And ALLAH is Sufficient as a Guardian
And ALLAH is Sufficient as a Helper
~ Quran 4:45


Tuesday, 20 January 2015

Kita Tak Boleh Paksa Kan?


Ok, tak tau macam mana nak start cerita. But dari title, memang bunyi macam sentap kan? Remember the post I wrote previously, about Judgemental Society? Well, mungkin ini ada kaitan. But honestly speaking, I cannot always please people. At times, I just have to put myself first. No, bukan selfish, just prioritising myself. Tak salah kan?

Siapa yang baca atau follow dah tau yang Sya dah kerja dah sekarang. Not easy, enduring it, and dah janji tak nak complain. Anyways, baru-baru ini my office mates ada buat farewell lunch or something like that. Well, I have been on strict diet like since I started work. Entahlah, tetiba, ter….self-conscious. So, konon-konon lah nak diet plus lari malam and Alhamdullilah it's working, walaupun lambat! First 2 months memang stop food intake, went on a liquid diet, dah masuk tiga bulan ini makan oats pagi. Lunch, dinner memang tak makan langsung.

Ok back to the farewell lunch, as you can guessed I didn’t go. Memang, tak pergi! Duduk dalam office macam hari biasa. Kata nak lose weight kan? Kena determine? Betul? Lets be rationale here, katalah kalau I still went ahead and join them, then I don’t eat, lepas itu confirm my colleagues will say I’m being a bad sport or sour grapes kan? Imagine kau duduk semeja dengan semua orang and they makan, and kau sorang tak makan, confirmlah orang cakap kau macam kera sumbang kan? Jadi nak mengelakkan dari jadi kera sumbang, kita jangan pergi? Betul tak?

Tapi kadang apa yang kita fikirkan tak seiring dengan apa yang orang akan fikir! And kita tak boleh paksa orang untuk faham apa yang ada dalam hati kita kan? So, I usually decide to shut negativity off! C’mon, I have so many things to worry about.

Well orang kata, benda macam ini for bonding sake and all. Yes, I understand benda itu. But bonding in a work team can come from different source kan? Like a team building activity or there are a lot of activities organised out there. I’ve worked part time before in a well-established company. Team bonding has always been different there. I’m not comparing but kalau sesuai dengan diri kita, definitely I’ll attend right. So, sekarang ini, since Sya on diet, and they are out for a buffet lunch and if I were to go?..... I’ll leave it to your opinions.

Tak semestinya skip satu farewell lunch, terus kena chop sombong or hidup sorang-sorang kan? And kalau tak pergi, lepas ini orang tak akan tolong? Well, if you are not judgemental, then it won’t occur in your mind like that right?

I have always, always placed my faith in Allah s.w.t. ALWAYS! People can say for all they want. I may not look religious enough, but I’m grateful my parents have brought me up to always believe, believe that come what may, Allah will always be with us. So, I question myself, why must I be afraid if another Allah’s creation doesn’t want to lend me hand? Why must I doubt the reason Allah s.w.t. created me with this character? Why must I question what Allah s.w.t. has planned? 

"...But they plan and Allah plans. And Allah is the best of planners." ~ Surah Al Anfal (8:30)

Moral of the story, kita tak boleh paksa orang untuk berfikiran seperti kita kan?

Friday, 9 January 2015

Ms Egoistic Vs Mr Romantic 20

Bab 20


Sewaktu Khairul Arman membelok masuk ke kawasan perumahan yang baru aku juga ikut membelok memandangkan aku terpaksa membawa keretaku sekali. Lebih mudah untuk aku ke pejabat esok dan dia tiada alasan untuk menghantarku.

Kami memberhentikan kereta di hadapan sebuah rumah yang tersergam indah. Hisy, besarnya rumah! Walaupun rumah Daddy lebih besar, tetapi penghuninya ramai, ini hanya kami berdua sahaja, sebab dia sudah menyatakan pada keluargaku yang dia tidak mahu ada pembantu rumah. Mati aku nak mengemas!

“Laa, yang you tercegat dekat situ kenapa? Masuklah,” panggil Khairul Arman setelah dia keluar dari kereta kemudia mengeluarkan segala khazanah dari but keretaku.

“You angkut satu bilik you ke? Penuh satu but! Tu hah, teddy bear besar dekat depan tu you angkat sendiri,” rungut Khairul Arman sambil mengeluarkan 3 suitcase milikku. Bising jer mamat ni, yang aku bawa itu, kurang dari separuh yang ada dekat rumah tau!

“Kenapa you beli rumah besar gini? Kita berdua jer kot nak tinggal sini,” tanyaku sambil melangakh masuk. Terpegun aku seketika dengan hiasan dalaman yang kelihatan mewah di setiap ruang rumah itu.

