And ALLAH is Sufficient as a Guardian
And ALLAH is Sufficient as a Helper
~ Quran 4:45


Sunday, 22 September 2013

Ms Egoistic Vs Mr Romantic 17

Sorry, sorry, sorry!!! Seriously, minta maaf dari hujung rambut ke hujung kaki sebab lama sangat tak update. Kesibukan yang melanda, sebab ambil kesempatan sementara tengah cuti ini buat dua kerja serentak, itu yang setiap kali balik kerja nak buka lappy pun tak larat. Maaf sangat ok! Tak moh cerita panjanglah, upload bab terbaru ok?

Bab 17

Suasana di bilik hotel yang menempatkan aku dan Kak Nur sudah riuh begini. Tidak dapat aku bayangkan bagaimana pula keadaan di ballroom nanti. Malam ini, aku bakal menamatkan zaman gadisku dan memulakan hidup bersama seorang jejaka yang seringkali menyakitkan hatiku. Aku memandang wajahku sendiri di hadapan cermin, jelas kelihatan lingkaran hitam di bawah mata. Semalam, Mummy mengadakan majlis berinai kecil dan juga khatam Al-Quran untuk aku dan Kak Nur. Mak Andam professional yang diupah oleh Mummy sedang menata rias wajah Kak Nur dahulu di bilik sebelah. Aku membuka pintu yang menyambungkan bilikku dan bilik Kak Nur, aku nampak sinar kebahagiaan di wajahnya. Aku mengambil tempat di birai katil sambil tersenyum memandangnya.

“Sorry, boleh tak if you leave me alone with Erika sekejap?” pinta Nur Suffiyah pada semua yang berada di situ. Pantas semua pekerja dari wedding planner itu berlalu menuju ke bilik sebelah.

“Adik, kenapa ni?” tanya Nur Suffiyah sambil duduk bersebelahan dengan bakal adik iparnya itu. Sebenarnya dia tahu apa yang sedang tersirat di hati gadis itu, tetapi sengaja dia ingin Erika Syakira meluahkan rasa.

“I don’t know. Adik rasa macam, it’s a mistake, a big mistake. This marriage, segala-galanya! You know my relationship with him sejak dulu lagi! Tak pernah ngam! How am I going to live with him?” rintihku perlahan sambil melentokkan kepala di bahunya.

“Adik, segalanya kita serahkan pada Allah s.w.t. Kak Yana yakin, Adik dah buat keputusan yang betul. Adik cuba untuk lakukan yang terbaik untuk Mummy dengan Daddy, so, kita tawakkal jer. Yang penting, Adik kena usaha agar bahtera yang bakal Adik layari tak tenggelam. Saling tolak ansur, hormat menghormati and most importantly, trust. InsyaAllah, segala masalah dapat diselesaikan. Jangan nak ikut sangat keras kepala tu. Kalau seorang jadi api, seorang lagi jadi air, bukan minyak. Faham?” sampuk Riyanna dari muka pintu sambil menghampiri Nur Suffiyah dan Erika Syakira. Dia memeluk kedua mereka serentak.

“Dah, cepat siap. Jangan nangis lagi. Kak Yana nak yang terbaik untuk korang berdua,” sambung Riyanna lagi sambil mengesat airmata adik iparnya.

“Ya Allah, tak siap lagi budak berdua ni! La, kenapa nangis?” tiba-tiba terdengar pintu connecting room dibuka dan terjengul pula wajah Datin Erina. Aku memandang wajah Mummy, nyata terserlah sinar kebahagiaan diwajahnya. Sebelum dia sempat menghampiriku, aku sudah berlari mendapatkannya lalu merebahkan diri dalam pelukannya.
***********************************************************************************************
“Aku ingat kau tak nak jemput aku,” ujar Rayyan sambil memandang sepi kad undangan perkahwinan yang aku hulurkan.

“Kau best friend aku, takkan aku tak nak jemput kau,” jawabku sambil tersenyum kecil.

“Kenapa kita lambat bertemu kembali? Kalau tak, mungkin nama aku dekat kad tu,” kata Rayyan sambil tertawa kecil.

Aku terkedu seketika, kemudian pantas aku menenangkan diriku lalu tersenyum ke arahnya, “Apa kau merepek ni?”

“Dah terlambat untuk aku luahkan sekarang. Walau apa pun yang aku cakap sekarang tak akan mengubah keputusan kau,” jawab Rayyan sambil mengacau air di hadapannya.

