And ALLAH is Sufficient as a Guardian
And ALLAH is Sufficient as a Helper
~ Quran 4:45


Wednesday, 1 February 2017

Novel Review: Salju Kyoto

Assalamualaikum!
Hari ini, sis review lagi satu novel yang sis baru beli masa cuti Raya Cina haritu. Pernah baca sinopsis dia kat FB Penulisan2u, so memang dah aim nak beli novel ini. Anyways, siapa tahu mana nak cari novel Isteri Tuan Ihsan? Sis nak buat koleksi. Dari Johor sampai Melaka, dari MPH ke Popular, semua sold out! Ada jugak yang terbang gi KL ni sikit hari sebab nak cari novel punya pasal! Seperti biasa, segmen Novel Review, sis akan memberi sedikit ringkasan novel ini, pandangan & rating. So, let's go!
Salju Kyoto oleh Sara Aisha

 
Berkisahkan tentang dua sahabat baik, Nailah Farafisha dan Amirul Badri, yang sama-sama membesar dengan childhood yang tak seberapa indah. Nailah digelar pembawa sial kerana dianggap menjadi punca kematian ibu bapanya, manakala Badri pula pernah menjadi mangsa penderaan oleh bapanya sendiri.

Segalanya bermula sewaktu Badri ke Kyoto, Jepun untuk melanjutkan pengajian, tetapi akhirnya menghilang hampir dua tahun tanpa khabar berita. Hanya mengirimkan wang bulanan kepada ibunya dan Nailah tanpa henti. Atas permintaan seorang ibu yang telah membelanya, Nailah pergi ke Kyoto untuk menjejaki Badri, sahabat baiknya.

Suatu malam, Nailah sesat hingga ke kawasan Gion yang terletak jauh dari kawasan tempatnya menginap. Disitu, dia hampir kehilangan nyawa tetapi diselamatkan oleh jejaka misteri bermata helang, Arjuna Kaede. Dalam sibuk Nailah menjalankan misi menjejak Badri, setiap kali dia dilanda bahaya pasti diselamatkan oleh Arjuna Kaede.

Akhirnya, tersingkap segala rahsia pada suatu malam tatkala Nailah mendapat tahu bahawa Badri kini seorang yakuza! Nailah yang sememangnya berjiwa kental tidak ingin membiarkan sahabat baiknya terus terjerumus dalam dunia gelap itu dan hanya satu cara untuk mengeluarkan Badri dari tempat yang digelar underworld itu. Arjuna Kaede!

Siapa sebenarnya Arjuna Kaede? Apa kaitannya dengan kumpulan yakuza yang disertai Badri? Mampukah Nailah Farafisha menyelamatkan kedua jejaka ini? Beli and baca sendiri ok?!

Honestly, ini bukan cerita cliché yang heroin orang miskin, tiba-tiba ada prince charming kaya raya yang terpikat dengan dia. No! Novel ini adalah lain dari yang biasa sis baca. Apa yang paling sis suka, cerita ini bertempat di Kyoto. Come on, who doesn't love Japan?! Kan? And, tiba-tiba this novel menyingkap the dark side of Japan. The storyline is mysterious, heart thumping and you can't stop flipping the pages. Trust me!

Apa yang boleh dipelajari dari novel ini, Life is all about choices! Pilihan apa yang kita buat menentukan kedudukan hidup kita! And definitely kisah ini memang lari dari kehidupan sang gadis yang tiba-tiba dipenuhi rainbow & unicorn. Siapa yang suka cerita action, you will love, love, love this novel. Banyak unsur yang diselitkan dalam kisah ini. Choices, sacrifices, consequences, trust, friendship and of course a little bit of love.

Rating: 5/5 ☆