And ALLAH is Sufficient as a Guardian
And ALLAH is Sufficient as a Helper
~ Quran 4:45


Thursday, 31 October 2013

Ms Egoistic Vs Mr Romantic 18

Kalau tak curi masa nak post bab seterusnya memang sampai ke sudah tak post. Lama jugak since last update bab terbaru. So, pagi ini update lah. Sambil tengah buat assignment, selitkan sedikit waktu buat korang yang tak jeu menjenguk blog yang tak seberapa ini. Anyways, gonna be very busy, very, very busy, buzzing around like a bee. Semoga Allah s.w.t. permudahkan segalanya. Lagi dua semester jer! Harapnya sentiasa dilundungi dari segala fitnah. InsyaAllah.

Bab 18

Erika Syakira memandang refleksi dirinya di hadapan cermin. Wedding dress yang direka khas untuknya itu memang padan dengan dirinya yang tinggi lampai dan juga menepati tema yang telah dipilih untuk majlis resepsi. Dress berwarna peach yang dilengkapi dengan fabric lace putih di bahagian atas itu sangat menyerlah, kain yang sedikit meleret dan kembang di bawah membuatnya kelihatan bagaikan puteri. Wajahnya sudah dirias, rambut juga sudah didandan kemas, kini dia sedang dikelilingi oleh Azri, jurugambar rasminya untuk majlis resepsi dan videographer yang diupah oleh Khairul Arman. Dilla pula dilantik menjadi jurugambar Kak Nur dan Haiqal. 

“Kak Erika, maintain muka macam tengah mengelamun gitu,” Azri memberi arahan sambil tangannya pantas merakam setiap aksiku.

“Dahlah Azri, dari tadi tak berhenti ambil gambar, penatlah Kak Erika,” Erika Syakira sudah merungut.

“Ala, tak salah pun Kak Erika! Sekali seumur hidup ni,” Haniff, videographer yang sejak semalam tidak henti merakam setiap detik perkahwinan ini, mencelah.

Aku menjenguk muka ke bilik sebelah, Kak Nur juga begitu cantik dengan persalinan dress warna pink dengan selendang yang sudah dililit kemas dikepalanya. Adik iparku juga berada di bilik ini memandangkan mereka ditugaskan sebagai pengapit kami.

“Ok, Kak Erika, Kak Nur, we have to move now. Both pengantin lelaki dah tunggu dekat lobi nak pergi ballroom,” Auni memberitahu setelah dia mendapat panggilan dari Datin Erina.
Erika Syakira melangkah di belakang Kak Nur yang diapit oleh Lisa, sementara aku diapit oleh Auni. Flash camera mula menyilau pandangan mata sebaik sahaja mereka tiba di lobi hotel, pantas mereka diiring memasuki kereta mewah yang sudah menanti. Erika Syakira masuk ke dalam kereta Audi A5 yang dipandu oleh Khairul Arman manakala Nur Suffiyah pula masuk ke dalam kereta yang dipandu oleh Haiqal. Memandangkan kereta itu hanya boleh memuatkan mereka berdua, pengapit dibawa dalam kereta berlainan. Mata Khairul Arman tidak henti dari mengerling wajah isterinya. Ciptaan Allah itu memang sempurna! Tidak jemu pula di pandang ke sisi sebelah kiri.

“Keep your eye on the road, nanti terbabas pula,” selamba Erika Syakira menegur. Tersentak Khairul Arman dibuatnya. Seketika kemudian dia mengukir senyum.

“Ala, ingat nak panggil Bie tadi,” usik Khairul Arman sambil tertawa kecil memandang wajah Erika Syakira yang sudah berubah.

“Kalau you ingat you seorang jer boleh berlakon, I pun boleh ok? And, I tak guna physical touch untuk buat family kita percaya akan lakonan I,” Erika Syakira sengaja memerli.

“Tak salah pun kalau I pegang sikit kan, sayang? Tak dosa pun,” Khairul Arman menjawab selamba kemudian menghentikan keretanya di belakang kereta Haiqal. Mereka menanti seketika sehingga Haiqal dan Nur Suffiyah selamat masuk ke dalam ballroom.