“I beli rumah ni untuk anak-anak kita,” jawab Khairul Arman selamba dari tangga. Dia menghilang sekejap di tingkat atas mungkin menghantar beg pakaianku dan barang lain. Aku masih leka melihat dekorasi seluruh rumah.

“Jangan nak mengarut boleh tak?” lantang aku menjawab sambil mengatur langkah menuju ke kolam renang.

“Ala, apa salah? Lagipun…” Khairul Arman tidak meneruskan kata , sebaliknya dia merangkul erat tubuh Erika Syakira dari belakang lalu membenamkan hidungnya pada rambut perang yang beralun lembut itu.

“Eiii, you ni kenapa?” aku cuba melepaskan diri dari rangkulannya tetapi gagal! Dia semakin mengeratkan pelukan itu, aku semakin tidak selesa.

“You ni, nak marah jer! I dah letak beg baju you dekat dalam bilik you. Tapi kalau nak sebilik dengan I, I ok jer. Lagi suka adalah,” usik Khairul Arman sambil melepaskan rangkulannya dengan berat hati.

“Eii, jangan haraplah! I lagi rela tidur sekandang dengan beruk dari tidur sebilik dengan you! Lagipun beruk tu lagi suka anak gajah tidur dengan dia,” angkuh aku menjawab sambil memulangkan paku buah keras. Kata-kata yang sama pernah dia tuturkan padaku di US dahulu.

Riak wajah Khairul Arman berubah. Tidak menyangka Erika Syakira berkata sedemikian. Dia menunduk seketika kemudian mendongak untuk melihat anak mata Erika Syakira.

“I’m sorry. Dulu tu, well, I was young, lagipun I tak tahu kenapa I menyampah sangat dengan you,” terang Khairul Arman bersungguh-sungguh.

“Huh! Sorry? Mr Khairul Arman, sorry you tu tak bermakna ok! Sikit pun kata maaf you tu berbekas dalam hati I!” tegas aku menjawab.

“Sampai bila kita nak macam ni? We are married for god’s sake! Tak akan ada kesudahannya kalau I tak henti minta maaf, dan you masih lagi terperangkap dengan salah faham masa kat US!” marah Khairul Arman.

Aku terkedu seketika. Belum pernah selama tempoh aku mengenalinya dia meninggikan suara begitu. Tulah Erika, yang kau pergi jolok sarang tebuan tu buat apa? Hisy, tak boleh jadi! Aku tak boleh kalah dengan dia!

“Yes, because of the past, lahirnya Erika Syakira yang baru. Sebab masa silamlah, I bangkit menongkah arus dunia, dan kerana masa silam itu, I berjanji tak akan jadi lemah lagi! Sampai bila kita nak macam ni? Sampai mati pun kita macam ni!” jawabku tenang tetapi tegas.

“You kena ingat, perkahwinan ini adalah pengorbanan I buat keluarga I. Selama ni, I selalu ketawa bila orang cakap jangan terhutang budi, nanti tergadai body. Indeed, rupanya usahawan terhebat pun buat macam ni!” sambungku lagi, meluahkan segala ketidakpuasan hatiku sambil mencerlung memandangnya.

“Tergadai body? Kalau you rasa tergadai body, maybe….” Khairul Arman tidak meneruskan kata sebaliknya berjalan mendekati Erika Syakira dan membawa tubuh wanita itu rapat dengannya.

Aku menelan liur. Mati aku! Terlajak perahu boleh berundur, terlajak kata, tanggunglah kau Erika! Dia menolakku masuk sehingga ke ruang tamu dan kemudian memerangkapku di antara dinding dan mendekatkan wajahnya padaku. Wahai otak, cepatlah fikir cara nak larikan diri.

“Mungkin I patut demonstrate istilah tergadai body tu? Mana tahu you akan lebih faham,” bisik Khairul Arman dekat di telingaku.

Aku dapat merasakan kehangatan nafasnya menampar pipiku. Aku cuba menjarakkan wajahku, tetapi apakan dayaku! Dia membenamkan wajahnya di leherku dan sekali lagi aku cuba meronta. Dia semakin mengejapkan rangkulannya kemudian mendongak memandang dalam anak mataku. Dia mengelus pipiku perlahan, aku bagai terleka, kemudian mengelus lembut bibirku.

“Jangan risau, I tak akan apa-apakan you. I masih ingat lagi batas I. I takkan paksa you. Walaupun I berhak ke atas setiap inci tubuh you, biar you yang datang pada I,” bisiknya sambil merenung segenap wajahku. Akalku sudah tidak mampu mencerna apa yang dia katakan. Perlahan dia melepaskan rangkulannya kemudian berjalan perlahan menuju ke anak tangga.

