalian agar segalanya baik-baik sahaja, agar saya diberikan kekuatan yang bukan sedikit untuk menghadapi segala kesulitan. Bukan senang hidup di sebuah tempat dimana majoritinya bukan beragama Islam. Terlalu banyak yang perlu ditepis, bukan sahaja godaan, tetapi tekanan, fitnah. Bukan mudah untuk berdiri teguh, menegakkan kebenaran, segalanya bukan mudah.

Bukanlah perkara yang asing tatkala berhadapan dengan orang yang talam dua muka. Bukanlah perkara asing jika dipinggirkan, bukan juga perkara asing dimana hanya satu kesilapan kecil mampu meruntuhkan segala yang dibina. Hanya kerana beragama Islam. Mungkin kerana itu, selalunya ramai yang akan cuba mengikuti jalan hidup mereka agar diterima, agar mudah untuk mendapat apa yang dihajati. Terlalu banyak contoh dihadapan mata. Nauzubillah, minta dijauhkan.

Tetapi, saya bersyukur, didikan agama yang diberikan Mummy dan Daddy membantu saya mengharungi segala cabaran. Antaranya, sepotong doa di atas banyak membantu dalam menjalani kehidupan seharian. Sesungguhnya, setiap hari saya amalkan, memohon pada Allah s.w.t. agar segala urusan dipermudahkan. Sewaktu di sekolah, di tempat kerja, walau dalam apa jua situasi saya sering mengamalkan doa ini. Alhamdullilah, segalanya pasti akan dipermudahkan. 

Hanya sedikit perkongsian yang dapat saya berikan pada hari ini. InsyaAllah, dalam masa terdekat dan jika ada kelapangan, saya akan upload bab seterusnya. Mohon doa kalian semua. TQ. Harap korang semua dapat manfaat dari perkongsian ini dan harapnya korang juga amalkan. Take care. ♥
xoxo

p/s: Tak sabar nak tunggu album Zikir Terapi Diri 2, Hafiz Hamidun keluar!! 

No comments:

Post a Comment