And ALLAH is Sufficient as a Guardian
And ALLAH is Sufficient as a Helper
~ Quran 4:45


Wednesday, 15 June 2016

Ms Egoistic Vs Mr Romantic 21

Bab 21


Khairul Arman melabuhkan punggung di kerusi sambil melonggarkan tali leher lalu membuka tiga butang atas kemejanya. Dia memicit dahinya yang berdenyut sejak di bilik mesyuarat tadi. Pening memikirkan projek usahasama antara K.A Corporations dan SyaRina Holdings, ditambah pula dengan dengan kerenah Erika Syakira, permintaan Mama, dan panggilan tanpa henti dari Gina. Tidak henti-henti wanita itu mencarinya. Entah apa yang dia tidak faham, aku dah kahwin. Serabut kepalanya memikirkan semua yang berada di dalam kepalanya, sedangkan belum masuk dua bulan dia berkahwin. Ikut hati memang dia hentak sahaja kepala di dinding. Dia meletakkan kepala di atas meja untuk seketika. Ketukan dari muka pintu menggangu lamunannya. Pantas sahaja dia memberi arahan masuk tanpa mengangkat muka. Sudah semestinya Tanya, memandangkan tadi dia sudah memberi arahan bahawa dia tidak mahu diganggu.

“What is it Tanya? Kan I dah cakap, I tak nak diganggu,” tanya Khairul Arman tegas, masih lagi tidak mengangkat muka. Eh, bisu ke si Tanya ni? Perlahan-lahan Khairul Arman mengangkat wajah. Pantas dia bangkit, kemudian mengukir senyuman.

“Adam, bila kau balik?” tanya Khairul Arman setelah meleraikan pelukan.

“Dua hari lepas, tapi aku minta cuti uruskan barang-barang aku,” jawab Adam lalu duduk di hadapan Khairul Arman.

“So, sekarang kau dah transfer kat KL balik lah?” tanya Khairul Arman.

“Yup, projek kat Johor tu dah settle, so Papa kau suruh aku balik sini,” terang Adam ringkas.

Adam merupakan teman karibnya sewaktu mereka di alam persekolahan. Sewaktu Khairul Arman berada di US, Adam hanya menyambung pelajarannya di Malaysia, tetapi mereka tidak pernah putus hubungan. Setelah tamat pengajian, Dato’ Khairi menawarkan Adam bekerja di syarikat itu.

“Oh, so how’s life? Lama tak dengar cerita, patut kau senyap jer, tak call, tak email,” tanya Khairul Arman lagi.

“Alhamdullilah, so far so good. But dude, you look terrible,” jawab Adam.

“Hisy, mana ada? I’m still like last time bro, cuma, banyak pressure jer. Projek menimbun-nimbun,” Khairul Arman cuba menyembunyikan perkara sebenar.

“Tak payahlah kau nak tipu aku. Bukan semalam aku kenal kau. So, bila aku boleh jumpa bidadari yang dah mencairkan hati batu kau? Selama ni, kau tukar perempuan macam tukar baju, tup-tup dah kahwin. Tapi aku minta maaflah bro, waktu itu aku betul-betul tak cukup tangan nak handover projek itu kat developer,” pohon Adam.

“It’s ok. Aku faham, tulah, panjang cerita dia. But, kau jangan gelakkan aku pula, sebenarnya it was a matchmake. Tapi aku rasa macam kahwin bisnes pun ada,” jawab Khairul Arman sambil mengeluh kecil. Dia memang tidak pernah merahsiakan apa-apa dengan Adam.

“Kahwin bisnes?” tanya Adam dengan kerutan di dahi. Tak pernah pula aku tahu syarikat ada masalah sampai nak kena gadaikan anak.

“Well, technically. Kau jangan nak fikir yang bukan-bukan, this company financial is stable. Kau kenal Dato’ Syariq?” tanya Khairul Arman pula.

“Dato’ Syariq? Hmmm, best friend Papa kau kan? Kenapa dengan dia?” tanya Adam pula.