“Oh, by the way, tadi tu starter jer. You jangan cabar I lagi, mana tahu lepas ni dapat main course pulak. Tanda dekat leher tu macam kena pulak dengan you,” sambungnya lagi dengan sengihan nakal.

Aku berpusing memandang cermin yang terletak di ruang tamu kemudian memegang tempat yang kelihatan merah. Argh geramnya aku!!! Baru hari pertama aku tinggal berdua dengan dia, sesuka hati dia jer nak tinggalkan tanda!

**********************************************************************************************

Aku melilit shawl di leher dengan teliti. Yang penting tempat tu tertutup! Aku membelek penampilanku sekali lagi di hadapan cermin. Nasib baik semalam tergerak hati nak angkut sekali beberapa helai shawl, kalau tidak naya! Setelah puas dengan penampilanku, aku mencapai beg tangan dan beg laptop lalu keluar dari bilik. Bunyi bising dari dapur mematikan langkahku seketika. Perlahan-lahan aku menuruni anak tangga, sambil terjenguk-jenguk ke arah dapur. Eh, takkan dia masak pula? Ala, pedulikanlah, aku dah lambat ni. Sekejap lagi ada meeting. Pantas aku menuju ke pintu utama, dan berdiri di hadapan rak kasut, terperanjat aku seketika. Dia kemas semua kasut aku ke semalam? Semua kasut yang aku bawa semalam, sudah tersusun rapi di atas rak.

“Morning dear,” ceria Khairul Arman menyapa dari belakang. Aku berpaling kemudian memandangnya atas bawah. Haih mamat ni, siap berapron segala.  

“Morning, you kemas semua kasut I ni semalam ke?” aku bertanya sambil menunjukkan pada rak kasut yang lebih dari separuh sudah dipenuhi dengan kasutku.

“Ha’ah. Semalam bukannya ada buat apa pun. By the way, I dah siapkan breakfast, lagipun semalam you tak makan dinner pun,” kata Khairul Arman sambil menarik tanganku menuju ke ruang makan.

“You, I dah lambatlah. Sekejap lagi ada meeting,” jawabku sambil terkial-kial cuba melepaskan pegangannya pada pergelangan tanganku.

“No, you kena makan. Jangan degil, kalau tak, you tak payah pergi kerja,” ugut Khairul Arman lalu menarik kerusi untukku. Terbuntang mataku melihat hidangan di atas meja. Roti bakar, scrambled eggs, mee goreng. Dia masak semua ni ke?

“Nah, your tea, with two teaspoons of sugar and lemon,” sambung Khairul Arman lagi sambil menghulurkan sebiji cawan.  

“Makanlah. You nak makan apa, roti dengan scrambled egg or nak makan mee goreng?” tanya Khairul Arman.

“Bila you pergi pasar? Rasanya semalam waktu I check dapur, kosong jer,” tanyaku kehairanan.

“Tadi pagi, I minta Pak Mat singgah sini belikan apa yang perlu untuk I masak pagi ni. Nanti you balik kerja, kita pergilah supermarket beli barang dapur,” jawab Khairul Arman sambil menyudu mee ke dalam mulutnya.

“Tengoklah macam mana. I tak sure pukul berapa I balik nanti. Kalau I lambat jangan tunggu tau,” kataku lagi setelah mengunyah sekeping roti bersama telur. Pantas aku bangkit kemudian melangkah ke muka pintu.

“Ala you, jangan macam tulah. Mama suruh kita pergi rumah dia malam ni,” kata Khairul Arman sambil mengekori langkahku.

“I cakap I tengok macam mana kan? Bukannya confirm pun,” jawabku dengan sedikit tinggi. Annoying betullah mamat ni!

“Ok fine. Sorry, tapi Mama harap sangat kita pergi rumah dia malam nanti,” kata Khairul Arman dengan suara yang dikendurkan.

Perasaan bersalah menghimpit diriku. Kau ni kenapa Erika? Bukannya dia minta banyak pun. Setakat pergi beli barang dapur lepas tu singgah rumah Mama sekejap, tu pun nak melenting ke?

“Hmm, I gotta go. Bye,” kataku setelah menyarungkan kasut. Lenganku ditarik hingga menyebabkanku terdorong ke belakang.

“Nanti dulu, I nak cakap pasal duit nafkah. Berapa banyak rasanya you perlu nak beli keperluan rumah and for yourself?” tanya Khairul Arman sedikit teragak-agak.

“Hah, duit nafkah? Tak payahlah, lagipun I kerja, ada duit sendiri.”

“Mana boleh! Ini tanggungjawab, I mesti laksanakan. By the way, this is your new bank card and it comes with credit card, so kalau duit yang I deposit tak cukup, you just guna credit card, nanti I bayar,” terang Khairul Arman sambil menghulurkan sekeping kad dari dompetnya.

