And ALLAH is Sufficient as a Guardian
And ALLAH is Sufficient as a Helper
~ Quran 4:45


Friday, 22 May 2015

Cerpen: Tika Hati Berdetak Part 1

Lama tak update novel kan? Bukan tak nak, cuma rasa otak macam tepu sikit kebelakangan ini. too much work I guess, this job it's going to eat me up sooner or later. :( Anyways, let me present to you guys this cerpen I wrote sewaktu ada idea yang tibe-tiba terbit whilst I was on site with my contractors. Kemungkinan ada beberapa part, sebab panjang sangat. Hehs! I don't know kalau ada cerpen kat luar sana yang guna tajuk yang sama,  presenting the first ever cerpen:


TIKA HATI BERDETAK
by Miss Aiko


Qhalisha terpana! Terpana melihat gerangan yang baru sahaja melepasinya. Itukah gerangan yang disebut-sebut mereka? Jangan buat fasal Sha! Kau baru mula kerja tak sampai seminggu. Qhalisha menarik nafas dalam tatkala satu suara mengingatkan dirinya yang alpa melihat jejaka itu. Qhalisha Adryana, baru tamat pengajian, baru sahaja memulakan tugas di sebuah syarikat ternama, sudah hampir seminggu dia bertugas di situ dan sejak dia mula ditemu duga, telinganya sudah kerap benar mendengar sepotong nama yang belum lagi dia berkesempatan untuk bertemu. Rayyan Haikal! Nama itu sungguh popular, dari kakak admin sehingga klien kadangkala pekerja di jabatan lain juga tidak putus memuji jejaka itu. Terdetik juga di hati kecil Qhalisha, hebat sangat ke dia? First impression? Dia hanya kelihatan sederhana sahaja, tetapi, auranya terlalu kuat sehingga sesiapa sahaja mampu mengalihkan perhatian padanya, but sorry to say, snobbish!

“Rayyan, amacam cuti?” tanya seorang teman setugas, Hariz yang sejak seminggu lalu telah banyak membantu Qhalisha dalam menyesuaikan diri dengan keadaan di tempat baru. Ok, so itu memang Rayyan! Fine, first impression fail!

“Best, rasa tak nak balik kerja,” jawab jejaka itu sambil tersenyum. Eh, ok jer dia senyum, lalu sini tadi muka menyombong jer! Mungkin dia tak kenal aku kot!

Qhalisha pura-pura tekun menghadap laptop di hadapan mata sedangkan telinganya sedang mencuri dengar perbualan dua lelaki itu. Manalah pula bos ini? Sejak seminggu yang lalu, Qhalisha semakin meluat dengan perangai bosnya. Seringkali menghilangkan diri, padahal dia perlu memberi tunjuk ajar pada Qhalisha. Nasib baik ada Hariz, tidaklah terlalu kekok Qhalisha ingin memulakan tugas. Qhalisha melihat mejanya yang berselerakan dengan bermacam dokumen yang diberikan bosnya. Dahlah dia tak ajar aku, lepas itu ingat aku tahu apa hendak dibuat dengan sendirinya. Sorry Encik bos, saya bukan psychic! Ingin sahaja Qhalisha menuturkan kata-kata itu pada bosnya setiap kali dia diarah untuk melakukan sesuatu kerja tanpa arahan yang teliti. Qhalisha kembali tekun menghadap kerja setelah kedua-dua jejaka itu beredar keluar, dan Qhalisha tidak langsung nampak bayang jejaka itu lagi sehinggalah tamat waktu kerja.

 *********

“Babe, macam mana kerja hari ini?” tanya Sofea sambil memandang wajah tidak berperasaan yang dipamerkan Qhalisha.

“Ok, si Dol tu tinggalkan aku lagi. Nasib baik ada Hariz, dia dah macam Wikipedia aku,” selamba sahaja Qhalisha menjawab.

Sofea menggelengkan kepala mendengar gelaran yang diberi Qhalisha buat bosnya. Sofea menanti seandainya ada lagi complain yang bakal dibuat oleh temannya seperti hari-hari sebelumnya tetapi Qhalisha hanya membisu, matanya merenung kaca TV, tetapi Sofea pasti, mindanya bukan disitu. 

“Qhal, come clean! Kau tak pernah diam macam gini kalau si Dol tinggalkan kau buat kerja dia. Confirm mulut kau kalah bertih, so what actually happened?” tebak Sofea setelah beberapa minit membiarkan Qhalisha di alamnya.

