And ALLAH is Sufficient as a Guardian
And ALLAH is Sufficient as a Helper
~ Quran 4:45


Friday, 20 January 2017

Novel Review: Meh Sandar Pada Aku!

Assalamualaikum!
 
Novel review lagi! Novel ini sis baca boleh dikatakan agak lama dululah, pinjam novel dekat library. Setahu sis, novel ini pun dah diadaptasikan menjadi drama tapi tak pasti tayang bila, sebab itu bila sis baca ringkasan cerita macam ingat-ingat lupa. So, sis geledah koleksi novel, memang tak ada pun novel ini. Jadi, sis yakin yang sis baca buku ini zaman pinjam buku kat library. 😁
 
Selain novel Biar Aku Jadi Penunggu, ini adalah antara novel yang sempat sis sambar waktu kat Melaka haritu. Sis baca novel ini lepas selesai BAJP and habis dalam 2 hari gitu, sebab buku ini tak setebal BAJP.  Macam biasa, sis akan beri ulasan dalam erti kata sis sendiri, personal opinion terhadap novel ini dan rating!
 
 
 
 
MEH SANDAR PADA AKU!
 
Mengisahkan tentang seorang lelaki, Dr Syed Nadzhan, lelaki egois yang bencikan kehadiran wanita kerana ditinggalkan oleh ibunya sewaktu kecil. Syed Nadzhan dibesarkan sendiri oleh ayahnya, Syed Irham. Bagi Nadzhan semua wanita menyusahkan lebih-lebih lagi apabila dia sering dikejar oleh peminat fanatic merangkap dua pupunya, Dr Sharifah Aleesya. Nadzhan dijodohkan dengan Aleesya oleh arwah nenek mereka agar keturunan mereka terpelihara tetapi mendapat tentangan hebat dari Syed Nadzhan.
 
Nadzhan hanya memilih untuk bekerja dengan lelaki tetapi siapa sangka datang pula seorang gadis student praktikal, Afnan Tasneem yang ditakdirkan menuntut Nadzhan menjadi penyelianya. Afnan Tasneem, si gadis cakap lepas bertemu dengan Nadzhan Hitler, kecoh makmal dibuatnya!
 
Hubungan Tasneem & Nadzhan tidak berakhir sebagai penyelia dan student praktikal, mereka kemudiannya menjadi adik beradik tiri selepas ayah Nadzhan bernikah dengan mama Tasneem, Farah Diba. Maka bermula kisah mereka yang sering bercakaran, sudahlah satu ofis, kini serumah pula!
 
Syed Irham mula membuat perancangan untuk menikahkan Nadzhan & Aleesya, manakala Tasneem pula ingin dijodohkan dengan anak saudaranya, Syed Emir yang terjatuh suka pada Tasneem saat pandang pertama. Tasneem pula menganggap Syed Emir tidak lebih dari seorang abang kerana dia sudah jatuh hati pada Adam Naufal, student Master Syed Nadzhan.
 
Nadzhan ditunangkan secara rahsia dan kemudiannya mengamuk kerana dia mula menyedari hatinya mula terisi oleh Afnan Tasneem. Syed Irham mengugut anaknya, jika pertunangan diputuskan, dia akan aturkan pernikahan Syed Emir dan Tasneem secepatnya. Nadzhan akur kerana dia tidak mahu Tasneem bernikah dengan Emir.
 
Suatu kemalangan meragut nyawa berlaku pada Syed Irham & Farah Diba. Nadzhan mengambil keputusan untuk memutuskan pertunangannya dengan Aleesya. Kenapa Syed Nadzhan memutuskan pertunangan dengan Aleesya? Bagaimana pula dengan Tasneem?  Adakah hubungan mereka kekal sebagai adik beradik tiri?
 
Rating: 3.5/5 ☆
 
Haa, kalau korang nak tahu, pi baca novel ok? Hehe! Pada pandangan sis, kalau nak baca buku ini untuk santai-santai memang cantik. Plot yang tidak terlalu berat atau memerlukan korang untuk banyak berfikir. Ada part kelakar, sedih, sweet semua adalah! Bagi sis, kalau jenis yang dah lama tak baca novel and nak start balik korang boleh baca novel ini.  

Wednesday, 18 January 2017

Novel Review : Biar Aku Jadi Penunggu

Assalamualaikum!
 
Selama ini, dalam a few of my previous entry, sis ada mentioned nak buat novel review, tapi tak sempat! So, antara azam tahun baru let's start with this. Segment Novel Review by miss_novella! Untuk segmen ni, sis akan bagi ulasan novel, my personal opinion & rating. So, to start of the first novel review of 2017, kita mulakan dengan novel Biar Aku Jadi Penunggu (BAJP) karya Arsha di bawah terbitan Kaki Novel.
 