“What are you trying to say?” tanyaku keliru.

“I…I’ve loved you all this while. Aku kesal tak dapat luahkan perasaan aku pada kau sebelum aku sambung belajar dekat Ireland dulu. Bila aku balik sini, aku jumpa member lama, semua kata kau dah pindah dari rumah lama kau. Aku tak berhenti cari kau, tapi gagal. Aku tak dapat jejak langkah kau. Dua tahun Erika, dua tahun aku tunggu sebelum aku putus asa dan aku minta mak aku carikan calon. Sikap dia, perwatakan dia, menyerupai kau, tapi aku tak dapat nak nafikan dia bukan kau, dan aku tak mungkin mampu untuk mencintai dia sepertimana aku cintakan kau. Aku selalu abaikan dia sampailah dia bosan dan berpaling pada lelaki lain,” terang Rayyan sambil menggengam erat tanganku. Airmataku mengalir deras, nasib baik tempat yang dia pilih agak tersorok dari pandangan orang. Aku rasa terharu sangat, tetapi, apakan dayaku. Keputusan telah dibuat, segala persiapan juga sudah diatur.

“Rayyan, I’m sorry. Keputusan aku muktamad, apa pun jadi, aku akan kahwin dengan Khairul Arman. Aku tak sanggup nak kecewakan parents aku dan aku harap kita kekal sebagai kawan baik,” jawabku sambil menundukkan wajah dan perlahan-lahan melepaskan tanganku dari gengamannya.

“Wanita bila kata macam tu, maknanya, kita tak akan berkawan lagi,” kata Rayyan.

“No! Kau tetap best friend aku, dunia akhirat! Friends forever?” tanyaku sambil menghulurkan jari kelingkingku padanya, sama seperti waktu dahulu, bilamana aku ingin dia berjanji padaku. Dia menghulurkan jarinya dan disitu jari kami bertaut buat seketika. Aku akan sentiasa sayangkan kau Rayyan! Janjiku pada diri sendiri.
************************************************************************************************
“La nok! Awat hang nangis, rosak makeup!” bebel lelaki lembut yang diupah oleh Mummy sebagai mak andam kami.

“Mana ada nangis!” nafiku sambil cuba mengerdipkan mataku beberapa kali agar airmata yang bertakung di tubir mata tidak jatuh.

“Hisy, nak tipu tapi tak pandai! Dah, lap airmata tu, lepas tu dah boleh salin baju. Bakal kakak ipar kau tu dah siap,” arahnya sambil menghulurkan tisu padaku.

Aku memandang cermin. Aku sudah siap dirias, hanya tinggal menyarungkan persalinan yang sedang menunggu. Ya Allah, tabahkan hatiku, bantulah aku mengharungi hari-hari yang mendatang. Aku menarik nafas dalam lalu bangun menuju ke bilik air untuk menyalin pakaian.

“Adik, dah siap belum. Cepat sikit, kereta dah tunggu dekat bawah, nak bawa korang pergi ballroom. Nur pun dah dalam kereta,” jerit Riyanna dari luar pintu.

Pantas aku keluar, dan setelah dibetulkan apa yang kurang aku diiringi oleh Mummy dan Kak Yana turun untuk menaiki kereta. Sebenarnya langkah kami pasti lebih pantas jika tanpa videographer yang ingin merakam setiap dari langkah kami. Idea si mangkuk hayun tulah, nak videographer bagai. Aku senyum pada Dilla yang bertugas sebagai jurugambarku. Pantas aku menaiki kereta bersama Mummy, manakala Kak Yana menemani Kak Nur di sebuah kereta yang lain. Berkali-kali aku alunkan ayat Kursi dan juga beberapa surah lain agar diberi ketenangan hati. Laju kereta itu meluncur menuju ke ballroom. Setibanya di sana, aku nampak ramai juga sanak saudara kami dan juga yang tidak kenali sedang menanti kereta kami. Aku melangkah keluar serentak dengan Kak Nur dan kami pun berpimpinan tangan. Mummy dan Kak Yana mengapit kami masuk. lenguh juga mulutku memaksa senyum. Kami berhenti seketika di hadapan pintu ballroom, sebelum melangkah masuk. Langkah kami menuju ke pelamin kecil yang disediakan diiringi oleh selawat ke atas junjungan Nabi s.a.w.

