And ALLAH is Sufficient as a Guardian
And ALLAH is Sufficient as a Helper
~ Quran 4:45


Thursday, 9 July 2015

Cerpen: Tika Hati Berdetak Part 2

Ok uolls, sambungan cerpen Sha. Enjoy reading Part 2 ok. Ingatkan nak habiskan dua part jer, tapi, tak sangka pulak idea terkeluar mencurah-curah. Harap korang suka. Hopefully cerpen ini ends at part 3! Nantikan sambungan dia ok? Kalau belum baca Part 1 Click here!
 

TIKA HATI BERDETAK PART 2
by Miss Aiko
 
Diam tak diam sudah hampir tiga bulan Qhalisha bekerja di situ. Walaupun masih lagi mempelajari selok belok di situ, dia tetap gagahkan diri. Qhalisha Adryana tidak pernah mengalah sebelum berjuang! Hubungan dengan si snobbish…eh salah Rayyan juga semakin baik. Ok, fine, dia tak seteruk first impression yang diberi.

Qhalisha merenung fail di meja. Tugasan yang lebih berat kali ini dari Encik Dol. Apalah nasib dapat bos macam ini? Sebuah keluhan muntah dari mulutnya, teringat terus pesanan abah, jangan mengeluh, Allah tidak suka. Pantas Qhalisha beristighfar. Rindu pada mummy dan abah tidak terbendung, tetapi apakan daya, dia tidak dapat pulang dalam masa terdekat ini. Kebetulan hujung minggu ini juga dia perlu kerja semalaman untuk mengawasi satu projek yang sedang berlangsung.

“Qhal, termenung panjang nampak! Apa hal?” sapa Hariz dari belakang. Terperanjat Qhalisha dibuatnya, nasib baik gadis itu bukan jenis yang melatah.

“Hariz, buat terperanjat orang jer. Ini haa, tengah fikiran pasal ini,” lemah sahaja jawapan yang diberikan Qhalisha sambil memuncungkan pada fail yang baru diterima oleh bos. Hariz mencapai fail itu dan membacanya sekali lalu.

“Dia suruh kau buat ini? With only 3 pages of information, kau biar betul Qhal!” ujar Hariz dengan nada yang agak terkejut.

“Yup, dia siap kasi deadline. Dua minggu dari sekarang,” adu Qhalisha lagi.

“Tapi kau tahu tak macam mana nak start?” tanya Hariz sambil menarik kerusi untuk duduk bersebelahan Qhalisha.

“I was thinking, can I use the previous project related to this and move from there?” tanya Qhalisha sambil menjongket sebelah kening.

“Of course! Nasib baik otak kau geliga kan? Kau try to get from the CD yang aku pernah beri kau, then hopefully you can get some input from there,” kata Hariz sambil tersenyum.

Lega seketika hati Qhalisha. Sekurang-kurangnya dia dapat mulakan kerja yang ditugaskan. Qhalisha memang pantang jika melengah-lengahkan kerja, sekiranya dia mampu untuk meyelesaikannya pada hari tersebut, dia akan sedaya upaya menghabiskan semuanya segera. Kerana itu juga dia kerap membawa pulang kerja yang dia ingin segera selesaikan ke rumah hingga telinganya hampir tersumbat mendengar leteran Sofea.

Seharian suntuk di kerja Qhalisha cuba untuk menyelesaikan tugasnya. Memang mencabar, nasib baik ada Encik Google membantu. Dia mengerling pada jam di sisi komputer, sudah hampir 5 petang. Setengah jam lagi waktu kerjanya berakhir. Walaupun banyak kerja, Qhalisha sedaya upaya cuba untuk pulang tepat pada waktunya memandangkan jarak antara tempat kerja dan rumahnya agak jauh. Saat dia mendongak, terpandang Rayyan yang sejak tadi tidak masuk pejabat, menguruskan projeknya. Saat itu jugalah lah Cik Hati memainkan peranan. Pantas Qhalisha cuba menepis perasaan itu jauh-jauh.

“Aku dengar kau kena stayback eh weekend ini?” tanya Rayyan sambil memusingkan kerusi menghadap Qhalisha.

“Yup! Kontraktor kena buat kerja malam, itu yang kena stay,” jawab Qhalisha sambil menulis reminder pada sticky note yang diletakkan di atas meja.

“Hati-hati tau,” sengaja Rayyan meleretkan suaranya.

“Kenapa?” Qhalisha membuat muka pelik.

“Tak pernah dengar cerita ke?” tanyanya lagi. Qhalisha hanya menjongketkan bahu. Bukanya Qhalisha tidak pernah terdengar cerita-cerita mistik dari rakan sekerja yang lain, tetapi dah memang Qhalisha jenis yang penakut jadi lebih baik dia tidak tahu.

