And ALLAH is Sufficient as a Guardian
And ALLAH is Sufficient as a Helper
~ Quran 4:45


Monday, 3 August 2015

Berkurun

Berkurun lama rasanya aku tak update blog yang dah bersawang ini. Korang masih dalam mood raya ke? Nanti aku update gambar raya kat blog ok? Tapi kalau follow instagram and FB dah selamat upload kat situ. Aku ini sebenarnya malas nak upload dari DSLR ke blog. Banyak sangat terjadi, hal kerja yang tak pernah habis, membuat aku terpaksa pause menulis di blog untuk memberi sedikit ruang untuk hal yang mendatang secara mendadak.
 
Kisah menarik atau kurang menarik yang terjadi pada aku, agak banyak untuk aku cerita. Nak update sekali gus dalam satu entry memang idok ler. Anyways, bulan Ogos ini, adalah bulan kelahiran Mummy, dan 2 adik aku. Pening kepala iolls nak beli apa. Kalau untuk adik aku yang gila makeup itu dah tahu dah nak belikan apa. Mummy dengan Ah Fat (adik bongsu) yang aku masih dok tercongak-congak nak beli apa.
 
Kalau ikutkan Ah Fat, dia confirm minta gadget, tapi aku ini takut nak belikan, takut dia leka, hilang focus nak study. Kalau dah pegang benda itu, mahu berjam-jam dia menghadap. Mummy pula, 2 tahun lepas aku belikan dia jam Guess, tahun lepas aku kasi duit jer sebab dah tak ada idea nak hadiahkan apa. Tahun ini, lagi sekali aku tercongak-congak nak beli apa, nak kasi duit lagi memang lame gila. Sebab aku tahu dia tak akan beli barang dia sendiri. Nak tambah collection jam, anniversary hari itu aku dah hadiahkan couple set. Mummy memang suka makan, yearly routine lah ada pergi family dinner sambut birthday month serentak. Ada idea tak nak beli hadiah apa?
 
Cakap pasal hari raya ini. Naik menanar telinga aku dengar orang duk tanya pasal boipreng lah, entah apa-apalah. Chill, memang kebanyakan sepupu aku yang lagi muda dari aku semua dah tunang, ada yang dah nikah and mostly dah attached lah. Termasuklah adik aku! Yang paling boring, bila aku jawab tak ada calon or tak ready, boleh pula dia kenakan kita balik kata aku ini memilih. Aduh! Makcik, mestilah I pilih betul-betul kan? Takkan nak main sauk jer. Who's with me on this? Haish, aku ini bukannya tua lagi. Legal age pun belum. (Dah nak masuk lah!)
 
Janganlah compare jodoh aku dengan jodoh orang. Kalau dah tertulis yang adik sepupu aku yang masih belajar itu kahwin dulu, nak buat macam mana? Kalau dah tertulis adik aku sendiri dah jumpa calon dia, and aku masih single nak halang ke? Kadang, orang ini tak reti nak jaga sensitivity orang lain. Dia ada tengok tak lelaki kat luar sana itu macam mana? Bukan nak kata apalah, I need the sense of security bila aku dengan seseorang itu. Dia tengok dak lelaki kat luar sana tuh, macam pokok Christmas pun ada. Dengan bersubang, berantai, dah tuh celah jari dengan rokok. Aduh, I is cannot!  
 
Mungkin rezeki aku bukan dalam hal jodoh. And, aku tak teragak-agak nak mengakui hal ini. Tapi aku pasti, Allah itu adil. DIA tak letakkan rezeki aku dalam hal jodoh, tapi lebih kepada bidang akademik, bidang kerjaya. Alhamdullilah, aku tak pernah nak merungut. Allah akan berikan sesuatu yang kita mampu untuk hadapi. Mungkin aku belum mampu untuk hadapi kerenah lelaki? Sebab itu, Allah put on hold dulu. Lagi-lagi aku ini kerja semuanya lelaki. Keistimewaan dia? Aku lebih kenal perangai dan jenis lelaki yang hidup di atas bumi ini, buat aku lebih faham kaum Adam.
 
Anyways, dah terlebih membebel dah ini! Waktu lunch pun dah nak habis. Aku doakan, hari korang pun akan ceria juga ok! Seceria hari aku hanya dengan satu pertanyaan. Hiks! Tak nak cerita. *blush*