Khairul Arman keluar dari kereta kemudian menuju ke pintu di sebelah tempat penumpang. Dia menghulurkan tangan sambil tersenyum manis. Banyaklah pula kamera yang sedang menghala. Dia membuat isyarat agar Erika Syakira mengukir senyum. Takkan nak keluar dari kereta dengan muka sememeh pula? Mereka beriringan masuk menuju ke dalam ballroom dan tangan Erika tidak pernah lepas dari lengan Khairul Arman. Banyak pula suara mak datin yang mengusik. Sama cantik, sama padan. Selesai sesi menepung tawar, makan beradab dan juga memotong kek, mereka dikehendaki mengambil gambar bersama ahli keluarga dan tetamu yang hadir. Saat itu, mata Erika Syakira bagai ditarik ke satu arah, nyata ada sepasang mata sedang asyik merenung wajahnya. Mereka hanya berpandangan dari kejauhan sebentar kemudian Erika berpaling kembali memberi tumpuan pada Azri yang sibuk ingin merakam gambar mereka.

“Kak Erika, one last shot! Lepas ni, akak nak kena turun dari pelamin, jumpa tetamu,” Auni terpaksa berbisik disebelahnya, memandangkan riuh juga mulut Dilla yang berhampiran dengan mereka mengarah pose untuk Haiqal dan Nur Suffiyah. Erika hanya menganggukkan kepala.

“Trust me on this ok? You ikut jer gerakan I,” bisik Khairul Arman dekat di telinga Erika Syakira sebaik sahaja adiknya beredar memberi ruang untuk mereka bergambar berdua.
Khairul Arman meletakkan tanganku di dadanya kemudian dia melingkarkan tangan di pinggangku. Kini posisi kami berhadapan, aku memandang kamera dan tanpa amaran hidungnya berada di pipi kananku. Terasa hangat hembusan nafasnya menampar pipiku. Aku pula terpana. Pantas aku mengembalikan diriku ke alam reality! Wake up Erika! Kau tak akan jatuh cinta dengan dia. Aku mengingatkan diriku. Tapi kau suka apa yang dia buat kan? Hati kau berlagu riang macam dalam cerita Hindustan yang kau selalu tengok tu! Hailah, cik hati, kau pun nak berpaling tadah ke? Aku mendengus kasar lalu menjengil mata padanya, pantas aku menolak tubuhnya menjauhiku, lupa akan mata yang setia memandang aksi kami.

“Adik, apasal brutal sangat? Dah jom turun, Mummy kata kawan adik nak jumpa,” Erik Syakir yang setia memandang setiap aksi Erika Syakira dan adik iparnya itu hanya menggeleng. Benar sangkaan mereka, Erika hanya berpura-pura!

“Hisy, mana ada! Kan Bie?” Erika Syakira menarik lengan Khairul Arman kemudian memeluknya erat sambil tersenyum. Tetapi senyumannya mati apabila Erik Syakir melemparkan pandangan don’t lie to me! Dia mengeluh kemudian mengikut langkah abangnya.

Erik Syakir membawa kami ke tempat dimana bagai ada sebuah pameran kecil yang menempatkan gambar pre-wedding yang kami ambil juga beberapa keping gambar waktu kami masih kecil. Tak sempat aku jenguk tempat ni tadi, comel juga dia masa kecil dulu! Puji lagi! Ada dua orang tetamu yang sedang membelakangi kami. Aku cuba mengenal pasti, tetapi gagal. Yang jejaka mungkin aku kenal tetapi siapa wanita cantik disebelahnya itu? Lelaki itu memusingkan badannya apabila disapa oleh Erik Syakir. Benarlah mataku tidak berbohong seketika tadi! Dia datang!

“Rayyan! Thanks for coming! I’m so touched,” kataku teruja. Ada sedikit air yang bertakung dimata dengan kehadirannya. Selepas dia meluahkan perasaan padaku, kami tidak berhubung dan aku anggap dia tidak akan hadir.

“Best friend aku kahwin, mesti kena datang. By the way, you look so gorgeous and Arman, you look stunning in that tux,” puji Rayyan kemudian menghalakan pandangannya pada Khairul Arman yang sedang sedaya upaya menahan hati. Selamba badak doctor ni puji bini aku!

“Thanks. Semua Erika pilih sendiri. She wants this to be a special day, so dari sekecil-kecil perkara sampailah ke benda penting dia uruskan sendiri,” jawab Khairul Arman sambil menggengam erat tangan Erika Syakira.

“Tak nak kenalkan ke teman dekat sebelah tu?” tanyaku sambil memandang belakang tubuh wanita yang masih ralit memandang gambar yang dipamerkan disitu.