“Tak nak tahu ke?” sengaja Rayyan bertanya lagi padahal dia sudah nampak muka cuak yang dipamerkan Qhalisha.

“Tak perlu kot,” jawab Qhalisha ringkas sambil mula mengemas segala dokumen yang bertaburan di atas mejanya.

“Ala, dengarlah! Cerita best punya,” desak Rayyan lagi.

“Hisy, tak naklah!” sekali lagi Qhalisha menolak.

“Tak kira nak cerita jugak! Ok, kau tahu Eric kan, satu hari itu dia datang awal then dia Skype la dengan girlfriend dia yang tengah belajar nun dekat Aussie, tetiba girlfriend dia tegur siapa dekat belakang, tapi Eric tahu dah tentu dia seorang sahaja di situ. Girlfriend pula siap bagi description, ada lelaki pakai baju stripe tengah simpan barang dalam cabinet belakang,” bersungguh-sungguh Rayyan bercerita. Meremang bulu roma Qhalisha, terasa seram sejuk pula secara tiba-tiba.

“Eiii, Rayyan, jangan cerita lagi! Lagi banyak aku tahu, confirm aku tak stay this weekend,” seloroh Qhalisha sambil mengangkat beg tangan di sisinya. Setelah berpamitan pantas dia melangkah tanpa menoleh lagi.

*********

Hujung minggu itu, Qhalisha sudah bersiap sedia untuk kerja lebih masa. Memandangkan dia harus kerja sehingga keesokan harinya, dia hanya perlu lapor kerja pada pukul 4 petang nanti. Qhalisha sedang mendengar pesanan demi pesanan yang dititipkan oleh Sofea padanya. Berkicau mulut makcik itu apabila Qhalisha memberitahu dia terpaksa kerja lebih masa pada malam hari.

“Dahlah itu Fea, kau membebel kalah mummy tau! Jangan risau lah, In Sya Allah aku ok. Doakan yang baik-baik jer untuk aku,” pinta Qhalisha setelah hampir setengah jam Sofea membebel di dalam biliknya.

“Hisy, kau ini, selalu ambil sambil lewa bila orang nasihatkan. Cuba dengar kalau orang tua cakap, macam manalah mummy itu tak risau. Ini kau dah inform mummy ke belum?” tanya Sofea.

“Dah, aku call dia semalam inform. Kena marah sekejap, sebab dia kata ini semua usually dah pre plan and aku sengaja lengahkan nak beritahu dia. Bukanlah aku sengaja beritahu dia last minute, but I know her capabilities, tahu-tahu jer nanti dia dah sampai depan rumah. Aku tak naklah sampai macam gitu,” panjang lebar Qhalisha menerangkan.

“Apa salahnya mummy dengan abah datang? Ada juga aku teman nak ajak borak, taklah bosan sangat. Kau itu sejak dah kerja ini pun nak ajak keluar dinner pun susah sangat. Kerja dahlah alternate weekend, kalau cuti kau memerap jer kat rumah,” rungut Sofea.

“Ala, Encik Tunang kau kan dah balik! Kau macam tak kenal aku, malaslah nak keluar. Hari cuti untuk rehat, bukannya sesakkan diri dekat mall,” jawab Qhalisha.

“Kalau cakap dengan kau ini memang tak akan menang, every single time aku kalah. Kau kan penghujah terbaik. Aku rasa kau ini dah salah bidang lah, patutnya kau jadi lawyer,” Sofea mula merapu.

“Merepek lah kau ini! Hah, malam ini aku tak balik jangan pula kau bawa balik Resyam,” saja Qhalisha mengusik Sofea. Dia sudah kenal dengan keperibadian Sofea dan dia percaya Sofea tidak akan melakukan perkara terkutuk itu.

“Ala, baru ingat nak ajak dia balik,” sengaja Sofea bersuara gedik memanjangkan usikan Qhalisha.

“Kau berani buat! Aku report kat ummi dengan abi, tak payah tunggu lagi enam bulan. Esok jugak kau nikah,” jawab Qhalisha masih lagi dalam nada mengusik.

“Ala senang saja nak nikah esok, kena tangkap basah. Sure esok nikah,” seloroh Sofea.

“Kau jangan Fea, control sikit! Aku tahu kau dah tak sabar nak kahwin, tapi jangan gelojoh sangat. Kesian ummi tungkus lumus tengah prepare untuk majlis kau, jangan hampakan dia,” tulus Qhalisha menasihati.

“Iya makcik! Jangan risau, aku tak akan hampakan parents aku. Walaupun aku ini degil sedikit berbanding siblings aku, aku tetap try my best untuk jaga hati mereka,” jawab Sofea sambil mempamerkan barisan giginya.

