And ALLAH is Sufficient as a Guardian
And ALLAH is Sufficient as a Helper
~ Quran 4:45


Saturday, 24 August 2013

Ms Egoistic Vs Mr Romantic 16

Hi uolls! How have all of you been? Harapnya semua sihat belaka and happy selalu dengan insan tersayang. Anyways, lama kan tak update bab terbaru, so here goes!

Bab 16

Aku duduk diam di tempat di sebelah Haiqal. Kini dia pula mengambil alih tugas memandu pulang. Aku dapat lihat sinar yang berbeza pada wajahnya. Semoga apa yang telah aku rancangkan berjaya. Aku membaca beberapa mesej yang aku terima dari Miya yang mengingatkanku tentang temujanjiku juga si mangkuk hayun yang sejak tadi tidak henti-henti menghantar mesej. Dia tak tahu ke aku masih sakit hati dengan dia?

“Hah, kau ni kenapa, nak masuk Tanjung Rambutan ke? Kejap sengih, lepas tu buat muka macam cokodok basi pulak,” Haiqal memandang wajahku silih berganti dengan jalan di hadapan.

“Kau ni, drive tu tengok depan jerlah. Menyibuk tengok aku apehal,” aku membalas kata.

“Adik, sekilas ikan di laut, sudah ku tahu jantan betinanya,” Haiqal berperibahasa.

“Apa kena mengena dengan ikan pula ni? So, pandai tak aku atur plan?” aku cuba menukar topic.

“Budak ni, mengelak jer tau. Mana kau dapat info? P.I yang aku upah tu pun tak dapat info macam yang kau dapat,” ujar Haiqal lagi.

“Cerciter sikit apa jadi tadi, please…” aku meleretkan suara sambil membuat muka comel. Sekali lagi aku cuba mengelak dari menjawab pertanyaannya.
*********************************************************************************************************
“Sorrylah. Adik saya memang macam tu, ada jer plan dia,” Haiqal memohon maaf pada Nur Suffiyah yang sudah mengambil tempat Erika Syakira.

“Tak apa. Lagipun, tujuan saya datang sini pun, mungkin dapat merungkai segala persoalan yang ada dalam fikiran awak selama ini,” tenang Nur Suffiyah memulakan bicara.

“Apa maksud awak? Saya kurang jelas,” Haiqal sudah mengerutkan dahi, cuba merungkai kata-kata Nur Suffiyah sebentar tadi. Haiqal merenung tajam wajah di hadapannya. Ya Allah, kenapa setiap kali aku pandang dia, aku nampak wajah Elizabeth.

“You tetap macam Qal yang I kenal dulu,” kata-kata Nur Suffiyah terhenti di situ. Matanya mula berkaca memandang wajah bekas kekasihnya itu.

“Elizabeth? No, that’s impossible. Walaupun saya selalu nampak Eliz dalam diri awak, tapi ini semua mustahil,” ujar Haiqal sambil memegang kepalanya.

“Elizabeth Annie Thomas adalah Nur Suffiyah Binte Abdullah. I orang yang sama Qal,” Nur Suffiyah sudah menggengam tangan kanan Haiqal yang berada di atas meja.

“Ya Allah, Eliz, 6 tahun I cari you, 6 tahun Eliz! I tak pernah putus asa, tapi setiap usaha I gagal, and now here you are in front of me,” Haiqal mengerdipkan matanya cuba menahan air mata yang bakal tumpah.

“I tahu. Adik dah cerita segala-galanya. I minta maaf Qal, I hilang begitu saja. It’s a long story,” Nur Suffiyah membuka cerita satu persatu.

Sewaktu dia sampai di Malaysia, ayahnya sudah pun meninggal dunia. Memandangkan dia anak tunggal, jadi dia melupakan hasrat untuk pulang ke Michigan lalu berhijrah bersama ibunya ke Australia. Dia pula menyambung pengajiannya di University of Melbourne agar sentiasa dapat bersama ibunya. Di Australia juga, dia mendapat hidayah dari Allah s.w.t. lalu memeluk agama Islam. Semasa dia di tahun akhir pengajiannya, ibunya pula meninggal dunia dan dia kembali ke Malaysia semula dengan harapan untuk melupakan segala kenangan pahit yang pernah dia lalui.

“Ya Allah, Eliz, kenapa you tak cari I?” tanya Haiqal.

“I malu sangat. I tahu you dengan Erika menanti kepulangan I, but I terus hilangkan diri after I went back to Malaysia. I tak call, tak sms, even tak reply every single email yang you dengan Erika hantar walaupun I baca setiap satu,” jawab Nur Suffiyah sambil mengelap air mata yang jatuh di pipi.

“Eliz, you tak sepatutnya fikir macam tu. Sekurang-kurangnya you boleh inform kita what happened. Ini, you seem to just vanish from Earth,” Haiqal meluahkan kata.

“Qal, I harap you panggil I Nur jer, and saya rasa lebih sesuai kalau kita guna panggilan saya awak. Sebab saya tak nak kita terperangkap dalam kenangan lama,” pinta Nur Suffiyah.

“Nur, saya harap awak juga seperti saya, menanti agar segala angan-angan yang pernah kita bualkan dulu menjadi kenyataan,” lembut Haiqal berkata sambil menggengam erat tangan Nur Suffiyah.

“Qal, saya tak pernah lupa setiap kenangan kita, impian kita, janji kita dan Alhamdullilah sehingga ke hari ini, saya masih setia menanti walaupun saya tahu harapan untuk bersama awak terlalu tipis. Tetapi, saya tak pernah berhenti berdoa agar saat ini hadir dalam hidup kita. Terlalu lama rasanya saya berpura-pura dengan awak, sakitnya hanya Allah saja yang tahu,” ujar Nur Suffiyah bersama linangan airmata.
*********************************************************************************************************
Masih terngiang-ngiang lagi di telingaku tentang cerita pertemuan Haiqal dan Nur Suffiyah. Sesungguhnya, cinta mereka terlalu utuh, kesetiaan mereka tiada bandingnya. Pantas aku berlari keluar dari bilik dan menuju ke bilik Haiqal, aku mengetuk sekali lalu terus menyerbu masuk.

“Qal, aku ada cadangan baik punya!” aku sudah terjerit di hadapannya.

“Adik, kau ni kenapa? Terperanjat aku,” tercampak telefon bimbitnya dari tangan. Oopps, Haiqal sedang berbicara dalam telefon.

“Kau tengah berbual dengan siapa? Kak Nur eh?” serkapku laju. Wajah Haiqal yang mula kemerahan cukup memberi jawapan. Pantas aku merampas telefon itu dari tangan Haiqal dan aku buka loudspeaker.

“Assalamualaikum Kak Nur!” aku memberi salam dengan riangnya. Dia menjawab salam sambil tertawa kecil.

“Dahlah, kasilah aku chance. Kau masuklah balik bilik kau, berbual dengan Encik Tunang,” Haiqal menghalauku.

“Hmm, yelah! Nanti aku cakap dengan kau. Bye Kak Nur,” pantas aku berlalu dari bilik itu, walaupun apa yang ingin katakana belum sempat diluahkan.

Aku menuju ke ruang TV di mana aku nampak Abang Erik sedang duduk santai sambil menonton action movie. Hisy, ni lagi seorang Abang aku, dah jadi bapa orang pun perangai tak berubah. Dia terlalu leka hinggakan tidak menyedari kehadiranku. Pantas aku melabuhkan punggung di sebelahnya lalu melentokkan kepala di bahunya. Aku nampak dia menekan butang pause lalu berpaling sedikit memandangku.

