And ALLAH is Sufficient as a Guardian
And ALLAH is Sufficient as a Helper
~ Quran 4:45


Wednesday, 2 December 2015

Result, Mini Celebration & Unexpected Question

PSLE result was finally out on 25/11/15! The whole family got alerted to take leave and accompany our 'Royal Highness' Abang for the day. Honestly, when the news was out like last week, Mommy was reminding every single one of us to take leave coz she won't be able to withstand the suspense, heart thumps and what not! Lol! So, thank God for all the extra hours/days working late, I was able to claim my time-off.  


Mommy aku nebes, Daddy cool!
 
Truth to be told, it was as nerve-wrecking for a guardian like me to be sitting in the school hall awaiting the results, moreover for parents! Gahh, finally understood why Mommy needed all of us there. Angah, being her usual self, all witty and crazy, cracked jokes to just tone down the tensed atmosphere among us. Mommy started having jelly knees, Daddy was ever so cool, Angah goofing around and taking videos teasing Mommy, Acik was talking to some of the students he knows (I wonder how he knows all his seniors) and me being cool on the outside but only-Allah-knows what was in my heart at that very moment.
 
I can say that was one of the most agonizing 30 minutes I've went through in my 21 years of living! That kid grew right under my nose. I took care of him assisted my Mom in caring for him since he was a day old, I saw his development, from his first word, first step, first day in pre-school, and you can name all the firsts!
 
I'll be lying if I were to say that I didn't place any expectations for him, but nevertheless, I have never voiced it out to him. I didn't want him to face the same pressure that I went through when Mommy was slightly younger when she raised me. But, I made a promise to myself, to be there with him, even if things doesn't work out.
 
Alhamdullilah, all is good! I'm proud of him. Two more years down the road, it'll be Acik's turn. Aku pun tak tau time itu macam mana pulak. Coz, Acik is a lil bit of a high achiever, sebab aku sendiri masa sekolah rendah biasa jer, tapi Alhamdullilah, result gempaklah jugak. But Acik is definitely on a different level. Darjah 2 dia dipilih jadi Junior Prefect, sekarang dah darjah 4 nak masuk darjah lima dah jadi Senior Prefect pulak. Along kau ini pun dulu jadi class monitor jer. Aku dulu lebih menyerlah time sekolah menengah. Sebab masa sekolah rendah best friend aku semua lelaki! Perangai tomboy sangat. Ingat lagi aku jer sorang budak perempuan bertocang join geng malaun aku main bola tengah padang. Balik rumah kena rotan dengan Mommy sebab kasut kotor. *rindu time kecik*

Oklah, since result was good, moh ler Along kau ini buat mini celebration sikit. Makan-makan jer pun! Tak yah nak celebrate banyak sangat, pasni nak pergi holiday dua minggu. Hahaha! Memandangkan Mommy kata teringin nak makan ayam penyet, jom lah!

 
Order tak agak, penuh satu meja, siap mintak extra table! :P Gambar senget sebab Abang dah lapar!

 


 
Huish, mencabar keimanan betul tengok balik gambar ini semua. Jangan ada yang cabut lunch time karang sebab nak gi makan sudah!
 
Pastu dua minggu lepas nenek aku masuk hospital. Kebetulan aku kerja on that Saturday sebab aku ada RI inspection. Ingatkan nak clear paper work aku yang menimbun, terus cancel bila Mommy call cakap nenek dah admitted. Fine, terus gi hospital memandangkan tak jauh sangat pun dengan tempat kerja aku.
 
Tak ramai lagi, coz semua cousins aku pun busy. Tu pun selisih dengan abang sedara aku and tunang dia jer. Jadi, dapatlah aku melangut duduk kat wad tu dengan Mommy & Mak Long aku. Lepak macam biasa, nenek aku berbual lah dengan menantu dia berdua itu. Aku diam jer, layan nengok TV sambil main phone. Apakah perangai itu? Iyelah, bukan boleh buat apa pun, masih tunggu diagnosis doctor. Tetiba keluar unexpected question.
 
Nenek: Bilalah mak nak rasa dapat cucu menantu dari Rose pulak? Anak Abang Long dah ada cucu, Abang Ngah pun dah bermenantu, anak Kak Idah pun dah jumpa bakalnya. Anak Rose bila pulak? *homaigadd macam aku transparent pulak kan*
 
Mommy: Anak Rose lambat lagi Mak. Biar dia focus kerja dulu. Pasni nak sambung belajar pulak. Lagipun si Along ini tak nak. Tak boleh paksalah. *jawapan memang thumbs-up! I lap you lah Mommy*
 
Nenek: Umur Along dah berapa?
 
Me: Errm...21! Relaks lah nek. Tunggu lagi sepuluh tahun. *dengan confidentnya* (jangan ikut perangai cucu macam puaka ini)
 
Nenek: Isy, lama sangat itu. Takkan tak ada kawan lelaki nak kenalkan kat nenek? Takut nenek tak sempat nak tengok
 
Me: *awkward krik krik*
 
Pastu aku biar jer Mommy aku jawab. Oh meng! Sangat tak best bila kena tanya soalan macam gini. Aku paling tak suka menyampah kena soal gini, then kalau gi orang kahwin nanti makcik-makcik kepoh ngan nenek-nenek dok kenen-kenenkan lepas ini aku nya turn pulak! Chey, makcik, in life bukan pasal kahwin jer pun! *mata ke atas sampai juling*
 
Pernah dulu aku kena ceramah dengan sorang hamba Allah ini lah. Dia cakap kahwin itu kan melengkapkan separuh dari agama. Sunnah Rasullulah s.a.w. Aku dah macam nak jelir lidah jer kat dia, tapi tak buatlah. Sempat aku kasi sedas kata-kata power punya kat dia. Memang melengkapkan separuh dari agama. But, before you think of getting married to complete half of your deen, why not try to practice the deen in the appropriate manner first. Ini tak solat tonggang langgang, ada hati gatal nak kahwin. *peringatan untuk diri aku sendiri jugak* Sama jer untuk perempuan dengan lelaki.
 
Aku bukanlah anti perkahwinan ke apa. But, come on lah! Ku percaya kemana pun kau berjalan suara cinta menuntun ku kepadamu. *eh, tetiba ternyanyi pulak* Iyalah, kalau ditemukan jodoh, kalau ada jodoh, kalau berjodoh, In Sya Allah. Tapi kalau tak, sabar jerlah. *meh kengkawan yang seangkatan, kita geng. Sep sikit!*   
 
Buat masa ini, focus dengan apa yang ada depan mata, sambil memperbaiki diri untuk jadi lebih baik. Mana tau kau dapat calon yang baik jugak. Pastu, kau doa banyak-banyak, tawakkal, then serahkan jer kat Allah s.w.t. Rancangan DIA tentu-tentu yang terbaikk! Dah itu jer kot aku nak cerita, kang mengarut jer lebih! 
 
Bye!    

Friday, 20 November 2015

Random

Entry kilat namanya ini! Memang dah lama tak menulis. Rindu?! Gila tak rindu?!! Anyways, untuk ceritakan segala mak nek update dekat sini, memang idok ler. Aku ini, snap gambar banyak-banyak konon nak upload kat sini dengan story bagai, pastu sendiri mengah sebab memang tak ada masa langsung. Macam tak caya kan? Tapi, memang betul pun.
 
Nak dikatakan dah lebih dua minggu every Friday malam aku bertapa kat kerja sampai esoknya, sebab contractor buat night works. Pulak itu dapat contractor yang mencekik darah sikit. Bila night works jer, semua kerja asal boleh jer. Hangin aii! Memang stay back khas untuk site supervision, itu pun ada jugak yang dorang main hentam jer buat. Eii, sakit pulak hati kita! Hari Sabtu bukannya boleh balik lagi, bersambung dengan contractor yang nak sambung kerja hujung minggu pulak. Hadoiilah!!
 
Mommy sentap jer. Family outing skip, kenduri kendara itu toksah cakaplah, memang tak adanya sedara mara nak nampak batang hidung aku. Nanti keluarlah ayat Mommy.
 
Mommy: Mommy malulah sedara mara semua tanya pasal along.
 
Me: Lah, nak malu apa? Cakaplah orang kerja, bukannya orang buat jahat pun. (Dah tak bahasakan along dah, terus tukar orang, sebab tahu conversation macam ini confirm jadi bahan bertekak)
 
Mommy: Iyalah, kerja, kerja jugak. Orang jemput pergilah.
 
Me: Orang tau. Tapi nak buat macam mana. Selalunya critical works, yang bising memekak, yang nak kena sign berpuluh-puluh form bagai tu semua kena buat weekends. Dah site orang gitu, nak buat macam mana? Mommy kena redha.
 
Mommy: Dahlah, suka hati along lah.  Nanti majlis along tak ada orang nak datang, nanti meninggal jenazah angkat sendiri. *sila baca dalam nada sentap*
 
Terus ai yang sentap! Kadang heret juga kaki ikut, walaupun penat rasa nak tumbang, sebab malas nak bertekak berdebat! Aku kan keras, memang keras sangat. Nak harap aku lembut, kau tunggu kucing bertanduk pun aku tak tau lembut ke tak. Itu Mommy dengan Daddy aku katalah!

Pastu kat rumah sejak akhir-akhir ini bila ada free time jer Mommy dengan Daddy aku sibuk marathon drama yang dah complete episode. Start dengan Dan Hati Pun Berkata...., itu aku pun terjebak sekali tengok Tuan Rashdan. Hahaha! Pastu aii sentap, Daddy kata perangai Adirra sebijik perangai aku. Hisy, tak suka tau gini! Then, dorang sambung Dia, Isteri Luar Biasa. Mommy pulak kata perangai aku macam Dewi Yusra. Eiii, hentak kaki aii satu rumah! Hahaha!