“Well, I don’t know how true this is, but, dulu, he owed my dad big time. Then, bila perniagaan Dato’ Syariq succeed, dia nak ganti balik modal yang Papa aku pinjamkan, but you know Papa, he refused. Dia cuma nak keluarga bersatu,” jelas Khairul Arman pada Adam yang terangguk-angguk mendengar cerita.

“Wait, so kau kahwin dengan anak perempuan tunggal Dato’ Syariq?” tanya Adam dengan riak terperanjat.

“Yup. Erika Syakira Syariq Laurent,” senafas Khairul Arman menyebut nama isterinya.

“Dude, you are kidding me right? Kau jangan nak buat lawak bodohlah kat sini,” kata Adam sambil tertawa. Tetapi, tawanya mati apabila melihat wajah serius sahabatnya.

“Ya Allah, aku tak sangka. Khairul Arman bin Dato’ Khairi dengan wanita kebal tu. Aku tak tahu nak cakap apa,” sambung Adam sambil menggelengkan kepala. Tidak dapat menerima berita yang baru sahaja dia terima.

“Kau kenal dia ke?” tanya Khairul Arman sedikit terkejut apabila Adam berkata sebegitu.

“Apa pula tak kenal? Walaupun sebelum ini kita tak pernah ada usahasama, tapi, KA Corporations banyak liaise dengan SyaRina Holdings. Tulah kau, siapa suruh duduk lama-lama dekat negara orang tu, apa jadi dalam syarikat sendiri pun tak tahu,” sindir Adam bersahaja.

“Kiranya dia balik terus lepas habis belajar?” tanya Khairul Arman cuba mengorek cerita.

“Apa yang aku tahu, dia dengan abang dia balik lepas dia convo, tapi dia tak terus kerja. Katanya nak rehat dulu, tapi Encik Haiqal terus kerja. Aku tak tahulah rehat apa, sebab dia lay low for almost a year,” terang Adam lagi.

“So, kau kenal dia dalam tiga tahun gitulah?”

“Macam gitulah, tapi memang susah nak kerja dengan dia. Dia bukanlah jenis maki hamun staff ke apa, cuma dia tegas and bukan senang nak negotiate dengan dia. She’s a tough piece man,” kata Adam lagi.

“Eh, dahlah cerita pasal dia, kau apa cerita sekarang?” tanya Khairul Arman cuba menutup topic tentang Erika Syakira.

“Aku, macam yang kau tengoklah. Tu hah, mak aku kat kampung dah sibuk suruh bawa balik calon. Nasib baik mak aku bukanlah jenis yang old-fashion sangat, kisah pasal langkah bendul ke apa, kalau tak jadi andartulah si Aini tu,” jawab Adam sambil tertawa kecil.

“Aini dah kahwin? Bro, kau baik cepat, kang adik kau tu dah beranak pinak, kau masih membujang,” nasihat Khairul Arman.

“Nak cepat apanya! Dah tak terkejar dah, Aini dah ada dua orang anak. Lagipun lelaki kalau kahwin lambat tak salah, makin tua makin tinggi saham,” selamba sahaja Adam menjawab.

“Tinggilah sangat. Bukan aku tak tahu, mak kau reject calon yang kau bawa balik. Siapa nama model tu, Nisa? Hah, Nisha,” giliran Khairul Arman mengenakan Adam.

“Hisy kau ni! Yang kau tu menyulam kasih sejak dari US lagi dengan si Gina tu, akhirnya tak ke mana pun. Eh apa cerita minah tu?” tanya Adam.

“Hmm, sibuk dok mengacau aku. Bukan dia tak tahu aku dah kahwin, dia siap datang lagi majlis aku dengan best friend Erika. Kebetulan pula, best friend Erika, sepupu dia. Terkejut aku nampak dia, tapi aku buat derk jer, “ cerita Khairul Arman.

“Dia datang majlis kau? Biar benar perempuan tu! Erika tak tanya apa-apa?”