“Hah, kenapa dengan adik Abang ni? Demam ke?” tanya Erik Syakir dalam nada bergurau.

“Hisy mana ada! Babies dah tidur ke?” aku bertanya padanya. Sejak kehadiran Eijaz Rehan dan Elmira Rayhana dua bulan yang lalu, rumah ini mula disinari dengan satu cahaya yang berbeza.

“Dah, tadi Kak Yana pun tengah tengok cerita ni, tapi tulah, Eijaz nangis, kelam kabut dia lari sekejap,” Erika Syakir menjelaskan.

“Oh. Abang, adik nak cakap sikit boleh?” aku bertanya. Kini aku sudah menukar posisi duduk tegak sambil bersila di atas sofa.

“Cakap jerlah. Jangan nak minta yang bukan-bukan sudah,” Erika Syakir bergurau.

“Hisy, orang serius ni. Kak Yana, tengoklah Abang ni, orang cakap dia main-main pula,” aku sudah memuncung sambil mengadu pada Kak Yana yang kebetulan baru masuk ke ruang TV.

“Pa, you ni kenapa? You selalu cakap Adik dah lama tak berbual dengan you, makin jauh dari kita. Budak ni dah datang, you pula buat macam ni,” Riyanna menegur sambil menepuk perlahan paha setelah duduk di sebelah kanan Erik Syakir.

“Ala, Ma, you ni kan, I saja jer nak usik Adik ni. Nanti dah kahwin, lagi susah kot nak nampak dia. So, baik I kacau dia sekarang,” sakat Erik Syakir lagi sambil ketawa kuat.

“Dahlah, Abang boleh serius sikit tak? Orang nak cakap pun susah,” aku sudah menarik muka.

“Yelah, cakap jerlah. Orang nak sambung tengok movie ni,” gesa Erik Syakir.

“Abang ingat tak, masa Adik minta Abang carikan P.I. haritu?” aku bertanya perlahan.

“Kenapa? Dah dapat info yang Adik sibuk sangat nak cari tu, sampai tak boleh beritahu Abang pun?” tanya Erik Syakir. Memang dia risau sewaktu adiknya meminta pertolongan untuk menggunakan khidmat seorang penyiasat.

“Dah and Alhamdullilah, semua info was crystal clear. Tak sia-sialah bayar mahal sikit,” aku menjawab puas hati.

“Tapi, Adik suruh P.I. tu cari info pasal apa?” tanya Riyanna pula sambil mengerutkan dahi.

Pantas aku membuka cerita tentang Haiqal dan Kak Nur dahulu. Bermula dari kisah di Michigan, kemudian pula kehilangan Kak Nur secara tiba-tiba, sehinggalah tentang kehadiran Nur Suffiyah. Rasanya, tidak ada satu pun yang terlepas dari pengetahuan mereka. Rasanya, cukuplah aku simpan segala cerita ini. Mereka perlu diberitahu agar Abang Erik dan Kak Yana boleh membantu aku untuk menyatukan Haiqal dan Kak Nur pula selepas ini.

“So, sekarang ni, adik nak mereka bersatulah?” tebak Riyanna. Ternyata, bukanlah sukar mana untuk membaca fikiran adik iparnya itu.

“Pandai Kak Yana. Tapi, adik tak tahu macam mana nak beritahu Mummy,” aku sudah mengeluh.

“Tapi, adik sure ke Sufiyyah tu belum kahwin? Mana tau, dia dah kahwin ke, dah tak suka dekat Qal ke?” tanya Erika Syakir ragu. Patutlah Haiqal tu liat semacam kalau ditanya tentang kahwin, rupa-rupanya, budak berdua ni simpan rahsia besar.

“Tu jangan risau. Kan adik kata, semua info adik dapat clear. Tak ada apa nak diragukan,” pantas aku menyakinkan mereka.

“Ok, Kak Yana tolong, tapi kita settlekan majlis adik dulu ok?” pujuk Riyanna.

“Kalau boleh, adik nak majlis adik serentak dengan Qal,” pintaku.

“Dah tanya Qal? Mana tahu dia tak setuju,” kata Erik Syakir.

“Belum, tadi adik dari bilik dialah. Tengah bergayut macam monyet,” gurauku.

“Hah, siapa pula yang bergayut macam monyet? Tadi serbu bilik aku, sekarang kau kutuk aku macam monyet pula,” Haiqal pula menyampuk sambil menarik kuat hidungku.

“Sakitlah! Hisy, kau ni menyibuk jer orang tengah berbual,” sengaja aku berkata begitu.

“Kau ingat aku tak dengar apa kau cakap tadi? Jangan buat kerja gilalah Adik, lepaskan majlis kau dulu. Aku tak nak Mummy terkejut, nanti dia stress, dahlah dengan perangai kau yang buat endah tak endah dengan majlis ni,” Haiqal tidak bersetuju.

“Qal, please. Kalau kau tak nak, aku pun tak nak,” aku sudah mengugut.

“Apa ni dik? Janganlah buat perangai,” Haiqal sudah memujuk.

“Qal, esok waktu lunch bawa dia jumpa Mummy dengan Daddy. Erik, Yana, Adik, ikut sekali. Tapi, Daddy nak adik ajak Arman sekali, make it a lesson, jadi nanti esok dah kahwin tak derlah sorang ke hulu, sorang ke hilir,” suara Dato’ Syariq pula kedengaran dari luar ruang TV. Kami semua hanya mengangguk dan masing-masing pulang ke bilik.
********************************************************************************************************
Kami semua sudah menanti dengan sabar kedatangan Mummy dan Daddy untuk makan tengah hari. Aku memandang wajah Kak Nur di sebelah kiriku, nampak sangat kekalutannya. Walaupun sudah beberapa kali aku menyakinkannya, ternyata, aku masih mampu membaca riak wajahnya walaupun sudah bertahun terpisah. Aku menggengam erat tangan Kak Nur. Sejuk! Aku memberinya senyuman sebagai semangat agar dia kembali tenang. Suasana di dalam bilik khas yang telah ditempah ini terasa sangat sunyi. Haiqal yang duduk bersebelahan Kak Nur sedari tadi aku lihat kegelisahan. Abang Erik dan Kak Yana pula katanya akan tiba bersama Mummy dan Daddy.

“Assalamualaikum,” sapa Dato’ Syariq sambil membuka pintu ruang makan di dalam restoran itu. Kami bertiga menjawab perlahan sambil bersalaman seketika.

“Qal kenalkan, insan teristimewa dalam hidup Qal, Nur Suffiyah Thomas Binte Abdullah,” Haiqal memperkenalkan sewaktu Kak Nur bersalaman dengan Mummy.
Datin Erina memeluk erat Nur Suffiyah sebaik sahaja Nur Suffiyah mendongak melihatnya. Kami semua yang berada di situ rasa sangat terharu. Airmataku bertakung di tubir mata.  

“Terima kasih sebab hadir dalam hidup anak Mummy. Lama Mummy dengan Daddy tunggu saat ini,” ujar Datin Erina sambil mengesat hujung matanya.

“Itulah, tak sangka pula, walaupun kita bekerja bawah satu bumbung, rupa-rupanya, ada sejarah antara mereka berdua ni,” Dato’ Syariq pula menyampuk.

