And ALLAH is Sufficient as a Guardian
And ALLAH is Sufficient as a Helper
~ Quran 4:45


Friday, 2 August 2013

Ms Egoistic Vs Mr Romantic 15

Hi uolls! Sedar tak sedar dah tinggal lagi 5 hari jer untuk kita berpuasa :( Frankly speaking, sedih nak tinggalkan Ramadhan. Anyway, dah lama kan tak upload bab terbaru, so, here goes, Ms Egoistic Vs Mr Romantic 15!

Bab 15

Khairul Arman berhenti dari menaip proposal yang sedang dikarang. 1.35 pagi, disebabkan terlalu banyak projek yang perlu dia kendalikan terpaksalah dia membawa pulang beberapa kerja yang tak sempat disiapkan. Dia mengangkat muka lalu tangannya spontan mengambil sebuah frame gambar yang diletakkan di mejanya. Wajah Erika Syakira yang dirakam oleh Auni sewaktu majlis pertunangan tempoh hari. Walaupun gambar kandid, dia tetap kelihatan menawan. Satu keluhan terlepas dari bibirnya. Erika Syakir  a kini, sudah terlalu jauh berubah dari Erika Syakira yang dia kenali dahulu. Fikirnya, wanita itu hanya melalui perubahan fizikal, tetapi ternyata, dia kini lebih berani bersuara, lebih lantang meluahkan pendapat dan pantang dicabar, bukan lagi gadis yang pendiam bila diprovok. Benarlah kata orang sekali air bah, sekali pantai berubah, inikan pula manusia!

“Along!” panggil Kharissa Auni dari muka pintu.

“Auni! Tak reti nak ketuk pintu ke?” marah Khairul Arman sambil meletakkan kembali frame gambar itu ditempatnya.

“Ala, selama ni ok jer,” Kharissa Auni sudah memuncung sambil melangkah masuk ke kamar Khairul Arman.

“Nak apa ni malam-malam masuk bilik Along? Tak reti nak tidur ke?” Khairul Arman menghampiri adiknya yang sudah melabuhkan punggung di atas katilnya.

“Ala, sementara Auni tunggu nak konvo, baiklah Auni stay up, layan movies dulu. Nanti dah start kerja mana ada time nak buat benda macam ni. Tengok macam Along, semua kerja ofis Along angkut bawa balik,” Auni memuncungkan bibirnya ke arah meja kerja yang terletak di satu sudut bilik Khairul Arman.

“Auni tak jawab lagi soalan Along. Nak apa masuk bilik orang pagi buta ni? Nak tidur dengan Along ke?” Khairul Arman sudah mengusik adiknya itu.

“Hisy! Merepek jerlah Along ni! Auni nak tanya sikit pasal Along dengan Kak Erika, how’s the progress? Berjaya tak Along pikat dia?” kepoh Auni bertanya.

Belum sempat Khairul Arman menjawab, biliknya diterjah pula oleh Khalisa Amni, “Auni, kan Lisa suruh tunggu sampai Lisa datang baru tanya Along.”

“Dah Lisa lambat sangat, sibuk nak habiskan drama dia,” protes Auni.

“Dah, jangan gaduh! Meh duduk sini dengan Along,” pamit Khairul Arman pada Lisa yang masih berdiri di muka pintu.

“So, Along, macam mana? Excited ni nak tau,” Auni sudah tidak sabar ingin tahu.

“Well, to be frank, my dear sisters, Along rasa dia tak suka Along,” Khairul Arman berterus terang.

“Why? Dia cakap macam tu ke?” tanya Lisa pula.

“Indirectly. Bila Along cakap yang kita perlu bincang, dia cuba elak. Then dia ada confess, yang dia sebenarnya belum ready untuk perkahwinan ni. Which shows, dia memang tak ada feeling kat Along,” jelas Khairul Arman panjang lebar. Auni dan Lisa sama-sama merenung dalam wajah Khairul Arman kemudian 
berpandangan sesama sendiri.

“Nampaknya, Along kena work hard to win her heart. Tapikan, sejak plan family kita ni, Kak Erika macam cuba elak dari kita. Dulu, sebelum Along balik Malaysia, kita orang quite close. Pergi shopping, tengok wayang, you know girl stuff,” cerita Auni.

“Really? Korang tak pernah cerita kat Along pun?” tanya Khairul Arman sambil merenung wajah kedua adik kembarnya.