“Aku tak rasa dia syak apa-apa. Tapi, adik kembar aku tu, berleter tak sudah. Lagipun, aku dengan dia cuma kawan. Ikut prinsip aku bro, berkawan biar beribu, bermesra dengan semua, tapi bercinta, biarlah satu,” beria-ia Khairul Arman menerangkan prinsipnya. Sesat betul!

“Hah, terlanjur cakap pasal adik, aku terserempak Lisa tadi. Macam malu-malu jer bila aku tegur dia. Kalau dulu, selamba badak jer ke hulu ke hilir dengan aku bila aku balik cuti rumah kau.”

“Kau ni, itu kan masa dia kecil lagi. Bukannya dia faham apa, kau tu, jangan pulak nak menyakat dia lagi. Adik aku tu dah besar panjang, kau jangan nak try test pulak,” Khairul Arman memberi amaran.

“Hisy, kau ni, kalau betul pun apa salah,” cepat sahaja Adam berlari keluar dari bilik Khairul Arman sambil tertawa besar.

Khairul Amran menggelengkan kepala melihat kerenah sahabat baiknya. Itulah satu-satunya sahabat yang sentiasa bersama dengannya. Walaupun bukan jasad, tetapi, Adam lebih mengetahui setiap rahsia yang dia ada berbanding keluarganya sendiri. Baginya, Adam seperti utusan Allah buatnya. Satu anugerah yang tidak ternilai harganya. Dahulu, sewaktu mereka tinggal di asrama, setiap kali cuti mereka akan pulang ke kampung Adam dahulu, kemudian baru ke KL. Kerana itu, mereka saling mengenali keluarga masing-masing.

*********

Aku mengetuk-ngetuk pena pada meja, kemudian memutarkannya pula. Sejak siang tadi, apa sahaja yang dibuat seperti tidak kena. Baru tadi, aku bertengkar dengan Khairul Arman dalam bilik mesyuarat mengenai projek usahasama syarikat keluarga kami. Aku mengeluh sekali lagi. Letih, di pejabat lain yang perlu dihadapi, pulang ke rumah, lain pula yang perlu ditempuh. Aku teringat kembali situasi tegang di bilik mesyuarat tadi.

“I don’t think that a pillar is necessary in the design. Pertama, it’s going to make the design look ugly. Secondly, why do we need to add unnecessary cost to the project?” bangkang Khairul Arman pada final design yang dibentangkan oleh salah seorang arkitek dari SyaRina Holdings.

“Well, Encik Arman, sebenarnya, whatever that is added into the design is necessary. Kami pun kalau boleh cuba sedaya upaya untuk kurangkan kos, memang mahal, but it’s of a good quality apa salahnya?” terang Haniff, cuba untuk meredakan suasana.

“Tapi…” Khairul Arman ingin membantah tetapi pantas sahaja dicelah seseorang.

“Haniff, duduk. Biar saya yang jelaskan,” arahku pantas. Aku menarik nafas panjang cuba meredakan kemarahan yang baru sahaja berputik. Pantang aku bila ada orang sesuka hati pertikaikan design yang telah kami berhempas pulas siapkan.

“Let me explain why this pillar is necessary Mr Arman. For your information, the soil for this building is soft soil. Therefore, the building might not be that stable should there be any earthquakes, or other natural disasters. Although we used pile foundation, we can still feel tremors when the ground beneath us shifts. That is the ultimate reason for us to add in the pillar there. It is basically to give a better stability and a stronger frame for the building,” terangku panjang lebar dengan lancar.

“Situasi seperti ini pun banyak berlaku di luar negeri. But, they still went on with just pile foundation,” bantah Khairul Arman. Masih ingin mempertahankan pendapatnya.

“Well, if you don’t agree with our design, it’s fine! But, I am sure to get full corporation from Dato’ Khairi, because I have a feeling he will agree with what my architects have designed. And mind you, we get our best architects to designed this, not some amateur architects,” kataku tegas. Wajahku sudah terasa bahang, sekali sekala aku mengenggam tangan cuba untuk menahan amarahku dari meledak.

“I’m aware of that, tapi, kalau kita boleh cut cost, apa salah we see every aspect,” Khairul Arman cuba memujuk.