“Oh, ini adik sepupu aku, Nurul Najiha. Better known as Gina,” Rayyan memperkenalkan dan wanita itu pun berpaling kemudian menghulurkan tangan padaku. Khairul Arman terkedu seketika!

“I macam pernah nampak you before! Your face seem so familiar,” aku berkata sambil menyambut huluran tangannya.

“Adik sepupu aku ni modellah! Mestilah familiar, selalu muka dia keluar magazine fashion. Ini pun dia baru balik dari Paris, ada fashion show dekat sana,” Rayyan menerangkan sambil memeluk bahu Gina.

“Well, congrats, Erika and Khairul Arman. Moga perkahwinan you all berkekalan hingga ke anak cucu,” ucap Gina perlahan sambil memandang tepat wajah Khairul Arman yang kelihatan pucat sedikit.

“Thanks,” jawab Erika Syakira kemudian memandang wajah Khairul Arman silih berganti dengan wanita yang sedang ralit memandang lelaki disebelahnya. Do they know each other? 
Si mangkuk hayun ni pula, macam terkunci pula mulut dia?

Belum sempat aku ingin bertanya Rayyan sudah mencelah, “Errm, we have to make a move. Senang-senang kau call aku, boleh lepak ke?”

Aku hanya menganggukkan kepala kemudian sekali lagi bersalaman dengan wanita yang bernama Gina itu. Macam ada yang tak kena! Malaslah nak ambil tahu. Pantas aku berpaling meninggalkan Khairul Arman dan berjalan menuju ke sebuah meja yang dipenuhi oleh staf di bahagianku. Ucapan tahniah dan usikan dari tetamu yang hadir aku hanya balas dengan senyuman. Mataku mencari kelibatnya, tetapi langsung tidak kelihatan di mana-mana!
***********************************************************************************
Kharissa Auni dan Khalisa Amni menarik tangan Khairul keluar dari ballroom seketika. Kebanyakan tetamu yang hadir sudah pulang, hanya tinggal segelintir sahaja yang ingin menanda tangan guest book yang disediakan. Sebaik sahaja mereka rasa sudah agak jauh dari pandangan orang ramai, pantas mereka melepaskan tangan Khairul Arman.

“Along jangan cakap apa-apa? Biar Auni dengan Lisa jer yang cakap,” pantas Auni memotong sebelum sempat Khairul Arman membuka mulut. Dia sudah bercekak pinggang memandang wajah abangnya. Kalau boleh ditelah abangnya, memang dia sudah telan hidup-hidup!

“What is Gina doing here?” tanya Lisa lebih tenang berbanding Auni.

“How should I know? Dia datang dengan kawan Erika, Dr Rayyan,” jelas Khairul Arman.

“But you were stunned when you saw her! Auni confirmed, Along belum buat a clean break-up dengan dia kan? If you think this is a joke Along, it’s not! I was there and I saw how she looked at you!” tembak Auni tanpa henti.

“Whoa, chill! Erika tak syak apa-apa pun, so I hope she doesn’t hear this from your mouths about Gina!” Khairul Arman memberi amaran sambil memandang wajah adik kembarnya silih berganti.

“Along jangan nak buat pasal! Kalau Auni dapat tahu Along sakitkan hati Kak Erika, I will never ever talk to you!” ugut Auni kemudian berlalu pergi sambil menarik lengan kembarnya. Hisy, adik aku pula yang over! Nasiblah, dia sayang kakak ipar dia lebih dari aku!
***************************************************************************************
Kami tiba di rumah kira-kira jam 2 pagi. Aku sudah keletihan yang teramat, nasib baik balik rumah Daddy, dah tak sabar aku nak landing atas katil. Aku menonong masuk sebaik sahaja kereta Khairul Arman masuk ke dalam garage. Pandailah dia cari jalan sendiri! Aku hanya larat mengukir segaris senyuman bila aku berselisih dengan Abang Erik. Mereka sudah sampai rumah lebih awal, tapi disebabkan mangkuk hayun tu, kami pulang lewat. Nak ambil baju kat rumahlah, nasib baik Mama supporting, lain hari boleh tidur rumah dia!

“Hah, Arman mana? Takkan balik seorang?” Erik Syakir menarik lengan adiknya yang jelas sudah kepenatan.

“Kat belakang. Abang janganlah tarik tangan adik. Orang dah penat ni,” rungutku dengan mata separuh pejam.