Tapikan, bila aku tengok cerita itu semua, pastu aku reflect balik. Isy, macam sama jer. Nak sentap lebih pun tak boleh, sebab aku sendiri tak boleh nafi ada sikit banyak jugaklah character yang dorang lakonkan itu sebenarnya ada pada aku. *ketuk dahi sendiri*

Dalam pertengahan tahun kelmarin, aku memang stress tahap nak hentak kepala kat dinding. Nak try habiskan projek secepat mungkin. On-site, dengan tidur tak menentu sebab aku terbawa hal kerja sampai dalam mimpi (Lol!). Weight turun mendadak jugaklah, pastu muka aku kena serangan acne!! *nangis guling-guling* Dahlah time itu aku consume collagen, hoping it helps, tapi tak. Pengkhianatan apakah ini, dengan aku ber-shake-shake siang malam! :(  Ramai orang kata, alah, acne jer kot! Tapi orang tak faham!!! Aku time puberty pun langsung tak ada masalah jerawat ini semua, period itu biasalah sebijik dua. Tapi ini, sekali keluar macam hambek kau!! Jadi aku panic. Panic tengok jerawat keluar macam nobody business, panic sebab aku memang tak reti nak pecahkan jerawat, panic sebab aku tak pernah rasa sakitnya jerawat  yang tumbuh serentak dan aku paling panic bila semua orang tegur kenapa muka aku jadi macam gitu! *rasa tak nak keluar rumah*
Alhamdullilah, aku tukar collagen, aku tukar facial product to anti acne, so far so good. Kalau korang follow Instagram / FB aku, tengok gambar semua memang aku keluar rumah naked face except for sun block. Other than that, zero. Ambik gambar pun tak guna filter dah. #mukasuka
 
Ok, dah melalut dah ini. Bye!
 
 
p/s: Tak sabar nak cuti 2 minggu!!! 


Wednesday, 7 October 2015

Belated Birthday Present

What's with the title huh?! Turning 21 this year is one of the most craziest thing that happened to me. As, you all know from my previous post I wrote about the gift I received and all. What you didn't know was the other present(s) I got for myself during the whole span of my birthday month!!
 
Just a head start, as I'm becoming more of an adult or what the age says, I decided it's finally time for me to have a pet. And, out of all pets, I decided to have a pet bunny! I'm pretty much fussy and have some kind of criteria that I set before I finally chose my bunny. So, it was a whole lot of research and I swear that my Google Search were practically flooding on bunnies!
 
I finally decided to have a male mini-rex bunny with a solid colour. No red-eyed white or bunnies in the broken colour category. Found a perfect one and negotiated with a breeder almost 2 months ahead before the collection date all set to go. 3 days before the collection the breeder whatsapp and informed me that the bunny I wanted passed away. Can you imagine the frustration? It was just 2 days to my birthday and I was sobbing hard till I had swollen eyes.
 
When Mommy saw how devastated I got, she then decided to contact my Aunt & Uncle to assist in finding the desired bunny. That was a few days after my birthday. I started doing all kinds of research again and this time round, I decided I wanted a male Netherland dwarf bunny, fawn in colour aged less that 5 months old.
 
My Aunt & Uncle went for rabbit hunting high and low, searching for the perfect bunny that I desired. And...the result!!!
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:


Jeng...jeng....jeng!!

 
ED Juna: A blue otter netherland dwarf, male/buck, aged 4 months

I didn't get a fawn colour bunny. But nevertheless, I love, love him. I named him ED Juna. *Gelar ED jer* Perangai nak jugak nama Juna tu. Sebab aku minat sangat dengan Fynn Jamal and since aku tak ada anak lagi, aku boleh lah berangan nak nyanyikan bunny aku lagu Arjuna Beta tu. Huhu!
.
Masih banyak yang perlu aku belajar pasal dia. Iyalah, bukannya dia boleh cakap kalau dia sakit perut atau ada angin. Pastu kalau nak makan ke apa ke, bukannya dia boleh cakap.  Sekejap dia ok, sekejap dia throw tantrum. Buat masa ini Mommy benarkanlah dia duduk dalam rumah walaupun selalu buat sepah. Walaupun mulut Mommy aku tu bising sebab she's immaculate like that, dia tetap uruskan ED and tenung sambil kadang membebel.

But, this little one, might just turn into a spoilt brat! Mommy siap letak lampu suluh dekat dengan sangkar dia waktu malam, tak nak dia kegelapan. Melampau betul, aku sendiri tak guna night lamp! Pastu, nanti dia dah sepahkan semua hay sampai terkeluar sangkar and Mommy bising, dia buat muka innocent dia! Aku cepuk kang!

Malam semalam, satu kerja tengah-tengah malam, aku bertukang buat meja Ikea yang DIY tu. Sebab Mommy kata kesian dia atas lantai takut semut gurung dia since sekarang dia tengah training minum air dari bottle yang ada spout itu and aku lak letak pisang kat spout itu untuk encourage dia minum dari situ instead of pet bowl.

Tapi ED ini, bijak dia boleh tahan. Dah tak ada rasa pisang tu, dia dah tak minum. Kadang aku sengaja sua kat mulut dia suruh minum, takut dia dehydrate. Iyalah, tengah jerebu ini, walaupun duduk indoor, still kena selalu minum air.

Pastu dia punya kuat makan, Masya Allah! Makan jer kerja dia. *Ada sikit macam aku gaklah!*  Dia kurang makan pellet, mungkin kecik lagi. Tapi hay, tak boleh putus, habis jer nanti kelentang kelentung lah sangkar itu. Cerewet pulak itu, aku dok lah beli dua jenis hay, satu Timothy hay lagi satu Alfalfa hay. Dia nak yang Alfalfa itu jer. Aku nak dia biasakan dengan Timothy, sebab nanti bila dia dah umur 6 bulan, tak boleh selalu kasi Alfalfa, takut kena cirit. Lagi satu hal nak kena makan ubat!

Khusyuk makan hay ball!

Dan makan lagi!
Perangai rilek dah kenyang!


Mommy kata ED ada perangai aku! Perangai suka hidup dalam my own confined space. Hahaha! Itu tak boleh nafikan. Bukan aku tak socialise, aku ini jenis selectively social. Tapi ED, dia tak suka keluar sangkar, nak duduk jer dekat dalam sangkar dia itu. Ada sekali bawak dia keluar dari sangkar sampai ter-berry, terus dia lompat balik dalam sangkar. Bertuah betul! Pening aku macam ini, bulan 12 nanti nak travel 2 minggu and nak bawa dia sekali, kalau tak nak keluar sangkar masuk dalam beg, memang payah. Lepas ini, kena train keluar sangkar pula, aku plan nak bawak dia pergi kerja hari Sabtu. Biar explore sikit!

Aku doa pada Allah s.w.t. agar diberi kekuatan untuk jaga dia. Ini juga satu amanah. Tapi aku jealous dengan Mommy. Dia macam ada connection hati dengan ED. Semalam, Mommy suruh tambah Alfalfa hay lagi, sebab dia tak nak yang Timothy hay itu. Aku cakap biar jer, nanti dia makan. Mommy aku punya suara terus naik satu decibel. Kelam kabut aku tambah, terus makan lagi! Eh, Mommy aku dah jadi Rabbit Whisperer ke? Haha!




Thanks baca entry aku yang kadang melalut ini! =) 

Monday, 21 September 2015

The Celebration

Honestly, I wasn't expecting much for my birthday. I wasn't actually ready to turn 21! *self denial state* Anyways, Mommy & Daddy planned for a short staycation cum birthday celebration since everyone of us deserves the break after working for so long and it has been a while since the last staycation/vacation. Hence, the plan!
 
It was just a trip to KSL resorts in JB where Mommy has been eyeing to try out the 2+1 bedroom apartment. And gosh, we super duper LOVED it! The last time when we tried to stay at the hotel, experience was ok, it's just that all of us hated the toilet. There wasn't any water bidet by the side but came along with the toilet bowl. Ewww! So, we had trouble doing our business. If you get what I mean!
 
But you just gotta check out this place! It was AMAZEBALLS!!!
 
 




 
There was even a BATHTUB in the master bedroom! Major love!! We are planning to go there again end of this year for Daddy's birthday! But for sure, it's going to be longer!
 
As for the celebration, Mommy is an amazing planner (as usual)! Everything went about as she imagined. May Allah bless her for everything she has done not only for me but the whole family! I tell you, I was super shy when all the staff of Infusion CafĂ© at KSL was singing the birthday song and bringing the cake to me. Super touched that Mommy went to the extend of getting them to decorate our table with balloons & all!
 



See those balloons! Practically everybody knew I turned 21! That cake was amazing as usual. Made with so much love by Mommy's friend, Auntie Non. I tell you, she's the go-to for any customised cake. Previously, we just purchase our cakes at Secret Recipe, but after we found her, it was like an addiction. I sometimes order cake from her for no reason! *hides face in palm*  Oh, we were also, celebrating my third brother, Qif, advance birthday. See the edible photo on the cake. Trust Mommy for choosing that tranny picture of mine. My sister, Hanna did my make up for that picture and me being the one with forever-no-makeup, looking oh-so different from my current self!
 







 
Mommy even planned for Bestie to attend the birthday! Knowing me, I like love to keep my company small. Hehs! Just because I can give undivided attention & I hate dislike crowd, hence the small yet meaningful celebration. Mommy & Daddy initial plan was to organise a full blown celebration gathering all of my secondary school mates, current colleagues & relatives! Thank God they aborted that plan. *Phew, wipes forehead*
 


 
Mommy & Daddy got me the gold bracelet with key charm! I told them over & over they shouldn't have, just coz I'm clumsy and might lose it, hence I'm keeping it safe by not wearing it on a daily basis. Hanna, on the other hand got me an instax that I wanted for ever-so-long! Having this, I hope I won't neglect my DSLR so much! (already did I guess) *sigh*  But, I still love it. *dilemma moments* As for bestie, she got me mini EDP gift set by Victoria Secret. I didn't know where the photo went missing, and too lazy to capture another one. So, maybe if you are interested can Google it. 
*Mata mana?!*
 
All & all, it was an amazing night! Thank you a gazillion times to my parents for making it happen! I swear, I almost cried there! Oh, you might be wondering how did I maintain my skin tone despite day in day out being on site. Gotta thank another amazing product that kept my skin tone in check! Will write that in another upcoming post.
 
 Meanwhile, take care lovelies!