This was the first novel that I started my 2017 with! Sis habis baca novel ini pada 5/1/17. I started about a week earlier or so. Bought it while I was on a road trip in Malacca. Hambek kau, sampai ke Melaka cari novel! BAJP telah diadaptasikan ke drama and it's currently on air at TV3. One thing, sis suggest baca novel ini dulu, then korang akan lebih memahami jalan cerita drama tersebut. Just my opinion though.  
 
 
Biar Aku Jadi Penunggu
 
Mengisahkan tentang Iffat Hamani & Afeef Adwan yang merupakan rakan dari sekolah menengah. Afeef dapat tawaran belajar kat UK tapi mamanya, Puan Zubaidah letak syarat jika Afeef ingin melanjutkan pengajian di sana, dia harus bernikah. Afeef pun melamar Iffat kerana dia rakan terdekat yang mengenali seluruh keluarga Afeef serta sangat disenangi oleh Puan Zubaidah.
 
Iffat Hamani, si pencinta setia. Sejak dulu, dia dah ada hati pada Afeef, tetapi pada waktu itu Afeef mempunyai seorang kekasih, Damia Hani. Sewaktu di kolej, Iffat berpendirian teguh untuk tidak bercinta/couple dengan sesiapa walaupun rakan sekuliahnya, Rafaal terang-terangan menaruh hati padanya.
 
Kalau ikut novel, Iffat sebenarnya bakal dijodohkan oleh salah seorang calon pilihan keluarga, tetapi Afeef mengambil langkah untuk 'psycho' Iffat agar memilihnya sebab mereka saling mengenali. Pernikahan diadakan sebelum Afeef berangkat ke UK.
 
Sepanjang pemergian Afeef selama empat tahun, Iffat setia menanti walaupun Afeef tidak menghantar khabar berita. Penantian Iffat berakhir sewaktu Afeef pulang membawa Aqil Irfan, anak lelakinya bersama Damia. Iffat kecewa tetapi tetap memberi peluang pada Afeef untuk menebus kesilapannya.   
 
Iffat yang sudah terbiasa hidup sendirian dan membuat keputusan sendiri mula kekok dengan hadirnya Afeef. Konflik antara mereka bermula sewaktu Iffat membuat satu keputusan besar sendiri tanpa berbincang dengan Afeef. Apakah keputusan itu? Dapatkah mereka kekalkan perkahwinan yang dibina tanpa cinta ini?
 
Kalau nak tahu lebih, baca novel ini ok! Pada pendapat sis, the main conflict adalah waktu Afeef bernikah dengan Damia secara rahsia di UK. Conflict between Iffat & Afeef dalam keseluruhan novel tidak terlalu berat. Kalau siapa yang follow drama atau dah baca novel, akan tahu Afeeef seorang yang cemburu and selalu buruk sangka pada hubungan baik Iffat & Rafaal. Tapi sebenarnya, pada pandangan sis, Afeef takut pada bayang-bayang dia sendiri, sebab dia berlaku curang pada Iffat, so dia macam takut yang Iffat akan curang balik dengan dia untuk balas dendam. So, senang cerita dia macam paranoid lah!  
 
Pada sis, novel ini banyak pengajaran. Tentang kesetiaan, penerimaan terhadap pasangan seadanya, memaafkan dan sebagainya. Sejujurnya, kalau sis kat tempat Iffat mungkin dah lama sis bagi Afeef penampar pastu tinggalkan jer dia. Baik kahwin dengan Rafaal yang setia menanti. Suka hati dia jer nak tuduh orang pastu minta maaf, padahal kesalahan Afeef lebih besar. Dia patutnya bersyukur Iffat terima Aqil dan sanggup membesarkan Aqil walaupun dia hanya mak tiri. Apa yang sis suka dalam cerita ini adalah penerimaan keluarga mertua pada menantu. Kalau semua mak mertua and bapa mertua macam family Afeef & Iffat nescaya bahagialah hidup. Pastu, hampir semua character dalam novel ini saling berkait dan bertemu jodoh di antara mereka. Kalau betul-betul jadi dalam real life, mungkin awkward sikit kot. Imagine abang kandung korang adalah biras korang dalam masa yang masa. Haha! Sis tak boleh bayangkan.
 