“Laa, kita semua ingatkan adik tidur rumah family Arman, rupanya balik pula. Dah pergi sana, tidur jerlah sana. Balik sini buat apa?” Erik Syakir masih lagi mahu menyoal siasat adiknya.

“Baju semua Mummy dah bawa balik, tu yang sehelai sepinggan. Lagipun, Arman memang dah janji hari ni balik sini,” aku menjawab malas. Aduh, macam polis pencen pulok Abang aku ni!

“Dah pergi naik! Abang pergi tengok apa Arman tu buat kat luar, tak masuk lagi! Nanti Abang suruh dia masuk bilik Erika,” kata Erik Syakir lalu menuju ke halaman rumah.

Kata-kata Erik Syakir tadi membuat mata Erika Syakira yang sudah hampir pejam itu terbuntang! Masuk bilik aku? Allah, macam mana boleh lupa ni! Aku kena share satu bilik dengan dia! Walaupun aku dah buat perjanjian dengan dia, tapi mamat tu boleh dipercayai ke? Aku semakin cuak, pantas aku mencicit naik masuk ke dalam bilik dan mengambil baju tidurku kemudian masuk ke dalam bilik air. Aku menghela nafas sebentar sambil bersandar pada pintu bilik air. Hisy, tak pernah aku buat marathon dalam rumah!  

Sebaik sahaja aku selesai membersihkan diri, aku membuka pintu bilik air perlahan-lahan, kemudian, menjenguk ke sekeliling bilik. Hurm, macam line clear! Terjingkit-jingkit aku mengatur langkah, takut pula kena sergah dari belakang. Laa, kat sini rupanya dia! Khairul Arman sudah terlena di atas sofa di satu sudut dalam bilikku dengan pakaian tadi. Hai, nak kejut ke tak? Aku sudah berkira-kira sendirian. Aku duduk di sisi sofa itu sambil memandang wajahnya lama. Alis yang lentik, hidung mancung dan jika dia tersenyum, pasti lesung pipit itu akan nampak. Aku tersedar apabila dia mengiringkan tubuh. Hisy, tak boleh jadi ni! Pantas aku berdiri kemudian menolak bahunya kuat. Terpisat-pisat dia bangun.

“Bangun, pergi mandi dulu,” aku memberi arahan padanya yang sedang menggosok mata sambil bangun dari pembaringan.

Aku ingin segera berlalu dari situ dan meluruskan tubuh. Keletihan sudah menggigit tubuh ini sejak dari tadi lagi. Tetapi, tangannya pantas menghalang aku dari pergi dan aku terduduk dihadapannya kini.

“You nak apa ni? Pergilah mandi,” aku sudah merengus sambil memandangnya yang masih kelihatan mamai. Dia hanya merenungku tanpa bicara, tidak mengendahkan langsung pertanyaanku. Tangannya sudah mengelus jemariku. Aku semakin tidak selesa.

“I ada benda nak cakap dengan you,” Khairul Arman memulakan bicara sambil sebelah tangannya pula mengelus rambutku yang masih basah.

“You pergi mandilah. Esok boleh cerita, I dah penat ni,” aku sudah berdiri di hadapannya.

Kenapa perasaan berdebar sentiasa ada bila dia menyentuhku? Kenapa rasa macam ni? Aku tak akan jatuh cinta dengan dia. Ingat Erika, you’re not going to fall in love with him! Khairul Arman bangun lalu menggeliat sebentar, kemudian memandang wajah isterinya. Bukan senang untuk memikat Erika Syakira, dan usaha perlu ditingkatkan! Dapat isteri yang macam kayu ini, susah sikit. Rasanya, perempuan lain dekat luar tu, berpusu-pusu datang kalau dia hanya tersenyum pada mereka. Tak payah susah-susah! Khairul Arman menapak ke hadapan, kini tiada jarak antara mereka, pantas dia membawa Erika Syakira yang sedang berpeluk tubuh memandangnya ke dalam pelukan. Aku terkedu sebentar dengan tindakan spontannya. Dadaku berdegup kencang seperti baru sahaja selesai membuat marathon. Pantas aku tersedar lalu menolak tubuhnya menjauhiku dan aku melompat ke atas katil. Memang tak boleh tidur aku malam ini dengan kejadian macam gitu!
***********************************************************************************
Pagi itu, selepas solat subuh, pantas aku mengatur langkah menuju ke dapur, seboleh mungkin aku ingin mengelak dari bertemunya. Terperanjat Mak Jah melihat aku yang sudah turun seawal ini.

