And ALLAH is Sufficient as a Guardian
And ALLAH is Sufficient as a Helper
~ Quran 4:45


Tuesday, 6 December 2016

Quickie Update!

Assalamualaikum!
 
Dah boleh muntah kot menghadap post pasal Fattah Amin tu! Hahaha! Oklah, I update sikit lah. Almaklumlah, dah masuk hujung tahun, busy tak hengat, kerja menimbun nak settle sebelum I cuti dua minggu, pastu Mummy awal-awal dah warning, tiap-tiap hujung minggu ada jer yang nak kena attend. #sisredha

Macam last weekend, atuk sedara I buat kenduri doa selamat sikit sebelum dia berangkat pergi Umrah In Sya Allah, hari Khamis ini. I memang rapat dengan Tok A.B, walaupun he's actually my dad's uncle, bagi I Tok A.B dah macam atuk I sendiri, sebab dia and arwah nenek yang lebih banyak spend time masa I membesar, dia yang tahu  semua perkembangan I adik beradik. Tok A.B pula dah anggap Daddy macam anak dia sendiri, so we are kind of tight gitu. Semoga dipermudahkan segala urusan Tok A.B di sana. Amin.

Pastu semalam malam I hantar Pak Long & Mak Long I kat airport. Pun berangkat pergi Umrah juga. Pak Long, mutawwif bawa jemaah first trip ke sana. Semoga Allah s.w.t. mempermudahkan urusan Pak Long di sana.

That kind of feeling when you send people off, especially buat Umrah/Haji, sejenis sebak yang tak terkata, sambil-sambil kita minta diselitkan sedikit doa untuk kita di sana. Semoga I dilimpahkan rezeki untuk bawa Daddy & Mummy ke sana suatu hari nanti. In Sya Allah. Bila I mintak mereka doakan I, terus automatically semua cakap nak doakan I dapat jodoh yang baik. I aminkan jer. I cuma mintak doa yang baik-baik. Cukup! Tak ada nak mintak specific doa atau apa-apa. Bagi I, dah terlalu banyak nikmat yang Allah s.w.t. dah berikan dan I sangat bersyukur.

I have always believed that Allah s.w.t. will give you what you need not what you want. DIA lebih tahu setiap yang terjadi, setiap perancangan, setiap percaturan, so bagi I, go with the follow ke mana arah tujuan yang ingin dihalakan. Setiap orang punya rezeki yang berbeza, ada yang dikurniakan jodoh awal, ada yang dikurniakan rezeki untuk berbakti pada ibu bapa, dan macam-macam lagi.

Semalam, I terima call dari my sponsorship yang biaya untuk Diploma I. Alhamdullilah, I dah tamat tempoh bond selama 2 tahun. Pejam celik, 2 years flew by just like that. In that conversation to relief me off from the bond, the officer offered another sponsorship should I want to continue with my Degree. Memang, I ada plan nak sambung study and Alhamdullilah, baru rancang Allah dah buka jalan. Sekarang, I tengah survey which major I nak sambung.

As of now, I have to focus untuk settle as much work as I can and ensure all my projects run accordingly while I'm gone. Sebab I akan berangin kalau ada yang kacau I time cuti! Karang, ada yang balik awal dari tempoh sebab tak tahan bila tak ada yang cover kerja.

Dah nak akhir 2016 ini, I minta maaf kot ada yang tersinggung dengan penulisan I. I'm a human as well, kadang dalam tak sedar mengguris hati sesiapa. I doakan yang baik-baik saja untuk semua yang masih setia menghadap blog yang dah sentiasa berhabuk ini!  Take care lovelies! Kita jumpa tahun depan, In Sya Allah!