“Ala, tak penting pun. Along pernah nampak Kak Erika dengan mana-mana lelaki tak? Macam rapat semacam,” tanya Lisa.

“Hmm, lelaki yang dia paling rapat mestilah Haiqal. Hah, tadi, dia baru jumpa balik kawan sekolah dia dulu, Rayyan,” Khairul Arman memaklumkan.

“Handsome? Dengar nama macam handsome, dia kerja apa?” amekkaw, soalan bertalu-talu dari Auni.

“Chey, Along lagi handsome dari dia. Paediatrician,” pendek Khairul Arman menjawab. Ada rasa cemburu yang menjentik tangkai hatinya apabila teringatkan kemesraan tunangnya dengan jejaka itu.

“Along jealous! Haha! Dahlah tu Long, ada baiknya Along fikir macam mana nak tawan hati tunang sendiri,” Lisa menasihatinya sambil mereka berdua galak mentertawakannya.

“Korang tau tak, sejak dua bulan lepas, Along dok hantar bunga dengan coklat kat ofis dia tau. Hai, susah betul nak pikat perempuan hati batu macam dia,” selamba Khairul Arman mengutuk tunangnya.

“Hisy, salah taktiklah Along. Kak Erika tak suka benda macam tu! Dia selalu cakap, benda tu semua clichĂ©, macam drama kat TV tu buat,” terang Lisa.

“Apasal korang tak bilang Along awal-awal?” hampir menjerit Khairul Arman pada adik kembarnya.

“Dah Along tak tanya!” serentak mereka menjawab.

“Ni Auni nak tanya, Along dah break off semua relationship dengan kekasih-kekasih gelap Along ke belum?” serius Auni bertanya sambil merenung tajam wajah Khairul Arman. Abangnya yang seorang ni bukan jahat, mungkin nakal dan dia tidak akan menolak salam yang dihulurkan oleh mana-mana gadis. Kononnya, tidak ingin mengecewakan hati wanita-wanita itu.

“Errm, most of them,” teragak-agak Khairul Arman menjawab pertanyaan Auni.

“Most?! Along jangan nak main-main! Bukannya Lisa tak kenal girlfriend Along si Gina tu, kang tak pasal-pasal dia buat kecoh masa majlis Along,” kini suara Lisa pula yang meninggi.

“Mana Lisa tahu Along belum break dengan Gina?” hairan Khairul Arman bertanya.

“Twitter! Lisa baca Twitter si minah gedik tu. Dia sekarang dekat Paris kan, ada fashion show. Along tak buka Twitter ke, dia ada mention Along, siap letak gambar sekali. Missing you here! Bluekk!” Lisa sudah membuat aksi termuntah. Memang boleh muntah hijau dengan minah gedik tu.

“Tulah! Geli Auni tengok! Yucks! Menyampah tau, dia tak tau ke Along dah tunang? Along pun satu, boleh pula tahan dengan dia, lama pula tu, kalau nak dibandingkan dengan girlfriend Along yang lainlah! Tak faham Auni!” kini Auni pula menebak Khairul Arman.

Khairul Arman mengerutkan dahi. Tak pernah-pernah Gina buat macam tu. “Hisy, korang tipu Along kan?”

“Ya Allah, nak tipu apanya? Along jangan nak buat tak tau, kalau Mama tau, mengamuk dia. Along bila nak terus terang dekat dia? Sampai dia dah rosakkan majlis Along?” bertalu-talu soalan yang Lisa ajukan.

Khairul Arman menghela nafas, tak boleh jadi ni. Kalau aku terus terang, mengamuk pula si Gina. Lagipun dia ada dekat Paris lagi setengah tahun. By the time dia balik Malaysia, InsyaAllah majlis aku dah selamat. Kalau aku beritahu dia sekarang, tak boleh dijangka apalah yang akan dibuat oleh perempuan itu.

“Dahlah Long! Along fikirlah macam mana nak settlekan problem ni. Tapi Auni nak kasi warning dulu, kalau Along sia-siakan Kak Erika, siap Along kita kerjakan!” sempat Auni memberi amaran sebelum dia dan Lisa beredar dari bilik Khairul Arman.