“Selamat pagi Mak Jah,” sapaku pada Mak Jah yang sedang sibuk mengemas ruang tamu yang dipenuhi dengan hadiah yang masih berbalut kemas. Kini, hanya tinggal Mak Jah sahaja yang membantu Mummy dengan segala kerja rumah, memandangkan Kak Yanti ingin pulang semula ke Indonesia. Aku, Abang Erik dan Qal membesar di hadapan Mak Jah, memandangkan dahulu Mummy dan Daddy sibuk menaikkan syarikat kami. Dia sudah jadi sebahagian dari keluarga kami.

“Selamat pagi. Eh, awal betul pengantin baru bangun,” usik Mak Jah sambil tersengih-sengih.

“Apalah Mak Jah ni, mana ada awal. Mak Jah kan selalu cakap, rezeki tak masuk kalau sambung tidur lepas subuh,” aku mengulang kembali ayat yang seringkali menjengah telinga jika aku ada niat untuk sambung tidur.

“Macam-macamlah adik ni. Dah nak sarapan ke? Mak Jah belum masak lagi, ingatkan sekejap lagi baru nak masak,” Mak Jah bertanya sambil tangannya masih lincah melakukan segala kerja rumah.

“Taklah. Awal sangat nak makan. Tunggu yang lainlah. Lagipun, hari ni, adik tolong Mak Jah masak. Yelah, sejak adik mula kerja, dah tak ada masa adik nak masuk dapur,” sungutku sambil memuncungkan bibir.

“Tulah, kadang tu Mak Jah lupa adik sekarang dah besar. Sekarang dah kahwin dah anak Mak Jah ni,” kata Mak Jah sambil mengusap pipiku. Kasihan Mak Jah, dia hanya sempat bersama dengan suaminya selama 3 bulan sebelum dijemput Ilahi, anak juga tiada.

“Dah jom, kita masak! Adik nak makan apa, Mak Jah masak,” sambungnya sambil menarik lenganku menuju ke arah dapur.

“Apa pun Mak Jah masak adik makan,” aku menjawab sambil membontoti langkahnya lalu melentokkan kepala di bahunya.
************************************************************************************
Aku keluar dari dapur sambil mengangkat teko yang berisi kopi. Aku memandang meja makan yang dipenuhi sarapan yang disiapkan oleh aku dan Mak Jah pagi ini. Rasanya semua sudah siap, hanya menunggu ahli keluargaku turun. Haish, dah hampir pukul 9, tak ada orang bangun ke? Sekali sekala aku menjenguk ke tangga, dengan harapan ada yang sudah terjaga.

“Ya Allah, ini Adik ke bukan?” tanya Datin Erina sambil menggosok mata. Dia dan Dato’ Syariq berpandangan sesama sendiri.

“Apa Mummy ni? Adiklah ni! Duduk dulu, hari ni, adik tolong Mak Jah buat sarapan,” ceritaku bersungguh-sungguh.

“Apa mimpi adik bangun pagi-pagi? Kak Jah, apa kena dengan anak manja kita ni?” tanya Datin Erina lagi. Kali ini pada Mak Jah pula.

“Entahlah Ina, Kak Jah pun terperanjat juga tengok dia turun lepas subuh tadi,” Mak Jah berkata sambil tertawa kecil kemudian berlalu ke dapur.

“Adik nak naik sekejaplah. Nak tukar baju lepas tu nak merajuk. Semua ketawakan adik,” rajukku lalu mendaki tangga.

“Haih, dah kahwin pun Princess Daddy masih nak merajuk juga?” sahut Dato’ Syariq pula. Kata-kata Daddy menghentikan langkahku. Alamak, aku lupa dia ada kat atas! Macam mana ni?

Aku hanya membiarkan pertanyaan Daddy tidak berjawab lalu sambung mendaki tangga menuju ke bilikku. Perlahan-lahan aku memulas tombol pintu lalu menolak daun pintu kemudian menjengukkan kepala. Kedengaran bunyi paip hujan dari tandas. Selamat! Dia tengah mandi. Pantas aku menyelinap masuk dan membuka almari pakaian, lalu memilih baju yang aku ingin sarungkan. Sebaik sahaja aku menutup pintu almari dan berpaling, terperanjat aku melihat dia yang sedang berdiri begitu hampir dibelakangku. Bila masa pula dia keluar dari bilik air?