“Saya sebenarnya tak sangka dipertemukan dengan Haiqal kembali Dato’, Datin,” Nur Suffiyah berkata perlahan. Terharu dengan penerimaan ibu bapa kekasih hatinya.

“Cut the formalities. Tak lama lagi kita nak jadi satu family. Hah, Adik, Arman mana? Kan Daddy suruh ajak dia lunch sekali dengan kita?” tanya Dato’ Syariq pada anak bongsunya yang dilihat sedang memeluk erat bahu Nur Suffiyah.

“Errm, Adik…adik dah….” Agak tergagap juga aku ingin memberitahu bahawa kau hanya menyampaikan pesan melalui setiausahanya. Saat itu pintu terbuka dan dia pun memberi salam. Kami semua menjawab salamnya.

“Hah, Arman, Daddy ingat tadi anak bertuah ni tak call Arman tadi,” kata Dato’ Syariq sewaktu Khairul Arman bersalaman dengannya.

“Hisy, Daddy, Erika call Arman, siap cakap kalau Arman tak datang, dia merajuk sebulan dengan Arman,” gurau Khairul Arman sambil mengambil tempat bersebelahan tunangnya. Semua di situ hanya tertawa. Hisy, melebih jer si mangkuk hayun ni.

“Arman, kau kenal tak siapa ni?” tanya Haiqal sambil menunjukkan Nur Suffiyah.

“Cik Suffiyahlah, assistant kau kan?” jawab Khairul Arman selamba. Rasanya adalah dalam dua tiga bertemu.

“Sekarang assistant, InsyaAllah, tak lama lagi isteri aku,” ujar Haiqal. Aku dapat menangkap nada teruja dalam kata-katanya.

“Ya Allah, akhirnya kahwin juga kau. Congratulations,” ucap Khairul Arman ikhlas sambil mengerling kearahku. Aku hanya buat selamba.

“Khai, you dah lupa I ke?” tanya Nur Suffiyah pula sambil memandang tepat ke arah Khairul Arman.   

“Wait, kita baru kenal kan?” tanya Khairul Amran pula keliru.

“I’m Eliz, remember, University of Michigan?” tanya Nur Suffiyah pula sambil mengerdipkan matanya.

“Ya Allah, Eliz, I tak sangka, kuat betul jodoh you dengan Qal. Well, kita bakal jadi biraslah,” Khairul Amran memberitahu.

“Adik! Tak bilang Kak Nur pun adik tunang dengan Arman?” ujar Nur Suffiyah sambil mencubit lembut pipiku.

“Well, tak ada apa yang menarik pun. Biasa aje,” aku menjawab malas sambil menyuap makanan perlahan.

“Adik, apa cakap macam tu! Mummy tak suka tau,” tegur Datin Erina tegas. Aku hanya senyum hambar.

“Tak apalah Mummy, Erika moody sikit jer, tadi dia call Arman ajak pergi sekali, tapi, Arman ada meeting tu yang lambat. Sorry sayang,” ujar Khairul Arman sambil mengusap pipiku. 

Pantas aku mengelak. Hisy, boleh pula dia menipu! Geramnya aku!
Kami semua makan sambil Mummy dan Daddy mengatur pelan agar majlis Haiqal di buat serentak dengan majlisku dalam masa kurang dari dua bulan lagi. Segalanya akan diuruskan oleh wedding planner yang telah diupah untuk majlisku dan Khairul Arman. Sempat pula Mummy memberitahu si mangkuk hayun ni yang aku masih belum membeli barang hantaran bagi pihak lelaki. Selepas makan, aku terpaksa juga keluar berdua dengan dia untuk mencari barangan hantaran, manakala mereka pula akan pergi ke butik rakan Mummy untuk mempersiapkan pula majlis Haiqal dan Kak Nur. Sengaja aku jalan menonong masuk ke dalam The Gardens Mall meninggalkan dia jauh di belakang. Pantas langkah kaki aku hayun menuju ke kedai Sincere Fine Watches. Aku membelek jam tangan yang berada di situ.

“You tak nak tanya ke I suka brand apa?” bisik Khairul Arman dekat di teligaku. Dia berdiri rapat di belakangku.

“Encik Khairul Arman, I tak nak kita berbalah hari ini. Let’s just shop and then hantar barang ni semua kat wedding planner. By the way, semalam I dah dapat list of your favourite brands dari Auni,” jawabku sambil menjauhinya. Aku menuju ke arah salah seorang pekerja di situ lalu meminta dua jam tangan yang aku berkenan.

“Mana satu you suka?” tanyaku sambil menunjukkan top 2 pilihanku padanya.

“Wow! Audemars Piguet Offshore Barrichello II & Audemars Piguet Offshore Juan Pablo Montoya Watch. Hmmm, susahnya nak pilih,” sengaja dia membuat aku tertunggu-tunggu.

“Apa kata you pakaikan I? Tengok which one suits me best,” sarannya tanpa sempat aku menjawab. Aku merengus tapi tetap melakukan seperti yang dia pinta. Nanti tak ikut, ada pula yang stay sini sampai kedai tutup.

“So, mana satu you nak?” tanyaku sekali lagi. Aku sabarkan hati agar aku tidak melenting. Sudahku janji dengan Mummy yang segala barang hantaran untuk pihak lelaki akan selesai hari ini.

“I nak you yang pilihkan I. Sebab, bila I pandang jam tu, I akan sentiasa teringatkan you,” jawab Khairul Arman dalam nada romantis sambil memandang tepat ke dalam anak mataku. Wahai cik hati, boleh tak kalau kau tak berdegup bila dia cakap macam tu.

“I’ll have the Audemars Piguet Offshore Juan Pablo Montoya watch please,” pantas aku berpaling ke arah jurujual tadi yang sedari tadi mengekori kami.    

Aku menghulurkan kad kredit untuk membayar, tetapi ditahan olehnya “It’s ok. Simpan jer kad tu. I take the bill.”

“You jangan mengada boleh tak? Inikan barang hantaran you, you nak Daddy marah I ke?” aku sudah menghambur kata. Rasanya bercampur dengan rasa geram yang aku pendam sejak tadi dan kini sekali lagi dia mencari peluang untuk bergaduh denganku.

“Laa, you nak marah ni kenapa? Apa salah I bayar?” lembut Khairul Arman memujuk.

“Miss, just take my card and proceed with the transaction,” aku memberi arahan pada cashier itu sambil menghulurkan kad. Rasanya sedari tadi dia memerhatikan gelagat kami.

“Ok, I’m sorry. Takkan sebab I offer nak bayar jer you nak melenting?” Khairul Arman berdiri semakin rapat denganku. Tangannya diletakkan di pinggangku.

“Arman, behave yourself! You nak I menjerit ke dekat sini?” aku sudah memberi arahan keras dan cuba untuk lari tetapi pelukannya sangat erat dan aku pula sudah tidak keruan apabila jurujual tadi kembali bersama jam tangan itu.

“Well, darling, I believe we are done here. Thank you for your service,” ujar Khairul Arman pada jurujual tersebut lalu dia membawaku keluar dari kedai itu.
******************************************************************************************************
Kami tiba di kedai wedding planner itu tepat pada masa yang dijanjikan. Mereka juga baru sahaja selesai dengan segala perbincangan. Disebabkan kelamarin aku sudah memilih tema, dan majlis dijalankan serentak, mereka juga menggunakan tema yang sama. Nasib baik Kak Nur suka, citarasa kami sama sahaja. Aku melabuhkan punggung di sofa kembar, hanya tempat itu yang tinggal. Khairul Arman juga mengambil tempat di sebelah kami.