Sebentar kemudian ketibaan Haiqal dan juga Khairul Arman pula diumumkan oleh pangacara majlis. Aku lihat Daddy yang sedang duduk di platform yang dihias indah, sambil berbual dengan tok kadi. Abang Erik mengiringi Haiqal manakala Khairul Arman diiringi oleh sahabat baiknya. Segalanya mengikut atur cara, Haiqal akan bernikah dahulu kemudian aku. Dengan sekali lafaz, Kak Nur sah menjadi menjadi milik Haiqal. Alhamdullilah! Aku memeluk dan mencium pipinya setelah Mummy dan Kak Yana lakukan perkara yang sama pada Kak Nur yang sedang mengalirkan airmata bahagia. Upacara pembatalan air sembahyang dilakukan setelah Haiqal melakukan solat sunat syukur. Aku memeluk Haiqal dan Kak Nur serentak, kemudian Haiqal mengelap airmataku di hujung mata dengan jarinya.

Aku memejam mata seketika, sambil mata mengerling ke arah platform yang menempatkan dia. Sebentar sahaja lagi, statusku akan bertukar. Aku mengenggam erat tangan Mummy disebelahku. Kini, aku dikelilingi oleh Auni dan Lisa juga Datin Khaty, semakin bertambah debaranku. Aku nampak dengan jelas tangan Daddy dan dia sudah bertaut. Aku menarik nafas dalam. Rasa sedih dan gementar bercampur menjadi satu.

“Aku terima nikahnya, Erika Syakira Syariq Laurent dengan mas kahwinnya RM15,550 tunai,” sahut Khairul Arman jelas.

Airmataku mengalir deras, tetapi apa yang aku pasti, reaksiku bukanlah seperti reaksi Kak Nur sebentar tadi. Hanya airmata yang mengalir tanpa perasaan. Itu aku cukup pasti! Aku kaku di dudukku. Hanya membiarkan Mummy, Kak Yana, Kak Nur, Mama, Lisa dan Auni memeluk dan menciumku. Aku hanya menundukkan wajah, cuba menghentikan tangisanku. Kini, sah aku menjadi miliknya. Setelah dia melakukan solat sunat syukur seperti Haiqal, dia sudah datang menghampiriku. Aku menarik nafas sekali lagi, cuba menghalau rasa sedih dalam diriku, juga rasa gementar yang bercampur. Dia memberi salam dan semua di situ menjawab hampir serentak, aku hanya menjawab di dalam hati.

“Adik, hulurlah tangan tu,” Datin Erina sudah menggesa. Agak lama juga aku membiarkan dia menghulur tangannya padaku.

Sebentuk cincin platinum dan dikelilingi oleh berlian yang telah direka khas dijadikan sebagai mas kahwin, disarungkan di jari manisku. Aku mengambil sebentuk cincin yang juga direka khas dari Mummy lalu menyarungkan dijarinya.

“Salamlah,” arah Datin Khaty pula sambil tersenyum. Pantas aku tunduk menyalaminya yang kini sudah bergelar suamiku. Aku sudah mendongak kembali tetapi ramai pula yang ingin merakam gambar, maka aku terpaksa berada di dalam posisi sebentar tadi. Sebaik sahaja aku mendongak buat kali kedua, bibirnya sudah mencium dahiku lama.

“Sekali you jadi milik I, I tak akan lepaskan you, Erika Syakira. Ini janji I,” sempat dia berbisik di tepi telingaku. Berdegup seketika jantungku. Hisy, apasal hati aku ni berdebar semacam. Wake up Erika! Dia tu kasanova, setakat nak mengayat apa susah sangat. Pantas aku menyedarkan diriku.

Kami bergambar seketika bersama Haiqal dan Kak Nur juga saudara mara yang lain sebelum bersalaman dengan semua tetamu yang hadir di mana aku diperkenalkan kepada sanak saudaranya pula. Kami sudah meninggalkan ballroom tadi, dan kini dia menghantarku pulang ke bilikku. Nasib baiklah malam ini aku tak perlu berkongsi bilik dengannya. Ikut pantang orang tua katanya. Walaupun, aku sudah menghalang dan menegaskan bahawa aku mampu untuk pulang ke bilikku bersendirian, tetapi dia dengan selamba meminta izin dengan Mummy, jadi aku tidak dapat mengelak. Lebih malang, Haiqal tiada untuk membantuku, kerana dia perlu melakukan photoshoot memandangkan majlisnya dirancang agak tergesa-gesa dan mereka tidak sempat membuat pre-wedding photoshoot, jadi mereka terpaksa mengundur diri sebaik sahaja upacara pernikahanku selesai tadi. Aku hanya berjalan disebelahnya sambil tanganku digenggam olehnya. Tidak sesaat pun tanganku dilepaskan. Ada sedikit rasa rimas, pantas aku cuba melepaskan tanganku dari gengamannya tetapi gagal!