“Hah, aku tengah baik hati ini. Nanti aku hantar kau pergi kerja, kita pergi late lunch dulu ok?” kata Sofea sambil bangun untuk keluar dari kamar Qhalisha..

“Kaulah kawan aku dunia akhirat Fea! Thanks,” tulus Qhalisha menutur kata.

“Kau tak cakap pun aku tahu,” jawab Sofea sambil ketawa terbahak-bahak. Qhalisha hanya menggelengkan kepala melihat gelagat Sofea.

*********

Sewaktu Sofea memandu menuju ke pejabatnya, hati Qhalisha mula diserang resah. Sofea yang sedang beceloteh juga tidak dia hiraukan. Tidak pernah dia rasakan perasaan seperti itu. Berkali-kali Qhalisha menarik nafas dalam sambil beristighfar.

Saat Sofea membelok masuk di simpang menuju ke pejabatnya, Qhalisha ternampak sebuah kereta yang kebetulan ingin keluar dari kawasan tersebut. Tajam sahaja mata Qhalisha menangkap gerangan di dalam kenderaan itu. Rayyan! Dan degupan hatinya semakin kencang biarpun lelaki itu tidak perasan akan kehadirannya. Degupan yang teramat luar biasa, lebih kencang dari degupan sewaktu dia menanti keputusan akhir pengajiannya!

“Babe are you ok?” tanya Sofea sebaik sahaja dia memberhentikan kereta di hadapan bangunan tenpat kerja Qhalisha.

Dia ingat Qhalisha sedang tidur kerana setiap kali dia memandu, pasti Qhalisha akan melelapkan mata. Mungkin kerana itu mummy memberi Qhalisha gelaran Sleeping Queen.Tetapi saat Sofea memandang ke sebelah, ternampak wajah Qhalisha yang ternyata dalam kejutan.

“Babe,” sekali lagi Sofea memanggil, kali ini lebih kuat sambil digoncangnya tangan Qhalisha.

“Fea, dah sampai eh?” soal Qhalisha bodoh. Sengaja Qhalisha menyoal sebegitu, dia belum bersedia untuk berkongsi rasa dengan sesiapa buat waktu ini.

“Ya Allah Qhal! Kau buat aku takut tau, aku ingat kau tidur, tapi bila tengok muka kau macam sesuatu jadi, and now you asked that question, kau mesti mengelamun kan?” tanya Sofea. Qhalisha hanya mengangguk lemah. Sorry Fea, aku tak ready nak cerita tentang perkara yang aku sendiri keliru.

“Dah, elok-elok kerja. Apa-apa hal call aku, nanti aku terbang macam Wonderwomen selamatkan kau,” gurau Sofea sambil memeluk erat rakannya.

“Ada-ada saja kan kau! Thanks hantar aku, nanti aku belanja kau ok?”

“Set! Esok pukul berapa kau habis?” tanya Sofea.

“Hopefully by 6am semua dah selesai,” jawab Qhalisha pendek.

“Ok, satu jam sebelum kau habis, call aku. Nanti aku fetch kau,” kata Sofea.

“Ala, tak payahlah Fea, kau nak rehat aku pula kacau kau,” tolak Qhalisha.

“Jangan nak mengada Qhalisha Adryana! Balik esok aku jemput,” tegas Sofea.

“Iyalah makcik, suka tau paksa orang macam mummy,” sengaja Qhalisha memanjangkan muncung sebelum keluar dari kereta. Ia hanya mengundang tawa Sofea.

*********

Kerjanya sudah selesai sejak jam 2 pagi tadi. Bukan tidak mahu pulang, tetapi Qhalisha memang tidak berani untuk naik teksi pada waktu seperti ini. Dengan bermacam kejadian yang dipaparkan di akhbar, cuak rasanya dia ingin melangkah pulang. Untuk mengejutkan Sofea dan meminta wanita itu untuk menjemputnya juga agak kurang wajar, kasihan pada Sofea yang sedang diulit mimpi dan memang bahaya untuk dia memandu sendirian pada waktu malam.

Qhalisha mengambil keputusan untuk menghabiskan kerjanya yang tetangguh di pejabat sambil menunggu matahari terbit. Ada baiknya dia selesaikan kerja yang tertunggak sementara menanti, kerana dia tahu bila-bila masa sahaja Encik Dol bakal mencampakkan selonggok kerja lagi untuknya.

Berkali-kali Qhalisha menguap, telinganya awal-awal sudah disumbat dengan earphone. Sejak dia kembali masuk ke pejabat jam 2 pagi tadi, terdengar berbagai bunyi pelik. Bibirnya terkumat kamit membaca ayat Kursi dan Surah As Safaat. Hai hantu jembalang, janganlah kau menjelma depan aku, aku ini lemah semangat. Berkali-kali juga ayat itu berulang dalam hatinya. Sebenarnya bukanlah dia takut, dia percaya dengan izin Allah s.w.t. dan ilmu agama yang diterapkan oleh mummy dan ayah ke dalam dirinya cukup sebagai benteng. Tanpa sedar, matanya mula kuyup dan kepalanya sudah direhatkan di atas meja.