Thursday, 17 September 2015

20 + 1

Yes! You guys saw it! It's a +1 to my age this year, this month on the 13th! Finally the BIGGG KEYY! Or not?! That will depend on how much my parents allow me to use the "key". Hehs! This year, turning a year older just made me more thankful & grateful for everything, literally EVERY SINGLE THING! That Allah s.w.t has planned for me. HE'S the perfect planner, never going wrong & knows what's best for HIS servants. Because, when HE grants me something or sent me someone, I always wondered, what have I done to deserve all these amazing things/people?
 
This year, I decided to do a reflection of all the things that happened to me since the last birthday I had. I still remember last year on the eve of my birthday, I was at the hospital accompanying my mom that was down for an infection till about 4 am and I was actually on my internship during that period that I rushed for work in the morning. Thank God for the strength. Let's move on to the reflection part shall we?
 
1. Family
This shall be #1 top priority in my list. I'm thankful & grateful to Allah for them, because I won't be where I am without them. Again. Alhamdullilah! You know, life isn't perfect. Never have been & never will be. So, just embrace it & make the best out of it.
 
2. Career
This! This, I have to thank Allah s.w.t. again & again, for granting me this job! Honestly, no matter how much I rant how bad it is at work or how tough I have to handle the different situations at one time or just being judged being in this industry. *rolls eyes* Yes, and all the other situations happening concurrently! I'm embarking on my 11th month in this journey *slow clap to that please* and as much as I hate to say this. This job has changed me 360 degrees! Believe it guys! If you were to meet me 11 months back, I wouldn't be the same person as of now. I met a whole lot of people that are struggling to find a job despite their qualification and how they are struggling in another industry. Just the thought of that made me cringed endlessly. So, thank you Almighty Lord!
 
Well, the list goes on actually. I'm spending more than half of my time at work mostly and I learnt a whole lot of things, got to know a whole lot of people and yeah nurturing my character. Anyways, these days, I'm always so excited to tell Mommy of some new friends I made. Few years back, her first statement would be "You don't mentel (read:itchy backside) & get to know all the boys ah!" and I'll be like "But Mommy, I'm in the building & construction industry. What do you expect?"
 
Recently, I got a new friend (a lady) in the lift and told Mommy all about it when I got back home. I didn't mentioned if its a she/he. Then she's like, "Is it a guy?" And when I shook my head, I swear, I swear I saw those disappointed look. Oh dear! In my mind I was, "Please don't tell me you want me to start looking for male friends that I can introduce to you as my potential Mr Right!" So, the argument conversation begins.
 
Mom: You know I am already married when I was 21!
Me: Mommy, that's like 20 plus years back. Time has changed!
Mom: Fine! I'll just continue praying to Allah to open up your heart.
 
Gosh! How emotional does that sound?!
 
 
 
 
 
 
p/s: Will write about the surprise birthday celebration & staycation very, very soon! 
 

Monday, 3 August 2015

Berkurun

Berkurun lama rasanya aku tak update blog yang dah bersawang ini. Korang masih dalam mood raya ke? Nanti aku update gambar raya kat blog ok? Tapi kalau follow instagram and FB dah selamat upload kat situ. Aku ini sebenarnya malas nak upload dari DSLR ke blog. Banyak sangat terjadi, hal kerja yang tak pernah habis, membuat aku terpaksa pause menulis di blog untuk memberi sedikit ruang untuk hal yang mendatang secara mendadak.
 
Kisah menarik atau kurang menarik yang terjadi pada aku, agak banyak untuk aku cerita. Nak update sekali gus dalam satu entry memang idok ler. Anyways, bulan Ogos ini, adalah bulan kelahiran Mummy, dan 2 adik aku. Pening kepala iolls nak beli apa. Kalau untuk adik aku yang gila makeup itu dah tahu dah nak belikan apa. Mummy dengan Ah Fat (adik bongsu) yang aku masih dok tercongak-congak nak beli apa.
 
Kalau ikutkan Ah Fat, dia confirm minta gadget, tapi aku ini takut nak belikan, takut dia leka, hilang focus nak study. Kalau dah pegang benda itu, mahu berjam-jam dia menghadap. Mummy pula, 2 tahun lepas aku belikan dia jam Guess, tahun lepas aku kasi duit jer sebab dah tak ada idea nak hadiahkan apa. Tahun ini, lagi sekali aku tercongak-congak nak beli apa, nak kasi duit lagi memang lame gila. Sebab aku tahu dia tak akan beli barang dia sendiri. Nak tambah collection jam, anniversary hari itu aku dah hadiahkan couple set. Mummy memang suka makan, yearly routine lah ada pergi family dinner sambut birthday month serentak. Ada idea tak nak beli hadiah apa?
 
Cakap pasal hari raya ini. Naik menanar telinga aku dengar orang duk tanya pasal boipreng lah, entah apa-apalah. Chill, memang kebanyakan sepupu aku yang lagi muda dari aku semua dah tunang, ada yang dah nikah and mostly dah attached lah. Termasuklah adik aku! Yang paling boring, bila aku jawab tak ada calon or tak ready, boleh pula dia kenakan kita balik kata aku ini memilih. Aduh! Makcik, mestilah I pilih betul-betul kan? Takkan nak main sauk jer. Who's with me on this? Haish, aku ini bukannya tua lagi. Legal age pun belum. (Dah nak masuk lah!)
 
Janganlah compare jodoh aku dengan jodoh orang. Kalau dah tertulis yang adik sepupu aku yang masih belajar itu kahwin dulu, nak buat macam mana? Kalau dah tertulis adik aku sendiri dah jumpa calon dia, and aku masih single nak halang ke? Kadang, orang ini tak reti nak jaga sensitivity orang lain. Dia ada tengok tak lelaki kat luar sana itu macam mana? Bukan nak kata apalah, I need the sense of security bila aku dengan seseorang itu. Dia tengok dak lelaki kat luar sana tuh, macam pokok Christmas pun ada. Dengan bersubang, berantai, dah tuh celah jari dengan rokok. Aduh, I is cannot!  
 
Mungkin rezeki aku bukan dalam hal jodoh. And, aku tak teragak-agak nak mengakui hal ini. Tapi aku pasti, Allah itu adil. DIA tak letakkan rezeki aku dalam hal jodoh, tapi lebih kepada bidang akademik, bidang kerjaya. Alhamdullilah, aku tak pernah nak merungut. Allah akan berikan sesuatu yang kita mampu untuk hadapi. Mungkin aku belum mampu untuk hadapi kerenah lelaki? Sebab itu, Allah put on hold dulu. Lagi-lagi aku ini kerja semuanya lelaki. Keistimewaan dia? Aku lebih kenal perangai dan jenis lelaki yang hidup di atas bumi ini, buat aku lebih faham kaum Adam.
 
Anyways, dah terlebih membebel dah ini! Waktu lunch pun dah nak habis. Aku doakan, hari korang pun akan ceria juga ok! Seceria hari aku hanya dengan satu pertanyaan. Hiks! Tak nak cerita. *blush*


Thursday, 9 July 2015

Cerpen: Tika Hati Berdetak Part 2

Ok uolls, sambungan cerpen Sha. Enjoy reading Part 2 ok. Ingatkan nak habiskan dua part jer, tapi, tak sangka pulak idea terkeluar mencurah-curah. Harap korang suka. Hopefully cerpen ini ends at part 3! Nantikan sambungan dia ok? Kalau belum baca Part 1 Click here!
 

TIKA HATI BERDETAK PART 2
by Miss Aiko
 
Diam tak diam sudah hampir tiga bulan Qhalisha bekerja di situ. Walaupun masih lagi mempelajari selok belok di situ, dia tetap gagahkan diri. Qhalisha Adryana tidak pernah mengalah sebelum berjuang! Hubungan dengan si snobbish…eh salah Rayyan juga semakin baik. Ok, fine, dia tak seteruk first impression yang diberi.

Qhalisha merenung fail di meja. Tugasan yang lebih berat kali ini dari Encik Dol. Apalah nasib dapat bos macam ini? Sebuah keluhan muntah dari mulutnya, teringat terus pesanan abah, jangan mengeluh, Allah tidak suka. Pantas Qhalisha beristighfar. Rindu pada mummy dan abah tidak terbendung, tetapi apakan daya, dia tidak dapat pulang dalam masa terdekat ini. Kebetulan hujung minggu ini juga dia perlu kerja semalaman untuk mengawasi satu projek yang sedang berlangsung.

“Qhal, termenung panjang nampak! Apa hal?” sapa Hariz dari belakang. Terperanjat Qhalisha dibuatnya, nasib baik gadis itu bukan jenis yang melatah.

“Hariz, buat terperanjat orang jer. Ini haa, tengah fikiran pasal ini,” lemah sahaja jawapan yang diberikan Qhalisha sambil memuncungkan pada fail yang baru diterima oleh bos. Hariz mencapai fail itu dan membacanya sekali lalu.

“Dia suruh kau buat ini? With only 3 pages of information, kau biar betul Qhal!” ujar Hariz dengan nada yang agak terkejut.

“Yup, dia siap kasi deadline. Dua minggu dari sekarang,” adu Qhalisha lagi.

“Tapi kau tahu tak macam mana nak start?” tanya Hariz sambil menarik kerusi untuk duduk bersebelahan Qhalisha.

“I was thinking, can I use the previous project related to this and move from there?” tanya Qhalisha sambil menjongket sebelah kening.

“Of course! Nasib baik otak kau geliga kan? Kau try to get from the CD yang aku pernah beri kau, then hopefully you can get some input from there,” kata Hariz sambil tersenyum.

Lega seketika hati Qhalisha. Sekurang-kurangnya dia dapat mulakan kerja yang ditugaskan. Qhalisha memang pantang jika melengah-lengahkan kerja, sekiranya dia mampu untuk meyelesaikannya pada hari tersebut, dia akan sedaya upaya menghabiskan semuanya segera. Kerana itu juga dia kerap membawa pulang kerja yang dia ingin segera selesaikan ke rumah hingga telinganya hampir tersumbat mendengar leteran Sofea.