“Wirdah Sofea, kau kalau tak terperanjatkan aku tak sah kan? Nasib lah aku ni tak ada sakit jantung ke, lemah semangat ke. Kalau aku pengsan malam buta ini, siapa nak tolong. Encik Tunang kau itu outstation, kereta kau pula masuk workshop,” Qhalisha sudah melalut.

“Oii makcik, engkau itu yang berangan ke mana. Melalut pulak sampai Resyam outstation semua. Kau ok ke tak ni?” tanya Sofea lagi sambil meletakkan belakang tangannya pada dahi Qhalisha. Qhalisha menolak lembut tangan Sofea.

“Aku ok kot, tapi aku rasa macam tak ok juga. Actually aku sendiri tak tahu, aku ok ke tidak,” jawab Qhalisha jujur.

“Wei, kau jangan takutkan aku Qhal? Apa aku nak jawab dengan Mummy kalau apa-apa jadi kat kau. Apa jadi kat kerja tadi? Kau ada pergi tempat keras ke? Kau jangan cakap dengan aku kau dah kena sampuk, benda-benda macam gini sumpah aku tak reti nak handle,” laju Sofea menutur kata. Tergelak besar Qhalisha mendengar.

“Budak ini, kita cakap dia boleh ketawa pulak. Qhal, I’m serious!” suara Sofea sudah naik satu decibel.

“Ya Allah Fea! Kau punya kalut buat aku tak mampu nak control tahu? Bawa bertenang sikit, aku tak cerita apa lagi, kau dah potong. Lain kali dengar sampai habis dulu, lepas itu baru kau menyampuk,” bebel Qhalisha.

“Qhal, aku risau lah! Kalau Resyam ada lain cerita, senang jer aku telefon dia if anything happens,” rungut Sofea sambil memuncungkan bibirnya.

“Alalala! Sayang jugak kau kat aku kan? Ingat tak aku ada cakap ngan kau pasal sorang mamat yang popular gila kat tempat kerja aku?” soal Qhalisha dengan serius.

“Yang mana satu? Hmm...oh got it! Mamat yang semua kawan ofis kau dok cerita itu, ala tapi aku lupalah nama dia,” rungut Sofea.

“Rayyan. Rayyan Haikal!” pendek sahaja jawapan Qhalisha.

“Yes, Rayyan! So, macam mana orang dia? Kau cakap dulu masa bos kau sebut nama dia, hati kau dah dup dap dup dap, tengok orang dia live depan mata ada macam nak pengsan tak?” teruja Sofea bertanya.

“He’s very minimalist. I was expecting a little too high, but one thing for sure, dia ada aura dia yang tersendiri. But, pada aku dia snobbish!” selamba Qhalisha mengata jejaka itu.

“Aku tak rasa dia snobbish lah, perasaan kau jer kot. Since semua orang suka cara dia kerja, I’m sure he’s a nice person, Qhal. Kau tak boleh judge orang dari luaran jer, mungkin sebab dia belum kenal kau. Did your boss do a proper introduction?”

“Si Dol itu kan hilang entah ke mana tadi, so no proper introduction. Lagipun, mamat tu pun tak masuk ofis langsung sampai habis waktu kerja.”

“Boleh gitu? Then, Hariz tak introduce korang?” tanya Sofea. Qhalisha hanya menggelengkan kepala sebagai jawapan.

“Pelik betul tempat kerja kau kan? Korang kan supposedly satu team,” sambung Sofea lagi.

“Entahlah Fea, ikutkan hati, memang aku campak surat, tapi baru seminggu apa pula kata dorang. Hariz busy, tadi dia kata dia ada hal. Lagipun dia ada banyak benda nak kena settle, sebelum dia cuti seminggu,” terang Qhalisha.

“Hariz itu pun macam sweet jer, selalu spent time ajar kau itu ini. Tak terpikat?” Sofea mula masuk jarum.

“Kau jangan main gila Fea, Hariz itu suami orang! Aku tak nak jadi cawangan dia yang nombor dua tau,”sanggah Qhalisha.

“Oh, dah kahwin eh? Ala, melepas lah kau. Dari cerita kau for the past one week, dia macam baik sangat.”

“Dia memang baik. Alhamdullilah. Dapat bos mencekik darah, nasib dia ada. Tapi among si Dol, Hariz and Rayyan, si Rayyan itu paling experience and paling lama kerja situ. So, semua selok belok tempat itu, memang mamat itu terror la,” panjang lebar Qhalisha menjelaskan.

“Baguslah, kau boleh belajar dengan dia gitu. Sedikit sebanyak kalau kau tak tahu apa-apa or if you are facing with difficulties to settle your job ada juga orang for you to refer to,” kata Sofea dengan senyuman.