“Hah, dah beli semua barang?” tanya Datin Erina.

“Dah, Mummy tengoklah cukup ke tidak,” aku menjawab lemah. Rasanya nak tercabut kakiku berjalan seharian suntuk mencari barang hantaran. Boleh pening kepala, nak pilih yang mana.

“Wah! Siapa pilih jam ni?” tanya Dato’ Syariq. Daddy sememangnya penggemar jam tangan. Koleksinya sendiri tidak terkira.

“Yang itu Erika pilihkan untuk Arman,” ujar Khairul Arman sambil tersenyum. Mummy dan Daddy aku lihat pandang sesama sendiri kemudian tersenyum.

“Al-Quran dengan sejadah beli?” tanya Haiqal pula.

“Dah, semua kat situ,” aku menjawab sambil bersandar pada sofa.

“Mana Adik beli briefcase, wallet ni semua?” tanya Kak Yana pula sambil membelek briefcase jenama Coach itu.

“Oh, tadi kita pergi jumpa kawan Adik sekejap. Haritu kawan Adik pergi U.S. tu yang Adik kirim sekali,” aku menjawab.

“Well, I guess it’s a fruitful day. Penat juga tadi Arman ikut Erika pergi shopping. Tak sangka boleh tahan stamina dia masuk satu kedai ke satu kedai dengan heels pula tu. I really salute you, sayang,” kata Khairul Arman sambil meletakkan tangannya di bahuku. Pantas aku bangun dari bersandar dan duduk tegak.

“Biasakan diri jerlah Arman. Nanti dah kahwin, Arman pula yang kena layan kerenah dia,” sampuk Dato’ Syariq yang mengundang tawa semua di situ.

“Adik, tu, kawan Mummy kata baju dah siap. Tinggal nak fitting jer, adik nak try sekarang or nak try lain kali datang dengan Arman?” tanya Datin Erina pada anak bongsunya.

“Hmm, tak payahlah Mummy. Malaslah,” aku menjawab.

“Adik, mana boleh! Nak tengoklah kot ada yang terkurang ke, longgar ke. Pergilah try, kalau tak datang lain kali dengan Arman,” saran Datin Erina.   

“Eh! Tak apalah, try hari ni jerlah. Lagipun lepas nikan Adik dah kata Adik busy, nak siapkan kerja sebelum cuti,” pantas aku memberi jawapan. Tak kuasa aku nak datang lain kali dengan si mangkuk hayun ni.

Pantas aku bangun lalu mengekori salah seorang pembantu butik tersebut. Aku dipaksa mencuba semua baju yang telah ditempah. Seingat aku, aku hanya memilih dua pasang baju, ini sampai 4 pasang! Siapa punya kerjalah ni! Nasib baik, Daddy dengan murah hati beri aku cuti esok. Nasib badan, nak kahwin pun macam macam hal nak kena selesaikan!


Harap korang semua enjoy bab kali ini and please don't forget to continue your support and spread the love around! InsyaAllah, will come up with another topic of Girls Talk soon. Take care all you lovelies out there. 
xoxo ♥ 

Wednesday, 14 August 2013

Long-Distance Relationship


Hi girls!! Long-Distance Relationship? Hmm, sesuatu yang bukan semua boleh hadapi. If any of you girls out there are having a long-distance relationship, I salute you! I tell you it’s not easy and I’ll be giving out a few tips on surviving long-distance relationship, based on my BFFs & of course my opinion. Because, I got to know ramai girls tak nak sambung belajar jauh-jauh sebab takut of LDR. Takut boyfriend lari, kena two-timed and so forth! So, let’s get started!!

1.     1. Trust
Trust is the key to everything! Sebab, kalau kita ada kepercayaan terhadap pasangan kita, no matter what comes, you will not be affected by it. Tapi, janganlah percaya bodoh-bodoh! Best way, letakkan 70-80% of your trust towards him. Simpan 20-30% itu untuk membantu kita menilai sekiranya kita mendengar khabar angin yang kurang baik. I totally understand distance is already an obstacle to your relationship, inikan pula bila ada sesuatu yang terjadi. Walau apa pun yang terjadi, please have that trust in him, walaupun sebesar hama. It cost a lot! After all, trust has to be earned!

2.      2. Sentiasa Berhubung
Walau macam mana sibuk sekalipun, just contact each other. Even for mere seconds or just short text between the two of you. Tak ada yang susah zaman sekarang, macam-macam free app, LINE, Whatsapp, Viber, Skype. Hanya tinggal untuk memilih si idaman kalbu! Chey! Kadang tu, waktu kita bangun pagi, lepas dah selesai solat Subuh, hantar a good morning text. Ini mungkin boleh dilakukan where your time zone tak banyak jauh beza, tapi kalau ada perbezaan time zone pun, it’s ok, buat jer! Yang terpaksa mengalah pada time zone, cuba cari masa yang sesuai untuk korang borak ataupun bertukar pendapat.

3.      3. No Secrets
Ini penting, jangan cuba nak sembunyikan ataupun simpan rahsia antara korang! Bukanlah hal peribadi, tapi yang ada kaitan dengan your relationship. Girls, I totally understand this, kadangkala bila kita marah boyfriend kita sebab dia rahsiakan yang ada seorang budak perempuan dalam kelas dia suka usha dia and all that stuff, dorang selalu jawab, ‘I tak nak you jealous!’ Tolong, jangan buat gini! Just tell your partner that there is someone who is trying to attract your attention, tapi apa pun you tetap setia! Jangan risau kalau partner korang marah atau melenting, terangkan elok-elok you are being honest with him, and you tak nak rahsiakan benda ini dari pengetahuan dia, sebab you hormatkan relationship korang! Your partner will understand.

4.     4.  Be A Good Listener
Always be a good listener. Walau sukar, cuba sebaik mungkin! When you tends to listen, you will understand him more. Dengarkan keluh kesahnya, dengarkan apa yang ingin dia bicarakan. If he needs your advice, cubalah beri yang sejujurnya. Peranan ini harus sentiasa silih berganti. Kadangkala kita perlu mendengar, and at times vice versa.  

5.      5. Faith
Always have faith in Allah s.w.t. because, if HE wills it, everything will be fine. InsyaAllah. Sentiasa percaya dengan qada’ dan qadar. Kita hanya mampu merancang, tetapi yang menentukan tetap DIA. Walau sehebat mana rancangan kita, walau seteguh mana cinta kita, walau sekuat mana kita setia, tapi kalau bukan jodoh, tetap bukan jodoh. Jangan hampa kalau kasih yang dah lama bersulam terlerai, jangan menyesal. Keep calm and let go! Sebab apa yang kita rasakan terbaik untuk kita tak semestinya sesempurna rancangan yang ditetapkan oleh Allah s.w.t.