*********

Rayyan Haikal terkocoh-kocoh berlari masuk ke dalam bangunan. Hujan sudah mula turun dengan lebatnya. Dia terpaksa kerja luar kawasan malam ini membantu Encik Dol menguruskan projek yang tergendala dan dia pula diberitahu lewat petang. Haih dah terikut Qhalisha panggil bos dengan nickname itu. Sewaktu dia ingin pulang hujan sudah terlalu lebat dan pemandangan juga semakin kabur hinggakan dia terpaksa mengambil keputusan untuk kembali ke pejabat apatahlagi keletihan mula mencengkam diri. Bukannya dia tidak biasa tidur di pejabat, sudah terlebih biasa!

Rayyan berjalan menuju ke pejabatnya yang kelihatan terang benderang. Baru dia teringat yang Qhalisha juga terpaksa kerja lebih masa pada hari itu. Rayyan mula berkira-kira untuk masuk atau kembali ke keretanya dan rehat sahaja di dalam kereta sehingga siang hari. Tetapi, kakinya tetap melangkah menuju ke pejabat dengan harapan Qhalisha sudah pulang dan terlupa untuk menutup lampu.

Perlahan-lahan Rayyan menapak masuk dan dia ternampak Qhalisha di mejanya sudah terlena. Tangannya dijadikan alas untuk kepalanya. Rayyan merenung dalam wajah polos yang sedang tidur itu. Debaran mula terasa. Selama hampir 30 tahun umurnya, gadis ini mungkin wanita kedua yang membuatnya terpana. Harus Rayyan akui, walaupun Qhalisha seorang yang sederhana sahaja, tetapi perwatakannya mampu membuat orang senang terhadap dirinya. Keletahnya juga selalu membuat hatinya tercuit.

Sakan Rayyan merenung wajah itu, kerana jika Qhalisha sedang berjaga, pastinya dia juga tidak akan merenung sebegitu. Cukup mata yang terbentuk indah disebalik kaca mata itu merenungnya, bergetar jantung dibuatnya. Bukannya Rayyan tidak perasaan akan kehadiran gadis itu sebaik sahaja dia pulang dari bercuti. Dia perasan, cuma saat mata itu merenungnya sahaja bisa membuat lidahnya kelu. Apatah lagi jika dia ingin memulakan bicara.

Pantas Rayyan tersedar lalu segera dia menuju ke meja kerjanya untuk mengambil baju T yang memang dia letakkan di dalam laci untuk kecemasan. Pada saat seperti ini, ia sangat berguna memandangkan bajunya sudah kuyup ditimpa hujan sebentar tadi. Dia menjenguk ke arah Qhalisha yang masih lagi lena lantas dia menanggalkan bajunya di situ dan menggunakan baju T tersebut untuk mengeringkan rambutnya. Belum sempat dia mengenakan baju yang bersih, Qhalisha terlebih dahulu terjaga.

“Ahhhh!!!!!! Perogol bersiri!!!!!!!!!!!!!!!!!!” sekuat hati Qhalisha menjerit saat terpandang seorang jejaka tidak bebaju di dalam pejabat itu.

“Shush! Ini akulah, Rayyan!” pantas Rayyan menekup mulut Qhalisha tanpa menyedari yang dia belum lagi berbaju.

“Rayyan! What are you doing here? You almost gave me a heart attack!” bebel Qhalisha sebaik sahaja Rayyan melepaskan rangkulannya.

“Yang kau itu buat apa lagi kat sini? Aku tengok kerja dah habis, apasal tak balik?” tanya Rayyan sambil menjarakkan diri. Hatinya berdegup kencang saat dia merangkul Qhalisha dalam tidak sedar. Yang dia fikirkan hanya mahu mencegah gadis itu dari menjerit.

“Habiskan paperwork. Since dah malam sangat, aku tak nak kacau kawan aku tengah tidur. Moreover, it’s dangerous for her to drive alone at this timing,” terang Qhalisha sambil merenggangkan tubuhnya yang terasa lenguh.

Ketukan bertalu-talu dari muka pintu menghentikan perbualan mereka. Rayyan dan Qhalisha berpandangan seketika. Qhalisha sudah pucat lesi. Rayyan menuju ke arah pintu untuk melihat gerangan yang hadir. Sebaik sahaja dia nampak gerangan di muka pintu, lemah lututnya dan saat dia berpaling Qhalisha sudah terkulai di lantai. Ya Allah, ujian apa kali ini?