“Hmmm, tengoklah. Aku ini paling malas nak tegur orang snobbish, lagipun no proper introduction semua, tak kuasa aku nak menegur dia dulu,” kata Qhalisha tegas.

“Masalah kau sekarang ini sebenarnya ego! Kau tau tak ego kau itu tahap paling maksima. Macam mana lah kau nak dapat encik bakal? Ego tak bertempat,” sengaja Sofea meluahkan kata-kata itu.

Bukannya dia tidak kenal, Qhalisha Adryana, gadis egois, mementingkan ego or ‘pride’ as she calls it dari perasaan sendiri. Kadangkala, Sofea pening sendirian memikirkan sikap teman karibnya itu. Qhalisha bukanlah sekeras mana. Dia juga seperti gadis lain, rapuh tatkala dilanda ujian, tetapi dia punya kekuatan yang berlainan. Dia mampu bangkit kembali biarpun dalam kesakitan. Melihat Qhalisha yang membisu, Sofea merasa bersalah sendiri.

“Qhal, aku minta maaf. Aku tak sengaja, I just felt that you are being too hard towards the opposite gender,” mendayu suara Sofea memujuk temannya.

“Dahlah, aku tak cakap apa pun. Well, mungkin betul apa yang kau cakap, I have to loosened up a little bit,” jawab Qhalisha dengan lemah.

*********

Pagi itu, Qhalisha bersiap seperti biasa sebelum menuju ke pejabat. Sejak semalam lagi hatinya berdegup nada yang berlainan dari biasa dan dia tidak dapat menafsirkan degupan itu. Yang pasti, rasa itu belum pernah dirasainya seumur hidup. Terdengar laungan Sofea dari tingkat bawah mematikan lamunan Qhalisha. Makcik itu kalau dah menjerit kalah Tarzan!

“Qhal, busy?” sapa satu suara dari belakang sedang Qhalisha leka menyiapkan dokumen yang diminta Encik Dol. Memang harus dia diberi nama itu.

“Eh, Hariz. Sorry tak perasan, leka sangat buat kerja tadi,” jawab Qhalisha sambil tersenyum manis.

“Errm, kau tahu kan minggu hadapan aku cuti?” tanya Hariz.

“Yup, seminggu kan?” tanya Qhalisha meminta kepastian.

“Itulah, sebenarnya aku macam kesian nak tinggalkan kau. I mean, don’t get me wrong, kau baru then lacking of guidance, aku tak nak kau lost pula,” terang Hariz.

“Well, nak buat macam mana? Dah perangai bos kita macam itu kan, so redha jerlah,” seloroh Qhalisha.

“Actually, kalau kau tak sure pasal apa pun, boleh tanya Rayyan, dia memang expert pasal semua ini. Kau dah jumpa dia?” tanya Hariz.

“Dah, dah pernah nampak dalam ofis lah. Tapi, bos belum officially introduce lagi,” jawab Qhalisha jujur.

“La, apasal tak bilang aku awal-awal? Boleh jer kau senyap, kita kan satu team,” Hariz sudah mula membebel.

“Malas nak susahkan kau. Besides, itu kan sepatutnya kerja bos, biarlah dia handle,” jawab Qhalisha selamba.

“Mengada! Dah, kau tunggu sini, nanti aku panggil kau bila aku dah cakap dengan dia. Since dia ada kat ofis ni Senang sikit, dia busy selalu jumpa klien, itu yang susah nak nampak batang hidung dia kat ofis,” dengan selamba Hariz berseloroh.

“Bro, busy ke?” tanya Hariz sambil menepuk perlahan belakang tubuh Rayyan.

“Bolehlah. Nak kata tak busy pun tak boleh, nak cakap busy, memang kerja ini tak akan habis. Apahal?” tanya Rayyan tanpa mengalihkan pandangan dari skrin laptop.

“Kau tak perasan ke ada bertambah seorang lagi perempuan dalam ofis kita ini? Kau tak payah nak buat tak tahu sangat, kita semua memang tahu akan ada orang baru yang masuk kan? Jangan nak buat perangai kura-kura dalam perahu, buat-buat tak tahu,” usikan Hariz dapat Qhalisha dengar dari mejanya, terdengar juga tawa dari jejaka di sana. Qhalisha hanya tersenyum sendirian.

“Kau ni kan Hariz, jangan nak merapu boleh tak? Sakit perut aku ketawa tau,” ujar Rayyan dengan tawa yang masih bersisa.