Khairul Arman menarik-narik rambutnya. Rasanya, jika boleh dilihat kekusutan otaknya kini pasti sekusut rambutnya. Khairul Arman mengambil gitar akustik dari tepi katilnya lalu bersandar pada kepala katil. Tangannya mula memetik chord lagu I Won’t Give Up nyanyian Jason Mraz. Matanya terpejam saat dia menyanyikan lirik lagu tersebut. Selama ini, Gina hanya seseorang yang dianggap mampu menghilangkan kekosongan di jiwanya, yang bertakhta di hati tetaplah Erika Syakira.
*******************************************************************************
“Miya, boleh tolong panggilkan Cik Suffiyah masuk bilik I,” aku memberi arahan pada Miya melalui intercom.

“Ok, you don't worry about that,” jawab Miya dan beberapa minit kemudian terdengar ketukan di muka pintu. Aku memberi arahan masuk sambil mengangkat muka dari membaca fail ditanganku. Miya mengiringi Suffiyah masuk ke dalam bilik pejabatku.

“Miya, answer all calls, kalau ada sesiapa nak bercakap dengan saya just say saya keluar. If it’s my mom, you cakap jer I ada meeting and please keep Encik Haiqal out from my room for the time being.” Miya hanya mengangguk lalu dengan pantas meninggalkan aku dan Nur Suffiyah.

Aku sengaja mendiamkan diri, cuba memancing ekspresi dari wanita di hadapanku. Dia hanya menunduk menekur lantai sambil sekali sekala gelisah di tempat duduknya. Aku merenung wajah itu sekali lagi, tiada yang berubah, hanya penampilannya sahaja.

“Why did you do this to us?” aku bertanya sambil menutup fail di tangan kuat. Mataku mula berkaca.

“Do what? Saya minta maaf Cik Erika, I don’t understand,” teragak-agak dia menjawab.

“Stop pretending. Saya tahu awak tahu apa yang sedang saya katakan,” tegas aku bersuara sambil menghulurkan fail yang sedari tadi aku baca.

Perlahan dan sedikit menggeletar dia membuka fail tersebut. Aku bangun dari tempatku lalu duduk di sebelahnya sewaktu dia membaca fail yang baru sahaja aku terima dari private investigator yang aku upah untuk menyiasat latar belakangnya, dan nyata firasat aku benar selama ini.

“Why Kak Eliz? Kenapa buat Qal macam tu? Kenapa Kak Eliz tergamak lukakan dia? Tak cukup baik ke dia untuk Kak Eliz? Apa salah dia Kak Eliz?” bertalu-talu aku meluahkan soalan dengan sebak dan mata yang berkaca.

“Adik, I…I’m sorry. Bukan Kak Eliz sengaja, tapi I have my reasons why I did all this,” perlahan Nur Suffiyah menjawab.

Aku memeluknya erat melepaskan rindu yang selama ini disimpan. Jika ini reaksi aku, tidak dapat aku bayangkan bagaimana reaksi Haiqal jika dia diberitahu. Aku memandang dalam anak mata Kak Eliz, walaupun dia sedang mengukir senyum aku nampak kesedihan di sebalik kepura-puraannya.

“Kak Eliz, when are you planning to tell Qal about this?” aku bertanya.

“Soon enough. Since adik dah buat siasatan secara terperinci macam ni, how am I going to hide it from him? Adik dengan Qal terlalu rapat, no secrets are kept between you two,” ujar Nur Suffiyah bersahaja.

“Malam ni, kita dinner boleh?” aku memberi cadangan. Walaupun dia kelihatan teragak-agak, pantas dia mengangguk.

“Erika, boleh tak kalau panggil Kak Eliz, Kak Nur?” pintanya. Aku menganggukkan kepala sambil tersenyum senang.

“Errm, malam ni kita jumpa at 8.30pm, dekat Mid Valley, Secret Recipe,” aku membuat keputusan sebelum dia menukar fikiran.
*********************************************************************************
“Kau nak bawa aku pergi mana ni malam-malam macam ni?” tanya Haiqal sambil merengus kasar.

“Diam jerlah! Nak ajak dinner luar pun susah sangat,” aku menjawab sambil mata focus memandu.

“La, bukannya Mummy tak masak kat rumah! You must have something up your sleeves, Erika Syakira,” tebak Haiqal.

“Isy, tak baik tau kau tuduh aku macam tu,” sengaja aku sayukan suara. Ternyata, firasat Haiqal tidak pernah salah.

