And ALLAH is Sufficient as a Guardian
And ALLAH is Sufficient as a Helper
~ Quran 4:45


Friday, 20 November 2015

Random

Entry kilat namanya ini! Memang dah lama tak menulis. Rindu?! Gila tak rindu?!! Anyways, untuk ceritakan segala mak nek update dekat sini, memang idok ler. Aku ini, snap gambar banyak-banyak konon nak upload kat sini dengan story bagai, pastu sendiri mengah sebab memang tak ada masa langsung. Macam tak caya kan? Tapi, memang betul pun.
 
Nak dikatakan dah lebih dua minggu every Friday malam aku bertapa kat kerja sampai esoknya, sebab contractor buat night works. Pulak itu dapat contractor yang mencekik darah sikit. Bila night works jer, semua kerja asal boleh jer. Hangin aii! Memang stay back khas untuk site supervision, itu pun ada jugak yang dorang main hentam jer buat. Eii, sakit pulak hati kita! Hari Sabtu bukannya boleh balik lagi, bersambung dengan contractor yang nak sambung kerja hujung minggu pulak. Hadoiilah!!
 
Mommy sentap jer. Family outing skip, kenduri kendara itu toksah cakaplah, memang tak adanya sedara mara nak nampak batang hidung aku. Nanti keluarlah ayat Mommy.
 
Mommy: Mommy malulah sedara mara semua tanya pasal along.
 
Me: Lah, nak malu apa? Cakaplah orang kerja, bukannya orang buat jahat pun. (Dah tak bahasakan along dah, terus tukar orang, sebab tahu conversation macam ini confirm jadi bahan bertekak)
 
Mommy: Iyalah, kerja, kerja jugak. Orang jemput pergilah.
 
Me: Orang tau. Tapi nak buat macam mana. Selalunya critical works, yang bising memekak, yang nak kena sign berpuluh-puluh form bagai tu semua kena buat weekends. Dah site orang gitu, nak buat macam mana? Mommy kena redha.
 
Mommy: Dahlah, suka hati along lah.  Nanti majlis along tak ada orang nak datang, nanti meninggal jenazah angkat sendiri. *sila baca dalam nada sentap*
 
Terus ai yang sentap! Kadang heret juga kaki ikut, walaupun penat rasa nak tumbang, sebab malas nak bertekak berdebat! Aku kan keras, memang keras sangat. Nak harap aku lembut, kau tunggu kucing bertanduk pun aku tak tau lembut ke tak. Itu Mommy dengan Daddy aku katalah!

Pastu kat rumah sejak akhir-akhir ini bila ada free time jer Mommy dengan Daddy aku sibuk marathon drama yang dah complete episode. Start dengan Dan Hati Pun Berkata...., itu aku pun terjebak sekali tengok Tuan Rashdan. Hahaha! Pastu aii sentap, Daddy kata perangai Adirra sebijik perangai aku. Hisy, tak suka tau gini! Then, dorang sambung Dia, Isteri Luar Biasa. Mommy pulak kata perangai aku macam Dewi Yusra. Eiii, hentak kaki aii satu rumah! Hahaha!

Tapikan, bila aku tengok cerita itu semua, pastu aku reflect balik. Isy, macam sama jer. Nak sentap lebih pun tak boleh, sebab aku sendiri tak boleh nafi ada sikit banyak jugaklah character yang dorang lakonkan itu sebenarnya ada pada aku. *ketuk dahi sendiri*

Dalam pertengahan tahun kelmarin, aku memang stress tahap nak hentak kepala kat dinding. Nak try habiskan projek secepat mungkin. On-site, dengan tidur tak menentu sebab aku terbawa hal kerja sampai dalam mimpi (Lol!). Weight turun mendadak jugaklah, pastu muka aku kena serangan acne!! *nangis guling-guling* Dahlah time itu aku consume collagen, hoping it helps, tapi tak. Pengkhianatan apakah ini, dengan aku ber-shake-shake siang malam! :(  Ramai orang kata, alah, acne jer kot! Tapi orang tak faham!!! Aku time puberty pun langsung tak ada masalah jerawat ini semua, period itu biasalah sebijik dua. Tapi ini, sekali keluar macam hambek kau!! Jadi aku panic. Panic tengok jerawat keluar macam nobody business, panic sebab aku memang tak reti nak pecahkan jerawat, panic sebab aku tak pernah rasa sakitnya jerawat  yang tumbuh serentak dan aku paling panic bila semua orang tegur kenapa muka aku jadi macam gitu! *rasa tak nak keluar rumah*
Alhamdullilah, aku tukar collagen, aku tukar facial product to anti acne, so far so good. Kalau korang follow Instagram / FB aku, tengok gambar semua memang aku keluar rumah naked face except for sun block. Other than that, zero. Ambik gambar pun tak guna filter dah. #mukasuka
 
Ok, dah melalut dah ini. Bye!
 
 
p/s: Tak sabar nak cuti 2 minggu!!!