“I don’t need it. Lagipun, I memang bukan jenis yang guna credit card, and I think my pay is more than enough to support myself,” aku masih lagi enggan untuk mengambil kad yang dihulurnya.

“Jangan degil boleh tak? Ini untuk you guna beli keperluan rumah dengan keperluan you! Lagipun ini satu tanggungjawab yang akan disoal dekat akhirat kalau I tak laksanakan. Faham?” tegas Khairul Arman sambil mencapai tanganku lalu meletakkan kad itu di atas telapak tanganku.

“Faham,” perlahan sahaja aku menjawab sambil dengan berat hati memasukkan kad itu ke dalam wallet.

Aku ingin segera berlalu dari situ, tetapi sekali lagi lenganku ditarik. Nak apa lagi mamat ni? Aku dah lambat ni!

“Tak nak salam dengan I ke?” tanya Khairul Arman sambil membalikkan tubuhku memandangnya.

Aku mengeluh. Perlu ke? Tetapi kata-kata itu hanya berlagu di dalam hatiku. Aku melihat tangannya yang belum bersambut. Aku menarik nafas panjang kemudian menyambut hulurannya lalu mencium tangan kasar itu buat seketika. Acuh tak acuh sahaja. Dia kemudian menarikku ke dalam dakapan, lalu mencium dahiku.

“Have a nice day at work sayang,” ucapnya setelah melepaskanku dari dakapannya.

Terkedu aku seketika. Pantas aku mengatur langkah menuju ke kereta, harapnya tidaklah sumbang langkahku. Dia masih setia berdiri di hadapan pintu memerhatikan segala gerak geriku. Buat seketika, kami berpandangan, hanya mata yang berbicara. Aku tersedar lalu segera mengundurkan kereta dan berlalu pergi.

***********************************************************************************************

Sebaik sahaja aku tiba di pejabat, semua staff menyambutku dengan ucapan tahniah. Aku hanya menghadiahkan mereka senyuman sewaktu ramai yang bertanya mengapa aku kembali pada hari ini. Aku terus sahaja menuju ke bilik pejabatku malas mahu melayani mulut mulut yang galak mengusikku.

“Morning Cik…opps sorry, Puan Erika,” tersasul Miya menukar panggilan baruku. Aku mengisyaratkan agar dia duduk.

“Morning Miya. Tak payah nak mengada panggil I Puan. What is my schedule for today? You tahukan, I akan gantikan tempat Haiqal for urgent meetings or site inspection?” tanyaku pada Miya.

“Yes. Tadi Fakhrul dah beri I schedule Encik Haiqal, for today and tomorrow tak ada yang penting untuk you beri perhatian, but on Wednesday, it’ll be a hectic day for you. Untuk hari ni, kita ada meeting sekejap lagi at 10am, then you ada appointment dengan supplier at 3pm,” cekap Miya memberitahuku jadual yang perlu aku penuhi.

“Which supplier? Mr Lim ke?” tanyaku inginkan kepastian.

“Yes. Sepatutnya you jumpa dia bila balik dari cuti, tapi, since you re-schedule it, so I tukarkan that appointment to today and dia akan datang sini,” terang Miya.

“Ok, anything else?” tanyaku sambil membuka laptop.

“Errm, berat sebenarnya I nak cakap, but I have to hand this to you,” katanya sedikit teragak-agak sambil menghulurkan sekeping sampul surat.

“What is it? You nak kahwin ke?” tanyaku bertalu-talu masih enggan membuka sampul surat yang dia berikan.

“Tak. I tak tahu macam mana nak cakap. Apa kata you tengok dulu,” katanya sedikit tersekat.

Aku memandangnya seketika. Ada riak cemas pada wajahnya. Apa yang tak kena dengan budak ni? Perlahan-lahan aku mencapai sampul surat kemudian membukanya. Aku menarik nafas panjang setelah melihat isi kandungan dalam sampul surat itu. Beberapa keping gambar mesra Khairul Arman bersama seorang wanita yang wajahnya sedikit kabur. Tidak sedikit pun terdetik cemburu di hati. Hanya perasaan cemas, takut ia juga disampaikan pada ahli keluarga kami.

“Where did you get this? Siapa yang hantar? I mean surat ni tak ada alamat, not even setem, so, I rasa mesti ia dihantar sendiri,” tanyaku sambil memandangnya yang sedang menekur lantai.

“I minta maaf sebab buka surat itu dulu. I thought it was for me, lagipun tak ada nama atau apa, terus diletakkan atas meja I, technically I assumed it’s for me. I’m sorry,” panjang lebar Miya menerangkan.