“Qhal!” panggil Hariz sambil menggamit Qhalisha untuk mendekati meja Rayyan. Control Sha, control! Eh, cik hati, tolong stop berdebar boleh tak? Qhalisha menarik nafas panjang sebelum mengatur langkah menuju ke arah Hariz. Qhalisha hanya melemparkan sekuntum senyuman sebaik sahaja dia tiba di meja kerja lelaki bernama Rayyan Haikal. Serta merta lelaki itu mempamerkan wajah ketat.

“Rayyan, this is Qhalisha. But she prefers people to call her Qhal. Qhal, ini Rayyan Haikal  yang famous itu,” ujar Hariz dalam jenaka.

Qhalisha hanya menundukkan sedikit kepalanya tanda hormat, Rayyan pula hanya melemparkan senyuman yang entahkan ikhlas entahkan tidak. Sha, sejak bila kau belajar buruk sangka dengan orang ini? Tak baik macam tu.

“So, Qhal, kalau kau tak tahu apa-apa or you know kena tinggal dengan bos bila aku cuti nanti, kau boleh jer tanya Rayyan. Dia memang expert kat sini,” sambung Hariz lagi sambil menepuk-nepuk bahu Rayyan.

“Ok,” hanya itu sahaja yang mampu Qhalisha jawab sebelum berlalu menuju ke meja kerjanya.

*********

“Babe, nak keluar tak?” tanya Qhalisha pada Sofea yang sedang berlingkar di atas katil.

“Qhal, kau sihat ke tidak ini? Tak pernah-pernah kau ajak aku keluar hujung minggu macam ini. Almaklumlah, orang itu kan kata malas nak bersesak-sesak, allergic to crowded places….”

“Kau nak keluar ke tak?” Qhalisha memotong bicara Sofea. Makcik itu kalau sudah membebel, memang sampai esok tak habis.

“Mestilah nak! Hisy, peluang baik ini kalau kau yang ajak keluar, biasanya kalau nak tunggu Cik Qhalisha Adryana ajak keluar, sampai kucing bertanduk pun memang tak akan terjadi,” kata Sofea sambil tertawa. Qhalisha pula sudah berlalu menuju ke kamarnya untuk bersiap.

Sudah berkali-kali Sofea memusing tempat letak kereta, langsung tidak nampak satu lot kosong pun. Mata Qhalisha pula melingas memerhati jikalau ada kereta yang keluar. Hujung minggu memang begini, tetapi entah kenapa, Qhalisha ingin sangat keluar, biasanya dia lebih senang berehat di rumah sambil menonton televisyen atau membaca novel. Akhirnya, setelah hampir setengah jam menanti barulah mereka mendapat satu lot di dalam pusat membeli belah itu. Mereka menuju ke sebuah restoran kerana Sofea sudah merengek kelaparan. Haih, tak faham betul dengan minah seorang itu, badan keding, tapi kalau makan tak ingat dunia!

“Babe, apahal kau tiba-tiba jer ajak keluar? Selalu kalau aku ajak kau keluar during weekends, banyak betul alasan kau,” tanya Sofea sambil menghirup airnya.

“Saja! Lagipun aku tak naklah kau meroyan duduk rumah. Kan Resyam outstation dua minggu, ini pulak dah second weekend kau terperap kau kat rumah, aku tak naklah kau gila meroyan kat rumah,” dalih Qhalisha sambil mengenakan Sofea.

“Kurang asam betul! Sampai hati kau cakap aku gitu, nak merajuk lima minit,” Sofea sudah membentuk mulut.

“Merajuk lah Cik Sofea! Nak merajuk pastu lima minit jer. Boleh jalan dah!” usik Qhalisha lagi.

“Hisy, kau ni kayu lah Qhal! Macam mana lelaki nak dekat,” rungut Sofea lagi.

 “Ada aku kisah?” selamba sahaja jawapan Qhalisha.

“Kau jangan babe! Kau itu dahlah anak tunggal. Menangis Mummy nanti, tak merasa nak dapat menantu,” semakin galak Sofea menggiat.

“Eleh, kalau dapat menantu tak apa lah juga. Kalau dapat menantu hantu, tak ke haru,” Qhalisha masih lagi selamba menuturkan kata.

“Kau ini Qhal, aku serious lah! Kau ini straight ke tidak?” tanya Sofea dengan suara yang kuat. Beberapa orang di sekeliling mereka mula memandang ke arah mereka.

“Hisy, kau ini Fea! Kalau cakap tak toleh kiri kanan. Kau ingat ini rumah ke yang kau boleh jerit sesuka hati. Dah itu tanya pula soalan tak censored,” tegur Qhalisha.

“Dah kau itu macam kayu dengan lelaki. Sebab itu aku tanya, manalah tahu ada yang perlu aku betulkan dalam kepala kau yang ting tong itu,” seloroh Sofea selamba.