Seharian suntuk di kerja Qhalisha cuba untuk menyelesaikan tugasnya. Memang mencabar, nasib baik ada Encik Google membantu. Dia mengerling pada jam di sisi komputer, sudah hampir 5 petang. Setengah jam lagi waktu kerjanya berakhir. Walaupun banyak kerja, Qhalisha sedaya upaya cuba untuk pulang tepat pada waktunya memandangkan jarak antara tempat kerja dan rumahnya agak jauh. Saat dia mendongak, terpandang Rayyan yang sejak tadi tidak masuk pejabat, menguruskan projeknya. Saat itu jugalah lah Cik Hati memainkan peranan. Pantas Qhalisha cuba menepis perasaan itu jauh-jauh.

“Aku dengar kau kena stayback eh weekend ini?” tanya Rayyan sambil memusingkan kerusi menghadap Qhalisha.

“Yup! Kontraktor kena buat kerja malam, itu yang kena stay,” jawab Qhalisha sambil menulis reminder pada sticky note yang diletakkan di atas meja.

“Hati-hati tau,” sengaja Rayyan meleretkan suaranya.

“Kenapa?” Qhalisha membuat muka pelik.

“Tak pernah dengar cerita ke?” tanyanya lagi. Qhalisha hanya menjongketkan bahu. Bukanya Qhalisha tidak pernah terdengar cerita-cerita mistik dari rakan sekerja yang lain, tetapi dah memang Qhalisha jenis yang penakut jadi lebih baik dia tidak tahu.

“Tak nak tahu ke?” sengaja Rayyan bertanya lagi padahal dia sudah nampak muka cuak yang dipamerkan Qhalisha.

“Tak perlu kot,” jawab Qhalisha ringkas sambil mula mengemas segala dokumen yang bertaburan di atas mejanya.

“Ala, dengarlah! Cerita best punya,” desak Rayyan lagi.

“Hisy, tak naklah!” sekali lagi Qhalisha menolak.

“Tak kira nak cerita jugak! Ok, kau tahu Eric kan, satu hari itu dia datang awal then dia Skype la dengan girlfriend dia yang tengah belajar nun dekat Aussie, tetiba girlfriend dia tegur siapa dekat belakang, tapi Eric tahu dah tentu dia seorang sahaja di situ. Girlfriend pula siap bagi description, ada lelaki pakai baju stripe tengah simpan barang dalam cabinet belakang,” bersungguh-sungguh Rayyan bercerita. Meremang bulu roma Qhalisha, terasa seram sejuk pula secara tiba-tiba.

“Eiii, Rayyan, jangan cerita lagi! Lagi banyak aku tahu, confirm aku tak stay this weekend,” seloroh Qhalisha sambil mengangkat beg tangan di sisinya. Setelah berpamitan pantas dia melangkah tanpa menoleh lagi.

*********

Hujung minggu itu, Qhalisha sudah bersiap sedia untuk kerja lebih masa. Memandangkan dia harus kerja sehingga keesokan harinya, dia hanya perlu lapor kerja pada pukul 4 petang nanti. Qhalisha sedang mendengar pesanan demi pesanan yang dititipkan oleh Sofea padanya. Berkicau mulut makcik itu apabila Qhalisha memberitahu dia terpaksa kerja lebih masa pada malam hari.

“Dahlah itu Fea, kau membebel kalah mummy tau! Jangan risau lah, In Sya Allah aku ok. Doakan yang baik-baik jer untuk aku,” pinta Qhalisha setelah hampir setengah jam Sofea membebel di dalam biliknya.

“Hisy, kau ini, selalu ambil sambil lewa bila orang nasihatkan. Cuba dengar kalau orang tua cakap, macam manalah mummy itu tak risau. Ini kau dah inform mummy ke belum?” tanya Sofea.

“Dah, aku call dia semalam inform. Kena marah sekejap, sebab dia kata ini semua usually dah pre plan and aku sengaja lengahkan nak beritahu dia. Bukanlah aku sengaja beritahu dia last minute, but I know her capabilities, tahu-tahu jer nanti dia dah sampai depan rumah. Aku tak naklah sampai macam gitu,” panjang lebar Qhalisha menerangkan.

“Apa salahnya mummy dengan abah datang? Ada juga aku teman nak ajak borak, taklah bosan sangat. Kau itu sejak dah kerja ini pun nak ajak keluar dinner pun susah sangat. Kerja dahlah alternate weekend, kalau cuti kau memerap jer kat rumah,” rungut Sofea.

“Ala, Encik Tunang kau kan dah balik! Kau macam tak kenal aku, malaslah nak keluar. Hari cuti untuk rehat, bukannya sesakkan diri dekat mall,” jawab Qhalisha.

“Kalau cakap dengan kau ini memang tak akan menang, every single time aku kalah. Kau kan penghujah terbaik. Aku rasa kau ini dah salah bidang lah, patutnya kau jadi lawyer,” Sofea mula merapu.

“Merepek lah kau ini! Hah, malam ini aku tak balik jangan pula kau bawa balik Resyam,” saja Qhalisha mengusik Sofea. Dia sudah kenal dengan keperibadian Sofea dan dia percaya Sofea tidak akan melakukan perkara terkutuk itu.

“Ala, baru ingat nak ajak dia balik,” sengaja Sofea bersuara gedik memanjangkan usikan Qhalisha.

“Kau berani buat! Aku report kat ummi dengan abi, tak payah tunggu lagi enam bulan. Esok jugak kau nikah,” jawab Qhalisha masih lagi dalam nada mengusik.

“Ala senang saja nak nikah esok, kena tangkap basah. Sure esok nikah,” seloroh Sofea.

“Kau jangan Fea, control sikit! Aku tahu kau dah tak sabar nak kahwin, tapi jangan gelojoh sangat. Kesian ummi tungkus lumus tengah prepare untuk majlis kau, jangan hampakan dia,” tulus Qhalisha menasihati.

“Iya makcik! Jangan risau, aku tak akan hampakan parents aku. Walaupun aku ini degil sedikit berbanding siblings aku, aku tetap try my best untuk jaga hati mereka,” jawab Sofea sambil mempamerkan barisan giginya.

“Hah, aku tengah baik hati ini. Nanti aku hantar kau pergi kerja, kita pergi late lunch dulu ok?” kata Sofea sambil bangun untuk keluar dari kamar Qhalisha..

“Kaulah kawan aku dunia akhirat Fea! Thanks,” tulus Qhalisha menutur kata.

“Kau tak cakap pun aku tahu,” jawab Sofea sambil ketawa terbahak-bahak. Qhalisha hanya menggelengkan kepala melihat gelagat Sofea.

*********

Sewaktu Sofea memandu menuju ke pejabatnya, hati Qhalisha mula diserang resah. Sofea yang sedang beceloteh juga tidak dia hiraukan. Tidak pernah dia rasakan perasaan seperti itu. Berkali-kali Qhalisha menarik nafas dalam sambil beristighfar.

Saat Sofea membelok masuk di simpang menuju ke pejabatnya, Qhalisha ternampak sebuah kereta yang kebetulan ingin keluar dari kawasan tersebut. Tajam sahaja mata Qhalisha menangkap gerangan di dalam kenderaan itu. Rayyan! Dan degupan hatinya semakin kencang biarpun lelaki itu tidak perasan akan kehadirannya. Degupan yang teramat luar biasa, lebih kencang dari degupan sewaktu dia menanti keputusan akhir pengajiannya!

“Babe are you ok?” tanya Sofea sebaik sahaja dia memberhentikan kereta di hadapan bangunan tenpat kerja Qhalisha.

Dia ingat Qhalisha sedang tidur kerana setiap kali dia memandu, pasti Qhalisha akan melelapkan mata. Mungkin kerana itu mummy memberi Qhalisha gelaran Sleeping Queen.Tetapi saat Sofea memandang ke sebelah, ternampak wajah Qhalisha yang ternyata dalam kejutan.

“Babe,” sekali lagi Sofea memanggil, kali ini lebih kuat sambil digoncangnya tangan Qhalisha.

“Fea, dah sampai eh?” soal Qhalisha bodoh. Sengaja Qhalisha menyoal sebegitu, dia belum bersedia untuk berkongsi rasa dengan sesiapa buat waktu ini.

“Ya Allah Qhal! Kau buat aku takut tau, aku ingat kau tidur, tapi bila tengok muka kau macam sesuatu jadi, and now you asked that question, kau mesti mengelamun kan?” tanya Sofea. Qhalisha hanya mengangguk lemah. Sorry Fea, aku tak ready nak cerita tentang perkara yang aku sendiri keliru.

“Dah, elok-elok kerja. Apa-apa hal call aku, nanti aku terbang macam Wonderwomen selamatkan kau,” gurau Sofea sambil memeluk erat rakannya.

“Ada-ada saja kan kau! Thanks hantar aku, nanti aku belanja kau ok?”

“Set! Esok pukul berapa kau habis?” tanya Sofea.

“Hopefully by 6am semua dah selesai,” jawab Qhalisha pendek.

“Ok, satu jam sebelum kau habis, call aku. Nanti aku fetch kau,” kata Sofea.

“Ala, tak payahlah Fea, kau nak rehat aku pula kacau kau,” tolak Qhalisha.

“Jangan nak mengada Qhalisha Adryana! Balik esok aku jemput,” tegas Sofea.

“Iyalah makcik, suka tau paksa orang macam mummy,” sengaja Qhalisha memanjangkan muncung sebelum keluar dari kereta. Ia hanya mengundang tawa Sofea.

*********

Kerjanya sudah selesai sejak jam 2 pagi tadi. Bukan tidak mahu pulang, tetapi Qhalisha memang tidak berani untuk naik teksi pada waktu seperti ini. Dengan bermacam kejadian yang dipaparkan di akhbar, cuak rasanya dia ingin melangkah pulang. Untuk mengejutkan Sofea dan meminta wanita itu untuk menjemputnya juga agak kurang wajar, kasihan pada Sofea yang sedang diulit mimpi dan memang bahaya untuk dia memandu sendirian pada waktu malam.