“Jangan minta maaf. You did the right thing, tapi I harap, perkara ini hanya diketahui oleh you and me. I tak nak cerita ini sampai ke telinga sesiapa terutama sekali Haiqal. I akan siasat perkara ni,” kataku tegas.

“Yes boss! Tapi, apa yang you nak buat dengan gambar ni?” tanyanya. Aku hanya membisu.

**********************************************************************************************

Aku membuka pintu rumah perlahan-lahan. Waktu sudah hampir masuk jam 6 petang. Aku merebahkan diri di atas sofa sambil memicit tengkuk. Banyak yang perlu aku uruskan hari ini. Tidak menang tangan rasanya menghabiskan kerja yang tertangguh sewaktu aku bercuti kelmarin. Aku hampir melelapkan mata di atas sofa bila terdengar satu suara menegur dari belakang.

“Eh, Adik, bila sampai? Arman mana?” tanya Datin Erina yang pelik melihat kelibat anak bongsunya, tetapi tetap melabuhkan punggung di sebelah Erika Syakira.

“Hah, entah, manalah adik tahu. Mummy ni, adik penatlah,” rungutku manja sambil memuncungkan mulut.

“Hisy, budak ni! Adik lupa ke adik dah tak tinggal sini?” suara Datin Erina sudah naik satu decibel.

“Ya Allah! Macam mana boleh lupa ni? Dahlah kejap lagi nak pergi rumah Mama. Mengamuk pulak Arman nanti,” aku sudah kelam kabut sendiri.

“Budak bertuah, boleh pula dia lupa dah pindah! Dah jangan nak kalut tak tentu pasal. Adik pergi naik mandi dulu. Mummy callkan Arman, suruh dia ambil adik dekat sini,” arah Datin Erina sambil menarik anaknya agar bangun.

“Thanks Mummy! Sayang Mummy!” kataku sambil mencium pipinya kemudian berlari naik ke bilik.

Sebaik sahaja aku masuk ke dalam bilik aku merebahkan diri di atas katil. Macam mana aku boleh lupa aku dah pindah? Hmm, sekejap lagi baru mandilah. Penat pulak! Aku hanya berguling-guling di atas katil, dengan niat untuk meluruskan tubuh buat sementara. Tanpa aku sedar mataku perlahan-lahan terkatup rapat, ditambah pula dengan penghawa dingin yang terpasang, semakin lena aku dibuai mimpi.

*****************************************************************************************

Nak masuk ke tak? Kang aku terjah, mengamuk pula dia. Bukan boleh jangka perangai dia ni. Mummy kata sejak tadi lagi dia dah masuk bilik, dah habis mandi ke belum? Macam-macam persoalan bermain di fikarannya kini. Antara mahu masuk sahaja ke dalam bilik isterinya ataupun menunggu sehingga dia keluar. Tak boleh jadi ni, dah nak masuk waktu Maghrib, tak sempat rasanya nak keluar cari barang dapur. Ah, masuk jerlah! Dia mengintai sekitar bilik. Tiada pula bunyi air dari tandas. Dia berpaling lalu mata dihalakan pada objek yang terdampar di atas katil. Beberapa kali dia menggosok mata.

“Laa, tidur rupanya, dengan baju kerja pula tu,” bisik Khairul Arman sendirian. Saat itu, kepalanya sudah merencana ingin mengusik isterinya.

Perlahan-lahan dia melabuhkan punggung hampir dengan Erika Syakira yang sedang meniarap. Hampir keseluruh wajahnya dia ditutupi oleh rambutnya. Orang suruh siap boleh pula dia tidur. Khairul Arman menyelak sedikit rambut yang menutupi wajah itu. Dia mengalihkan bantal peluk yang dipeluk erat oleh Erika Syakira. Tangannya mengoles-oles pipi wanita itu dengan lembut. Jari jemarinya sudah merayap di sekitar bibir Erika Syakira. Bergetar dadanya seketika saat jarinya menyentuh bibir wanita itu. Relaks Khairul Arman, kau dah janji tak akan buat perkara yang dia tak suka. Jangan buat dia bertambah benci dekat kau! Dia menarik nafas dalam, cuba meredakan gelora di dada.

“Sayang, bangun, sayang,” panggil Khairul Arman sambil menggoyangkan bahu Erika Syakira.

“Hurm, five minutes Mummy. Adik penatlah,” lemah Erika Syakira menjawab.

“Sayang, bangunlah,” pujuk Khairul Arman lagi.

Erika Syakira tersedar seketika. Bila masa suara Mummy jadi garau gitu? Pantas dia mencelikkan mata kemudian memandang wajah yang begitu hampir.

“Aaaaahhh!!” jerit Erika Syakira kuat. Pantas Khairul Arman menekup mulut wanita itu.

