And ALLAH is Sufficient as a Guardian
And ALLAH is Sufficient as a Helper
~ Quran 4:45


Friday, 20 January 2017

Novel Review: Meh Sandar Pada Aku!

Assalamualaikum!
 
Novel review lagi! Novel ini sis baca boleh dikatakan agak lama dululah, pinjam novel dekat library. Setahu sis, novel ini pun dah diadaptasikan menjadi drama tapi tak pasti tayang bila, sebab itu bila sis baca ringkasan cerita macam ingat-ingat lupa. So, sis geledah koleksi novel, memang tak ada pun novel ini. Jadi, sis yakin yang sis baca buku ini zaman pinjam buku kat library. 😁
 
Selain novel Biar Aku Jadi Penunggu, ini adalah antara novel yang sempat sis sambar waktu kat Melaka haritu. Sis baca novel ini lepas selesai BAJP and habis dalam 2 hari gitu, sebab buku ini tak setebal BAJP.  Macam biasa, sis akan beri ulasan dalam erti kata sis sendiri, personal opinion terhadap novel ini dan rating!
 
 
 
 
MEH SANDAR PADA AKU!
 
Mengisahkan tentang seorang lelaki, Dr Syed Nadzhan, lelaki egois yang bencikan kehadiran wanita kerana ditinggalkan oleh ibunya sewaktu kecil. Syed Nadzhan dibesarkan sendiri oleh ayahnya, Syed Irham. Bagi Nadzhan semua wanita menyusahkan lebih-lebih lagi apabila dia sering dikejar oleh peminat fanatic merangkap dua pupunya, Dr Sharifah Aleesya. Nadzhan dijodohkan dengan Aleesya oleh arwah nenek mereka agar keturunan mereka terpelihara tetapi mendapat tentangan hebat dari Syed Nadzhan.
 
Nadzhan hanya memilih untuk bekerja dengan lelaki tetapi siapa sangka datang pula seorang gadis student praktikal, Afnan Tasneem yang ditakdirkan menuntut Nadzhan menjadi penyelianya. Afnan Tasneem, si gadis cakap lepas bertemu dengan Nadzhan Hitler, kecoh makmal dibuatnya!
 
Hubungan Tasneem & Nadzhan tidak berakhir sebagai penyelia dan student praktikal, mereka kemudiannya menjadi adik beradik tiri selepas ayah Nadzhan bernikah dengan mama Tasneem, Farah Diba. Maka bermula kisah mereka yang sering bercakaran, sudahlah satu ofis, kini serumah pula!
 
Syed Irham mula membuat perancangan untuk menikahkan Nadzhan & Aleesya, manakala Tasneem pula ingin dijodohkan dengan anak saudaranya, Syed Emir yang terjatuh suka pada Tasneem saat pandang pertama. Tasneem pula menganggap Syed Emir tidak lebih dari seorang abang kerana dia sudah jatuh hati pada Adam Naufal, student Master Syed Nadzhan.
 
Nadzhan ditunangkan secara rahsia dan kemudiannya mengamuk kerana dia mula menyedari hatinya mula terisi oleh Afnan Tasneem. Syed Irham mengugut anaknya, jika pertunangan diputuskan, dia akan aturkan pernikahan Syed Emir dan Tasneem secepatnya. Nadzhan akur kerana dia tidak mahu Tasneem bernikah dengan Emir.
 
Suatu kemalangan meragut nyawa berlaku pada Syed Irham & Farah Diba. Nadzhan mengambil keputusan untuk memutuskan pertunangannya dengan Aleesya. Kenapa Syed Nadzhan memutuskan pertunangan dengan Aleesya? Bagaimana pula dengan Tasneem?  Adakah hubungan mereka kekal sebagai adik beradik tiri?
 
Rating: 3.5/5 ☆
 
Haa, kalau korang nak tahu, pi baca novel ok? Hehe! Pada pandangan sis, kalau nak baca buku ini untuk santai-santai memang cantik. Plot yang tidak terlalu berat atau memerlukan korang untuk banyak berfikir. Ada part kelakar, sedih, sweet semua adalah! Bagi sis, kalau jenis yang dah lama tak baca novel and nak start balik korang boleh baca novel ini.  

No comments:

Post a Comment