“Kau jangan tipulah Adik. Entah apa mimpi, dahlah suruh aku pakai smart macam ni. Confirm, kau ada something planned,” Haiqal semakin mendesak.

“Ala, ikut jerlah. Lagi sekali kau buka mulut, aku tinggalkan kau tepi jalan,” ugutku sambil menekan kuat pedal minyak menambah kelajuan.

Sepuluh minit kemudian kami sampai di Secret Recipe, mataku melilau mencari kelibat Kak Nur, hmm, belum sampai kot. Aku meminta tempat untuk tiga orang, sambil duduk bersama Haiqal. Sebentar kemudian aku nampak kelibat Kak Nur yang sedang mencari mencari kami. Aku melambaikan tangan padanya.

“Adik, Cik Suffiyah buat apa kat sini?” Haiqal bertanya sambil mengerutkan dahi.

“Hai, Kak Nur!” aku menyapanya lembut sambil memeluknya erat lalu melagakan pipiku dengannya.

“Qal, tak belajar manners ke?” sengaja aku mengenakannya.

“Hai Cik Suffiyah. How are you?” tanya Haiqal sambil menundukkan sedikit kepalanya sabagai tanda hormat.

“Fine, thank you,” perlahan Nur Suffiyah menjawab.

“Well, you guys carry on with your dinner. I have another appointment. Qal, dah habis call aku,” sempat aku memesan lalu segera berlalu dari situ.

Aku berharap Kak Nur mampu untuk berterus terang dengan Haiqal tentang segala-galanya. Aku mampu merasa hati kedua mereka, derita dalam diam, semoga mereka mampu berbahagia selepas ini. Haiqal, janganlah kau sia-siakan segala yang telah aku lakukan untuk kau.
Segera aku menghayun langkah menuju ke Coffee Bean. Satu temujanji telah aku buat, mengenangkan aku mahu memberi ruang buat Haiqal dan Kak Nur untuk berbincang dari hati ke hati. Mataku melilau mencari kelibat si dia. Aku mengatur langkah menuju ke arahnya yang sedang membelakangiku. Aku menepuk perlahan bahunya, segera dia berdiri menghadapku.

“Babe, apasal lambat?” Rayyan bertanya lantang.

“Volume low sikitlah! Malu orang tengok,” aku sudah memberi amaran sambil melabuhkan punggung berhadapan dengannya. Ramai pula yang sudah menoleh ke arah kami.

“Ala, kau tak pernah berubah tau! Dari dulu sampai sekarang, selalu lambat. Dahlah, kau nak minum apa?” tanya Rayyan.

“Apa-apa lah,”aku menjawab sambil membaca message yang baru aku terima dari Khairul Arman.

“Debab, kat sini tak jual air apa-apa,” gurau Rayyan.

“Kau ni kan tembam, hmm, aku nak White Chocolate Dream dengan blueberry cheesecake,” aku menjawab geram.

Aku lihat Rayyan yang sedang membuat pesanan. Dahulu, aku dengan dia selau diusik di sekolah, kerana waktu itu aku dan dia gemuk, makanya kami selalu menjadi bahan usikan pelajar nakal di sekolah. Yang selalu meyelamatkan kami waktu itu adalah Haiqal. Kelebihannya sebagai ketua pengawas, menjadi satu bonus bagi kami untuk mengelak dari didenda apabila aku mengamuk. Aku tersenyum sendiri mengingati zaman sekolah dulu, jika aku mampu kembali ke saat itu, alangkah bahagianya hidup.

“Erika, Erika, kau ni, kalau tak berangan tak sah! Teringat Mr FiancĂ© ke?” usik Rayyan sambil meletakkan pesanan kami di atas meja.

“Hisy! Tak kuasa aku nak ingatkan dia,” aku sudah menjuihkan bibir.

“Kau ni peliklah Bab! Tunang kau tu, yang kau buat macam tu apasal?” tanya Rayyan kehairanan.

“Janganlah panggil aku Bab, kau tu Bam!! Taklah, aku malaslah nak fikir pasal tu semua,” keluhku.

“Well, aku dapat rasa kau macam tak suka dia. Bukan serkap jarang, tapi, kelmarin masa kat hospital, aku dapat baca body language kau masa kau kenalkan dia kat aku,” luah Rayyan jujur sambil memandang tepat ke dalam anak mataku.