“Kenapa ni? Tadi I dah dapat lesen dari Daddy,” gurau Khairul Arman. Aku merengus sambil menjeling.

“Dosa tau jeling-jeling suami. Senyumlah sikit,” pinta Khairul Arman lagi sambil sebelah tangannya mencuit daguku lalu berhenti betul-betul di hadapan bilikku.

“Behave sikit boleh tak? I nak masuk, penatlah! You jangan lupa perjanjian kita, semua ni hanya lakonan sahaja, kita akan berbaik di hadapan family kita,” aku sudah mengingatkannya tentang perjanjian yang aku buat sebulan sebelum kami bernikah. Aku mencari kad access bilik. Lah, tadi ada pada Mummy. Lupa pula nak minta.

“Senyum dulu, baru I bukakan pintu untuk you. Kalau tak kita diri jerlah sini sampai esok. Dan you jangan risau, I rasa kalau pengarah dekat Malaysia ni tengok I berlakon, I boleh kalahkan Aaron Aziz tau,” usik Khairul Arman sambil tersenyum lalu mengeluarkan kad access dari poket baju Melayunya. Kami mengenakan persalinan berwarna off-white.

“Hisy! You jangan buat gila kat sini boleh tak! Kasilah balik kad tu,” aku sudah hampir menjerit. Dia menekup mulutku dengan sebelah tangan kemudian melepaskan jariku lalu memeluk pinggangku menghadapnya. Aku kini sudah terperangkap diantara dirinya dan pintu bilik. Mataku sudah membulat memandang anak matanya yang berwarna hazel. Kami berpandangan buat seketika waktu, aku rasakan seperti masa terhenti buat seketika dan hanya aku dan dia di situ. 

“Ehem!” satu suara dari arah belakang berdehem, pantas pautan dipinggangku dilepaskan. Aku berpaling, rasanya panas wajahku memandang wajah Haiqal dan Kak Nur yang menghampiri kami. Hisy, mesti dorang nampak apa yang jadi tadi.

“Errmm, kau dah habis photoshoot ke?” aku bertanya gugup cuba menutup rasa malu yang bertandang.

“Ha’ah, sempat juga tengok free show. Kau ni bro, relaxlah, tak ke mana larinya adik aku ni,” usik Haiqal pula. Pantas aku merampas kad access dari tangannya lalu masuk ke bilik. Tak tahan telingaku mendengar tawa dua jejaka itu.
***************************************************************************************************
Khairul Arman mundar mandir di dalam bilik hotelnya. Nak ketuk bilik Haiqal di sebelah, takut menganggu, tapi persoalan yang bermain di mindanya kini semakin mengasak fikirannya untuk mengetahui jawapan yang sahih. Kalau nak tanya pada isteri yang baru dinikahinya itu, memang mustahil! Ego tak bertempat, asyik dia sahaja nak menang! Dia teringat kembali sewaktu Erika Syakira datang menemuinya sebulan sebelum majlis mereka.

“I nak you sign contract ni,” tegas Erika Syakira berkata sambil meletakkan satu fail tipis di atas mejanya.

“Bila you sampai? You nak I sign apa ni?” tanya Khairul Arman tenang sambil memandang wajah tunangnya yang sedang berdiri tegak di hadapannya kini. Dah hampir tiga minggu mereka bekerja di dalam bangunan yang sama, tetapi baru sekarang dia menunjuk muka. Kini SyaRina Holdings dan K.A Corporations telah berpindah ke sebuah bangunan baru dan sekarang mereka bekerja di bawah satu bumbung.

“Belajar tinggi-tinggi, tapi document tu pun tak boleh nak baca,” peril Erika Syakira selamba dan masih setia berdiri di hadapan meja Khairul Arman.

“I tak akan buka document itu, selagi you tak duduk. Have a seat first, kita boleh bincang,” Khairul Arman masih lagi bermain tarik tali.