“Kau jangan nak mengada! Nabi tak mengaku umat tau. Kau cakap macam aku tak tahu halal haram,” tegas Qhalisha.

“Dah itu, apa masalah kau? Tak boleh lupa cinta pertama, ke kau frust menonggeng sampai kau kebal dengan semua lelaki?” bertubi-tubi soalan yang Sofea ajukan.

“Tak ada kena mengena pun. Mungkin aku belum bersedia, I mean mentally maybe aku tak ready for all this. Aku tak sanggup dikecewakan, aku tak sanggup nak commit, aku tak sanggup kalau dia tinggalkan aku after making promises, aku takut when I’m in a relationship aku tak mampu nak kawal emosi aku. Sedangkan aku single ini pun emosi aku selalu tak stabil, inikan pula bila aku in a relationship,” panjang lebar jawapan yang diberi Qhalisha. Ternganga sebentar Sofea.

“Babe, aku nak kata kau gila, tak boleh! Tapi, cara kau cakap macam ada tekanan mental, atau kau sendiri yang caused this to yourself. Kau gila ke fikir sampai jauh gitu? I mean, belum apa-apa lagi kau dah fikir pasal kena dump, aku rasa itulah perkara paling gila aku pernah dengar dari kau,” laju Sofea menutur kata. Mungkin masih lagi tidak percaya dengan kenyataan yang dikeluarkan Qhalisha sebentar tadi.

“Aku bukan mental, I’m taking precautions ok?” tegas Qhalisha.

“Banyak kau punya precautions! Itu dah boleh panggil paranoid!” sengaja Sofea menekan keras perkataan akhir itu.

“Kau tak faham Fea, kau tak akan faham! Benda ini tak boleh dipaksa!” tekan Qhalisha. Wajahnya juga sudah berubah riak. Sofea hanya mendiamkan diri. Jangan disiram minyak pada api yang membara. Padah nanti!

“Fine, I’m not going to say a thing at all. Aku yakin and percaya kau dah cukup bijak untuk menilaikan, yang baik dan yang buruk. Cuma aku harap, spare some thoughts untuk parents kau,” akhirnya Sofea mengalah. Tanpa disedari, kata-kata Sofea sedikit sebanyak mengocak ketenteraman hati Qhalisha.

*********

Qhalisha menggosok matanya berkali-kali, rasa tidak selesa cuba ditahankan mungkin berpunca dari terlalu lama menatap skrin computer. Entah apa silapnya hari ini, serba serbi tidak kena. Rasa ingin menangis di situ, tetapi ego mengatasi segalanya. Dia sudah sematkan dalam diri, jangan pernah menitiskan airmata di hadapan orang ramai. Jika ada yang dapat melihat dia menangis, pastinya orang itu antara yang dipercayai oleh Qhalisha. Telefon bimbit di sisi meja berbunyi. Pantas Qhalisha menjawab tanpa melihat dahulu gerangan di sana. Waktu kerja, sudah semestinya ada dia antara kontraktor yang perlu Qhalisha temui memandangkan Hariz sudah mula bercuti.

“Hello,” sapa Qhalisha di hujung talian.

“Waalaikumsalam,” sapa satu suara sinis.

“Assalamualaikum, mummy,” jawab Qhalisha dalam serba salah. Padan muka tak nak tengok siapa yang call? Kan dah kantoi! Salam yang dihulur Qhalisha disambut oleh Puan Qhaleeda di hujung talian. Qhalisha menoleh sekeliling pejabat, hanya si snobbish sahaja di situ memandangkan sedang waktu makan tengah hari.

“Amboi, anak dara! Elok sangat angkat telefon tak beri salam,” bermula sudah leteran Puan Qhaleeda.

“Sorry lah mummy, Sha ingat kontraktor yang call tadi,” Qhalisha memberi alasan. Nama ganti diri juga diubah, Qhalisha lebih selesa dipanggil Qhal oleh teman-teman, tetapi di kalangan ahli keluarga, dia lebih dikenali sebagai Sha.

“Kalau kontraktor call pun tak boleh beri salam ke Sha?” Puan Qhaleeda masih lagi belum ingin mengakhiri hal itu.

“Mummy, sudahlah. Sha salah, sorry!” Qhalisha mengalah. Iya, jika dengan Puan Qhaleeda, mudah sahaja dia mengalah.

“Mummy dengan Abah sihat? Sorrylah, Sha sibuk sangat tak sempat nak call mummy, balik kerja pula Sha dah exhausted sangat,” sambung Qhalisha lagi. Kali ini dengan nada bersalah. Sudah agak lama juga dia tidak menghubungi kedua ibu bapanya, padahal itu tanggungjawabnya sebagai satu-satunya anak mereka.