“Susahlah aku nak story. Lagipun, weird tau nak cerita kat kau. Kita baru jer jumpa, then aku nak story mory kat kau pula,” aku sudah menjelingnya.

“Haiz, tak tidur malam aku nanti, terkenangkan jelingan kau tu,” gurau Rayyan sambil memejamkan matanya dan meletakkan tangan di dadanya.

“Macam-macamlah kau ni,” aku menggelengkan kepala melihat telatahnya. Rayyan memang tak pernah berubah.

“Tapi, aku serious Erika! Kau kalau ada benda nak share dengan aku, spill it babe. Tak guna kau simpan sorang-sorang. Aku tak naklah jenguk kau kat hospital sakit jiwa,” sempat lagi Rayyan mengenakanku.

“Hmmm, sebenarnya, this is a family arrangement. Kononnya parents aku terhutang budi dengan family dia, jadi mereka buat perjanjian macam ni,” jelasku ringkas.

“Tapi, parents korang tak kasi kenal-kenal dulu ke?” tanya Rayyan lalu menyedut minumannya.

“Ada. Tapi, kau pun tahu kan aku ni macam mana, sebelum tunang dulu, aku selalu elak. Entah apa yang rasuk aku malam tu, terus aku setuju nak disatukan dengan dia. Mummy aku adalah cakap something, and mungkin kata-kata dia terlalu menyentuh hati aku, itu yang aku beri persetujuan,” aku menjelaskan panjang lebar. Dia hanya menganggukkan kepala.

Perbualan kami berlanjutan lagi dengan kisah hidupnya pula. Rayyan pernah bertunang dua tahun lepas, tetapi telah putus kerana tunangnya jatuh cinta pada jejaka lain. Kami juga membuka cerita lama sewaktu di zaman persekolahan. Habis terbongkar semua kenakalan yang pernah kami lakukan di waktu sekolah dahulu dan cerita rakan-rakan yang masih berhubung dengan Rayyan. Asyik sekali kami berbual hingga aku terlupa pada Haiqal, dan aku baru tersedar sewaktu menerima panggilan darinya. Pantas kami menuju keluar untuk bertemu dengan Qal dan Kak Nur yang sudah menanti. Qal dan Rayyan berjabat tangan seketika.

“Patutlah terlupa kat aku, jumpa Rayyan rupanya,” usik Haiqal.

“Ini tunang adik ke?” tanya Nur Suffiyah pula.

“Eh, bukanlah Kak Eli…errrm Nur. Ni kawan sekolah adik, Rayyan, Dr Rayyan. Ni bakal kakak ipar aku, Kak Nur,” aku memperkenalkan mereka. Mereka hanya berbalas senyum.

“Kau ni dik, macam-macam tau. Hmm, oklah, esok kita jumpa kat office ok. Awak have a rest tau,” Haiqal berpesan pada Nur Suffiyah sewaktu kami menghantarnya ke kereta.

“Hmm, kereta kau dekat mana?” aku bertanya pada Rayyan.

“Tu hah,” Rayyan memuncung untuk menunjukkan keretanya yang kebetulan diparkir bersebelahan keretaku.

“Qal, kau masuk kereta dululah, nanti aku masuk,” aku sudah menghulurkan kunci kereta padanya apabila aku sedar yang Rayyan ingin berkata sesuatu padaku.

“So, kau nak cakap apa?” aku bertanya sambil memandang tepat wajah Rayyan.

“Kau ni macam tau jer. Erika…” dia sudah meletakkan tangannya pada kedua bahuku. Aku mula pelik.

“Kenapa? Kau ni selalu buat aku suspen tau,” aku tertawa kecil cuba melindungi resah yang bertandang di hati.

“Aku…Say..Kau,” Aku nampak mulutnya bergerak tetapi aku tak dapat mendengar dengan jelas kata-katanya kerana ada sebuah kereta yang baru sahaja lalu dihadapan kami dan pemandu itu pula menekan kuat pedal minyak.

“Kau ni cakaplah kuat sikit. Aku tak dengarlah!” pintaku.

“Goodnight! Sweet dreams! Take care,” laju Rayyan berkata lalu masuk ke dalam kereta setelah aku berlalu ke keretaku.

Hope korang enjoy bab kali ini! Please continue your support & spread the love! Take care lovelies! 
xoxo ♥ 


No comments:

Post a Comment