Pantas Erika Syakira melabuhkan punggung di kerusi hadapannya lalu matanya mengisyaratkan agar dia membaca document itu. Perlahan-lahan Khairul Arman membuka fail itu. ‘Wedding Agreement’ Itulah yang tertera pada muka surat pertama fail nipis itu. Makoiii! Hampir 5 mukasurat penuh tertera semua terma dan syarat yang boleh dia lakukan selepas berkahwin dan juga apa yang dilarang. Khairul Arman menahan tawa membaca beberapa syarat yang tertulis. Ada ke patut, dia masukkan juga satu clause yang mereka harus pergi kerja dengan kereta berasingan.

“I nak you baca betul-betul clauses yang ada di dalam. Semua ada dekat situ, I hope you faham,” kata Erika Syakira lagi.

“So, perkahwinan kita hanya lakonan depan family kita dan I tidak dibenarkan untuk sentuh you lepas kahwin? Buat apa kahwin macam tu?” tanya Khairul Arman tidak puas hati.

“Untuk melunaskan segala budi yang pernah papa you tabur untuk family I, dan membahagiakan kedua belah pihak,” Erika Syakira menjawab bersahaja sambil membelek kukunya.

“Marriage is not a joke Erika! Kalau you rasa perkara ini satu bahan jenaka, I ingatkan you, it’s not a joke!” tegas Khairul Arman menjelaskan sambil melonggarkan tali lehernya. Terasa bahang pula dengan sikap tunangnya.

“You nak marah sangat ni kenapa?” tanya Erika Syakira dengan wajah yang cuak.

“I tak nak sign benda bodoh ni!” Khairul Arman mencampakkan fail itu betul-betul di hadapan Erika Syakira yang masih bersikap selamba walaupun riak wajahnya berubah sikit.

“Jolly well then! I tak akan teragak-agak untuk melarikan diri pada hari perkahwinan nanti! Kalau you nak malu seumur hidup, I can take this contract and leave this place immediately. But remember, selangkah I keluar dari bilik ni, your chance is gone,” Erika Syakira pula mengugut sambil berdiri untuk melangkah keluar. Khairul Arman menghela nafas, bukan dia tidak tahu perangai gila wanita itu, mahunya dia lari di hari pernikahan, memang malu besar.

“Untuk apa contract ini semua, sayang?” lembut Khairul Arman bertanya sambil mendapatkan Erika Syakira. Dia mencapai tangan tunangnya lalu dielus lembut.

“Just sign it will you?” pinta Erika Syakira keras sambil menarik kasar tangannya dari genggaman Khairul Arman. Time macam nilah hati ni nak main lagu Kuch Kuch Hota Hai!

“No! Sebab, I akan pastikan you akan jatuh cinta dekat I lepas kita kahwin! You will fall in love with me endlessly,” janji Khairul Arman lalu menolak jauh kontrak itu. Takkan nak sign? Haram!

“Dalam mimpi jerlah Encik Khairul Arman!” sinis Erika Syakira menjawab sambil menyambut fail yang tidak ditandatangani oleh Khairul Arman. Dia menghentakkan kaki lalu keluar dari bilik yang bagaikan neraka itu!
*************************************************************************************************
Ketukan bertalu-talu dari pintu utama dan connecting door membingitkan telinga Erika Syakira. Isy, kacau betullah. Nak tidur pun tak boleh! Dahlah tadi dia hanya dapat melelapkan mata selepas Subuh, kini lenanya sudah diganggu. Aku menekup telinga dengan bantal lalu menyambung lena.  Ketukan di luar pintu semakin kuat kedengaran, kini kedengaran pula suara yang menjerit. Malas aku nak cam suara siapa! Tiba-tiba ketukan dari pintu utama dan juga dari connecting room berakhir. Aku menarik nafas lega. Hisy, majlis lepas Maghrib nanti, apa salahnya aku nak rest sekejap! Dalam samar-samar aku bagai terdengar pintu bilik dibuka dari luar. Biarlah, mungkin Mummy, kalau tak pun, Kak Yana ataupun Kak Nur! Aku malas untuk mengambil pusing hal remeh seperti ini. Walaupun mataku terpejam, telingaku dapat menangkap gerak geri orang yang memasuki bilikku. Memandangkan aku tidak suara Mummy berleter, aku boleh membuat kesimpulan bukan Mummy yang masuk. Seketika kemudian aku dengar TV dibuka lalu suara komentar bola kedengaran. Eh, lain macam jer! 