Qhalisha mengambil keputusan untuk menghabiskan kerjanya yang tetangguh di pejabat sambil menunggu matahari terbit. Ada baiknya dia selesaikan kerja yang tertunggak sementara menanti, kerana dia tahu bila-bila masa sahaja Encik Dol bakal mencampakkan selonggok kerja lagi untuknya.

Berkali-kali Qhalisha menguap, telinganya awal-awal sudah disumbat dengan earphone. Sejak dia kembali masuk ke pejabat jam 2 pagi tadi, terdengar berbagai bunyi pelik. Bibirnya terkumat kamit membaca ayat Kursi dan Surah As Safaat. Hai hantu jembalang, janganlah kau menjelma depan aku, aku ini lemah semangat. Berkali-kali juga ayat itu berulang dalam hatinya. Sebenarnya bukanlah dia takut, dia percaya dengan izin Allah s.w.t. dan ilmu agama yang diterapkan oleh mummy dan ayah ke dalam dirinya cukup sebagai benteng. Tanpa sedar, matanya mula kuyup dan kepalanya sudah direhatkan di atas meja.

*********

Rayyan Haikal terkocoh-kocoh berlari masuk ke dalam bangunan. Hujan sudah mula turun dengan lebatnya. Dia terpaksa kerja luar kawasan malam ini membantu Encik Dol menguruskan projek yang tergendala dan dia pula diberitahu lewat petang. Haih dah terikut Qhalisha panggil bos dengan nickname itu. Sewaktu dia ingin pulang hujan sudah terlalu lebat dan pemandangan juga semakin kabur hinggakan dia terpaksa mengambil keputusan untuk kembali ke pejabat apatahlagi keletihan mula mencengkam diri. Bukannya dia tidak biasa tidur di pejabat, sudah terlebih biasa!

Rayyan berjalan menuju ke pejabatnya yang kelihatan terang benderang. Baru dia teringat yang Qhalisha juga terpaksa kerja lebih masa pada hari itu. Rayyan mula berkira-kira untuk masuk atau kembali ke keretanya dan rehat sahaja di dalam kereta sehingga siang hari. Tetapi, kakinya tetap melangkah menuju ke pejabat dengan harapan Qhalisha sudah pulang dan terlupa untuk menutup lampu.

Perlahan-lahan Rayyan menapak masuk dan dia ternampak Qhalisha di mejanya sudah terlena. Tangannya dijadikan alas untuk kepalanya. Rayyan merenung dalam wajah polos yang sedang tidur itu. Debaran mula terasa. Selama hampir 30 tahun umurnya, gadis ini mungkin wanita kedua yang membuatnya terpana. Harus Rayyan akui, walaupun Qhalisha seorang yang sederhana sahaja, tetapi perwatakannya mampu membuat orang senang terhadap dirinya. Keletahnya juga selalu membuat hatinya tercuit.

Sakan Rayyan merenung wajah itu, kerana jika Qhalisha sedang berjaga, pastinya dia juga tidak akan merenung sebegitu. Cukup mata yang terbentuk indah disebalik kaca mata itu merenungnya, bergetar jantung dibuatnya. Bukannya Rayyan tidak perasaan akan kehadiran gadis itu sebaik sahaja dia pulang dari bercuti. Dia perasan, cuma saat mata itu merenungnya sahaja bisa membuat lidahnya kelu. Apatah lagi jika dia ingin memulakan bicara.

Pantas Rayyan tersedar lalu segera dia menuju ke meja kerjanya untuk mengambil baju T yang memang dia letakkan di dalam laci untuk kecemasan. Pada saat seperti ini, ia sangat berguna memandangkan bajunya sudah kuyup ditimpa hujan sebentar tadi. Dia menjenguk ke arah Qhalisha yang masih lagi lena lantas dia menanggalkan bajunya di situ dan menggunakan baju T tersebut untuk mengeringkan rambutnya. Belum sempat dia mengenakan baju yang bersih, Qhalisha terlebih dahulu terjaga.

“Ahhhh!!!!!! Perogol bersiri!!!!!!!!!!!!!!!!!!” sekuat hati Qhalisha menjerit saat terpandang seorang jejaka tidak bebaju di dalam pejabat itu.

“Shush! Ini akulah, Rayyan!” pantas Rayyan menekup mulut Qhalisha tanpa menyedari yang dia belum lagi berbaju.

“Rayyan! What are you doing here? You almost gave me a heart attack!” bebel Qhalisha sebaik sahaja Rayyan melepaskan rangkulannya.

“Yang kau itu buat apa lagi kat sini? Aku tengok kerja dah habis, apasal tak balik?” tanya Rayyan sambil menjarakkan diri. Hatinya berdegup kencang saat dia merangkul Qhalisha dalam tidak sedar. Yang dia fikirkan hanya mahu mencegah gadis itu dari menjerit.

“Habiskan paperwork. Since dah malam sangat, aku tak nak kacau kawan aku tengah tidur. Moreover, it’s dangerous for her to drive alone at this timing,” terang Qhalisha sambil merenggangkan tubuhnya yang terasa lenguh.

Ketukan bertalu-talu dari muka pintu menghentikan perbualan mereka. Rayyan dan Qhalisha berpandangan seketika. Qhalisha sudah pucat lesi. Rayyan menuju ke arah pintu untuk melihat gerangan yang hadir. Sebaik sahaja dia nampak gerangan di muka pintu, lemah lututnya dan saat dia berpaling Qhalisha sudah terkulai di lantai. Ya Allah, ujian apa kali ini?

Monday, 22 June 2015

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan

Salam Ramadhan! Ter-neglect blog and tak sempat update. Macam mana dengan puasa korang? Jangan bangun pagi bukak periuk ok? Hehs. Anyways, kesibukan yang melanda membuat aku kurang menulis dekat sini. Wallahi, sejak aku berhijrah ini, dugaan datang bertimpa-timpa sehingga aku sendiri adakalanya terperanjat dengan diri sendiri, yang aku mampu untuk menanggung segala dugaan ini. Janji Allah itu pasti kan?
 
"Allah does not burden a soul beyond that it can bear" ~ Surah Al Baqarah : Verse 286  
 
Aku diuji dengan hebat sebelum Ramadhan. Iya, hal kerja! Malas aku nak cerita dah, tapi cukup aku katakan, ia sangat menyakitkan aku, emotionally. Alhamdullilah, Allah menduga aku bukan dengan keluarga, sahabat ataupun yang seangkatan dengannya, dan aku bersyukur hanya diduga dalam pekerjaanku. Bukan mudah ingin bertatih dalam kerjaya yang di dominasi oleh kaum Adam ini, bukan mudah untuk aku menyaingi mereka, bukan mudah untuk aku buktikan aku juga mampu!
 
Aku pulang ke rumah, rebah dalam dakapan Mummy, mengadu domba dengan juraian airmata. Rasa bersalah selepas itu saat melihat Mummy yang mula kesedihan melihat keadaan aku sehingga dia mencadangkan agar aku meletak jawatan sahaja dan mencari kerja lain sebab dia tak sanggup melihat aku berkeadaan seperti itu.
 
Berada di dalam industry ini mengajar aku banyak perkara. Yang utama, jangan cepat patah semangat!
If you fail the first time, pick yourself up and ensure you will succeed the next time!
Bekerja dengan hampir kesemuanya lelaki ini, membuat aku lebih terdedah dengan character mereka. Satu character yang sangat annoying bagi aku adalah EGO! And hampir 99% dari mereka ada sifat ini! Ok, dah nak stop cerita pasal kerja! Dah tersasar dari topik!
 
Ramadhan tahun ini lebih bermakna buat aku, terutama sekali dengan penghijrahan ini. Banyak mengubah aku untuk menjadi lebih sabar, lebih menjaga tingkah dengan imej yang dibawa. Walaupun banyak kerja, I try not to make an excuse for terawih and all. Iyalah, setahun sekali jer, takkan aku nak lepaskan peluang ini hanya untuk  hal duniawi. Kan? Aku harap dapat lah aku top-up amal ibadah yang tak cukup ini. Semoga Ramadhan kali ini memberi aku seribu makna dan pengertian. Juga untuk korang ok?
 
Harap dapat lebih kerap menulis lagi, sebab aku benar-benar rindu menulis.
 
xoxo

Friday, 22 May 2015

Cerpen: Tika Hati Berdetak Part 1

Lama tak update novel kan? Bukan tak nak, cuma rasa otak macam tepu sikit kebelakangan ini. too much work I guess, this job it's going to eat me up sooner or later. :( Anyways, let me present to you guys this cerpen I wrote sewaktu ada idea yang tibe-tiba terbit whilst I was on site with my contractors. Kemungkinan ada beberapa part, sebab panjang sangat. Hehs! I don't know kalau ada cerpen kat luar sana yang guna tajuk yang sama,  presenting the first ever cerpen:


TIKA HATI BERDETAK
by Miss Aiko


Qhalisha terpana! Terpana melihat gerangan yang baru sahaja melepasinya. Itukah gerangan yang disebut-sebut mereka? Jangan buat fasal Sha! Kau baru mula kerja tak sampai seminggu. Qhalisha menarik nafas dalam tatkala satu suara mengingatkan dirinya yang alpa melihat jejaka itu. Qhalisha Adryana, baru tamat pengajian, baru sahaja memulakan tugas di sebuah syarikat ternama, sudah hampir seminggu dia bertugas di situ dan sejak dia mula ditemu duga, telinganya sudah kerap benar mendengar sepotong nama yang belum lagi dia berkesempatan untuk bertemu. Rayyan Haikal! Nama itu sungguh popular, dari kakak admin sehingga klien kadangkala pekerja di jabatan lain juga tidak putus memuji jejaka itu. Terdetik juga di hati kecil Qhalisha, hebat sangat ke dia? First impression? Dia hanya kelihatan sederhana sahaja, tetapi, auranya terlalu kuat sehingga sesiapa sahaja mampu mengalihkan perhatian padanya, but sorry to say, snobbish!

“Rayyan, amacam cuti?” tanya seorang teman setugas, Hariz yang sejak seminggu lalu telah banyak membantu Qhalisha dalam menyesuaikan diri dengan keadaan di tempat baru. Ok, so itu memang Rayyan! Fine, first impression fail!

