And ALLAH is Sufficient as a Guardian
And ALLAH is Sufficient as a Helper
~ Quran 4:45


Sunday, 8 September 2013

Girls Talk: How To Introduce Him To Your Parents


Hi girls, back with another segment of girls talk! Topic hari ini, mungkin lebih tertumpu kepada pasangan yang lebih matang or young adults. Maybe for those in your 20s. Introducing him to your parents? Hmmm, pada kita mungkin ok, but I tell you it’ll be one of the hardest times for guys. Girls Talk kali ini, sebenarnya I had a talk with some guy best friends that I have bertanyakan perasaan mereka sewaktu mereka perlu bertemu dengan ibu bapa gf mereka. Dengan research yang dibuat, again I had a talk with my BFFs mengenai topic kali ini. Note to you girls out there yang nak bawa your guy jumpa family korang, make a stand to actually get him to meet your parents first, only then you meet his parents. Reason yang simple korang boleh beri, girls are much more vulnerable and anything can happen to you, so make him meet your parents first! So, here are a few tips on how you can introduce him to your parents.
1.     
            1.  Discuss
Perbincangan ini, bukanlah dengan keluarga korang. Tapi, dengan si dia. Pastikan dia betul-betul bersedia untuk bertemu dengan parents korang. Jangan pula dia terkebil-kebil macam cicak tertelan skru waktu your parents ajukan questionnaires pada dia. Berikan gambaran yang baik, I mean, he’s nervous, so ensure him, parents korang tak makan orang! Lol! Sebagai anak, you would know between your parents, mesti salah seorang yang lebih outspoken. Well, mungkin korang boleh hint your guy what questions might your parents asked.

Soalan common: 2.(soalan yang pernah ditanyakan oleh parents BFFs saya pada pasangan anak mereka)
i.                 Berapa lama dah berkenalan?
ii.               Kerja apa? Bidang apa?
iii.              How serious are you in the relationship?
iv.              Bila nak bawa jumpa parents awak pula?
v.                Family background, etc

2.     
            2. Fool-Proof Planning
Perancangan yang teramat teliti. Kalau boleh, janganlah buat small mistakes yang boleh dihindari. Planning mungkin mengambil masa. Especially kalau korang perlu aturkan masa where everyone is available.Yelah, kalau boleh biarlah dia jumpa dengan seluruh ahli keluarga kita. Mak, ayah, kakak, abang, adik. Faham sangat dengan situasi ini, bila semua dah ok, sekali dia pula tak ok, bila dia ok, salah seorang pula tak ok. Sabar! Perkara yang paling penting, kalau boleh pertemuan pertama janganlah di rumah. Ramai yang selalu menganggap jumpa kat rumah lebih baik, but frankly speaking, dekat rumah selalunya, memberi atmosphere yang sangat tense. So, buatlah pertemuan di luar. Plan a nice dinner out, guys, tolonglah tunjukkan sikap gentleman anda yer. Belanjalah your future family. Tapi berpadalah. Mengikut kemampuan. Ingat satu perkara, jangan lambat! Menepati masa banyak mencerminkan keperibadian seseorang.
3.     
                     3. Dress him Appropriately
Ini harus dibuat beforehand! Cari masa untuk mencari pakaian yang sesuai. Well, girls you would know the appearance that would make your parents have a good impression on him. Bukan rupa, tapi, cara dia present himself, how neat is he. After all, first impression usually lasts. Kalau guy korang tu selalu keluar dengan korang tak gosok baju, pastikan dia gosok baju pada hari itu, kalau kasut dah lama tak polish, sila polish. Jangan malas! Sebab kalau malas nak rapikan diri, mesti parents korang pun malas nak nilai dia! Guys, make yourself be that every parent wants to take you home and be their son-in-law!
4.     
              4.  Be Yourself!
Ini untuk si jejaka yer! (Dan untuk the ladies yang nanti bakal berjumpa dengan parents si dia pula!)  Jadi diri sendiri di hadapan bakal mak dan pak mertua. Ehem! Jawab segala pertanyaan dengan jujur, sejujur yang mungkin. Kalau korang ikhlas nak dekat anak dara orang, mesti bersungguh-sungguh. Jangan pula masa berdating tunjuk perangai lain, lepas kahwin nanti, lain pula. Yelah, jangan nanti mak atau bapa mertua awak kata, aku nak menantu bukan hantu! Lol! Anyways, tenangkan diri, brace yourself, mingle dengan bakal adik beradik ipar. Jangan pula menyombong dengan bakal ipar. Karang parents dia setuju, adik beradik dia pula menentang. Haru!

Oklah, mungkin ini serba sedikit yang dapat saya share untuk topic kali ini, tapi kalau korang ada benda nak add on, please do so! Boleh comment dekat comment box, ataupun kalau nak share experience lagi kita suka! Anyways, babes and dudes, in a relationship, kita bukan sahaja berpasangan dengan pasangan kita, tetapi dengan keluarga dia sekali. Yelah, kalau nanti awak kahwin dengan dia, awak kena kahwin dengan family dia juga kan? Apa-apa pun, buat mereka yang bakal memperkenalkan pasangan pada keluarga masing-masing, semoga maju jaya! Saya doakan agar semuanya berjalan dengan lancar. Take care all you lovelies out there! Be yourself & be beautiful. Because beauty comes from the heart, not from your appearance! With that, Good Luck!

xoxo ♥

No comments:

Post a Comment