“Shhush! Ni I lah, yang you jerit macam nampak hantu kenapa?” tanya Khairul Arman sambil tangannya masih menekup mulut Erika Syakira.

“What are you doing in my room?” marah Erika Syakira setelah dia dibenarkan bernafas.

“You rasa, I nak buat apa masuk bilik you?” tanya Khairul Arman kembali lalu semakin mendekatkan dirinya dengan Erika Syakira kemudian merangkul tubuhnya. Matanya sengaja dikuyukan.

“You jangan nak buat gila eh! Dahlah, you ceroboh bilik I,” Erika Syakira sudah menjauhkan diri. Mangkuk hayun ni bukan boleh dijangka, nanti jadi macam semalam pula.

“Dah you tak turun, Mummy kata you mandi, tapi boleh pulak you tidur,” selamba Khairul Arman mengenakannya.

“I penat tau, dahlah tak boleh tidur semalam,” rungut Erika Syakira setelah berjaya melepaskan diri kemudian menuju ke almari pakaian.

“Sikit punya besar katil I siapkan pun tak boleh tidur? Ke sebenarnya you nak I temankan, sebab tu tak boleh tidur,” sakat Khairul Arman lalu tertawa besar.

“Malas nak layan you!” rengus Erika Syakira kemudian masuk ke dalam bilik mandi dengan pakaiannya. Khairul Arman masih lagi menyambung tawanya.

************************************************************************************************

Khairul Arman memberhentikan kereta di hadapan rumah ibu bapanya. Dia memandang ke arah Erika Syakira yang memuncung di sebelah. Haih, marah lagi pasal aku terlepas cakap dengan Mummy tadi dia tertidur dekat atas? Dia memandang Erika Syakira yang kelihatan menawan dengan maxi dress, manakala wajahnya pula disolek nipis. Khairul Arman keluar dari kereta kemudian membuka pintu buat Erika Syakira.

“Janganlah buat muka macam tu. Ok I salah! I’m sorry ok,” pujuk Khairul Arman masih lagi berdiri di pintu tempat penumpang.

“Sesuka hati you jer nak mengadu dekat Mummy, sampai I kena sound tadi. Happy kan buat macam tu?” sindir Erika Syakira geram. Pasal mulut si mangkuk hayun ni, tak pasal pasal aku kena tegur dengan Mummy. Mummy pula kalau dah berleter boleh nanar telinga.

“I minta maaf ok. Janganlah tarik muka macam tu depan Mama dengan Papa, tu hah tengok dorang dah nak sampai muka pintu tu,” cuak pula Khairul Arman melihat kelibat Mama dan Papanya yang sedang berjalan menuju ke muka pintu untuk menyambut mereka.

Erika Syakira mendengus seketika, kemudian keluar dari kereta. Wajahnya dimaniskan sebaik mungkin. Mereka beriringan berjalan menuju ke arah mertuanya. Datin Khaty menarik Erika Syakira ke dalam pelukan setelah wanita itu mencium tangannya.

“Sorry Mama, lambat sikit, singgah rumah Mummy tadi ambil barang,” Erika Syakira mereka alasan setelah pelukan Datin Khaty dirungkaikan.

“Haih, Mama, peluk menantu jer ke? Dah tak pandang Along kat sini,” usik Khairul Arman pada Datin Khaty yang memeluk erat isterinya. Ada sedikit cemburu yang berdetik di hatinya.

“Hisy, tengok Papa, anak awak ni. Dah kahwin pun masih nakal. Dia ada bully Erika tak sayang?” tanya Datin Khaty sambil melurutkan tangannya pada bahu menantunya.

“Apa pula Mama? Along jaga dia elok jer tau, seekor nyamuk nak hisap darah dia pun Along halang. Kan, sayang?” kata Khairul Arman siap dengan mimik mukanya. Tangannya pula sudah melingkar di pinggang Erika Syakira.

“Huh, sepuluh yang kamu cakap, satu pun Mama tak boleh percaya. Erika, kalau budak bertuah ni bully Erika, bilang Mama, taulah Mama dengan si kembar tu nak ajar dia,” pesan Datin Khaty lalu membawa mereka masuk.

“Mana Auni dengan Lisa Mama?” tanyaku apabila tidak nampak kelibat adik beradik kembar itu.

“Ada tu dekat dapur, rajin pula hari ni nak menolong kat dapur. Katanya nak sambut kakak ipar dia. Erika pergilah dapur, mereka berdua kat situ,” suruh Datin Khaty. Aku pun terus melangkah ke dapur ingin melihat apa yang dibuat oleh mereka. Mana tahu ada yang perlu dibantu.

“Auni, Lisa,” panggilku pada mereka yang sedang membelakangkanku.