“No, we are trained to have in mind about the user. Rasanya, kalau you beli sesuatu pun, you pasti nak benda tu sempurna. So, it’s up to you Mr Arman. Kalau you rasa, you tak setuju, it’s ok. Tapi sekiranya ada sesuatu terjadi di masa hadapan, you will take full responsibility. Syarikat kami, tidak akan bertanggungjawab, because we already presented to you the best design,” secara tidak langsung aku mengugutnya.

Pintu bilikku diketuk dari luar menyentak lamunanku pergi, pantas aku memberi arahan masuk. Terjengul wajah Miya di muka pintu. Aku mengisyaratkan agar dia mengambil tempat di hadapanku.

“Ada apa?” tanyaku pada Miya.

“Saja jer nak tengok how are you doing?” tanyanya selamba. Aku menggeleng dengan telatahnya.

“Well, Miya, I’m fine, cuma mungkin terganggu sikit jer. Tak payah risaulah,” kataku cuba menyakinkannya.

“I’m asking as a friend. Not between an employer with employee.” kata Miya lagi.

“Well, what do you think?” tanyaku menduganya.

“Looking at you, I tahu you tengah cuba sembunyikan sesuatu. By the way, can I have 2 minutes of your time as a friend?” pinta Miya perlahan.

“Yeah, sure. What’s up?” tanyaku tanpa memandangnya. Aku masih ralit merenung skrin komputer sejak tadi.

“You dah siasat pasal gambar tu?” tanya Miya serius.

“Dah, and it is genuine, bukan superimposed sebab orang dengki atau apa. Cuma gambar itu, ditambah sedikit effect, terutama sekali dekat wajah perempuan tu,” terangku bersahaja.

“Erika, you buat I risau. Dah dua bulan, I tengok you macam gini jer. I faham you kahwin bukan sebab cinta, tapi ia boleh dipupuk. You kena open up Erika, sebab I yang dah lama kenal you pun, susah untuk baca fikiran you, apatah lagi Arman,” nasihat Miya.

“You tak faham Miya. I buat semua ini demi family I. I tak sanggup nak kecewakan mereka, tapi I tak tahu, kenapa I tak dapat terima dia. It’s just impossible!”

“You kena belajar Erika. I cuma boleh nasihatkan apa yang I mampu. Semua keputusan you yang buat. Memang I tak di tempat you, tapi, you know what? Tak salah sekali sekala mengalah, turunkan sedikit ego you tu. I pelik tau dengan you, husband punya handsome macam tu pun you buat derk jer. Kalau I, dah lama I kurung dia kat rumah biar perempuan lain tak tengok dia,” seloroh Miya siap dengan pergerakan tangan sekali. Aku tertawa seketika dengan gelagatnya.

“You ni, patutnya tak payah jadi PA, you patut jadi counsellor,” gurauku pula masih lagi dengan sisa tawa.

“Tulah, tapi I tak berapa nak pandai, tu yang sangkut jadi PA jer,” kata Miya lagi.

“Eh, dahlah. I tahu, you risau and concern pasal I, tapi, I banyak kerja nak buat sekarang. Kita bincang hal ni lain kali ok?” kataku cuba mengelak dari topik Khairul Arman.

“Hmm, yelah, siapalah kita kan? Dah I keluar dulu, you fikirkan apa yang I cakap tadi,” pesan Miya. Aku hanya menganggukkan kepala dan mengucap terima kasih dari pergerakan mulut sahaja. 

Aku mengeluh seketika sebaik sahaja Miya meninggalkanku sendirian. Memang aku tidak nafikan banyak yang benar dalam bicaranya. Tapi, aku benar-benar keliru. Antara nak buka lembaran baru dan melupakan segala yang terjadi atau terus sahaja meneruskan seperti ini. Macam mana pula dengan wanita dalam gambar itu? Siapa dia?

*********
Khairul Arman masuk ke dalam sebuah coffee house sambil matanya melilau melihat sekeliling. Pantas dia menuju ke arah yang melambai-lambai padanya. Dia mengambil tempat sambil matanya masih lagi memandang sekeliling. Takut pula ada yang mengenali dirinya. Tidak tentu pasal, cerita tidak enak pula sampai ke telinga isterinya.