With all these, I do really hope sesiapa yang sedang melalui LDR, may you be given the strength to endure and go on with your relationship. Tak semua relationship yang akan membawa duka, tetapi adakalanya, ia memberi kekuatan pada kita. It gives you the drive to complete your studies and for you to live in a different environment. Take care all you lovelies out there! Be yourself & be beautiful. Because beauty comes from the heart, not from your appearance! With that, Good luck & I ♥ all of you out there!

xoxo ♥

Tuesday, 13 August 2013

Selamat Hari Raya Aidilifitri


Selamat Hari Raya Aidilfitri! Entry yang sepatutnya ditulis lebih awal tetapi tak berkesempatan. Makanya, di kesempatan ini, ku menyusun sepuluh jari, memohon maaf, sekiranya ada kata-kata atau, tulisan di sini, yang menyakitkan hati sesiapa, baik secara sengaja atau tidak. Saya mohon ampun dan maaf.




Dengan budak comel! ♥

Ini jerlah gambar yang dapat diupload?! Is that a word? Anyways, harap korang semua enjoy cuti korang! Gambar di atas hanyalah pada raya pertama. Pada hari kemudiannya tak sempat nak ambil gambar sebab semua plan yang diatur awal-awal, terpaksa dirombak kembali. A very surprising year, tahun ini, kami dah terima tetamu pada hari kedua raya, sedangkan, selalunya, kita terima tetamu selepas seminggu raya! :) So, take care korang!
xoxo ♥

p/s: Kesian tengok kakak and abang sepupuku yang sering terkulat-kulat apabila ditanya soalan cepumas!  

Friday, 2 August 2013

Ms Egoistic Vs Mr Romantic 15

Hi uolls! Sedar tak sedar dah tinggal lagi 5 hari jer untuk kita berpuasa :( Frankly speaking, sedih nak tinggalkan Ramadhan. Anyway, dah lama kan tak upload bab terbaru, so, here goes, Ms Egoistic Vs Mr Romantic 15!

Bab 15

Khairul Arman berhenti dari menaip proposal yang sedang dikarang. 1.35 pagi, disebabkan terlalu banyak projek yang perlu dia kendalikan terpaksalah dia membawa pulang beberapa kerja yang tak sempat disiapkan. Dia mengangkat muka lalu tangannya spontan mengambil sebuah frame gambar yang diletakkan di mejanya. Wajah Erika Syakira yang dirakam oleh Auni sewaktu majlis pertunangan tempoh hari. Walaupun gambar kandid, dia tetap kelihatan menawan. Satu keluhan terlepas dari bibirnya. Erika Syakir  a kini, sudah terlalu jauh berubah dari Erika Syakira yang dia kenali dahulu. Fikirnya, wanita itu hanya melalui perubahan fizikal, tetapi ternyata, dia kini lebih berani bersuara, lebih lantang meluahkan pendapat dan pantang dicabar, bukan lagi gadis yang pendiam bila diprovok. Benarlah kata orang sekali air bah, sekali pantai berubah, inikan pula manusia!

“Along!” panggil Kharissa Auni dari muka pintu.

“Auni! Tak reti nak ketuk pintu ke?” marah Khairul Arman sambil meletakkan kembali frame gambar itu ditempatnya.

“Ala, selama ni ok jer,” Kharissa Auni sudah memuncung sambil melangkah masuk ke kamar Khairul Arman.

“Nak apa ni malam-malam masuk bilik Along? Tak reti nak tidur ke?” Khairul Arman menghampiri adiknya yang sudah melabuhkan punggung di atas katilnya.

“Ala, sementara Auni tunggu nak konvo, baiklah Auni stay up, layan movies dulu. Nanti dah start kerja mana ada time nak buat benda macam ni. Tengok macam Along, semua kerja ofis Along angkut bawa balik,” Auni memuncungkan bibirnya ke arah meja kerja yang terletak di satu sudut bilik Khairul Arman.

“Auni tak jawab lagi soalan Along. Nak apa masuk bilik orang pagi buta ni? Nak tidur dengan Along ke?” Khairul Arman sudah mengusik adiknya itu.

“Hisy! Merepek jerlah Along ni! Auni nak tanya sikit pasal Along dengan Kak Erika, how’s the progress? Berjaya tak Along pikat dia?” kepoh Auni bertanya.

Belum sempat Khairul Arman menjawab, biliknya diterjah pula oleh Khalisa Amni, “Auni, kan Lisa suruh tunggu sampai Lisa datang baru tanya Along.”

“Dah Lisa lambat sangat, sibuk nak habiskan drama dia,” protes Auni.

“Dah, jangan gaduh! Meh duduk sini dengan Along,” pamit Khairul Arman pada Lisa yang masih berdiri di muka pintu.

“So, Along, macam mana? Excited ni nak tau,” Auni sudah tidak sabar ingin tahu.

“Well, to be frank, my dear sisters, Along rasa dia tak suka Along,” Khairul Arman berterus terang.

“Why? Dia cakap macam tu ke?” tanya Lisa pula.

“Indirectly. Bila Along cakap yang kita perlu bincang, dia cuba elak. Then dia ada confess, yang dia sebenarnya belum ready untuk perkahwinan ni. Which shows, dia memang tak ada feeling kat Along,” jelas Khairul Arman panjang lebar. Auni dan Lisa sama-sama merenung dalam wajah Khairul Arman kemudian 
berpandangan sesama sendiri.

“Nampaknya, Along kena work hard to win her heart. Tapikan, sejak plan family kita ni, Kak Erika macam cuba elak dari kita. Dulu, sebelum Along balik Malaysia, kita orang quite close. Pergi shopping, tengok wayang, you know girl stuff,” cerita Auni.

“Really? Korang tak pernah cerita kat Along pun?” tanya Khairul Arman sambil merenung wajah kedua adik kembarnya.

“Ala, tak penting pun. Along pernah nampak Kak Erika dengan mana-mana lelaki tak? Macam rapat semacam,” tanya Lisa.

“Hmm, lelaki yang dia paling rapat mestilah Haiqal. Hah, tadi, dia baru jumpa balik kawan sekolah dia dulu, Rayyan,” Khairul Arman memaklumkan.

“Handsome? Dengar nama macam handsome, dia kerja apa?” amekkaw, soalan bertalu-talu dari Auni.

“Chey, Along lagi handsome dari dia. Paediatrician,” pendek Khairul Arman menjawab. Ada rasa cemburu yang menjentik tangkai hatinya apabila teringatkan kemesraan tunangnya dengan jejaka itu.

“Along jealous! Haha! Dahlah tu Long, ada baiknya Along fikir macam mana nak tawan hati tunang sendiri,” Lisa menasihatinya sambil mereka berdua galak mentertawakannya.

“Korang tau tak, sejak dua bulan lepas, Along dok hantar bunga dengan coklat kat ofis dia tau. Hai, susah betul nak pikat perempuan hati batu macam dia,” selamba Khairul Arman mengutuk tunangnya.

“Hisy, salah taktiklah Along. Kak Erika tak suka benda macam tu! Dia selalu cakap, benda tu semua clichĂ©, macam drama kat TV tu buat,” terang Lisa.

“Apasal korang tak bilang Along awal-awal?” hampir menjerit Khairul Arman pada adik kembarnya.

“Dah Along tak tanya!” serentak mereka menjawab.

“Ni Auni nak tanya, Along dah break off semua relationship dengan kekasih-kekasih gelap Along ke belum?” serius Auni bertanya sambil merenung tajam wajah Khairul Arman. Abangnya yang seorang ni bukan jahat, mungkin nakal dan dia tidak akan menolak salam yang dihulurkan oleh mana-mana gadis. Kononnya, tidak ingin mengecewakan hati wanita-wanita itu.

“Errm, most of them,” teragak-agak Khairul Arman menjawab pertanyaan Auni.