“Eh, Kak Long, bila sampai?” tanya Lisa sambil menyalam tangan kakak iparnya.

“Baru jer. Belum panas pun punggung. Korang buat apa ni, Mama kata, rajin jer korang berdua tolong kat dapur hari ni,” tanyaku pada mereka.

“Hmm, tulah. Kak Long tengok ni, kita buat Starwberry Tart macam Kak Long ajar. Tapi rasa dia tak sedap macam Kak Long punya,” adu Auni sambil menunjukkan dessert yang dibuat oleh mereka.

“Meh, rasa sikit,” kataku sambil mencapai sudu ditangan Lisa. Aku merasa sedikit. Boleh tahan, walaupun first trial.

“Sedaplah, cuma nak rajin practice. Custard dia cair sikit jer, lain semua ok,” pujiku setelah merasa tart yang dibuat mereka.

“Hi my little minions,” sapa satu suara dari belakang.

“Along, menyibuk jer tau masuk dapur! Nak pinjam isteri dia sekejap pun tak boleh. Dah tu, suka hati jer panggil kita minion kan Lisa,” marah Auni pada Khairul Arman sambil tangannya menepuk kuat lengan abangnya.

“Hisy, sakitlah Auni. Along taulah tangan Along ni dah makin sasa, tapi janganlah pukul gitu,” kata Khairul Arman sambil menarik kuat hidung Auni. Aku dan Lisa hanya tertawa melihat telatah mereka.

“Apa yang korang buat ni? Bersepah satu dapur korang buat,” tanya Khairul Arman pula melihat sekeliling dapur yang sudah tidak teratur.

“Tak buat apa. Try buat strawberry tart yang Kak Long ajar,” selamba Lisa menjawab.

Khairul Arman memandang wajah Erika Syakira yang menayang wajah selamba. Setahu aku minah ni tak tahu masak?

Aku pula hanya buat bodoh bila dia memandangku. Excuse me, see the leg lah, ingat aku tak tahu masak ke? Tetapi kata-kata itu hanya bermain di dalam hati.

“Khai, Erika, Lisa, Auni! Jom makan,” teriak Datin Khaty dari ruang makan.

Pantas kami semua keluar dari dapur menuju ke ruang makan di mana Mama dan Papa sudah menanti.  

“Eh, Mama, kita ada tetamu special ke? Penuh satu meja, macam nak sambut menteri pulak,” selamba sahaja Khairul Arman mengenakan Datin Khaty.

“Ada ada jer tau Khai ni. Mama nak sambut menantu dialah. Jangan jealous, hari ni Erika tetamu special kat sini,” terang Dato’ Khairi pula.

Kami duduk menghadap makanan yang terhidang, beberapa kali aku terpaksa menolak tatkala Mama memaksa aku menambah makanan. Kus semangat, boleh meletop perut aku. Kami menuju ke ruang tamu untuk berbual pula.

“Erika, macam mana dengan rumah? Semua ok?” tanya Dato’ Khairi.

“Ok, Papa. Cuma tulah, Erika tanya Arman kenapa beli rumah besar sangat. Sakit pinggang Erika nak mengemas,” selorohku.

“Kak Long kalau nak tahu, itu rumah idaman Along. Dari dulu lagi dia dah lakar rumah tu, sebelum Along balik Malaysia lagi, dia dah upah orang untuk buat rumah tu,” cerita Lisa bersungguh-sungguh.

“Khai memang macam tu, Papa dah cakap, tanya Erika dulu. Kot Erika suka ke tidak, tapi dia degil, mati-mati nak buat rumah tu. Katanya untuk anak-anak dia nanti,” terang Dato’ Khairi. Tekakku terasa kesat tiba-tiba bila Papa membicarakan soal anak.

“Ni hah, cakap pasal anak, Mama harap, korang taklah merancang ke apa. Yelah, umur Khai pun dah nak masuk 28 tahun, Mama pun kalau boleh nak juga timang cucu sebelum menutup mata,” sayu sahaja Datin Khaty berkata.

Nafasku semakin sesak mendengar permintaan Mama. Hisy, nak buat apa ni? Dulu suruh kahwin, sekarang nak cucu pula. Pening aku. Aku memandang Khairul Arman yang juga sedang memandang ke arahku. Aku membuat isyarat mata padanya. Dia pula hanya mengangkat bahu.

“Ala, Mama ni, bagilah kita spend masa berdua dulu. Kita bukannya macam pasangan lain yang bercinta bertahun-tahun, lepas tu kahwin. Kita ikut rancangan keluarga, we need time to adapt to each other, lagipun, kita tengah belajar nak menerima antara satu sama lain dalam hidup kita,” jawab Khairul Arman cuba berdiplomasi.