“Apa lagi yang you nak Gina? Tak cukup you call ofis I, sekarang ni nak jumpa pula! Which part that you do not understand, I’m already married,” tegas Khairul Arman berkata sambil menayangkan cincin dijari.

“You atau I yang tak faham? Selama ni, you heret I ke hulu ke hilir, lepas tu senang senang jer you tinggalkan I,” lantang Gina bersuara. Beberapa pasang mata sudah tertumpu pada mereka.

“Lower down your voice please. Malulah sikit orang tengok,” tegur Khairul Arman.

“Oh, you tahu malu. Habis tu, you ingat I tak malu ke bila you buat I macam ni? Selama ni, bukannya kawan-kawan I tak pernah nampak you. Semua orang tahu kita tengah dating. Then, you suddenly kahwin dengan orang lain. Apa you rasa kalau you di tempat I?”  

“Firstly, bila masa kita date? I tak pernah declare pun yang kita couple, you jer yang selalu suka assume. Look, susah sangat ke you nak terima takdir Allah. Dah tertulis jodoh I dengan dia, nak buat macam mana. Walau berapa lama kita kenal each other, kalau dah tak ada jodoh, memang tak ada jodoh,” Khairul Arman cuba berdiplomasi.

“Jadi selama ni, apa yang you buat dekat I semua, tak ada makna bagi you? I dah serahkan cinta I buat you, segala-galanya I buat untuk you,” rintih Gina cuba meraih simpati.

“Whatever we did together, I tak pernah rosakkan you. Kita tak pernah terlanjur pun. In fact, I tak pernah ajak you tidur dengan I atau apa. Yes, mungkin kita terlebih mesra, tapi, we never went to the extent of sleeping together,” Khairul Arman masih cuba mempertahankan.

“Sayang, you lupa ke semua yang pernah kita lalui? You have to admit, we had a good time when we were together, we were enjoying each other’s company. Kenapa you buat I macam ni? Kenapa Khai? You tahu tak I sayang sangat dekat you?” Gina cuba menggunakan reverse psychology untuk meraih simpati.

“But I love my wife Gina. I really do love her! Memang, kita serasi bersama, tapi, I minta maaf Gina, I tak boleh cintakan you macam mana I cintakan dia. She has always been the special one in my heart. Tolong Gina, I merayu, lupakan I. You cantik, still young, I pasti you akan dapat lelaki yang akan mencintai you lebih dari you mencintai I,” pujuk Khairul Arman kemudian pantas berlalu pergi.

Tersedu-sedan Gina menangis di situ. Tidak lagi menghiraukan mata yang memandang. Yang pasti, dia teramat kecewa dengan keputusan yang dibuat oleh lelaki itu. Biarpun dia suka berfoya-foya, tetapi, baginya, Khairul Arman tetap yang istimewa di sudut hatinya. Watch out, Khairul Arman! Kalau I tak dapat you, jangan harap orang lain nak dapat you!
 
p/s: Bab terbaru walaupun dah hampir berkurun tak update. Harap korang suka! And leave your comments ok? Tengok pageviews steady jer naik, tapi tak ada pulak yang komen, so tak pasti korang suka atau tidak. Ke memang silent readers? ;)  

Wednesday, 8 June 2016

Ramadhan Kareem

Assalamualaikum!
 
Dah 3 hari puasa baru nak update blog! Buruk nau perangai. Actually hari ini baru start kerja, sebab saja menghabiskan time-off yang hampir nak kena forfeit sebab lama sangat peram tak pakai. Dah kena sound dengan manager baru kelam kabut plan cuti. Itu yang habiskan baki 2 hari yang dah nak expired. Lepas ini, nak kena claim pulak yang bulan April dengan May.
 