Rating: 3.8/5 ☆
 
Sis pun tengah follow drama ini, cuma lambat beberapa episode sebab sis busy. So, up to date, sis baru selesai episode 13 and so far jalan cerita tak lari banyak sangat pun. Harapnya, sis bertabah dan bersabar follow sampai episode akhir. Sebab sis ada perangai since dah tahu ending dalam novel, malas nak tunggu episode akhir. Hehe!   
 



Monday, 16 January 2017

Counting My Blessings

Assalamualaikum!

Weekend wasn't so fine for me coz I ended my Friday with a not-so-good news or something yang sis tak jangka nak dengar. So, Friday malam bila sis sampai rumah first thing sis buat was to cry for a while. Bagi sis menangis tu macam terapi. Different people work differently. For me, crying doesn't mean that I'm weak but we have to find a way to let it all out. I didn't really do much, but I was praying & seeking lots of guidance from the Almighty to regain my composure & clarity of mind. It is never a loss turning to Allah in good times & bad times.


L-R: Mummy, Daddy, Ah Fat, Sis, Abang & Angah

I uploaded the photo above on Instagram tengah malam Sabtu haritu to remind me that come what may, I still have them in my life and I shall start counting my blessings. πŸ’— This was a #throwback photo where we celebrated Daddy's birthday at Straits Hotel & Suites in Malacca on 24/12/2016. Tema malam itu was Liverpool! Sebab itu semua pakai merah. I have a lil bit of a peeve with my Dad's birthday. Sis stress tiap kali birthday Daddy, coz it falls on Christmas eve. First, bila sis minta cuti nak go for trips macam ini, semua orang kat tempat kerja from my manager to my clients be like, you celebrate Christmas ah? Eii, tension tau! Pastu, my Dad abhor hates log cakes dan selalunya masa ini kebanyakan kedai kek tak akan jual kek biasa yang kita dapat on an average day. It will all be LOG CAKES, LOG CAKES, LOG CAKES! Faham tak frustration ini? Hahaha, tetiba emosi! πŸ˜‚ So, custom made cake it is. Sesiapa yang nak celebrate birthdays or any occasion kat Melaka if you feel like you nak something special other than Secret Recipe and what not, please try this baker @wahdelicious. Can search for her on Instagram. And best of all, she does delivery! Thanks Ryn for the amazing service and wonderful cake. Sis repeat order 2-3 kali sepanjang kat sana. πŸ˜‰

Saturday, sis lepak rumah the whole day coz I have chores to do sama mood tak berapa baik lagi. It was my turn to do the ironing and mind you its not like baju kerja sis sahaja ok, I practically do the ironing for all six of us! Tapi, takpe practice dulu sekarang, esok lusa dah tak kekok. Hahaha! But Mummy memang strict dalam mendidik myself and Angah. We are trained at a very young age to do chores and housework, so dah umur macam ini, memang sis tak kekok dah.
 
Haritu, sis dengan Angah memang habis-habisan buat kerja rumah semua since Mummy, Daddy & Ah Fat keluar pergi jenguk my aunt yang tak berapa sihat, Abang pula sejak dah masuk high school ini, dah tak kuasa dah nak ikut Mummy & Daddy. Kena paksa baru keluar, kalau tak dia lagi enjoy dok rumah menghadap handphone sampai muntah! Hahaha! Kalau sis dah ironing and mengemas, memang tak lah nak masak. So, kita order Dominos jer. Senang! Sodap pun sodap! 😜


 
Pastu sambil buat kerja tu, Angah pun buka topic pasal X. Kalau nak tahu apa citer pasal si X ni, boleh refer sini. Terus sis macam emo sikit. Tak banyak tapi cukup untuk up photo kat bawah ni pada tengah malam Ahad kat Instagram. Mata tak boleh lelap, pastu scroll Instagram nampak Mizz Nina post gambar ini, macam kena sangat dengan situasi, so I re-posted!
 
 
Semalam pula tak buat apa sangat, since dah settle mengemas and ironing hari Sabtu, so sis masak jer. Masak pun masak main-main. Faham tak concept masak main-main itu macam mana? Masak benda simple jer. Since haritu Mummy beli bayam merah, so jadilah hidangan Red Spinach Soup with Poached Eggs, Grilled Salmon & Fried Nuggets! Nama macam gempak jer kan?! Hahaha! Padahal buat sup bayam merah pecah telur, pastu grill salmon and goreng nugget jer pun. Poyo jer lebih! *mata ke atas tangan kat bahu*
 
Malam layan Duo Star Live Streaming. Bukan sebab rumah tak ada Astro, tapi TV kat rumah sis cuma guna Jumaat malam sampai Sabtu jer. Hari lain, NO-NO! Sebab, the boys school and discipline memang jenis kena masuk tidur lepas Isyak! Sis selalu cakap dengan Mummy, rumah kita dah jadi macam mini kem askar. So, sejak the boys dah masuk sekolah balik ini, memang tak dan lah nak tengok apa program. Tengok kat internet jer lah. Cakap pasal Duo Star, korang support pair mana? Sis of course lah #kakawi! Sis sedih sebab semalam dorang bottom 2 lagi. Apeni? Throughout the whole 4 weeks, sis rasa semalam was one of their best performance. Nevertheless, I believe that both of them will do just fine. So, good luck Awi & Kaka!
 