“Mama faham. What I meant is, don’t take too long. Bolehkan Erika?” tanya Datin Khaty penuh mengharap.

Aku menunduk seketika, “InsyaAllah Mama, kalau ada rezeki.”
 
p/s: Alhamdullilah, finally dapat sambung bab yang tergendala. Rindu sangat nak tulis. Btw, leave your comments ok? Nak sangat dengar pendapat uolls!

Saturday, 3 January 2015

A New Start!


Happy New Year lovelies! A new year, a new beginning, well, basically everything new! To those still in school, enjoy your new year in school. Meeting new friends, reunite with your old friends, ahh….I miss school! So, please enjoy your education journey, believe me, you only got to worry of your grades, assignments, projects. Working life is a whole lot crazy. If it doesn’t drive you insane, then Congratulations! Just kidding!

This year, I decided not to be mainstream and set my resolution and all. I mean, c’mon, tell me out of the whole long list you made last year, how much have you achieved? I personally have under achieved, well definitely there’ll be one or two things that you are able to strike off, but hey, I made a long list. So, definitely I felt I have under achieved! Speaking of HIGH EXPECTATIONS huh?

I spent the last days of 2014 reflecting upon my journey. What have I done? What have I been up to? Why certain things happened? What obstacles I faced? How did I overcome all those obstacles? Yeah, all these questions came popping in my mind. To be honest, 2014 was quite a difficult year for me. Plans didn’t turned out as expected, lost a whole bunch of friends. Yes, it’s that sad. But, looking on to the bright side, I started counting my blessings. I started to be a little optimistic and look for the blessings in disguise that Allah s.w.t. wants me to have.

HE took away a few friends that were precious to me, but HE heard my prayers and sent me just one, like literally 1 person to fill all those spots. Yes, if you were to follow me on IG or FB, you would definitely know I was sent a best friend that listen to all my rants. I mean, I was so grateful she entered my life, coz I’m sure my other BFF, my mom, definitely gets tired of listening to all my talking every single day!
"....But perhaps you hate a thing and it is good for you; and perhaps you love a thing and it is bad for you. And Allah Knows, while you know not." (2:216)

To be honest, quite a lot happened to me in 2014, but since I have always believed that the Almighty Lord knows best, I placed my faith in HIM. So, this year I decided to give out a whole lot of positive vibes this year, guess I’ll only share the good things that happened. One, graduation! Well, probably that will top my list of great things that happened. 3 long years of studying, well that was much awaited. Two, getting a job, I guess? Haha! I can’t make up my mind, between buying my first ever Dr Martens boots or securing a job. You might wonder why I name buying my boot here, well, it was one of the most expensive shoes I bought with my hard earned money. I wasn’t even working full time, it was a part-time job and I work more than 12 hours a day! So, can be considered as an achievement in my life. 2014 witnessed me not coming home as well since I started work and had to stay back to monitor the on-going projects, a little something for me coz I NEVER stayed out in my entire life. Turning 20 took a toll on it! ;)

Nearing the end of 2014, made me appreciate the times I used to spend with my family. I have always been a family person. No judgements please, I’m the eldest child in the family, so I spent a whole lot of my time with my family. When I started working, everything changes! Like literally, EVERYTHING! Not the best change, definitely. At times, my weekends are burned coz I had to work, other times I had to bring work home coz it’s just too overwhelming, and if I don’t have to do any of the things mentioned earlier, I had to sleep coz getting 4-5 hours of sleep daily is good enough. Most times when I’m asleep, I literally had to dream about work! How horrendous it is?!! I kept complaining to Mummy, why can’t I meet Prince Charming or even a dream that is not related to work. I don’t mind it being scary!

2014 also witnessed me getting a haircut after say a solid 4 years! Yes, I went to cut my super long hair after 2 days of commencing work. Can I say it has been just too long since I cut my hair or it’s the work environment that made me cut my hair? I have to choose the latter one. For the first time in forever, I didn’t even shed a single tear when cutting my hair. But that silly hairstylist cut it way shorter than I asked for, so I was pretty upset about it for a while.

Nonetheless, everything mentioned above would be just some highlights of what happened to me in 2014! You can never expect life to always be so perfect. Oh, 2014 taught me that! Also taught me a whole lot of other things definitely. But don’t despair, for Allah’s plans will always be perfect, it’s just us humans that always wants everything we planned to work out. There are a certain types of people in this world, those that rely on fate solely, those who put in effort to change their fate and those that just can’t be bothered! It’s up to you on how you define yourself. And to all you lovelies out there, thank you for the endless support, I mean I truly appreciate every single silent readers out there! Thank you! I hope all of you will have a great start for the year! Let’s strive for a better future!
Goodbye 2014! Assalamualaikum 2015!