Malas sebenarnya nak cuti, sebab macam tak cuti. Imagine, still kena handle contractors walaupun tengah time-off. Nasib badan! Both days handphone tak berhenti ringing. Sampai Mummy marah. Keluar lah dialog, "Long oii, awak cuti ke dakk? Macam ini baik kerja jer!" Errkk? Nak buat macam mana, sabar jerlah. Tugas itu kan amanah! *ayat nak pujuk mummy sesambil pujuk diri sendiri*
 
Walaupun sibuk melayan calls sambil buat kerja dari rumah, merajin pulak gulung popiah untuk first day puasa. Selalunya, ikut malas, memang beli yang frozen itu jer. Kata urban! Tapi disebabkan yang beli selalunya tak sesedap yang buat sendiri, maka redha lah buat inti sendiri, pastu gulung and nak dekat buka, goreng! *gambar malas nak upload, karang terliur pulak* (ada upload kat Instagram kalau nak tengok)
 
Weekend sebelum Ramadhan pulak, hari Sabtu, pergi uruskan hal jual-beli kereta. Alhamdullilah, segalanya dipermudahkan. Cuma sedih kena let go Sappy (kereta lama). Dalam tak sedar, dah hampir 8 tahun dengan dia, sejak aku 15 tahun. Dah lah baik, tak meragam, walaupun kita macam anak kerbau menyumbat dalam situ. Thank you Sappy for your service! Along love you forever! :') Masa handover Sappy, nangis macam putus cinta! *yer-yer jer putus cinta* Bahahaha!
 
Bye Sappy! I <3 you 4eva!
*yang kat tepi itu Goldilocks*
 
Daddy sebenarnya dah tak nak pakai kereta, lepas ini, gigih lah korang naik public transport! Kata dialah. So, dalam diam, kumpul duit buat down payment, senyap-senyap tak bilang sapa pun. (Nanti ada jer yang terbangun lambat, jadi tak nak lambat boleh suruh Daddy amek cuti hantar pergi kerja. Eh, itu bukan aku ke?!) Cukup duit, terus aku cakap kat Mummy & Daddy, jom lah kita pergi view kereta baru. Tercengang jerlah dorang. Time itu pun aku tak beritahu lagi dah siap duit. Ajak tengok-tengok jer. Konon surprise lah! (padahal takut budget tak cukup!) 
 
Last gambar dalam Sappy! *abaikan muka selekehku*
Angah & Acik kat belakang
 
Bila view dah berkenan, terus deal! Alhamdullilah. Smooth transaction, walaupun tak expect apa masa pergi viewing. Bersyukur sangat walaupun lepas ini instalment bayar kongsi, still aku syukur mampu bantu sediakan duit untuk down payment.
 
Kereta baru nama dia, Goldilocks! Pulak dah! Aku ini banyak berangan. Sappy itu dulu pun aku yang gigih kasi nama. Kalau korang pandai tekalah dari mana nama Sappy itu datang. *Hint: Sappy....Go!* Pastu yang baru ini, aku namakan Goldilocks pasal colour gold.

Entah merapu apa aja aku ini! Patut cerita pasal Ramadhan, dah terkeluar pasal kereta! Tak per lah, update activity. Boleh kan?

Semalam ada friend kat FB share video Dua Dunia. Ala, program TV kat Indonesia itu. Dorang pergi tempat seram/berhantu pastu communicate dengan hantu/jin kat situ. Aku ini sebenarnya boleh tahan penakut. Tapi, mungkin bulan puasa ini syaitonnirojim dah kena ikat, berani sikit kot. Lol! Tapi, dalam ramai-ramai pak ustaz itu, aku paling berkenan tengok Ustaz Ujang Bustomi. Macho giler bila dia lawan dengan makhluk yang masuk dalam badan mediator itu. Pastu bila dia baca ayat Al-Quran, pergh....cair beb! *melts*

 
Oklah, rasanya dah banyak merapu ini! Nak pergi opis client aku, brainwash dia sikit sebelum meeting esok! (boleh gitu? dia bayar company aku, aku pulak yang brainwash dia!) Selamat berpuasa! Nanti iftar, buka apa? Aku awal-awal dah kena standby sampai pukul 7pm! Buka kat kerja lah gamaknya! :/