And ALLAH is Sufficient as a Guardian
And ALLAH is Sufficient as a Helper
~ Quran 4:45


Monday, 22 June 2015

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan

Salam Ramadhan! Ter-neglect blog and tak sempat update. Macam mana dengan puasa korang? Jangan bangun pagi bukak periuk ok? Hehs. Anyways, kesibukan yang melanda membuat aku kurang menulis dekat sini. Wallahi, sejak aku berhijrah ini, dugaan datang bertimpa-timpa sehingga aku sendiri adakalanya terperanjat dengan diri sendiri, yang aku mampu untuk menanggung segala dugaan ini. Janji Allah itu pasti kan?
 
"Allah does not burden a soul beyond that it can bear" ~ Surah Al Baqarah : Verse 286  
 
Aku diuji dengan hebat sebelum Ramadhan. Iya, hal kerja! Malas aku nak cerita dah, tapi cukup aku katakan, ia sangat menyakitkan aku, emotionally. Alhamdullilah, Allah menduga aku bukan dengan keluarga, sahabat ataupun yang seangkatan dengannya, dan aku bersyukur hanya diduga dalam pekerjaanku. Bukan mudah ingin bertatih dalam kerjaya yang di dominasi oleh kaum Adam ini, bukan mudah untuk aku menyaingi mereka, bukan mudah untuk aku buktikan aku juga mampu!
 
Aku pulang ke rumah, rebah dalam dakapan Mummy, mengadu domba dengan juraian airmata. Rasa bersalah selepas itu saat melihat Mummy yang mula kesedihan melihat keadaan aku sehingga dia mencadangkan agar aku meletak jawatan sahaja dan mencari kerja lain sebab dia tak sanggup melihat aku berkeadaan seperti itu.
 
Berada di dalam industry ini mengajar aku banyak perkara. Yang utama, jangan cepat patah semangat!
If you fail the first time, pick yourself up and ensure you will succeed the next time!
Bekerja dengan hampir kesemuanya lelaki ini, membuat aku lebih terdedah dengan character mereka. Satu character yang sangat annoying bagi aku adalah EGO! And hampir 99% dari mereka ada sifat ini! Ok, dah nak stop cerita pasal kerja! Dah tersasar dari topik!
 
Ramadhan tahun ini lebih bermakna buat aku, terutama sekali dengan penghijrahan ini. Banyak mengubah aku untuk menjadi lebih sabar, lebih menjaga tingkah dengan imej yang dibawa. Walaupun banyak kerja, I try not to make an excuse for terawih and all. Iyalah, setahun sekali jer, takkan aku nak lepaskan peluang ini hanya untuk  hal duniawi. Kan? Aku harap dapat lah aku top-up amal ibadah yang tak cukup ini. Semoga Ramadhan kali ini memberi aku seribu makna dan pengertian. Juga untuk korang ok?
 
Harap dapat lebih kerap menulis lagi, sebab aku benar-benar rindu menulis.
 
xoxo