“Alhamdullilah, sihat. Abah biasalah sibuk dengan aktivit dekat sekolah, mummy pula sunyi jer dekat rumah,” sengaja Puan Qhaleeda menjawab sayu. Sengaja ingin menguji anak tunggalnya.

Puan Qhaleeda memang terasa sunyi sejak Qhalisha mula membuat praktikal di KL, kemudian ditawarkan kerja di sana, semakin sunyi terasa. Dahulu, dia seorang jururawat, tetapi setelah dikurniakan Qhalisha dia mengambil keputusan untuk berhenti dan menumpukan sepenuh perhatian pada Qhalisha. Suaminya pula merupakan seorang pengetua sekolah.

“Cakap dengan Guru Besar Amar, sudah-sudahlah itu. Temankan Puan Qhaleeda di rumah. Iyalah, anak kesayangan kan jauh. Inilah masanya nak beromantika,” usik Qhalisha.

“Hisy, merepek betul anak dara seorang ini. Bila Sha nak balik? Dah nak tiga bulan satu minggu dah tak balik rumah,” tanya Puan Qhaleeda.

“Amboi mummy, precise betul mummy kira Sha tak balik. Bukan Sha tak nak balik, tapi Sha sibuk. Lagipun Sha belum ada cuti, tak syoklah balik macam minta api,” terang Qhalisha sambil jari jemarinya ligat menekan papan kunci di computer. Multi-tasking!

“Iyalah, mummy faham, tapi call lah mummy bila free. Mummy risau sayang, Sha senyap jer. Sakit ke, pening ke, mummy risau tau,” Puan Qhaleeda meluahkan resah di hati.

“Iya mummy. Tapi, mummy jangan risaulah. Sha ok jer at sini. Tu hah, Fea ada, pandailah Sha jaga diri,” bersungguh-sungguh Qhalisha menyakinkan Puan Qhaleeda.

“Hah, cakap pasal Fea, apa khabar dia? Rindu pula mummy dengan dia,” ujar Puan Qhaleeda.

“Alhamdullilah, dia sihat. Apa tak sihatnya, sejak dia dah ada tunang ini, makin manja,” tertawa kecil Qhalisha menceritakan tentang rakan karibnya yang memang dikenali oleh Puan Qhaleeda.

“Eloklah gitu. Haih, Fea dnegan Sha beza umur setahun jer, dia dah tunang, Sha bila lagi?” sengaja Puan Qhaleeda bertanya. Anaknya itu terlalu kebal dengan lelaki. Alasan diberi, ingin menumpukan perhatian pada kerjaya, apatah lagi ia mendapat sokongan jitu dari suaminya.

“Mummy, let’s not discuss about this alright? Sha muda lagi lah,” jawab Qhalisha malas. Memang dia malas jika Puan Qhaleeda melontarkan soalan seperti itu.

“Sha dah masuk 25 tahun tau, muda apalagi? Mummy dulu kahwin dengan abah umur 21 tahun. Lagi muda,” bantah Puan Qhaleeda.

“Mummy, Sha baru mula kerja. Baru nak bernafas, kasilah can, lagipun bukannya Sha boleh beli calon menantu mummy dekat pasar tau,” seloroh Qhalisha.

“Sha inikan, kalau mummy cakap tak pernah serius tau. Ini, mummy nak beritahu, Aifa nak nikah lagi 3 bulan,” Puan Qhaleeda menyampaikan berita tentang salah seorang sepupu Qhalisha.

“Aifa? Aifa nak nikah? Mummy biar betul,” serta merta Qhalisha berhenti dari menaip laporan. Terkejut sangat!

“Betullah, takkan mummy nak tipu pula?”

“Tapi kan Aifa anak bongsu muda lagi dari Sha, kakak dengan abang dia pun semua belum kahwin,” kata Qhalisha lagi.

“Dah jodoh dia Sha. Mummy harap Sha dapat hadir, awak itu pun sejak final semester kelmarin, memang dah lama tak jumpa saudara mara kan? Kenduri semua escape, kali ini no more! Lagipun dia nikah hujung minggu, jadi Qhalisha Adryana diharuskan balik!” tegas Puan Qhaleeda dalam talian. Nah, kalau Puan Qhaleeda sudah memanggil Qhalisha dengan nama penuh, itu ertinya dia tidak bercanda.