“Ya Allah, you tak reti nak bawa baju masuk toilet ke?” aku yang masih lagi dalam keadaan terperanjat sempat bertanya apabila melihat dia hanya bertuala dihadapanku kini. Terserlah susuk tubuhnya yang sasa. Aku menelan liur. Naik segan pula aku berdiri dekat sini.

“I dah biasa macam ni dekat rumah. Lagipun…” Khairul Arman tidak meneruskan kata sebaliknya mengambil selangkah ke hadapan sehingga aku terperangkap diantara dirinya dan almari. Peluh halus mula terbit di dahi.  

“You jangan nak macam-macam tau! I menjerit karang,” aku sudah memberi amaran apabila dia sudah mendekatkan wajahnya. Berdebar-debar pula aku dalam keadaan macam ni. Seksilah pula dia tayang dada, dengan rambut yang masih basah. Macho habis! Eh, kau ni cik hati, tak habis-habis berpaling tadah!

 “Jangan potong kalau orang cakap boleh tak? Lagipun, you tak siapkan baju I,” katanya perlahan, dan masih mengekalkan posisi yang sama. Aku dah naik rimas dengan dia tau!

“Move aside! Kalau you dok himpit I macam ni, memanglah tak boleh gerak,” aku sudah menolak dadanya agar menjauhiku.

Ok, fine, memang kena terima satu kenyataan, walaupun aku hampir sama tinggi dengannya, tetapi, tidak boleh dinafikan, aku tak terdaya untuk menolak tubuhnya yang sasa itu. Pantas aku melepaskan diri darinya lalu mengambil beg baju yang dia bawa semalam kemudian memilih sehelai T-shirt dan track bottom untuknya. Dengan cepat aku berlari ke bilik air lalu mengunci pintu. Aku memegang dada yang berdegup kencang. Kenapa aku berdebar sangat ni?
Sebaik sahaja aku selesai bersiap, aku lihat dia sedang duduk di birai. Mungkin menantiku. Aku segera menyikat rambut kemudia berlalu menuju ke pintu. Eh, mamat ni, apasal pula tak ikut? Hisy, nak suruh aku buat red carpet ke?

“You, jomlah turun, breakfast,” aku mempelawa. Sebenarnya takut kena soal dengan Daddy dekat bawah nanti. Khairul Arman hanya buat tidak tahu, masih ralit bermain game di dalam Ipad.

Aku mendekatinya. Mengada betul mamat ni! Aku menarik tangannya, tetapi sedikit pun tidak berganjak. Nak buat apa ni? Dahlah perut aku dok menjerit kelaparan. Aku menarik nafas, kemudian melabuhkan punggung di sebelahnya. Aku melingkarkan tanganku dilengannya dan melentokkan kepala di bahunya.

“You, jom turun,” sengaja aku melunakkan suara. Demi nasi lemak Mak Jah, aku sanggup goda dia. Eh, goda ke ni? Ah, apa-apalah, asal dia ikut aku turun!
Khairul Arman sudah tersenyum sedikit, kemudian bangun lalu menarikku sekali. Pantas aku melepaskan rangkulan, tetapi, kini pinggangku pula menjadi sasarannya. Terpaksalah aku turun tangga dengan dia memeluk pinggangku. Aku lihat semua sudah berada di meja makan. Pasti sedang menunggu kami.

“Abang Erik, Qal dengar tadi ada pengantin baru bangun awal, tolong Mak Jah masak,” Haiqal sudah mengusik sebaik sahaja aku mengambil tempat di meja makan.

“Tulah, tak pernah pula dia nak bangun awal. Selalunya kalau tak ugut nak simbah air sebaldi, memang tak akan bangun punya,” makin galak pula Erik Syakir menyakat. Hisy, boleh pula dorang sakat aku.

“Kalau tak usik orang, tak sah,” aku sudah memuncung sambil memandang Mak Jah yang kebetulan sedang menuangkan fresh orange dalam gelasku.

"Eh, ada orang terasalah! Apa agaknya Arman dah buat sampai Erika Syakira, si ratu tidur boleh terjaga awal pagi?” tanya Haiqal sambil tersengih-sengih. Yang lain hanya ketawa.