“Best, rasa tak nak balik kerja,” jawab jejaka itu sambil tersenyum. Eh, ok jer dia senyum, lalu sini tadi muka menyombong jer! Mungkin dia tak kenal aku kot!

Qhalisha pura-pura tekun menghadap laptop di hadapan mata sedangkan telinganya sedang mencuri dengar perbualan dua lelaki itu. Manalah pula bos ini? Sejak seminggu yang lalu, Qhalisha semakin meluat dengan perangai bosnya. Seringkali menghilangkan diri, padahal dia perlu memberi tunjuk ajar pada Qhalisha. Nasib baik ada Hariz, tidaklah terlalu kekok Qhalisha ingin memulakan tugas. Qhalisha melihat mejanya yang berselerakan dengan bermacam dokumen yang diberikan bosnya. Dahlah dia tak ajar aku, lepas itu ingat aku tahu apa hendak dibuat dengan sendirinya. Sorry Encik bos, saya bukan psychic! Ingin sahaja Qhalisha menuturkan kata-kata itu pada bosnya setiap kali dia diarah untuk melakukan sesuatu kerja tanpa arahan yang teliti. Qhalisha kembali tekun menghadap kerja setelah kedua-dua jejaka itu beredar keluar, dan Qhalisha tidak langsung nampak bayang jejaka itu lagi sehinggalah tamat waktu kerja.

 *********

“Babe, macam mana kerja hari ini?” tanya Sofea sambil memandang wajah tidak berperasaan yang dipamerkan Qhalisha.

“Ok, si Dol tu tinggalkan aku lagi. Nasib baik ada Hariz, dia dah macam Wikipedia aku,” selamba sahaja Qhalisha menjawab.

Sofea menggelengkan kepala mendengar gelaran yang diberi Qhalisha buat bosnya. Sofea menanti seandainya ada lagi complain yang bakal dibuat oleh temannya seperti hari-hari sebelumnya tetapi Qhalisha hanya membisu, matanya merenung kaca TV, tetapi Sofea pasti, mindanya bukan disitu. 

“Qhal, come clean! Kau tak pernah diam macam gini kalau si Dol tinggalkan kau buat kerja dia. Confirm mulut kau kalah bertih, so what actually happened?” tebak Sofea setelah beberapa minit membiarkan Qhalisha di alamnya.

“Wirdah Sofea, kau kalau tak terperanjatkan aku tak sah kan? Nasib lah aku ni tak ada sakit jantung ke, lemah semangat ke. Kalau aku pengsan malam buta ini, siapa nak tolong. Encik Tunang kau itu outstation, kereta kau pula masuk workshop,” Qhalisha sudah melalut.

“Oii makcik, engkau itu yang berangan ke mana. Melalut pulak sampai Resyam outstation semua. Kau ok ke tak ni?” tanya Sofea lagi sambil meletakkan belakang tangannya pada dahi Qhalisha. Qhalisha menolak lembut tangan Sofea.

“Aku ok kot, tapi aku rasa macam tak ok juga. Actually aku sendiri tak tahu, aku ok ke tidak,” jawab Qhalisha jujur.

“Wei, kau jangan takutkan aku Qhal? Apa aku nak jawab dengan Mummy kalau apa-apa jadi kat kau. Apa jadi kat kerja tadi? Kau ada pergi tempat keras ke? Kau jangan cakap dengan aku kau dah kena sampuk, benda-benda macam gini sumpah aku tak reti nak handle,” laju Sofea menutur kata. Tergelak besar Qhalisha mendengar.

“Budak ini, kita cakap dia boleh ketawa pulak. Qhal, I’m serious!” suara Sofea sudah naik satu decibel.

“Ya Allah Fea! Kau punya kalut buat aku tak mampu nak control tahu? Bawa bertenang sikit, aku tak cerita apa lagi, kau dah potong. Lain kali dengar sampai habis dulu, lepas itu baru kau menyampuk,” bebel Qhalisha.

“Qhal, aku risau lah! Kalau Resyam ada lain cerita, senang jer aku telefon dia if anything happens,” rungut Sofea sambil memuncungkan bibirnya.

“Alalala! Sayang jugak kau kat aku kan? Ingat tak aku ada cakap ngan kau pasal sorang mamat yang popular gila kat tempat kerja aku?” soal Qhalisha dengan serius.

“Yang mana satu? Hmm...oh got it! Mamat yang semua kawan ofis kau dok cerita itu, ala tapi aku lupalah nama dia,” rungut Sofea.

“Rayyan. Rayyan Haikal!” pendek sahaja jawapan Qhalisha.

“Yes, Rayyan! So, macam mana orang dia? Kau cakap dulu masa bos kau sebut nama dia, hati kau dah dup dap dup dap, tengok orang dia live depan mata ada macam nak pengsan tak?” teruja Sofea bertanya.

“He’s very minimalist. I was expecting a little too high, but one thing for sure, dia ada aura dia yang tersendiri. But, pada aku dia snobbish!” selamba Qhalisha mengata jejaka itu.

“Aku tak rasa dia snobbish lah, perasaan kau jer kot. Since semua orang suka cara dia kerja, I’m sure he’s a nice person, Qhal. Kau tak boleh judge orang dari luaran jer, mungkin sebab dia belum kenal kau. Did your boss do a proper introduction?”

“Si Dol itu kan hilang entah ke mana tadi, so no proper introduction. Lagipun, mamat tu pun tak masuk ofis langsung sampai habis waktu kerja.”

“Boleh gitu? Then, Hariz tak introduce korang?” tanya Sofea. Qhalisha hanya menggelengkan kepala sebagai jawapan.

“Pelik betul tempat kerja kau kan? Korang kan supposedly satu team,” sambung Sofea lagi.

“Entahlah Fea, ikutkan hati, memang aku campak surat, tapi baru seminggu apa pula kata dorang. Hariz busy, tadi dia kata dia ada hal. Lagipun dia ada banyak benda nak kena settle, sebelum dia cuti seminggu,” terang Qhalisha.

“Hariz itu pun macam sweet jer, selalu spent time ajar kau itu ini. Tak terpikat?” Sofea mula masuk jarum.

“Kau jangan main gila Fea, Hariz itu suami orang! Aku tak nak jadi cawangan dia yang nombor dua tau,”sanggah Qhalisha.

“Oh, dah kahwin eh? Ala, melepas lah kau. Dari cerita kau for the past one week, dia macam baik sangat.”

“Dia memang baik. Alhamdullilah. Dapat bos mencekik darah, nasib dia ada. Tapi among si Dol, Hariz and Rayyan, si Rayyan itu paling experience and paling lama kerja situ. So, semua selok belok tempat itu, memang mamat itu terror la,” panjang lebar Qhalisha menjelaskan.

“Baguslah, kau boleh belajar dengan dia gitu. Sedikit sebanyak kalau kau tak tahu apa-apa or if you are facing with difficulties to settle your job ada juga orang for you to refer to,” kata Sofea dengan senyuman.

“Hmmm, tengoklah. Aku ini paling malas nak tegur orang snobbish, lagipun no proper introduction semua, tak kuasa aku nak menegur dia dulu,” kata Qhalisha tegas.

“Masalah kau sekarang ini sebenarnya ego! Kau tau tak ego kau itu tahap paling maksima. Macam mana lah kau nak dapat encik bakal? Ego tak bertempat,” sengaja Sofea meluahkan kata-kata itu.

Bukannya dia tidak kenal, Qhalisha Adryana, gadis egois, mementingkan ego or ‘pride’ as she calls it dari perasaan sendiri. Kadangkala, Sofea pening sendirian memikirkan sikap teman karibnya itu. Qhalisha bukanlah sekeras mana. Dia juga seperti gadis lain, rapuh tatkala dilanda ujian, tetapi dia punya kekuatan yang berlainan. Dia mampu bangkit kembali biarpun dalam kesakitan. Melihat Qhalisha yang membisu, Sofea merasa bersalah sendiri.

“Qhal, aku minta maaf. Aku tak sengaja, I just felt that you are being too hard towards the opposite gender,” mendayu suara Sofea memujuk temannya.

“Dahlah, aku tak cakap apa pun. Well, mungkin betul apa yang kau cakap, I have to loosened up a little bit,” jawab Qhalisha dengan lemah.

*********

Pagi itu, Qhalisha bersiap seperti biasa sebelum menuju ke pejabat. Sejak semalam lagi hatinya berdegup nada yang berlainan dari biasa dan dia tidak dapat menafsirkan degupan itu. Yang pasti, rasa itu belum pernah dirasainya seumur hidup. Terdengar laungan Sofea dari tingkat bawah mematikan lamunan Qhalisha. Makcik itu kalau dah menjerit kalah Tarzan!

“Qhal, busy?” sapa satu suara dari belakang sedang Qhalisha leka menyiapkan dokumen yang diminta Encik Dol. Memang harus dia diberi nama itu.

“Eh, Hariz. Sorry tak perasan, leka sangat buat kerja tadi,” jawab Qhalisha sambil tersenyum manis.

“Errm, kau tahu kan minggu hadapan aku cuti?” tanya Hariz.

“Yup, seminggu kan?” tanya Qhalisha meminta kepastian.

“Itulah, sebenarnya aku macam kesian nak tinggalkan kau. I mean, don’t get me wrong, kau baru then lacking of guidance, aku tak nak kau lost pula,” terang Hariz.

“Well, nak buat macam mana? Dah perangai bos kita macam itu kan, so redha jerlah,” seloroh Qhalisha.

“Actually, kalau kau tak sure pasal apa pun, boleh tanya Rayyan, dia memang expert pasal semua ini. Kau dah jumpa dia?” tanya Hariz.

“Dah, dah pernah nampak dalam ofis lah. Tapi, bos belum officially introduce lagi,” jawab Qhalisha jujur.

“La, apasal tak bilang aku awal-awal? Boleh jer kau senyap, kita kan satu team,” Hariz sudah mula membebel.

“Malas nak susahkan kau. Besides, itu kan sepatutnya kerja bos, biarlah dia handle,” jawab Qhalisha selamba.