Bila masa Kak Yana atau Kak Nur tengok bola? Takkan Qal pula? Aku bingkas bangun dari tempat pembaringan. Pantas aku menjerit kuat!

“You ni kenapa? Gila ke?” tanya Khairul Arman pada Erika Syakira.

“Yang you ceroboh masuk bilik I ni kenapa?” Erika Syakira sudah kelam kabut menutup tubuhnya dengan quilt tebal. Dia menyelak sedikit rambutnya yang menutup wajah lalu memandang tajam wajah Khairul Arman.

“Dah you tak nak bangun! I kesian tengok Mummy dengan kakak ipar kita semua ketuk pintu bertalu-talu, itu yang I minta receptionist bukakan pintu untuk I,” jelas Khairul Arman sambil memandang wajah isterinya. Dia menelan liur melihat wajah Erika Syakira yang bersih dari sebarang makeup. Biarpun tanpa secalit solekan diwajahnya, Erika Syakira tetap kelihatan menarik dimatanya.

“Hisy, tapi tak payahlah sampai nak masuk bilik orang! Baru pukul 8.30, pun nak kecoh! Lagipun, I malas nak turun bawah, majlis malam nantikan, biar jerlah I rest sekejap,” Erika Syakira sudah merungut sambil membentuk mulut.

“Buat mulut macam tu! I cium karang, baru tahu! Sekarang ni, you cepat siap, family kita dah siap tunggu dekat bawah. Kalau you tak nak turun tak apa, I pun suka kita duduk berdua dalam bilik ni,” Khairul Arman sudah mengugut. Giliran Erika Syakira pula menelan liur. Seriau pulak aku dengan mamat ni!

“Iyelah, tapi you keluar, kalau tak I tak nak siap,” Erika Syakira cuba berkompromi. Khairul Arman menggeleng laju. Haih, nasiblah!

Pantas aku bangun dari katil lalu mengambil pakaianku dari almari, tidak lupa ‘adik-adik’! Aniaya kalau tertinggal. Nasib baik semalam aku mengenakan baju tidur bergambar Minnie Mouse, kalau tak memang aku tak bangun dari katil. Aku membersihkan diri sepantas mungkin lalu bersiap seringkas yang boleh. Aku hanya mencalitkan moisturizer dan lip balm lalu keluar dari bilik air. Aku hanya memberi isyarat padanya yang aku sudah siap. Malas betul nak cakap dengan dia. Tapi dia suami kau! Haihlah hati, kenapalah kau kena ingatkan perkara itu. Aku menonong keluar menuju ke lif, meninggalkan dia di belakang.

“Lah, sayang, apasal tinggalkan I?” kuat pula Khairul Arman bertanya. Aku berpaling sambil mengerutkan dahi. Buang tebiat ke panggil aku sayang!

Sebaik sahaja aku nampak kelibat Qal dan Kak Nur yang sedang beriringan dengan Khairul Arman aku pura-pura melemparkan senyuman manis. Kau nak berlakon sangat kan? Kita tengok nanti siapa yang menang! Aku menyambut tangan Khairul Arman yang dihulurkan sebaik sahaja mereka sampai di tempatku menunggu.  

“Morning Qal, Kak Nur!” tegur Erika Syakira ceria. Dia sengaja melentokkan kepalanya pada bahu Khairul Arman sambil sebelah lagi tangan mencengkan erat lengan sasa suaminya.

“Morning Princess! Aku dengar kau tak nak bangun tadi, sampai Arman kena masuk bilik kejutkan kau! Perangai tak ubah-ubah,” sempat Haiqal membebel sambil mereka masuk ke dalam perut lif yang tiba. Walaupun begitu, dia hairan mengapa begitu pantas Erika Syakira boleh bermesra dengan Khairul Arman. Bukan dia tidak nampak semalam, tangisan Erika Syakira selepas akad nikah. Macam orang kena paksa nikah sebab kena tangkap khalwat, dia menangis semalam.

“Janganlah panggil aku Princess lagi. Tu hah, Elmira sekarang Princess,” Erika Syakira memuncung pada Elmira Rayhana yang sedang dikendong oleh Kak Yana sewaktu mereka tiba di restoran hotel. Pihak hotel begitu berbaik hati, memberi sebuah ruang makan khas yang hanya memuatkan keluarga Dato’ Syariq dan Dato’ Khairi.