“Qal, kau baik diam eh. Kang aku tak jadi kasi cuti aku tu dekat kau baru padan muka. Tak dapat pergi honeymoon,” ugutku pada Haiqal.
Memandangkan banyak projek yang perlu diselesaikan hanya salah seorang dari kami sahaja yang boleh bercuti. Aku dengan rela hati telah menyerahkan cutiku pada Haiqal sebab memang aku tak nak pergi berbulan madu. Bagai orang ngantuk disorong bantal apabila Daddy bertanya akan hal itu, pantas sahaja aku bersetuju, walaupun aku tahu Arman teramat marah dengan keputusan yang aku buat.

“Erik, Qal dahlah tu. Kesian adik tau. Kalau dia tak bangun awal tadi, tak adanya Mak Jah sempat masak nasi lemak ni,” bela Mak Jah sambil tersenyum ke arahku. Sayang Mak Jah! Sempat aku menjelir lidah pada mereka.

“Adik…” panjang rasanya Daddy menyeru namaku. Aku berpaling padanya kemudian tersengih.

“Haih, adik ni. Dah kahwin dah, janganlah buat perangai macam tu lagi,” tegur Dato’ Syariq lembut pada anak perempuannya itu.

“Ala, Daddy, gurau jerlah,” nafiku sambil tertawa kecil.

“Hah, Arman, Daddy cuma nak pesan satu, selalu sabar dengan perangai Erika. Dia ni susah sikit untuk dijangka, tapi, Daddy yakin dia mampu menjadi isteri yang baik, sebagaimana dia menjadi anak yang baik pada Mummy dengan Daddy. Daddy harap Arman jaga dia elok-elok. Dialah racun, dialah penawar untuk kami. Kadang-kadang, manja dia mengalahkan Elmira,” pesan Dato’ Syariq pada menantunya bersungguh-sungguh.
Kata-kata Daddy nyata membuat tubir mataku terasa panas. Aku mengerdipkan mataku beberapa kali aga air jernih itu tidak mengalir. Aku hanya nampak anggukan dari Khairul Arman yang sedang berselera makan disebelahku.

“Dahlah tu Bang oii, you buat semua orang emotional jer pagi ni. I taulah tu anak kesayangan you, tapi ini depan rezeki ni Abang,” tegur Datin Erina dalam nada bergurau sambil menyeka sedikit airmata yang mula bertakung dimata. Yang lain hanya tertawa kecil.

“So, Arman, bila nak beritahu Erika pasal hal itu?” tanya Dato’ Syariq sambil memandang keduanya silih berganti.

Terhenti suapanku sebentar. Aku mengangkat muka memandang wajah Khairul Arman yang bersahaja. Apa sebenarnya yang dia nak beritahu aku? Pasal hal malam tadi yang dia nak cakap ke? Aku mengerutkan dahi. Hisy, apa pula yang mamat ni plan?   

Hope korang enjoy baca bab kali ini, because I definitely enjoyed writing this chapter. Rasa-rasanya saya sendiri memang teruja gila sewaktu menulis kisah mereka setelah berkahwin. Kalau nak tahu apa jadi lepas ini, continue viewing this blog. Sebab saya sendiri tak pasti bila saya dapat curi masa lagi nak upload bab yang seterusnya dengan jadual yang teramatlah hectic. Mana nak kejar deadline, nak hantar assignment, projects lagi! So, take care lovelies! Sayang korang semua! 
xoxo ♥

p/s: Kemunculan Shahir Zawawi kembali dalam industri memang buat ramai anak dara tak lena tidur malam termasuk saya!!! Gelaran baru untuk dia yang mungkin korang boleh jadikan viral adalah #ZacEfronMalaysia. Oh My, gediksss sudah!!! 

Sunday, 27 October 2013

Redha!

Rasanya dah hampir 3 minggu kan tak update. Sorry ler sesangat, memang rindu nak menulis, tapi kekangan waktu dan sebab musabab lain menghalang saya untuk menulis sekerap yang mungkin.
Anyways, lovelies, saya doakan anda semua sihat selalu, bahagia disamping yang tersayang dan sentiasa berada di bawah lindungan-Nya. InsyaAllah. Sama-samalah kita mencari keredhaan Ilahi.
Just a short update. Tak adalah nak tulis panjang-panjang. Sebenarnya tak berapa sihat. Entahlah, tak nak menuduh atau apa, saya hanya berserah jika ini ujian dari Allah swt. Saya redha! Ada orang kata tak ada beza redha dengan pasrah, tapi sebenarnya ada! Orang yang pasrah akan menyerah sahaja, without doing anything to tackle the situation. Orang yang redha akan berserah, bertawakkal, berusaha untuk bangkit kembali walaupun hanya dengan langkah bertatih dan sentiasa percaya Allah tidak akan menguji dia lebih dari apa yang mampu dia hadapi. Doakan saya kuat untuk menghadapi segalanya ok dearest.
To all you out there yang masih menjenguk blog yang berhabuk ini, masih sudi membaca isi kandungan di sini, I really wanna thank you, deep from the bottom of my heart. So lovelies, take care and never give up. See ya soon.
xoxo ♥