“In Sya Allah mummy. Sha dah kena letak telefon ini. Waktu rehat dah nak habis, nanti Sha call mummy balik ok? Mummy dengan abah jaga diri tau. Kirim salam peluk cium untuk abah. Jangan lupa makan ubat. Sayang mummy!” sempat Qhalisha menitip pesan sebelum mengakhiri perbualan.

“Iyalah sayang. Sha pun jaga diri, jangan lupa solat, ingat apa pun jadi DIA tempat sebaik-baiknya kita mengadu,” pesan Puan Qhaleeda sebak sebelum mematitkan talian.

Qhalisha menarik nafas dalam, cuba menghilangakn sebak yang mula bermukim di dada. Dia melihat sekeliling pejabat yang mula riuh apabila kebanyakan staff sudah pulang dari waktu rehat. Saat Qhalisha mengalihkan pandangan, matanya bertembung dengan si snobbish yang kebetulan sedang merenung ke arahnya juga. Pantas Qhalisha melarikan anak mata, jantungnya berdegup pantas. Panahan mata itu sangat tajam membuatkan hatinya berdetak irama yang tidak dia ketahui.

*********

Arahan dari Encik Dol aka bos membuat Qhalisha hampir terduduk. Betul-betul merosakkan mood Qhalisha untuk memulakan harinya dengan ceria. Apa punya bos, beri arahan last minute, suruh pergi meeting last minute. Dia ingat orang tak ada work plan ke? Qhalisha cuba menenangkan dirinya. Pantas dia beristighfar. Fine, pukul 10 kena ikut pergi untuk salah satu projek yang dikendalikan si snobbish. Apa yang Qhalisha tahu, projek itu sudah di penghujung dan mereka bakal menyerahkan pada klien. Jadi, Encik Dol menyuruh Qhalisha untuk turut serta agar dia dapat belajar. Qhalisha tidak kisah untuk belajar, tetapi, why so last minute?! Apa tidak dia ketahui itu adalah permulaan antara seorang Qhalisha dengan si dia. 

“Qhal, let’s go,” sapa Encik Dol menghentikan segala tugas yang sedang Qhalisha lakukan. Qhalisha pantas mengemas mejanya ala kadar sebelum mengikut langkah Encik Dol.

“Mana Rayyan? Dia dah masuk kerja?” tanya Encik Dol sewaktu mereka dalam perjalanan ke bilik mesyuarat.

“Errm, tak nampak pun,” pendek sahaja jawapan Qhalisha. Dia sudah hilang mood.

“Ok, tak apa. Hopefully, he makes it on time for this meeting,” jawab Encik Dol. Serentak itu, kelibat si snobbish kelihatan sedang menuju ke arah mereka. Pantas mereka sama-sama masuk ke dalam bilik mesyuarat. Sengaja Qhalisha memilih untuk duduk bersebelahan Encik Dol. Hatinya sudah berdegup kencang, janganlah wajahnya memerah.

“Qhal, awak boleh ikut Rayyan selepas ini. Saya ada hal sedikit lepas ini, just follow him as he will be doing the final inspection try and learn from him,” itulah ayat Encik Dol sebaik sahaja mesyuarat selesai. Qhalisha rasa seperti ingin menjerit sahaja di muka Encik Dol.

“Errm, okayyy….” sengaja Qhalisha meleretkan kata-katanya dan saat itu kelihatan Rayyan sudah mula beredar dari bilik mensyuarat dan pantas Qhalisha mengekori langkah jejaka itu.

Sepanjang perjalanan itu Qhalisha lebih banyak mendiamkan diri. Lagipun mereka pergi berkumpulan, dan Rayyan pula sibuk berbual dengan klien dan kontraktor. Dan Qhalisha, si gadis yang tidak mengetahui hujung pangkal projek itu hanya diam seribu bahasa.

“So, how far have you learned here?” tiba-tiba satu suara bertanya. Qhalisha memandang sekeliling, hanya tinggal dia dan si snobbish. Eh, mana yang lain pergi?

“Errm, bad,” sedaya upaya Qhalisha cuba menjawab selamba. Qhalisha memang seorang yang jujur, kalau tidak suka dia akan katakan, kalau suka juga begitu.

“That’s too truthful,” jawab Rayyan sambil tertawa kecil. Ok, first time tengok dia ketawa live. Berdegup seketika hati Qhalisha.

“Well, let’s be frank here. How often do you see boss in the office guiding me for the past two weeks? Thank goodness that Hariz was around for the past weeks, but now he’s on leave, I’m starting to feel the pressure,” jawab Qhalisha semakin selesa untuk berbicara walaupun setiap kali bertembung mata dengan dia, hatinya mula berdetak dengan luar biasa.