Hah, panjang pulak entry kali ini. But, I'm really trying to work things out with this blog. If all else fails, sis tutup jer account! Hahaha! Kekangan waktu I believe, especially since I'll be starting my degree programme soon. Buat masa ini, let's hope this continues. Till then, take care lovelies!

Tuesday, 10 January 2017

2K17

Assalamualaikum!
 
Dah masuk minggu kedua 2017 baru terhegeh nak update blog yang berhabuk ni! ;) Tahun baru, biasanya dikaitkan dengan azam baru. So share lah sikit apa azam korang? Ataupun changes yang korang dah mulakan? Macam I, nak tukar gelaran kat sinilah. Mulai entry ini sampailah entry yang seterusnya In Sya Allah, I akan gunakan sis. Hahaha! Mungkin sebab kat rumah sejak akhir-akhir ini, selain dari panggil Along, semua panggil sis. So, kita incorporate kan kat sinilah, macam yang sis biasa gunakan dalam Instagram!
 
Reflection untuk tahun 2016. Untuk sis, it was a bittersweet journey. Nothing too much happened, but I do reach a certain milestone in life. Alhamdullilah! 2016 juga adalah permulaan bagi sis untuk menghadiri jemputan perkahwinan which I rarely do previously. Sebab masa study, weekend biasanya sibuk buat assignment, pastu waktu mula-mula kerja dulu pun masih nak sesuaikan diri, so usually weekends banyak burn sebab nak belajar selok belok kerja. Sis juga dapat ilham untuk mula menulis. Tetapi bukan sambungan karya Ms Egoistic vs Mr Romantic. :( Which I'm quite upset about. Coz, technically, that was my first 'baby'. Nevertheless, as I reflected on it and compared my then writng and now, ada banyak perbezaan especially dari segi kematangan. Cuma language, I'm getting a lil rusty in Bahasa, mungkin sebab environment kerja, tapi sis yakin dengan diri sendiri. Harapnya, karya kali ini menjadi. Amin!
 
Start of 2016 was a lil challenging. Kami sekeluarga diduga, but Alhamdullilah, we pulled through. Towards mid year things got better, we even get to go back to KL and meet my maternal family. Fikir balik throughout 2016 was the year my whole family travelled for lots of short trips. Especially to Malacca! I ended my 2016 with a bam! Hahaha! We were on a road trip and joined by my maternal side. So, overall, Alhamdullilah for 2016!
 
2017. A new fresh start. Sejujurnya, sis baru mula bekerja semalam, selepas bercuti selama dua minggu. Well, jangan hairan sangat, sis tak dapat cuti sebab banyak project that requires my attention. Pastu banyak kerja overnight, jadi banyak sangat accumulate cuti, sis pun decide, ambil cuti panjang terus! Lepas dua minggu cuti, dia punya berat nak masuk kerja semalam, tak payah cerita. Nevertheless, I still have tons of email to clear and picking up my momentum at work, so sis percaya, all is well!
 
Every year buat azam baru atau bring forward azam yang tak tercapai, buat sis rasa macam clichΓ© sikit. I believe everyone has a vision in life, so tak semestinya seseorang itu tak buat azam baru, dia tak ada wawasan. To me, sis lebih percaya dengan short term goals & long term goals. Set realistic goals. How do we break up short term goals and long term goals?  Senang! Kita list out apa yang nak achieve untuk tahun ini sampailah mungkin 5 tahun akan datang. Plan accordingly. If you believe in publicising your goals like what I used to do previously, by all means. Tapi, sejak sis dah matang ini, I believe it's best to show results of the goals. So, doakan sis berjaya dengan goals yang sis dah tetapkan and In Sya Allah, once I attained results, sis akan share.
 
Sis ingat nak tulis short entry jer. Tetiba dah berjela. Hahaha! So, happy new year to all yang masih membaca blog bersawang ini. Let's hope I can find more time to write here. Take care lovelies!