And ALLAH is Sufficient as a Guardian
And ALLAH is Sufficient as a Helper
~ Quran 4:45


Tuesday, 18 April 2017

Novel Review: Shhh..I Love You

Assalamualaikum!

Sis tak tahu ada atau tidak kat sini yang follow drama Shhh...I Love You yang tengah on air kat TV3 (Malaysia) sekarang. Sebenarnya, I was way more excited for drama Cik Serba Tahu coz I loved novels by Syamnuriezmil! And of course, Mr Tall, Dark & Handsome, my forever hero since Nur Kasih, Remy Ishak!!! Tapi entah kenapa, after catching few episodes I was not keen to follow the drama. I've read the novel though, really loved it. Good for those that prefer light reading and the novel is not too thick either. So, sesiapa yang dah lama tak membaca and nak start membaca balik, can give Cik Serba Tahu a try!

Patutnya cakap pasal Shhh...I Love You (SILY), dah melalut pulak! Honestly, I only bought this novel after knowing that it is adapted to drama and I bought this novel during the anniversary short getaway! Hahaha! For the first few episodes, I get to go concurrently with my reading, but then I completed the novel within 2 days. Perks of having a lot of time travelling from one site to the other. :) But I tell you, this drama made my jaw ache, sebab tak berhenti tersengih-sengih bila tengok each episode. I am usually slightly late to watch the drama, sebab time Maghrib and weekdays tak boleh on TV pastu kena settlekan banyak paperworks, so I usually marathon on Friday night, sebab Sabtu tak kerja!
 
 Shhh...I Love You oleh Farisya Natasha
 
 
Kisah bermula tentang seorang gadis, Nur Nadia Omar yang menghidap miokarditis atau keradangan otot jantung. Nasib menyebelahi Nadia saat dia diberitahu bahawa ada penderma jantung yang sesuai untuknya apabila ada seorang pengikrar derma organ yang meninggal dunia disebabkan kematian otak.
 
Tanpa diketahui, saat Nadia diberi peluang kedua untuk hidup, ada insan yang lain yang menderita. Ahmad Aidan Ahmad Abrar, hidupnya kelam apabila tunang yang bakal dinikahi tak sampai seminggu meninngal dunia kerana kemalangan dan Sumayyah merupakan salah seorang pengikrar derma organ. Sejak itu, Aidan hanya menumpukan perhatian pada kerjayanya sebagai seorang juruterbang. Merentas awan biru demi melupakan kisah pahit yang melanda dirinya.
 
Sepuluh tahun berlalu, ternyata jantung yang diterima sesuai untuk Nadia. Menginjak ke usia 28 tahun, membuatkan keluarganya risau apabila Nadia masih belum mempunyai insan istimewa. Bagi Nadia, dia tidak ingin menempuh alam perkahwinan kerana risau bakal menyusahkan suaminya kelak dengan kondisinya dan kemungkinan yang dia tidak boleh hamil kerana penyakitnya.
 
Pertemuan tanpa sengaja antara Aidan dan Nadia di supermarket mengundang debar di hati gadis itu. Suatu rasa yang tidak pernah dirasakan saat bersama dengan Naufal, jejaka pilihan keluarganya. Tanpa diketahui, adik kepada Nadia dan Aidan merancang untuk menjodohkan kakak dan abang mereka. Ternyata, usaha kedua gadis itu membuahkan hasil.
 
Aidan yang pada mulanya enggan berkenalan dengan mana-mana gadis mula tertarik saat mengetahui nama penuh Nadia. Dia tidak pernah lupa akan nama itu, Nur Nadia Omar! Penerima jantung Sumayyah! Aidan nekad, walau apa cara sekalipun dia akan memiliki Nadia walaupun terpaksa bersaing dengan Naufal, si peguam hebat yang serba sempurna. Dengan memiliki Nadia, dia bakal memiliki kembali jantung Sumayyah dan dia bertekad untuk menjaga satu-satunya peninggalan Sumayyah yang berada di dalam tubuh Nadia atas rasa cinta yang tidak pernah luntur buat arwah.
 
Jodoh menyebelahi Aidan, walaupun perkenalan antaranya dan Nadia sangat singkat, mereka akhirnya disatukan sebagai suami isteri apatahlagi Nadia benar-benar sudah jatuh cinta padanya. Aidan masih merahsiakan sebab dia ingin mengahwini Nadia hinggalah suatu hari rahsia terbongkar.
 
Kuatkah Nadia menongkah arus dugaan yang melanda? Cekalkah Aidan dengan janjinya untuk menjaga Nadia tanpa mencintai gadis itu? Apakah akan ada rasa cinta buat Nadia suatu hari nanti?
 
Haah, kalau nak tahu, pi beli novel, tak pun tengok lah drama sampai habis! I like the storyline and the character development in this novel. Tapi lepas kahwin tu adalah geram sikit kat Aidan. Orang dah takder dok kenang-kenang, yang depan mata buat tak tahu! Pastu annoying gila tak pernah nak cakap dia sayang kat Nadia. Tapi korang baca jer lah, akan menambahkan feel bila korang tengok drama itu karang.
 
Rating: 4.5/5✰
 
Between novel and drama, tak banyak perbezaan. Adalah perubahan sikit, tapi tak mencacatkan jalan cerita. Which I believe is okay! Tahun late 2016-early 2017 ini, macam menduga sikit pulak. Tetiba Allah terbalikkan hati. Yang tak suka kebanyakan jadi suka pulak. Sikit hari Fattah Amin, boleh tengok entry itu kat sini. Tapi sekarang dah kureng suka lah, mungkin sebab banyak sangat kontroversi and I'm not a fan of those ataupun sebab dia menyanyi. Hahaha! So, sekarang dah tak berapa suka F.A. Lol! Tapi Mummy minat kat dia, jangan kutuk ke apa, backing kuat!
 
And now, Gambit Saifullah! Aduhai! Dulu pun menyampah tak berapa suka dia. Especially masa Fear Factor Selebriti Malaysia if anyone can recall, jahat gila dia konon nak create drama bagai. Menyampah habis! Pastu character poyo dalam filem Karipap Karipap Cinta, CMI!! Sekarang, hambekk kau, tersengih sensorang tengok dia berlakon! All this while, no pilot character made me go head over heels as Adam Mukhriz. Sis baca novel Adam & Hawa berulang-ulang sejak zaman sekolah lagi, sebab terjatuh cinta bergolek-golek kat Adam Mukhriz. Pastu Aaron Aziz pulak bawak watak itu dalam drama. Just take my money and let me subscribe to that Astro channel! Hahaha! Even watak pilot lain macam Zill Faezrul ataupun Ejaz Fakhri tak boleh lawan tempat Adam Mukhriz dalam carta sis. But now, nampak gayanya, Ahmad Aidan macam dah termasuk dalam carta ni, but I letak you lepas Adam Mukhriz! Hahaha!
 
Takut pulak sis sejak akhir-akhir ini.Yang tak suka jadi suka. Adoii, kena check balik ini kot ada lelaki yang menyampah tak berapa berkenan dulu, baik jangan terbawa-bawa. Karang tersuka, tetiba jadi jodoh. Padan muka aku!
 
Till then! Take care lovelies!
 
 

No comments:

Post a Comment