And ALLAH is Sufficient as a Guardian
And ALLAH is Sufficient as a Helper
~ Quran 4:45


Tuesday, 3 May 2016

Seperation Anxiety

Assalam! 
Lama tak hapdate kan? Memang busy tak kira waktu. Tak dernya sekarang nak mimpi balik tepat kul 5.30 petang. Selagi tak lepas Isya' memang tak balik. Pfft! Nangislah sensorang kena tunggu contractor habis kerja, sambil habiskan paperwork yang tak pernah nak habis. #nangisairmatadarah

Pastu, dah elok bertiga (walaupun selalunya berdua jer) sekarang macam ada kemungkinan berkeseoranganlah daku disini, menguruskan projek yang tinggal sampai semua kerja settle. Dah biasa bertiga berdua ini, bila dapat berita dari management pasal Beignet* (working partner) kena urgently gi lain site, rasa cam alaaa....sedihnya! Mau tak sedih, kat sini, dah terang-terang kita berdua, kalau ada hal, tentu-tentu mengadu discuss with each other. Sekarang memang bersiap sedialah nak bercakap dengan dinding ataupun segala benda dalam ofis ini! Hahaha! #ceritasedih 

Boleh katakan he's (yes, my working partner is a guy!) like my mentor after Mr M left. Refer to this post here! Beignet banyak experience & he  knows his way here on site. Pastu kalau dia buat kerja selalu tip top sebab tu client semua sayang dia. Pernah masa baru mula dulu, ikut dia pergi site untuk project handover, pastu dia punya teliti, I tell you, orang perempuan pun kalah! Serious, as much as a perfectionist I am, still he beat me hands down. I surrender!

Kalau nak cerita pasal Beignet, to me segalanya baik pasal dia. Dia baik, tak lokek ilmu, helpful, good listener, happy-go-lucky, problem-solver, and macam-macam lagilah. (boleh puji melambung coz rasanya dia tak tahu & tak baca pun!) Walaupun kadang-kadang muka dia ketat sampai takut nak tegur, tapi sebenarnya dia ok!

Tak tau kalau Beignet sedar ke tak, tapi dia selalu buat I rasa terharu sangat! I kan kuat membebel (genetic & coz I'm the eldest! #alasan) so kadang berbual randomly, atau cerita randomly pasal contractor yang buat hal or little details yang dia macam tak pay attention sangat, so selalunya cam redha lah, konon berbual dengan angin. Then tetiba out of nowhere, dia tanya pasal whatever I told him, terus rasa macam, awww, dia dengarlah! Then whenever I made request for him to sit in my project meetings, walaupun dia busy gila jenis tak cukup tanah nak lari still make time to attend & kadang tolong lead my meeting sebab terkena anxiety attack cum hyperventilation. Almaklumlah, I budak baru belajar!

But he likes loves to laugh at me, bila terbawa-bawa dengan emosi bila tengah baca novel or layan drama. Lagi menjadilah bila I layan Hindustan. Teringat masa Dilwale tengah hot, I pun terjebak sampai caller ringtone (yang orang call kita dengar lagu tu, bukan bunyi toot toot), pakai lagu Janam Janam.

Sekarang dah officially sensorang. Tulis ini pun dah rasa emotional gila. Especially tadi bila on-site nampak dia angkut belongings semua pergi kereta. I macam nak nangis! :'(

Oklah, bye!

*nama samaran. Konon, kata kau!