“Most?! Along jangan nak main-main! Bukannya Lisa tak kenal girlfriend Along si Gina tu, kang tak pasal-pasal dia buat kecoh masa majlis Along,” kini suara Lisa pula yang meninggi.

“Mana Lisa tahu Along belum break dengan Gina?” hairan Khairul Arman bertanya.

“Twitter! Lisa baca Twitter si minah gedik tu. Dia sekarang dekat Paris kan, ada fashion show. Along tak buka Twitter ke, dia ada mention Along, siap letak gambar sekali. Missing you here! Bluekk!” Lisa sudah membuat aksi termuntah. Memang boleh muntah hijau dengan minah gedik tu.

“Tulah! Geli Auni tengok! Yucks! Menyampah tau, dia tak tau ke Along dah tunang? Along pun satu, boleh pula tahan dengan dia, lama pula tu, kalau nak dibandingkan dengan girlfriend Along yang lainlah! Tak faham Auni!” kini Auni pula menebak Khairul Arman.

Khairul Arman mengerutkan dahi. Tak pernah-pernah Gina buat macam tu. “Hisy, korang tipu Along kan?”

“Ya Allah, nak tipu apanya? Along jangan nak buat tak tau, kalau Mama tau, mengamuk dia. Along bila nak terus terang dekat dia? Sampai dia dah rosakkan majlis Along?” bertalu-talu soalan yang Lisa ajukan.

Khairul Arman menghela nafas, tak boleh jadi ni. Kalau aku terus terang, mengamuk pula si Gina. Lagipun dia ada dekat Paris lagi setengah tahun. By the time dia balik Malaysia, InsyaAllah majlis aku dah selamat. Kalau aku beritahu dia sekarang, tak boleh dijangka apalah yang akan dibuat oleh perempuan itu.

“Dahlah Long! Along fikirlah macam mana nak settlekan problem ni. Tapi Auni nak kasi warning dulu, kalau Along sia-siakan Kak Erika, siap Along kita kerjakan!” sempat Auni memberi amaran sebelum dia dan Lisa beredar dari bilik Khairul Arman.

Khairul Arman menarik-narik rambutnya. Rasanya, jika boleh dilihat kekusutan otaknya kini pasti sekusut rambutnya. Khairul Arman mengambil gitar akustik dari tepi katilnya lalu bersandar pada kepala katil. Tangannya mula memetik chord lagu I Won’t Give Up nyanyian Jason Mraz. Matanya terpejam saat dia menyanyikan lirik lagu tersebut. Selama ini, Gina hanya seseorang yang dianggap mampu menghilangkan kekosongan di jiwanya, yang bertakhta di hati tetaplah Erika Syakira.
*******************************************************************************
“Miya, boleh tolong panggilkan Cik Suffiyah masuk bilik I,” aku memberi arahan pada Miya melalui intercom.

“Ok, you don't worry about that,” jawab Miya dan beberapa minit kemudian terdengar ketukan di muka pintu. Aku memberi arahan masuk sambil mengangkat muka dari membaca fail ditanganku. Miya mengiringi Suffiyah masuk ke dalam bilik pejabatku.

“Miya, answer all calls, kalau ada sesiapa nak bercakap dengan saya just say saya keluar. If it’s my mom, you cakap jer I ada meeting and please keep Encik Haiqal out from my room for the time being.” Miya hanya mengangguk lalu dengan pantas meninggalkan aku dan Nur Suffiyah.

Aku sengaja mendiamkan diri, cuba memancing ekspresi dari wanita di hadapanku. Dia hanya menunduk menekur lantai sambil sekali sekala gelisah di tempat duduknya. Aku merenung wajah itu sekali lagi, tiada yang berubah, hanya penampilannya sahaja.

“Why did you do this to us?” aku bertanya sambil menutup fail di tangan kuat. Mataku mula berkaca.

“Do what? Saya minta maaf Cik Erika, I don’t understand,” teragak-agak dia menjawab.

“Stop pretending. Saya tahu awak tahu apa yang sedang saya katakan,” tegas aku bersuara sambil menghulurkan fail yang sedari tadi aku baca.

Perlahan dan sedikit menggeletar dia membuka fail tersebut. Aku bangun dari tempatku lalu duduk di sebelahnya sewaktu dia membaca fail yang baru sahaja aku terima dari private investigator yang aku upah untuk menyiasat latar belakangnya, dan nyata firasat aku benar selama ini.

“Why Kak Eliz? Kenapa buat Qal macam tu? Kenapa Kak Eliz tergamak lukakan dia? Tak cukup baik ke dia untuk Kak Eliz? Apa salah dia Kak Eliz?” bertalu-talu aku meluahkan soalan dengan sebak dan mata yang berkaca.

“Adik, I…I’m sorry. Bukan Kak Eliz sengaja, tapi I have my reasons why I did all this,” perlahan Nur Suffiyah menjawab.

Aku memeluknya erat melepaskan rindu yang selama ini disimpan. Jika ini reaksi aku, tidak dapat aku bayangkan bagaimana reaksi Haiqal jika dia diberitahu. Aku memandang dalam anak mata Kak Eliz, walaupun dia sedang mengukir senyum aku nampak kesedihan di sebalik kepura-puraannya.

“Kak Eliz, when are you planning to tell Qal about this?” aku bertanya.

“Soon enough. Since adik dah buat siasatan secara terperinci macam ni, how am I going to hide it from him? Adik dengan Qal terlalu rapat, no secrets are kept between you two,” ujar Nur Suffiyah bersahaja.

“Malam ni, kita dinner boleh?” aku memberi cadangan. Walaupun dia kelihatan teragak-agak, pantas dia mengangguk.

“Erika, boleh tak kalau panggil Kak Eliz, Kak Nur?” pintanya. Aku menganggukkan kepala sambil tersenyum senang.

“Errm, malam ni kita jumpa at 8.30pm, dekat Mid Valley, Secret Recipe,” aku membuat keputusan sebelum dia menukar fikiran.
*********************************************************************************
“Kau nak bawa aku pergi mana ni malam-malam macam ni?” tanya Haiqal sambil merengus kasar.

“Diam jerlah! Nak ajak dinner luar pun susah sangat,” aku menjawab sambil mata focus memandu.

“La, bukannya Mummy tak masak kat rumah! You must have something up your sleeves, Erika Syakira,” tebak Haiqal.

“Isy, tak baik tau kau tuduh aku macam tu,” sengaja aku sayukan suara. Ternyata, firasat Haiqal tidak pernah salah.

“Kau jangan tipulah Adik. Entah apa mimpi, dahlah suruh aku pakai smart macam ni. Confirm, kau ada something planned,” Haiqal semakin mendesak.

“Ala, ikut jerlah. Lagi sekali kau buka mulut, aku tinggalkan kau tepi jalan,” ugutku sambil menekan kuat pedal minyak menambah kelajuan.

Sepuluh minit kemudian kami sampai di Secret Recipe, mataku melilau mencari kelibat Kak Nur, hmm, belum sampai kot. Aku meminta tempat untuk tiga orang, sambil duduk bersama Haiqal. Sebentar kemudian aku nampak kelibat Kak Nur yang sedang mencari mencari kami. Aku melambaikan tangan padanya.

“Adik, Cik Suffiyah buat apa kat sini?” Haiqal bertanya sambil mengerutkan dahi.