“Itu Princess Kecik! Kau tetap Princess kitaorang,” jawab Haiqal selamba sambil tersenyum pada isterinya.

“Hah tu dia pengantin baru! Macam berjanji pula mereka turun sama-sama,” tegur Datin Erina dari tempat duduknya. Nur Suffiyah dan Haiqal hanya tersenyum simpul manakala Khairul Arman hanya tersenyum, aku pula tayang muka selamba. Kami mengambil tempat yang masih kosong.

“Mama, tengok, cutenya Along dengan Kak Erika, siap pakai sedondon,” Auni bersuara riang. Aku memandang pakaianku sendiri kemudian memandang pakaian di badan Khairul Arman. Macam mana boleh sama pula ni? Kami mengenakan seluar berwarna khaki dan t-shirt hitam leher V.

“Itulah namanya sehati sejiwa, kan sayang?” jawab Khairul Arman sambil melirik ke arah Erika Syakira disebelahnya. Wajahku mula terasa panas, semua disitu sudah tersengih-sengih. Aku hanya tersenyum simpul kemudian mengalihkan perhatianku pada Elmira Rayhana yang kini berada dalam dukunganku. 

“Morning Princess! Rindu Maasi tak? Selalu tidur dengan Maasi kan,” aku sudah mengagah Elmira Rayhana.

“Rindulah tu! Semalam, dia tercari-cari juga, nasib Abang sempat kidnap bear yang Adik selalu peluk. Kasi dia pegang, hah, terus dia tidur,” Erik Syakir menjelaskan, sambil menyusukan Eijaz Rehan.

“Ala, ciannya Princess Maasi! Tak pe, malam ni, tidur dengan Maasi yer,” aku masih berbual dengan Elmira Rayhana yang sedang memandangku. Mata bundarnya sangat mengasyikkan untuk dipandang. Cepatlah besar, tak sabar rasanya nak jadikan dia mini fashionista!

“Apa pula Elmira tidur dengan Adik? Malam nikan….” Riyanna tidak menghabiskan kata. Aku mengerutkan hidung, kemudian menepuk dahiku perlahan. Macam mana boleh lupa? Malam ini, akan bermulanya, aku berkongsi bilik dengan mangkuk hayun! Cis, seriau pula memikirkan hal itu! Tenang Erika, you made him signed the agreement! Dia memandang wajah Khairul Arman yang sudah tersengih, pantas otaknya mencerna kata untuk mengenakan jejaka itu.

“Bie, you jangan marah tau! I lupalah, selalu Elmira tidur dengan I,” aku berkata dengan manja pada Khairul Arman yang sedang meneguk fresh orange. Tersedak dia sebentar mendengar panggilan yang Erika Syakira gunakan untuk dirinya. Merah wajahnya menahan sakit di kerongkongnya.

“Along! Disgusting tau!” Lisa yang duduk di hadapan Khairul Arman memarahi abangnya dengan wajah berkerut. Cis, buat malu jer, bini baru panggil Bie dah tersedak bagai! Dia merenung wajah kakak iparnya yang sedang tayang wajah selamba tetapi masih leka bermain dengan Elmira Rayhana. Yang lain hanya menggelengkan kepala melihat telatah Khairul Arman.


Datin Erina dan Datin Khaty berpandangan sesama sendiri sambil tersenyum penuh makna. Bagus, ada perkembangan positif. Tak sia-sia semalam mereka membenarkan Khairul Arman menghantar Erika Syakira pulang ke biliknya. Harapnya, akan bertambahlah cucunya nanti. Pinta Datin Erina di dalam hati. Erik Syakir, Riyanna, Haiqal dan Nur Suffiyah pula berpandangan sesama mereka kemudian merenung wajah adik mereka, yang pasti, mereka tahu Erika Syakira hanya berpura-pura. Bukan sehari dua mengenali gadis itu, pasti ada rancangan yang sedang dia aturkan tanpa mereka ketahui!

Harap kprang semua enjoy ok? InsyaAllah, akan lebih kerap update jika ada masa. Tak dapat nak janji, kena tengo jadual. So, teruskan menyokong Ms Egoistic Vs Mr Romantic and follow this blog. By the way, ada satu topic hangat yang bakal siap untuk segment girls talk, so stay tuned! Take care lovelies! 
xoxo ♥ 

No comments:

Post a Comment