“Well, aku tak nak aibkan orang, but sooner or later kau akan tahu dan lebih faham dengan perangai dia,” ujar Rayyan sambil membuat pemerhatian pada baik pulih yang sedang dijalankan.

“But one thing, try to learn as much as you can here. Tak tahu apa-apa boleh tanya aku atau Hariz, kalau kau diam jer pun susah, tak ada orang boleh tolong kau and kerja kau nanti tertangguh,” tulus Rayyan memberi nasihat lalu memandang tepat anak mata Qhalisha. Kali ini, rasanya jantung Qhalisha hampir terlompat keluar.
*********
 
Hope you guys like it. Sya panggil cerpen light bulb! Sebab idea datang tanpa diundang. Leave your comments below, I want to know your views on it. In Sya Allah, I'll upload the next part soon. In the mean time, take care lovelies.  
 


Tuesday, 5 May 2015

Goodbye

Honestly, I hate saying goodbye! Teramat tak suka! That was why I never said Hi! Ini bukan rekaan atau ciptaan, but memang for real, I never try to say hi atau get to know someone, because I'm afraid of them leaving.

Dalam masa kurang dua minggu, I had to say goodbye to 3 people in my office. Like I said, I don't handle goodbye in a good way. In fact I'm terrible at it.

25 April 2015, the intern girl left. Kita panggil dia Ms J la ok. Ms J ini sebenarnya junior Sya time diploma. Tak berapa rapat lah waktu itu, well, in school there are cliques even in class, so memang tak pernah bercakap langsung to each other. Dan nak dijadikan cerita, she was posted to our site for her internship. That was when, I got to know her. It was only for 3 months Ms J was here. Tapi, kita rapat gila lah. Mungkin sebab kekurangan kaum Hawa dalam office ini, atau mungkin juga kami berfikir dalam level yang sama. Almaklumlah, sebaya, kaum Hawa kat sini, jarak umur dengan Sya macam mak and anak. Hehs! Jadi, masa dia habis intern, dia yang kesukaan nak tinggalkan site yang sememangnya stress ini, Sya yang nangis. Nasib tak banjir! ;)

5 May 2015, merupakan hari terakhir for 2 of my closest colleagues. Mr & Mrs M. Dorang ini husband and wife, bekerja satu company and satu office. How cute is that? Ok, Mr M was actually my Assistant Project Manager. So, we are actually in the same team. Honestly, I can say he's like a mentor to me. Tak lokek share knowledge, experience and always so supportive. Mr M, memang sabar, in fact he knows how to handle me very well. Maksud handle itu jangan disalahertikan. Sya ini selalunya kalut tak bertempat, but he knows how to help me overcome it and always ensure that things will be fine. Macam dia selalu kata, "It's ok to make mistake. You learn more when you make mistake."

Memang ada kesilapan sana sini yang Sya lakukan, and he never fail to back me up. Every single time. He is like a father at workplace. Umur pun dah nak sebaya Daddy. His wife, Mrs M, pun baik sangat. They treat me like their daughter. Mr M and I always goes on-site together, sebab Mr M selalu suruh Sya assist project dia, so I get to learn more walaupun tak berpengalaman.

Well, hidup ini kalau tak ada yang iri hati memang tak sah kan? So, adalah yang cuba cucuk-cucuk Mrs M, cakap tak takut ke biar kita berdua selalu on-site sama-sama. That was when she answered, "But she is our first daughter." Comel kan? Legalah bila dengar Mrs M kata macam gitu. Long story short, hari ini merupakan hari terakhir mereka di sini. Frankly, I didn't want them to go, especially Mr M! I believe there is a whole lot more for me to learn from him. My Project Manager, haish, tak payah cerita, dia ada atau tak ada, no difference. Sya selalunya akan rujuk balik to Mr M for things that I am uncertain of.

Me being me, dari semalam dah psycho diri, jangan nangis! So, bila pass hadiah kat Mr M, I decided to thank him and all, but he cut me short because he knew I will get emotional and cry, and mungkin dia pun tak nak nangis. But, rasa sebak itu tak boleh hindar bila Mrs M datang and peluk Sya and whispered, "Take care my little girl! Take care of yourself, start eating. You will do fine."

Wallahi, tertanya seketika, mengapa perlu perpisahan ini dan airmata terus mengalir tanpa dipinta. Ok, tulis ini pun rasa nak nangis lagi. Tak, mata dah bergenang dah sebenarnya. But apapun, I wish all of them only the best. Sya percaya setiap perpisahan, pasti akan ada pertemuan lagi. In Sya Allah.

They say SORRY is the hardest word to say, but for me GOODBYE are worst! An emotional 2 weeks for me, Almighty Lord, brace my heart!