“Hai, Kak Nur!” aku menyapanya lembut sambil memeluknya erat lalu melagakan pipiku dengannya.

“Qal, tak belajar manners ke?” sengaja aku mengenakannya.

“Hai Cik Suffiyah. How are you?” tanya Haiqal sambil menundukkan sedikit kepalanya sabagai tanda hormat.

“Fine, thank you,” perlahan Nur Suffiyah menjawab.

“Well, you guys carry on with your dinner. I have another appointment. Qal, dah habis call aku,” sempat aku memesan lalu segera berlalu dari situ.

Aku berharap Kak Nur mampu untuk berterus terang dengan Haiqal tentang segala-galanya. Aku mampu merasa hati kedua mereka, derita dalam diam, semoga mereka mampu berbahagia selepas ini. Haiqal, janganlah kau sia-siakan segala yang telah aku lakukan untuk kau.
Segera aku menghayun langkah menuju ke Coffee Bean. Satu temujanji telah aku buat, mengenangkan aku mahu memberi ruang buat Haiqal dan Kak Nur untuk berbincang dari hati ke hati. Mataku melilau mencari kelibat si dia. Aku mengatur langkah menuju ke arahnya yang sedang membelakangiku. Aku menepuk perlahan bahunya, segera dia berdiri menghadapku.

“Babe, apasal lambat?” Rayyan bertanya lantang.

“Volume low sikitlah! Malu orang tengok,” aku sudah memberi amaran sambil melabuhkan punggung berhadapan dengannya. Ramai pula yang sudah menoleh ke arah kami.

“Ala, kau tak pernah berubah tau! Dari dulu sampai sekarang, selalu lambat. Dahlah, kau nak minum apa?” tanya Rayyan.

“Apa-apa lah,”aku menjawab sambil membaca message yang baru aku terima dari Khairul Arman.

“Debab, kat sini tak jual air apa-apa,” gurau Rayyan.

“Kau ni kan tembam, hmm, aku nak White Chocolate Dream dengan blueberry cheesecake,” aku menjawab geram.

Aku lihat Rayyan yang sedang membuat pesanan. Dahulu, aku dengan dia selau diusik di sekolah, kerana waktu itu aku dan dia gemuk, makanya kami selalu menjadi bahan usikan pelajar nakal di sekolah. Yang selalu meyelamatkan kami waktu itu adalah Haiqal. Kelebihannya sebagai ketua pengawas, menjadi satu bonus bagi kami untuk mengelak dari didenda apabila aku mengamuk. Aku tersenyum sendiri mengingati zaman sekolah dulu, jika aku mampu kembali ke saat itu, alangkah bahagianya hidup.

“Erika, Erika, kau ni, kalau tak berangan tak sah! Teringat Mr FiancĂ© ke?” usik Rayyan sambil meletakkan pesanan kami di atas meja.

“Hisy! Tak kuasa aku nak ingatkan dia,” aku sudah menjuihkan bibir.

“Kau ni peliklah Bab! Tunang kau tu, yang kau buat macam tu apasal?” tanya Rayyan kehairanan.

“Janganlah panggil aku Bab, kau tu Bam!! Taklah, aku malaslah nak fikir pasal tu semua,” keluhku.

“Well, aku dapat rasa kau macam tak suka dia. Bukan serkap jarang, tapi, kelmarin masa kat hospital, aku dapat baca body language kau masa kau kenalkan dia kat aku,” luah Rayyan jujur sambil memandang tepat ke dalam anak mataku.

“Susahlah aku nak story. Lagipun, weird tau nak cerita kat kau. Kita baru jer jumpa, then aku nak story mory kat kau pula,” aku sudah menjelingnya.

“Haiz, tak tidur malam aku nanti, terkenangkan jelingan kau tu,” gurau Rayyan sambil memejamkan matanya dan meletakkan tangan di dadanya.

“Macam-macamlah kau ni,” aku menggelengkan kepala melihat telatahnya. Rayyan memang tak pernah berubah.

“Tapi, aku serious Erika! Kau kalau ada benda nak share dengan aku, spill it babe. Tak guna kau simpan sorang-sorang. Aku tak naklah jenguk kau kat hospital sakit jiwa,” sempat lagi Rayyan mengenakanku.

“Hmmm, sebenarnya, this is a family arrangement. Kononnya parents aku terhutang budi dengan family dia, jadi mereka buat perjanjian macam ni,” jelasku ringkas.

“Tapi, parents korang tak kasi kenal-kenal dulu ke?” tanya Rayyan lalu menyedut minumannya.

“Ada. Tapi, kau pun tahu kan aku ni macam mana, sebelum tunang dulu, aku selalu elak. Entah apa yang rasuk aku malam tu, terus aku setuju nak disatukan dengan dia. Mummy aku adalah cakap something, and mungkin kata-kata dia terlalu menyentuh hati aku, itu yang aku beri persetujuan,” aku menjelaskan panjang lebar. Dia hanya menganggukkan kepala.

Perbualan kami berlanjutan lagi dengan kisah hidupnya pula. Rayyan pernah bertunang dua tahun lepas, tetapi telah putus kerana tunangnya jatuh cinta pada jejaka lain. Kami juga membuka cerita lama sewaktu di zaman persekolahan. Habis terbongkar semua kenakalan yang pernah kami lakukan di waktu sekolah dahulu dan cerita rakan-rakan yang masih berhubung dengan Rayyan. Asyik sekali kami berbual hingga aku terlupa pada Haiqal, dan aku baru tersedar sewaktu menerima panggilan darinya. Pantas kami menuju keluar untuk bertemu dengan Qal dan Kak Nur yang sudah menanti. Qal dan Rayyan berjabat tangan seketika.

“Patutlah terlupa kat aku, jumpa Rayyan rupanya,” usik Haiqal.

“Ini tunang adik ke?” tanya Nur Suffiyah pula.

“Eh, bukanlah Kak Eli…errrm Nur. Ni kawan sekolah adik, Rayyan, Dr Rayyan. Ni bakal kakak ipar aku, Kak Nur,” aku memperkenalkan mereka. Mereka hanya berbalas senyum.

“Kau ni dik, macam-macam tau. Hmm, oklah, esok kita jumpa kat office ok. Awak have a rest tau,” Haiqal berpesan pada Nur Suffiyah sewaktu kami menghantarnya ke kereta.

“Hmm, kereta kau dekat mana?” aku bertanya pada Rayyan.

“Tu hah,” Rayyan memuncung untuk menunjukkan keretanya yang kebetulan diparkir bersebelahan keretaku.

“Qal, kau masuk kereta dululah, nanti aku masuk,” aku sudah menghulurkan kunci kereta padanya apabila aku sedar yang Rayyan ingin berkata sesuatu padaku.

“So, kau nak cakap apa?” aku bertanya sambil memandang tepat wajah Rayyan.

“Kau ni macam tau jer. Erika…” dia sudah meletakkan tangannya pada kedua bahuku. Aku mula pelik.

“Kenapa? Kau ni selalu buat aku suspen tau,” aku tertawa kecil cuba melindungi resah yang bertandang di hati.

“Aku…Say..Kau,” Aku nampak mulutnya bergerak tetapi aku tak dapat mendengar dengan jelas kata-katanya kerana ada sebuah kereta yang baru sahaja lalu dihadapan kami dan pemandu itu pula menekan kuat pedal minyak.

“Kau ni cakaplah kuat sikit. Aku tak dengarlah!” pintaku.