“Mengada! Dah, kau tunggu sini, nanti aku panggil kau bila aku dah cakap dengan dia. Since dia ada kat ofis ni Senang sikit, dia busy selalu jumpa klien, itu yang susah nak nampak batang hidung dia kat ofis,” dengan selamba Hariz berseloroh.

“Bro, busy ke?” tanya Hariz sambil menepuk perlahan belakang tubuh Rayyan.

“Bolehlah. Nak kata tak busy pun tak boleh, nak cakap busy, memang kerja ini tak akan habis. Apahal?” tanya Rayyan tanpa mengalihkan pandangan dari skrin laptop.

“Kau tak perasan ke ada bertambah seorang lagi perempuan dalam ofis kita ini? Kau tak payah nak buat tak tahu sangat, kita semua memang tahu akan ada orang baru yang masuk kan? Jangan nak buat perangai kura-kura dalam perahu, buat-buat tak tahu,” usikan Hariz dapat Qhalisha dengar dari mejanya, terdengar juga tawa dari jejaka di sana. Qhalisha hanya tersenyum sendirian.

“Kau ni kan Hariz, jangan nak merapu boleh tak? Sakit perut aku ketawa tau,” ujar Rayyan dengan tawa yang masih bersisa.

“Qhal!” panggil Hariz sambil menggamit Qhalisha untuk mendekati meja Rayyan. Control Sha, control! Eh, cik hati, tolong stop berdebar boleh tak? Qhalisha menarik nafas panjang sebelum mengatur langkah menuju ke arah Hariz. Qhalisha hanya melemparkan sekuntum senyuman sebaik sahaja dia tiba di meja kerja lelaki bernama Rayyan Haikal. Serta merta lelaki itu mempamerkan wajah ketat.

“Rayyan, this is Qhalisha. But she prefers people to call her Qhal. Qhal, ini Rayyan Haikal  yang famous itu,” ujar Hariz dalam jenaka.

Qhalisha hanya menundukkan sedikit kepalanya tanda hormat, Rayyan pula hanya melemparkan senyuman yang entahkan ikhlas entahkan tidak. Sha, sejak bila kau belajar buruk sangka dengan orang ini? Tak baik macam tu.

“So, Qhal, kalau kau tak tahu apa-apa or you know kena tinggal dengan bos bila aku cuti nanti, kau boleh jer tanya Rayyan. Dia memang expert kat sini,” sambung Hariz lagi sambil menepuk-nepuk bahu Rayyan.

“Ok,” hanya itu sahaja yang mampu Qhalisha jawab sebelum berlalu menuju ke meja kerjanya.

*********

“Babe, nak keluar tak?” tanya Qhalisha pada Sofea yang sedang berlingkar di atas katil.

“Qhal, kau sihat ke tidak ini? Tak pernah-pernah kau ajak aku keluar hujung minggu macam ini. Almaklumlah, orang itu kan kata malas nak bersesak-sesak, allergic to crowded places….”

“Kau nak keluar ke tak?” Qhalisha memotong bicara Sofea. Makcik itu kalau sudah membebel, memang sampai esok tak habis.

“Mestilah nak! Hisy, peluang baik ini kalau kau yang ajak keluar, biasanya kalau nak tunggu Cik Qhalisha Adryana ajak keluar, sampai kucing bertanduk pun memang tak akan terjadi,” kata Sofea sambil tertawa. Qhalisha pula sudah berlalu menuju ke kamarnya untuk bersiap.

Sudah berkali-kali Sofea memusing tempat letak kereta, langsung tidak nampak satu lot kosong pun. Mata Qhalisha pula melingas memerhati jikalau ada kereta yang keluar. Hujung minggu memang begini, tetapi entah kenapa, Qhalisha ingin sangat keluar, biasanya dia lebih senang berehat di rumah sambil menonton televisyen atau membaca novel. Akhirnya, setelah hampir setengah jam menanti barulah mereka mendapat satu lot di dalam pusat membeli belah itu. Mereka menuju ke sebuah restoran kerana Sofea sudah merengek kelaparan. Haih, tak faham betul dengan minah seorang itu, badan keding, tapi kalau makan tak ingat dunia!

“Babe, apahal kau tiba-tiba jer ajak keluar? Selalu kalau aku ajak kau keluar during weekends, banyak betul alasan kau,” tanya Sofea sambil menghirup airnya.

“Saja! Lagipun aku tak naklah kau meroyan duduk rumah. Kan Resyam outstation dua minggu, ini pulak dah second weekend kau terperap kau kat rumah, aku tak naklah kau gila meroyan kat rumah,” dalih Qhalisha sambil mengenakan Sofea.

“Kurang asam betul! Sampai hati kau cakap aku gitu, nak merajuk lima minit,” Sofea sudah membentuk mulut.

“Merajuk lah Cik Sofea! Nak merajuk pastu lima minit jer. Boleh jalan dah!” usik Qhalisha lagi.

“Hisy, kau ni kayu lah Qhal! Macam mana lelaki nak dekat,” rungut Sofea lagi.

 “Ada aku kisah?” selamba sahaja jawapan Qhalisha.

“Kau jangan babe! Kau itu dahlah anak tunggal. Menangis Mummy nanti, tak merasa nak dapat menantu,” semakin galak Sofea menggiat.

“Eleh, kalau dapat menantu tak apa lah juga. Kalau dapat menantu hantu, tak ke haru,” Qhalisha masih lagi selamba menuturkan kata.

“Kau ini Qhal, aku serious lah! Kau ini straight ke tidak?” tanya Sofea dengan suara yang kuat. Beberapa orang di sekeliling mereka mula memandang ke arah mereka.

“Hisy, kau ini Fea! Kalau cakap tak toleh kiri kanan. Kau ingat ini rumah ke yang kau boleh jerit sesuka hati. Dah itu tanya pula soalan tak censored,” tegur Qhalisha.

“Dah kau itu macam kayu dengan lelaki. Sebab itu aku tanya, manalah tahu ada yang perlu aku betulkan dalam kepala kau yang ting tong itu,” seloroh Sofea selamba.

“Kau jangan nak mengada! Nabi tak mengaku umat tau. Kau cakap macam aku tak tahu halal haram,” tegas Qhalisha.

“Dah itu, apa masalah kau? Tak boleh lupa cinta pertama, ke kau frust menonggeng sampai kau kebal dengan semua lelaki?” bertubi-tubi soalan yang Sofea ajukan.

“Tak ada kena mengena pun. Mungkin aku belum bersedia, I mean mentally maybe aku tak ready for all this. Aku tak sanggup dikecewakan, aku tak sanggup nak commit, aku tak sanggup kalau dia tinggalkan aku after making promises, aku takut when I’m in a relationship aku tak mampu nak kawal emosi aku. Sedangkan aku single ini pun emosi aku selalu tak stabil, inikan pula bila aku in a relationship,” panjang lebar jawapan yang diberi Qhalisha. Ternganga sebentar Sofea.

“Babe, aku nak kata kau gila, tak boleh! Tapi, cara kau cakap macam ada tekanan mental, atau kau sendiri yang caused this to yourself. Kau gila ke fikir sampai jauh gitu? I mean, belum apa-apa lagi kau dah fikir pasal kena dump, aku rasa itulah perkara paling gila aku pernah dengar dari kau,” laju Sofea menutur kata. Mungkin masih lagi tidak percaya dengan kenyataan yang dikeluarkan Qhalisha sebentar tadi.

“Aku bukan mental, I’m taking precautions ok?” tegas Qhalisha.

“Banyak kau punya precautions! Itu dah boleh panggil paranoid!” sengaja Sofea menekan keras perkataan akhir itu.

“Kau tak faham Fea, kau tak akan faham! Benda ini tak boleh dipaksa!” tekan Qhalisha. Wajahnya juga sudah berubah riak. Sofea hanya mendiamkan diri. Jangan disiram minyak pada api yang membara. Padah nanti!

“Fine, I’m not going to say a thing at all. Aku yakin and percaya kau dah cukup bijak untuk menilaikan, yang baik dan yang buruk. Cuma aku harap, spare some thoughts untuk parents kau,” akhirnya Sofea mengalah. Tanpa disedari, kata-kata Sofea sedikit sebanyak mengocak ketenteraman hati Qhalisha.

*********

Qhalisha menggosok matanya berkali-kali, rasa tidak selesa cuba ditahankan mungkin berpunca dari terlalu lama menatap skrin computer. Entah apa silapnya hari ini, serba serbi tidak kena. Rasa ingin menangis di situ, tetapi ego mengatasi segalanya. Dia sudah sematkan dalam diri, jangan pernah menitiskan airmata di hadapan orang ramai. Jika ada yang dapat melihat dia menangis, pastinya orang itu antara yang dipercayai oleh Qhalisha. Telefon bimbit di sisi meja berbunyi. Pantas Qhalisha menjawab tanpa melihat dahulu gerangan di sana. Waktu kerja, sudah semestinya ada dia antara kontraktor yang perlu Qhalisha temui memandangkan Hariz sudah mula bercuti.

“Hello,” sapa Qhalisha di hujung talian.

“Waalaikumsalam,” sapa satu suara sinis.

“Assalamualaikum, mummy,” jawab Qhalisha dalam serba salah. Padan muka tak nak tengok siapa yang call? Kan dah kantoi! Salam yang dihulur Qhalisha disambut oleh Puan Qhaleeda di hujung talian. Qhalisha menoleh sekeliling pejabat, hanya si snobbish sahaja di situ memandangkan sedang waktu makan tengah hari.

“Amboi, anak dara! Elok sangat angkat telefon tak beri salam,” bermula sudah leteran Puan Qhaleeda.

“Sorry lah mummy, Sha ingat kontraktor yang call tadi,” Qhalisha memberi alasan. Nama ganti diri juga diubah, Qhalisha lebih selesa dipanggil Qhal oleh teman-teman, tetapi di kalangan ahli keluarga, dia lebih dikenali sebagai Sha.

“Kalau kontraktor call pun tak boleh beri salam ke Sha?” Puan Qhaleeda masih lagi belum ingin mengakhiri hal itu.

“Mummy, sudahlah. Sha salah, sorry!” Qhalisha mengalah. Iya, jika dengan Puan Qhaleeda, mudah sahaja dia mengalah.