Monday, 14 October 2013

Selamat Hari Raya Aidiladha

Assalamualaikum lovelies! Just nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha. Tahun ni, hanya sambutan yang sederhana seperti biasa. Anyways, kita budak bandar, memang tak pernah tengok pun upacara korban :( Bila my bros buat aqiqah pun kita tak buat kat sini, buat dekat Cairo.
Well, memang ramai maklum Hari Raya Aidiladha ini, menceritakan tentang pengorbanan. Ya, mungkin pengorbanan kita tak sehebat pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. & Nabi Ismail a.s. tapi every single one of you have your own story of the sacrifices you made just to see the smile of your loved ones. Semua orang! Ini adalah fakta. In order for you to gain something, you just have to lose something. Opportunity cost! (Those that study Economics will understand)
Anyways, kadangkala mesti akan ada pengorbanan yang tidak dihargai. Tapi tak apa, kita harus lakukan setiap pengorbanan dengan ikhlas, even when they treat you like crap!
Haish, sekarang ni kalau tulis asyik merapu jer! Apapun, hope korang happy dapat balik raya dengan keluarga terchenta. Jangan overeat ok? See you around lovelies! Take care. Sayang korang!
xoxo ♥
P/s: Terkejut semalam Shahir muncul kat AF2013! Gugur jantung guys! Well, sama-samalah kita doakan that he's gonna be back for good!! Rindu nak tengok Shahir perform balik. Tapi, I think he seems to have lost weight kan? Ada sesiapa yang perasan tak?

Wednesday, 9 October 2013

Sorry In Advance

Memang kena minta maaf yang teramat dengan korang, in fact in advance. Takut nanti ada yang ternanti-nanti bab terbaru, sebab InsyaAllah minggu depan dah nak start school dan memang sudah dijangka kesibukan yang bakal melanda, jadi, maaf dipinta terlebih dahulu jika jarang update. Please, pray the best for me. Perjalanan masih lagi jauh, dan ujian tak akan pernah berhenti mendatang selagi kita mampu, doakan untuk kecekalan hati saya, moga diberi kekuatan yang luar biasa. Much appreciated!

This will just be a short update. Tak nak tulis panjang-panjang! Anyways, last Saturday, sempat pergi tengok wayang dengan family. Like one whole family sebab selalunya Mummy tak nak pergi so Daddy akan teman dia, tapi this time, finally after like almost 20 years plus (according to her), Mummy mencipta sejarah dengan memasuki panggung wayang, How cute is that? Anyways, tengok KL Gangster 2, sebab Mummy kata, support filem Malaysia, and memberi sokongan yang jitu(especiaaly after that case). But, definitely, it is totally a different experience watching in the cinemas, the sound effects, music scoring, everything was awesome! So, sementara masih dalam panggung, pi serbu ok? ;)

Ok, dah janji tak nak membebel panjang-panjang! Harap korang semua sihat sentiasa and happy with your loved ones! Sayang korang semua! Jangan lupa untuk teruskan sokongan pada Ms Egoistic Vs Mr Romantic, because frankly speaking, seeing the number of readers in this blog gave me the motivation to continue writing despite the blog being a little quiet since tak ada yang comment but still, saya tahu ada yang masih sudi membaca! From the bottom of my heart, Thank You! So, take care lovelies!
xoxo ♥

p/s: Shahir Zawawi (Shahir AF8) is doing a comeback!!! *fangirling*  Nasib baik handphone tak terlepas dari tangan especially bila dapat tahu he is doing a comeback and buka IG account! Doakan yang terbaik, supaya Che Ahmad will be back for good and continue his journey in the industry. He is definitely a talent that is worth the wait. Dengarnya dia akan membintangi sebuah drama, walaupun Sya busy nanti, tetap akan follow! InsyaAllah!