“Goodnight! Sweet dreams! Take care,” laju Rayyan berkata lalu masuk ke dalam kereta setelah aku berlalu ke keretaku.

Hope korang enjoy bab kali ini! Please continue your support & spread the love! Take care lovelies! 
xoxo ♥ 


Thursday, 1 August 2013

Girls Talk: How Do You Deal With Your Emotions When You Learned That Your Partner Two-Timed You?


Hi girls! Another segment of girls talk yang akan ada sedikit drama. Malam tadi, kita tidur awal sebab macam nak patah kaki mengikut Mummy pusing satu kedai ke satu kedai siang tadi untuk melengkapkan keperluan Syawal yang bakal tiba. Sambil telinga dah siap sedia cucuk earphone dengar ZTD2, mata pun dah memberat, badan pun dah macam lunyai. Tetiba terima phone call dari one of my BFF yang tengah teresak-esak di hujung talian. Dalam hati apa kena budak ni?

Me: Babe, are you ok?
Her: I...I...can't believe this! Kenapa dia buat macam ni?! (Masih maintain nada menangis)
Me: Siapa? Buat apa? Cerciter betul-betul! (Padahal dah dapat agak what happened)
Her: Si sipolan(nama terpaksa dirahsiakan, walaupun kalau ikut hati, macam nak expose jer) he cheated on me! (Tangisan semakin lebat)
Me: Laa, you janganlah beria-ia nangis cam ni. Dia tengah happy, then you bengkak mata pulak. (Cuba cakap setenang yang mungkin, sedangkan kalau ada sayap dah terbang dah pi jumpa BFF yang berada jauh nun di Australia) Mata dah jeling money plant yang saya jaga. Why are you not growing any money? Lol.
And the story goes on with me menjadi counselor tak bertauliah.

I'm sure kalau tak ramai, tetap ada segelintir yang pernah melalui situasi seperti ni. I have to admit it myself. Bukan senang apabila berada dalam situasi sebegini. You need a whole lot of support & love to get back up. I'm glad whilst I was going through that situation, I had my friends & definitely my craaazzyyy sister! Dia siap karang lagu lagi. That annoying sista of mine. Ok back to the topic! Macam mana nak deal dengan emotion kita?

1. Keep Calm
Macam benda yang popular baru-baru ni. Keep Calm &.... Yes, bertenang! Jangan gopoh pergi serang bf korang, sebab korang mesti melatah (bukan yang 'Oh mak kau meletop!' tetapi melalut) bila si dia menggunakan reverse psychology terhadap korang. I tell you no matter how idiotic a guy can be, you will be surprised by what will escape from his mouth when things like this happens. Step 1 ni bukan senang nak lakukan, tapi kalau korang dapat buat, InsyaAllah the next steps akan menjadi lebih mudah.

2. Don't Bottle It Up
Ini serious! Jangan sesekali pendamkan dengan alasan korang kuat nak hadapi masalah ini! Ini adalah satu pembohongan yang selalunya seorang wanita akan buat untuk menipu diri sendiri. Just let it out! Be it to your close friends or someone you can trust. Saya faham, tak semua orang suka meluahkan atau bercerita dengan orang lain. Don't worry, you are not alone! Because I'm one of you! Jika tak boleh share dengan orang lain, the best way, tuliskan di atas kertas. I won't suggest to write in your diary. Sebab selalunya kita tulis diary untuk membantu kita menigati sesuatu event yang pernah terjadi dalam hidup kita, so, we do not want to remember this. Luahkan segala ketidakpuasan hati terhadap si dia. Kemudian baca sekali lalu, lepas tu shred atau koyakkan kemudian buang!

3. Self-Reflection
Lepas selesai Step 2, move on. Cuba muhasabah diri. Waktu ini, InsyaAllah, airmata korang dah tak sederas sewaktu di Step 1. Kita cuba melihat dan menilai ada ke kita pernah buat dia tak puas hati dengan kita. Macam errm, pernah tak kita keluar date dengan dia pakai selekeh, atau kita pernah cuba control dia? If the answer is mostly NO, jangan khuatir, korang berada di pihak yang benar. It definitely meant, dia tak tahu menghargai kita. Jangan pula korang salahkan diri sendiri, sebabnya, he was the one who created the troubles. 

4. Find A Friend
Sebolehnya, do not, I repeat DO NOT skip this step! Cari seseorang yang boleh dipercayai. Someone who knew you had a relationship with him. Sebaiknya, saya cadangkan bawa kawan lelaki. Bukan untuk buat si dia cemburu atau mencari kesalahan korang, tetapi support. Sebabnya, korang akan bawa dia bersama semasa korang buat perhitungan dengan bf tak guna tu! Your friend must be able to give you moral and possibly physical support. Sebabnya, selepas confrontation, you won't have any energy to go back home. Bukan menipu, tapi, korang akan rasa lemah longlai yang teramat. This is where he will be handy. Kawan korang tak perlu duduk semeja, unless if he brought his new gf, makanya, anda perlu sangat bawa dia duduk sekali!

5. Make Your Decision
Ini adalah sangat critical! Sangat, sangat critical! You have to choose whether you would like to give him another chance or break up! Cakap macam simple, tapi kita nak buat keputusan ni, tak mudah. I totally understand. Faham sangat! Jadi jangan stress. Fikir, minta petunjuk, minta doa dengan Allah s.w.t. kalau betul dia jodoh kita, dekatkan, kalau tak, izinkan dia pergi. If, your mom atau parents tahu pasal hal ni, minta pendapat. I suggest, take your time, sekurang-kurangnya 3 hari. Not to aggravate atau melambat-lambatkan process penyelesaian masalah. Just to be rational. Kadangkala bila buat keputusan pada hari tu juga, emotions akan banyak memainkan peranan.

Selepas korang dah lakukan semua benda dekat atas ni, bersemuka. Jangan pula cakap melalui phone, Whatsapp, sms, Line dan apa sahaja yang tak membenarkan korang bersemuka.Kalau dia banyak mengelak, be firm! Kalau jarak jauh, it will be a different case, best way I would suggest, Skype. It's still face-to-face! Masa ini, tolong, tolong, JANGAN mengalirkan airmata korang yang precious depan dia! Tak kisahlah, kalau lepas selesai tu, korang nak nangis, nangis jer, tapi, jangan nangis depan dia! Show him, airmata korang terlalu mahal untuk dibazirkan untuk orang macam dia! (Tunjukkan jer macam korang kuat, tapi, bukan semua orang mampu menjadi sekuat itu)

With these, I hope the tips I imparted to you girls out there will be useful. Most of it are based on my own or my BFFs experience. So, I compiled everything and shared it with you. Kalau bukan hari ini, mungkin masa akan datang. We never know, what life has in stored for us. I wish all the best to those who are in a relationship. Pada mereka yang single mingle, hey, we are in the same boat! Jangan susah hati sangat tak ada bf, sebab I saw a whole lot of young girls out there selalu sangat meluahkan kesedihan mereka tak ada bf, your jealousy towards your friends yang ada relationship. The time will come, so in the meantime, just live your life and embrace it. ♥  Bersyukur dengan segala nikmat yang diberikan oleh Allah s.w.t. pada kita. Take care all you lovelies out there. Be yourself & be beautiful. Because, beauty comes from the heart, not from your appearance! With that, I ♥ all of you who are reading my blog out there! 
xoxo ♥