“Mummy dengan Abah sihat? Sorrylah, Sha sibuk sangat tak sempat nak call mummy, balik kerja pula Sha dah exhausted sangat,” sambung Qhalisha lagi. Kali ini dengan nada bersalah. Sudah agak lama juga dia tidak menghubungi kedua ibu bapanya, padahal itu tanggungjawabnya sebagai satu-satunya anak mereka.

“Alhamdullilah, sihat. Abah biasalah sibuk dengan aktivit dekat sekolah, mummy pula sunyi jer dekat rumah,” sengaja Puan Qhaleeda menjawab sayu. Sengaja ingin menguji anak tunggalnya.

Puan Qhaleeda memang terasa sunyi sejak Qhalisha mula membuat praktikal di KL, kemudian ditawarkan kerja di sana, semakin sunyi terasa. Dahulu, dia seorang jururawat, tetapi setelah dikurniakan Qhalisha dia mengambil keputusan untuk berhenti dan menumpukan sepenuh perhatian pada Qhalisha. Suaminya pula merupakan seorang pengetua sekolah.

“Cakap dengan Guru Besar Amar, sudah-sudahlah itu. Temankan Puan Qhaleeda di rumah. Iyalah, anak kesayangan kan jauh. Inilah masanya nak beromantika,” usik Qhalisha.

“Hisy, merepek betul anak dara seorang ini. Bila Sha nak balik? Dah nak tiga bulan satu minggu dah tak balik rumah,” tanya Puan Qhaleeda.

“Amboi mummy, precise betul mummy kira Sha tak balik. Bukan Sha tak nak balik, tapi Sha sibuk. Lagipun Sha belum ada cuti, tak syoklah balik macam minta api,” terang Qhalisha sambil jari jemarinya ligat menekan papan kunci di computer. Multi-tasking!

“Iyalah, mummy faham, tapi call lah mummy bila free. Mummy risau sayang, Sha senyap jer. Sakit ke, pening ke, mummy risau tau,” Puan Qhaleeda meluahkan resah di hati.

“Iya mummy. Tapi, mummy jangan risaulah. Sha ok jer at sini. Tu hah, Fea ada, pandailah Sha jaga diri,” bersungguh-sungguh Qhalisha menyakinkan Puan Qhaleeda.

“Hah, cakap pasal Fea, apa khabar dia? Rindu pula mummy dengan dia,” ujar Puan Qhaleeda.

“Alhamdullilah, dia sihat. Apa tak sihatnya, sejak dia dah ada tunang ini, makin manja,” tertawa kecil Qhalisha menceritakan tentang rakan karibnya yang memang dikenali oleh Puan Qhaleeda.

“Eloklah gitu. Haih, Fea dnegan Sha beza umur setahun jer, dia dah tunang, Sha bila lagi?” sengaja Puan Qhaleeda bertanya. Anaknya itu terlalu kebal dengan lelaki. Alasan diberi, ingin menumpukan perhatian pada kerjaya, apatah lagi ia mendapat sokongan jitu dari suaminya.

“Mummy, let’s not discuss about this alright? Sha muda lagi lah,” jawab Qhalisha malas. Memang dia malas jika Puan Qhaleeda melontarkan soalan seperti itu.

“Sha dah masuk 25 tahun tau, muda apalagi? Mummy dulu kahwin dengan abah umur 21 tahun. Lagi muda,” bantah Puan Qhaleeda.

“Mummy, Sha baru mula kerja. Baru nak bernafas, kasilah can, lagipun bukannya Sha boleh beli calon menantu mummy dekat pasar tau,” seloroh Qhalisha.

“Sha inikan, kalau mummy cakap tak pernah serius tau. Ini, mummy nak beritahu, Aifa nak nikah lagi 3 bulan,” Puan Qhaleeda menyampaikan berita tentang salah seorang sepupu Qhalisha.

“Aifa? Aifa nak nikah? Mummy biar betul,” serta merta Qhalisha berhenti dari menaip laporan. Terkejut sangat!

“Betullah, takkan mummy nak tipu pula?”

“Tapi kan Aifa anak bongsu muda lagi dari Sha, kakak dengan abang dia pun semua belum kahwin,” kata Qhalisha lagi.

“Dah jodoh dia Sha. Mummy harap Sha dapat hadir, awak itu pun sejak final semester kelmarin, memang dah lama tak jumpa saudara mara kan? Kenduri semua escape, kali ini no more! Lagipun dia nikah hujung minggu, jadi Qhalisha Adryana diharuskan balik!” tegas Puan Qhaleeda dalam talian. Nah, kalau Puan Qhaleeda sudah memanggil Qhalisha dengan nama penuh, itu ertinya dia tidak bercanda.

“In Sya Allah mummy. Sha dah kena letak telefon ini. Waktu rehat dah nak habis, nanti Sha call mummy balik ok? Mummy dengan abah jaga diri tau. Kirim salam peluk cium untuk abah. Jangan lupa makan ubat. Sayang mummy!” sempat Qhalisha menitip pesan sebelum mengakhiri perbualan.

“Iyalah sayang. Sha pun jaga diri, jangan lupa solat, ingat apa pun jadi DIA tempat sebaik-baiknya kita mengadu,” pesan Puan Qhaleeda sebak sebelum mematitkan talian.

Qhalisha menarik nafas dalam, cuba menghilangakn sebak yang mula bermukim di dada. Dia melihat sekeliling pejabat yang mula riuh apabila kebanyakan staff sudah pulang dari waktu rehat. Saat Qhalisha mengalihkan pandangan, matanya bertembung dengan si snobbish yang kebetulan sedang merenung ke arahnya juga. Pantas Qhalisha melarikan anak mata, jantungnya berdegup pantas. Panahan mata itu sangat tajam membuatkan hatinya berdetak irama yang tidak dia ketahui.

*********

Arahan dari Encik Dol aka bos membuat Qhalisha hampir terduduk. Betul-betul merosakkan mood Qhalisha untuk memulakan harinya dengan ceria. Apa punya bos, beri arahan last minute, suruh pergi meeting last minute. Dia ingat orang tak ada work plan ke? Qhalisha cuba menenangkan dirinya. Pantas dia beristighfar. Fine, pukul 10 kena ikut pergi untuk salah satu projek yang dikendalikan si snobbish. Apa yang Qhalisha tahu, projek itu sudah di penghujung dan mereka bakal menyerahkan pada klien. Jadi, Encik Dol menyuruh Qhalisha untuk turut serta agar dia dapat belajar. Qhalisha tidak kisah untuk belajar, tetapi, why so last minute?! Apa tidak dia ketahui itu adalah permulaan antara seorang Qhalisha dengan si dia. 

“Qhal, let’s go,” sapa Encik Dol menghentikan segala tugas yang sedang Qhalisha lakukan. Qhalisha pantas mengemas mejanya ala kadar sebelum mengikut langkah Encik Dol.

“Mana Rayyan? Dia dah masuk kerja?” tanya Encik Dol sewaktu mereka dalam perjalanan ke bilik mesyuarat.

“Errm, tak nampak pun,” pendek sahaja jawapan Qhalisha. Dia sudah hilang mood.

“Ok, tak apa. Hopefully, he makes it on time for this meeting,” jawab Encik Dol. Serentak itu, kelibat si snobbish kelihatan sedang menuju ke arah mereka. Pantas mereka sama-sama masuk ke dalam bilik mesyuarat. Sengaja Qhalisha memilih untuk duduk bersebelahan Encik Dol. Hatinya sudah berdegup kencang, janganlah wajahnya memerah.

“Qhal, awak boleh ikut Rayyan selepas ini. Saya ada hal sedikit lepas ini, just follow him as he will be doing the final inspection try and learn from him,” itulah ayat Encik Dol sebaik sahaja mesyuarat selesai. Qhalisha rasa seperti ingin menjerit sahaja di muka Encik Dol.

“Errm, okayyy….” sengaja Qhalisha meleretkan kata-katanya dan saat itu kelihatan Rayyan sudah mula beredar dari bilik mensyuarat dan pantas Qhalisha mengekori langkah jejaka itu.

Sepanjang perjalanan itu Qhalisha lebih banyak mendiamkan diri. Lagipun mereka pergi berkumpulan, dan Rayyan pula sibuk berbual dengan klien dan kontraktor. Dan Qhalisha, si gadis yang tidak mengetahui hujung pangkal projek itu hanya diam seribu bahasa.

“So, how far have you learned here?” tiba-tiba satu suara bertanya. Qhalisha memandang sekeliling, hanya tinggal dia dan si snobbish. Eh, mana yang lain pergi?

“Errm, bad,” sedaya upaya Qhalisha cuba menjawab selamba. Qhalisha memang seorang yang jujur, kalau tidak suka dia akan katakan, kalau suka juga begitu.

“That’s too truthful,” jawab Rayyan sambil tertawa kecil. Ok, first time tengok dia ketawa live. Berdegup seketika hati Qhalisha.

“Well, let’s be frank here. How often do you see boss in the office guiding me for the past two weeks? Thank goodness that Hariz was around for the past weeks, but now he’s on leave, I’m starting to feel the pressure,” jawab Qhalisha semakin selesa untuk berbicara walaupun setiap kali bertembung mata dengan dia, hatinya mula berdetak dengan luar biasa.

“Well, aku tak nak aibkan orang, but sooner or later kau akan tahu dan lebih faham dengan perangai dia,” ujar Rayyan sambil membuat pemerhatian pada baik pulih yang sedang dijalankan.

“But one thing, try to learn as much as you can here. Tak tahu apa-apa boleh tanya aku atau Hariz, kalau kau diam jer pun susah, tak ada orang boleh tolong kau and kerja kau nanti tertangguh,” tulus Rayyan memberi nasihat lalu memandang tepat anak mata Qhalisha. Kali ini, rasanya jantung Qhalisha hampir terlompat keluar.
*********
 
Hope you guys like it. Sya panggil cerpen light bulb! Sebab idea datang tanpa diundang. Leave your comments below, I want to know your views on it. In Sya Allah, I'll upload the next part soon. In the mean time, take care lovelies.